Anda di halaman 1dari 3

ISKANDAR ZULKARNAIN BUKAN ALEXANDER THE GREAT

ISKANDAR Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat


berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua
sama orangnya.
Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka
berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan
akhlak dan visi mereka berdua.
Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan
akhlak mereka.
Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang
dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku
Iskandar Zulkarnain.
Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut
usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun
atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang
wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini
tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus.
Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila
Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana
selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Yajuj dan Majuj atau Gogma-Gog.

Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai


sempadan atau halangan daripada kaum Yajuj dan Majuj itu, tanpa
mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari
terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari
terbenam di barat.
Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan
tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang
diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan
Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu.
Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan
kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau
Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean
untuk ke Greece dan menguasai lautan itu.
Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama
Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak
beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu
fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Macedonia adalah sebuah
negeri dalam Greece.
Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan
kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang
untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan
manusia.
Jangan samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung

menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi


Muhammad SAW.
Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya
dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah
kemanusiaan di seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai