Anda di halaman 1dari 3

Saya suka sejarah kerana sejarah akan berulang kembali jika tidak didalami dan diperhalusi mengikut kacamata

Islam. Ini adalah SIRAH/SEJARAH ISLAM. dan cerita ini panjang. Sepanjang perjalanan sejarah itu sendiri. 1-Ketika peristiwa Hijrah berlaku, kaum Muslimin Muhajirin berpindah dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang. tinggal harta benda, tinggal rumah dan perniagaan, tinggal sanak saudara dan mungkin membawa barang keperluan asas untuk hidup ditempat baru. 2- Pada ketika itu, Kota Madinah dikuasai oleh Yahudi. Mereka menguasai ekonomi Madinah, menguasai laluan perdagangan dan menguasai kekayaan Madinah. Yahudi terbahagi kepada beberapa etnik seperti Bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir. Mereka ini bersatu. 3- Masyarakat Arab yang ada di Madinah adalah dari suku Aus dan Khazraj. Disebut sebagai golongan Ansar. Kaum Auf dan Khazraj bertelingkah sesama sendiri dan berselisih faham sejak lama lagi sebelum peristiwa Hijrah. 4- Selepas kedatangan Rasullulah, piagam Madinah dilaksanakan untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah.Masyarakat Madinah daripada berbilang kaum dan suku hidup mengikut undang-undang yang ditekankan. Secara asasnya, penduduk Madinah ditadbir dan diuruskan atas dasar AGAMA. Bukan atas dasar BANGSA. Setelah kedatangan Rasullulah sebagai PEMIMPIN yang melaksanakan arahan dan suruhan ALLAH, Ekonomi Madinah dikuasai oleh orang Islam. Islam semakin kuat kerana mereka mengikut landasan suruhan agama dengan betul. Sedikit demi sedikit, tampuk ekonomi dan sosial Madinah dikuasai oleh orang Islam. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Antara kepentingan piagam Madinah adalah : 1- Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam. 2- Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah. 3- Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara. 4- Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain. 5- Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenaka n ke atas Bani Qainuqa yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Selepas PRU13, apa saya perhatikan dalam ruang lingkup sosial saya adalah, API PERKAUMAN ditiup dengan begitu kuat sekali. Ramai pihak saling menyalahkan sesama sendiri dan CUBA MENCARI SOLUSI atas masalah yang telah berlaku, atau mungkin bakal terjadi di masa hadapan. Racisme ini sangat bahaya.. Sahabat handai sekalian.. Rasullulah tinggalkan kita dengan 2 perkara, selagi mana kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat dan rapuh iaitu Al-Quran dan Hadis. Umar al Khattab r.a telah berkata, maksudnya - Allah telah mengangkat martabat dan nasib kaum Arab dengan Islam.

Adakah sesuatu yang lebih barik dari Islam ? ANDA berhak untuk mengajak Parti A dan Parti B untuk bersatu menegakkan syiar Islam supaya Syiar Islam hidup dan subur di bumi Malaysia. Malangnya.. Ulama telah berkata : Sekiranya PEMIMPIN kamu tidak takut dengan ALLAH, jangan harap dia akan takut dengan rakyatnya. Siapa yang memilih PEMIMPIN ? Rakyat ! Siapa rakyat ? Kita mahu pemimpin seperti Umar Al-Khattab, tetapi kita tidak mahu menjadi seperti rakyat beliau. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Sejarah juga telah membuktikan.. Kejatuhan empayar-empayar Islam ke tangan musuh disebabkan pemimpin-pemimpin kerajaan serta rakyat semakin meninggalkan ajaran Islam. Sebagai contoh, Baghdad jatuh ke tangan orang Mongol walaupun pada ketika Baghdad merupakan kerajaan Islam yang kuat. Kerajaan Saljuk jatuh. Kerajaan Abbasiyah jatuh. Contoh di zaman moden ? Bosnia Herzegovina. Syria. Iraq. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Kerajaan Islam itu ditadbir dengan gilang gemilang oleh sistem KHALIFAH. Dengan sistem Khalifah, Islam disebarkan ke seluruh dunia. Dengan sistem Khalifah, Empayar Uthmaniah membantu mangsa kebuluran di Eropah. Dengan sistem Khalifah, bangsa lain bukan beragama Islam minta bernaung di bawah sistem kerajaan Islam. Dengan sistem Khalifah, sesebuah negara ditadbir berasaskan agama. Bukan bangsa. Semua bangsa yang beragama Islam dilayan sama rata dengan cara Islam. Bangsa lain yang beragama pelbagai, ditadbir mengikut peruntukan Islam yang dipersetujui. Peperangan yang berlaku pun adalah atas dasar AGAMA. Tiada peperangan berlaku melibatkan bangsa Arab berperang dengan Rom,Bangsa Parsi berperang dengan Negro. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Jika anda mengkaji dan mencari fakta sejarah, Selepas Perang Dunia Pertama, beberapa perjanjian telah wujud untuk membentuk sebuah negara berasaskan bangsa. German untuk orang German. Italy untuk orang Italy Ireland untuk bangsa Irish Norway untuk Norway. Turki untuk bangsa Turki. Malaysia untuk Malaysia Indonesia untuk Indonesia Filipina untuk Filipina.

Jika anda mengkaji dan mencari maklumat, pembentukan negara bangsa ini adalah untuk mengelakkan daripada tertubuhnya kembali sistem Khalifah. Persoalannya, siapa mereka yang merancang hal ini ? Sistem khalifah adalah mentadbir berasaskan kepada agama, bukan atas dasar bangsa. Dan agama boleh dianuti oleh pelbagai bangsa. Dengan tertegaknya sistem Khalifah semula, maka Islam akan menang, dan ini adalah petanda semakin dekat dengan KIAMAT. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Ada perancangan daripada Kerajaan negara Islam XXXX, sekiranya Malaysia ditadbir oleh landasan kepimpinan Islam, maka kita akan menubuhkan sistem Khalifah, dan kemudiannya akan sama-sama menggembleng tenaga untuk bersatu dengan negara-negara Islam yang lain. Malangnya masa kini, Negara Islam masa kini wujud atas dasar perjanjian negara bangsa WW1. Bagaimana mahu membela rakyat Palestin ? Dengan sistem Khalifah. Bagaimana mahu tertegaknya sistem Khalifah ? Negara ditadbir oleh PEMIMPIN yang takutkan ALLAH. Bagaimana mencari PEMIMPIN yang takutkan ALLAH ? Dengan mempunyai rakyat yang gerun dengan azab neraka. Dengan mempunyai rakyat yang cintakan MATI lebih dari hidup. Dengan mempunyai rakyat yang mengamal AlQuran dan Sunnah. Bukankah PEMIMPIN itu datang dari kalangan rakyat ? +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Tertegaknya pemerintahan Islam adalah dengan tertegaknya saf-saf SUBUH jemaah di masjid umpama Jumaat. Kita bukan sahaja memerlukan rakyat yang takut azab kemurkaan ALLAH, tetap kita mahukan juga rakyat yang memburu ganjaran pahala NYA. *Allah mengangkat martabat kaum Arab dengan Islam. Adakah sesuatu yang lebih baik dari ini ? Umar al Khattab r.a Guruh Petir.

Anda mungkin juga menyukai