Anda di halaman 1dari 16

KOMSAS TINGKATAN 2 PROSA TRADISIONAL

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

SINOPSIS
Mengisahkan jurai keturunan Raja-raja Kalimantan. Bermula dengan Sang Raja Majapahit yang beranakkan Brawijaya. Brawijaya menjadi raja di Benua Lama dan mempunyai anak yang bernama Raja Baporang.

SINOPSIS
Jurai Raja-raja Kalimantan ini berkembang apabila dikahwinkan dengan anak-anak raja dari negeri lain. Raja-raja Kalimantan ini merantau ke negeri-negeri yang lain. Mereka kemudiannya dikahwinkan dengan anak raja negeri tersebut. Ada juga yang menjadi raja di negeri persinggahan itu.

SINOPSIS
Raden Sulaiman digelar Sultan Muhammad Saifuddin di negeri Sambas. Opu Daeng Chelak menaiki takhta menggantikan Opu Daeng Merewah yang meninggal dunia di Riau. Raden Bima dititahkan ke Sukadana dan dikahwinkan dengan Puteri Indera Kesuma yang bersaudara dengan Sultan Muhammad Zainuddin.

SINOPSIS
Jurai-jurai ini berterusan sehinggalah kepada Opu Daeng Menambun, iaitu Raja Bugis. Baginda berkahwin dengan Puteri Kesumba, anak Sultan Muhammad Zainuddin dan dikurniakan sepuluh orang anak.

TEMA
Jurai keturunan Kesultanan Melayu di rantau kepulauan Melayu. Hikayat ini menceritakan keturunan raja-raja Kalimantan yang bermula dengan Sang Raja Majapahit dan berterusan sehingga kepada Opu Daeng Menambun.

PERSOALAN
1. Perkembangan keturunan raja-raja Kalimantan. 2. Hubungan diplomatik yang dibina melalui perkahwinan. 3. Kebesaran raja-raja Melayu pada abad ke 18.

WATAK DAN PERWATAKAN


OPU DAENG MENAMBUN  Raja Bugis dan pemerintah pertama kerajaan Islam di Mempawah, Kalimantan.  Lahir pada 1695  Ayah Opu Tentriburang Dilaga  Adik-beradik Opu Daeng Perani, Opu Daeng Chelak, Opu Daeng Merewah dan Opu Daeng Kemasi.  Isteri Puteri Kesumba

WATAK DAN PERWATAKAN


OPU DAENG MENAMBUN  Datang ke Tanah Melayu untuk menyebarkan Islam pada kurun ke 17  1740 Memerintah kerajaan Mempawah  Gelaran Pangeran Mas Surya Negara  Meninggal dunia pada tahun 1763

WATAK DAN PERWATAKAN


PUTERI KESUMBA  Anakanda kepada Sultan Muhammad Zainuddin dan Emas Indrawati  Isteri Opu Daeng Menambun  Gelaran Ratu Agung Sinuhun

1. Utin Damawan 2. Gusti Jamiral bergelar Panembahan Adi Jaya Kesuma 3. Gusti Jamadin bergelar di Sambas Pangeran Chakra 4. Utin Chandera Sari bergelar Ratu di Sempang 5. Gusti Jalazri bergelar Pangeran Mangku di Mampawah 6. Ratu Surya Kusuma 7. Gusti Jalma bergelar Gusti Panglima 8. Utin Chandramidi 9. Gusti Sina bergelar Pangeran Jaya Putera 10.Utin Tawang bergelar Utin Busu

LATAR
1. LATAR MASA  Abad ke-18 2. LATAR TEMPAT  Negeri Sukadana  Negeri Mempawah  Negeri Pontianak  Kampung Matan

LATAR
3. LATAR MASYARAKAT  Masyarakat golongan raja/bangsawan  Masyarakat daripada keturunan raja-raja Kalimantan

GAYA BAHASA
Penggunaan bahasa klasik Contoh : alkisah, maka, adapun

NILAI
1. Bijaksana 2. Jati diri yang kental 3. Mengambil berat akan asal usul keturunan

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bangga akan asal keturunan sendiri. 2. Kita hendaklah memahami jurai keturunan. 3. Kita wajar mendokumentasikan jurai keturunan supaya dapat menjadi rujukan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai