Anda di halaman 1dari 12

Ketahuilah asal usul kita....

BANGSA MELAYU.
(Sejarah sebenar Melayu seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa
bercampur dengan sejarah rekaan atau hasil kajian Penjajah, bukti Melayu-Islam
Islam-Melayu, Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu)
Satu-satunya bangsa didunia yang apabila dinamakan oleh ulama' (Sheikh
Abdullah Al-Qumairy, anak Murid Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed Sheikh
Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S), Ketika menamakan bangsa ini, Beliau
menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa Melayu adalah WAJIB BERAGAMA
ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH), DAN HIDUP CARA ISLAM. Jika tidak,
GUGUR KALMAH MELAYU Keatas Mereka.
Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi
R.A:
" Kepada mana-mana org dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam atau
menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg
dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala
itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu."
( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh
Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor
bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Makna bagi Melayu ialah:-:



Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini
mereka mampu memenuhi hajat orang lain. Lisanul Arab.
:
Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. Imam Abu Manzur.
:
... Satu al jamaah, Bangsa yang mulia - Qamus al maani.
:
Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia- tafsir Qurtubi.
Bangsa ini dikenali sebagai Islam Melayu, Melayu Islam yang tidak boleh
dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin
disini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin
disini rata-rata dipanggil Melayu.
Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam
Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang
itu:1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.
Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar
sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok
Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh
Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di Makkah Al
Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar lagi :Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah
memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum
Kurdis (Kalahar) (1)
(Nota 1) Dipercayai gelaran Kalahar kepada Kedah Tua telah diletakkan
bersempena kedatangan kaum Kurdis ke sini.
Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa
berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan
New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara dan
membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai
Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa
itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola (2).

(Nota 2) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan
Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati
dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan
kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram
(Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkan
serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta
rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung varman tanpa
membangunkan pemerentahan di Negara-negara yang diserangnya. Walau
bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijaya
dan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah
Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat
di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang
balas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya
dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada
1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram
yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali
lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang
menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita
jatuh ke tangan Chola.
Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta
Maharaja Rom (Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(3) untuk membawa
Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari
Gumarun (3), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang
lebih kuat.
(Nota 3) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang
pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama
menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali
sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.
Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu
angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda
(lambang kenderaan Dewa Wisnu). (4)
(Nota 4) Sumber yang menyatakan bahawa "Kedah dilanggar Garuda" bukanlah
bermaksud sejenis burung yang besar tetapi lambang kapal perang Hindu yang
menyerang Seri Vijaya ketika itu. Ilmuwan agama dan sejahrawan yakin bahawa
kenyataan yang dimaksudkan sejenis burung "dewa" adalah bercampurbaur
dengan elemen mistik yang datang dari pengaruh kepercayaan Hindu)
Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa
mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkat
menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.

Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi
kerana
ingin
menggalakkan
perkahwinan
campuran
di
samping
memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (5)
mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di
Baghdad.
(Nota 5) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke
timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan
Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timur
Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke
Langkasuka dan Pantai Timur.
Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairy
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (6) telah menceritakan kepada muridmuridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Jafar
Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah AlYamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan
Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia
Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir
Jilani Qadasallah Sirruh.
(Nota 6) Kisah ini diambil oleh Syeikh Mahmud Nasri Othmani daripada Ulama
terkenal Kelantan Tuan Guru Waliyulllah Maulana Syeikh Yusof Kenali (Tok Kenali)
yang diterima dari gurunya, ulama nusantara,Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin
Wan Muhammad Zain Mustaffa Al-Fathani sebagaimana isi kandungan beberapa
buah kitab seperti Hadiqatul Al-Azhar yang menceritakan kembali kisah sebenar
Melayu-Islam, Islam-Melayu.
Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam
Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakanrakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul
Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia
berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kalaha ( 7 ) dengan izin Allah
SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha
pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) (Lihat Nota 4) dan telah mengadap

Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana
Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang
mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan
pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.
(Nota 7) Sumber Hikayat Merong Mahawangsa versi yang ada kini yang
mengaitkan kisah Syeikh Abdullah Al-Qumairy menggunakan atau merampas
tongkat Azazil untuk atau setelah tiba di Kalaha. Beberapa ilmuwan agama dan
pengkaji sejarah setelah membaca kitab-kitab karangan Ulama Nusantara
menyatakan bahawa tidak mungkin seorang ulama besar lagi ahlul bayt akan
bersekutu dengan syaitan, ramai yang berpendapat bahawa versi Hikayat ini
juga telah dicampurbaur dengan elemen mistik atau mungkin telah dipinda oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merendah-rendahkan maruah
ulama muktabar ini.
Walaubagaimanapun ada satu versi lagi menyatakan bahawa tongkat berkenaan
adalah sebenarnya milik Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir JIlani
yang menganugerahkannya kepada Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy yang
kemudiannya dihadiahkan pula kepada DYMM Sultan Muzaffar 1. Dipercayai
tongkat berkenaan (kini digelar cokmar) adalah tongkat yang sama yang berada
di Muzium Kedah masakini
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu
kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalanghulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan
Syeikh Abdullah.
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah
Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai
rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya
baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua
kalimah syahadah 3X (ada versi yang menyatakan 9X) di tangan Syeikh Abdullah
Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah memasyhurkan gelaran dan nama baru
kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.
Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam.
Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan
berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah AlQumairy.
Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada
Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (8) dan lain-lain yang mana mereka
kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing.
Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga
rata-rata memakai nama pangkal Pu iaitu Abu.
(Nota 8) Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul
pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah

menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk


mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651
menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni
(Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah
memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang
dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China.
Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersamasama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di
negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan
payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan
Ulama-Umara) (9)
Nota 9 : Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara
berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser.
Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang
dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa
Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama
rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka


yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak
pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan
memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru
sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud
(berkembang-biak) memenuhi ruang kerana cepatnya berkembang pengaruh
agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang
bangsa ini telah menerbitkan perkataan MELAYU seperti yang dikenali hari ini.
(Nota 9)
Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini
sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :
Surah Saad : Ayat 69

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (AlMala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.
Hadis Nabi S.A.W :



...




Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan
kepada kami Mamar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW
bersabda RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik
bentuk Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman Wahai
Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Malaul Ala yang menjadi
perbalahan? Baginda bersabda tidak. Nabi SAW bersabda Lalu Dia meletakkan
tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua
dadaku. Atau Baginda bersabda antara tenggorokanku. Maka tahulah aku apa
yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman Wahai Muhammad,
apakah kamu tahu mengenai apa Al Malaul Ala (yang menjadi punca)
pertengkaran?. Baginda bersabda Aku berkata ya , mereka bertengkar
mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam
di masjid, berjalan kaki untuk berjemaah, menyempurnakan wudhu dalam
suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia
hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru
dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat Ya
Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan
hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau
menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu
dengan tanpa fitnah. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan,
menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur. [Hadis riwayat Ahmad
dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]
'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga
Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna
kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) manakala
Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang
menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi
Muhammad Rasulullah S.A.W.)

e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)


f) Pegang Teguh Agama Islam berpaut kukuh kepada agama Samawi.
(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM
Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai
dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang
Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan
Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan
MELAYU ITU ISLAM.) (10)
(Nota 10) Ada pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" itu
adalah perkataan "Sanskrit" dan "bangsa atau keturunan Melayu" itu adalah dari
India, China, Kemboja dsb. Dari segi keturunan pertalian darah dan sejarah asalusul, kenyataan ini mungkin ada kebenarannya tetapi penamaan bangsa
"Melayu" pada SEBELUM zaman Phra Ong Mahawanser telah dinafikan oleh
ulama-ulama Nusantara serta menegaskan bahawa "Al-Mala-u" itu adalah dari
kalam Lughatul Qur'an dan digunakan hanya semasa pemasyhuran nama
bangsa yang baru di Nusantara setelah Phra Ong Mahawanser memeluk Islam
dan ditukar gelaran kepada Sultan Muzaffar 1.
Ilmuwan Melayu Islam juga menyatakan gelaran "Al-Mala-u" diberikan kerana
untuk memberikan peringatan kepada seluruh manusia adalah :
a. dari keturunan Nabi Allah Adam a.s. yang dijadikan Allah SWT di syurga Jannah
drpd 14 (ada yang menyatakan 13) jenis tanah & telah dilantik menjadi
Khalifatullah*
(di syurga atau di langit ketika itu dan akhirnya di bumi setelah Nabi Allah Adam
a.s. bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah) sehinggakan
b. malaikat juga diperintahkan sujud kpd. Nabi Allah Adam a.s. yang juga "AlMala-ul a'la" (penduduk langit) kerana semasa itu baginda berada di Syurga (di
langit)
Ianya juga untuk mengingatkan umat Islam betapa mulianya makhluk yang
bernama manusia bukan sahaja turun dari sulbi Adam a.s. yang berasal dari
syurga malah
c. Seorang lagi bangsa manusia teragung di langit dan di bumi iaitu Nabi
Muhammad S.A.W. telah diisrak-mikrajkan pula sehingga ke Sidratul Muntaha
untuk bertemu Allah Azzawajalla (laitsakamithlihi syai-un)
d. Kerana zaman khalaf ini adalah zaman khalifah manhaj nubuwwah iaitu zaman
yang terakhir sebelum kiamat dan umat Islam Melayu perlu diingatkan bahawa
orang-orang beriman akan pulang ke tempat asalnya Adam a.s. dijadikan dan
diberikan balasan syurga selepas Hari Qiamat dan Hari Pembalasan.
Hadis Qudsi di atas juga jelas bahawa Al-Mala-ul-a'la yang dimaksudkan adalah
MANUSIA "yang diam di masjid, berjalan kaki untuk berjemaah,
menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan,

barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik.
Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai
Muhammad bila kamu selesai solat Ya Allah sesungguhnya aku memohon
KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada
orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu
maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah. Dan Ad Darajah adalah
dengan memberikan makanan, menyebarkan salam* dan solat malam saat
manusia
tidur
*salam di sini bermaksud "Islam" (agama) - agama yang selamat (salam)
Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua
pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha
di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
Akhirnya Negeri yang bernama Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah AlQumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan
merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini
juga bersempena Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur yang dipetik dari
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud Negeri yang
baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun (ke atas taubat
hambaNya)
Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga
baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat
agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan
Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai
ayahanda angkat baginda.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak
Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan
tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar
Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy
dilaksanakan.
Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah
jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum
kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya
dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan.
Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh (mengambil sempena nama
Syeikh Abdullah Al-Qumairy)
Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat
pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk
menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat
di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1
sebagai
pengganti
kepada
Syeikh
Abdullah
Al-Qumairy.
(11)
-------------------(Nota 11) : Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan
pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa

maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah'


yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela
agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.
Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman
yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (12) bahawa
baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid
Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :
"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan
Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India
dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."
Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan"
daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan
Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.
(Nota 12 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh
Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah)
untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu
Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan
Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri)
Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud
Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin
Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan
melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu
Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak
pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun
peluru
yang
mengena
mereka)
-------------------Kemakmuran Melayu Islam di bawah kepimpiman Kedah Darulaman (Nusantara)
termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara
yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang
juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan
Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang
dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam
Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah
yang sangat hebat.
Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan
Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan
menggantikannya dengan faham sekular. (13)
Nota 13 : Faham Sekular ini bermaksud ialah "perungkaian kesyumulan agama
atau pemisahan agama dengan perkara-perkara lain seperti sains dan teknologi
dsb. dengan hati, lidah dan perbuatan yang menyatakan contohnya "Sains tidak
ada dalam Al-Qur'an" atau "Sains itu tidak ada dalam Agama" dengan sendirinya
merendahkan taraf Al-Qur'anul Karim. Perbuatan yang sama telah berlaku antara

para Paderi Kristian dan kaum saintis (Illuminati) yang saling bermusuhan antara
satu sama lain sehingga terpisah agama dan sains.
Sekular dalam konteks artikel ini ialah "pemisahan agama dan bangsa"
(memisahkan Islam dan Melayu) dengan mendakwa bahawa "bangsa itu tidak
disebut dalam Al-Qur'an" dengan sendirinya menggambarkan agama itu tidak
syumul dan pastinya akan gugur akidah seorang Islam apabila menolak apa
yang ada dalam Al-Qur'an.
KEBANGKITAN ISLAM, MELAYU DAN MUJADDID
Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist
serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu
Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul
bait (mentajdid kembali Dua Kalimah Syahadah*) telah dipelopori oleh Ulama
Terkenal Nusantara iaitu :
a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas
Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :
Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima
Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan
Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fathani),
telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan
Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga
Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh
Yusof Kenali Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi
Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul
Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,
(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan
Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang
Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami
kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin
b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di
Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu
Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan
Darulnaim
Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh
Yusof Al-Kenali (Tok Kenali) kemudiannya muridnya Syeikh Mahmud Nasri Osmani
dan akhirnya kini Tuan Guru Haji Ahmad Che Din (Junaiddin).

KEBANGKITAN SEJURUS SELEPAS ZAMAN KEMERDEKAAN


Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan
Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :
1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol
Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang
(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi
PEKEMBER - (15)
Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain
untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala
ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad
yang sah) menerusi talqin dan tajdid (memperbaharui) dua kalimah syahadah
bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan
keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil
peninggalan penjajahan.

Anda mungkin juga menyukai