Anda di halaman 1dari 21

Kisah 16 Nabi Selain 25 Rasul yang

Wajib diketahui
7 Replies
DAFTAR ISI :

1. Nabi Syith A.S


2. Nabi Zulkarnain A.S
3. Nabi Khidir A.S
4. Nabi Syam’un A.S
5. Nabi Yusha’ A.S
6. Nabi Daniel A.S
7. Nabi Uzair A.S
8. Nabi Samuel A.S
9. Nabi Imran A.S
10. Nabi Jurjis A.S
11. Nabi Amos A.S
12. Nabi Jeremiah A.S
13. Nabi Malakhi A.S
14. Nabi Isaiah A.S
15. Nabi Hagai A.S
16. Nabi Hanzalah A.S

1. Nabi Syith A.S

Selain itu, terdapat kisah mengenai para nabi selain 25 orang rasul dan antaranya ialah Nabi
Syith A.S.

Set bahasa Arab: Shith atau Shiyth yang bermaksud “ditempatkan; ditunjuk” dalam kitab
Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak (kemungkinan anak
ketiga) dari Adam dan Hawa, dan merupakan adik dari Qabil dan Habil. Ia dilahirkan setelah
Habil dibunuh oleh Qabil. Nama Set disebut sepuluh kali dalam Alkitab, tujuh kalinya di
kitab Kejadian, sekali di kitab Bilangan, I Tawarikh, dan Lukas.

Set diberikan oleh Allah kepada Nabi Adam A.S sebagai pengganti Habil yang dibunuh. Ia
mempunyai seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun dan hidup hingga
mencapai usia 912 tahun.

Melalui keturunan Set dilahirkanlah Nuh A.S, Ibraham A.S, Daud A.S hingga akhirnya
menurunkan Isa A.S.

Set menurut kepercayaan Islam


Set (Syits) (sekitar 3630-2718 SM), hidup selama lebih kurang 912 tahun, meninggal pada
usia 1042 tahun. Menikah dengan Azura (Hazurah), kemudian mengandung seorang anak
yang bernama Enos pada usia 105 tahun. Ia salah seorang anak Adam, yang dianggap
sebagai salah satu dari nabi-nabi dalam Islam. Ia juga termasuk guru Nabi Idris yang
pertama kali mengajarkan baca dan tulis, ilmu falak, menjinakkan kuda dan lain-lain.
2. Nabi Zulkarnain A.S

Zulkarnain secara harfiahnya bermaksud “Dia yang Bertanduk Dua”, merupakan satu tokoh
yang disebutkan di dalam Qur’an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai
pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari
menyerang orang yang di Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai Iskandar
Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah pendapat paling sekular dan disangkal
sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus
Agung. Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan
Islam yang boleh dikatakan telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang
berbeza.

Timbulnya persoalan
Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis
dalam sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan
Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. Ketika Nadr mengatakan hal
tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai
Yahudi di Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan mengajukan tiga
soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda seorang
nabi dan begitu juga sebaliknya. Persoalan yang ditanyakan ialah:

1.Tentang beberapa anak muda di zaman dahulu yang ceritanya amat pelik dan
menakjubkan.

2.Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur
dan barat.

3.Tentang Roh.

Baginda Muhammad s.a.w. meminta masa untuk menjawabnya dan selepas diturunkan
wahyu, semuanya telah terjawab melalui surah al-Kahfi.

Sedutan Quran
Berikut merupakan petikan tafsir dari surah al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulkarnain.

83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah:


Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang
perihalnya.

84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan


Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85 Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

86 Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam
di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur
ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah
samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap
mereka.

87 Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan
menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya
dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

88 Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-
baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak
memberati.

89 Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90 Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada
suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

91 Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala
yang ada padanya.

92 kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

93 Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang
hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa
melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah
bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah
tembok di antara kami dengan mereka?

95 Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya,
lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-
ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

96 Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya


menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya
dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah
menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.

97 Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat
menebuknya.

98 (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu,
apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah
janji Tuhanku itu benar.

Bertanduk dua?
Sesetengah pihak berpendapat gelaran “Zulkarnain” bermaksud “bertanduk dua”, yang
secara tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun
ukiran dinding Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14 memberikan sebab yang berbeza.
Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan, “sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain kerana
dia mencapai dua “tanduk” (batas) matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan
terbenam.”

Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi “dia yang berketurunan dua”,
“dia yang hidup hingga dua kurun”, “dia yang memiliki dua kerajaan” ataupun “pemerintah
dua kerajaan”. Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut dengan maksud yang
berbeza.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan “bertanduk dua” bermaksud menggabungkan 2


negeri.

Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain


Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran
terkenal), Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha’eddin Khomrashahi
dan Dr. Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Iskandar
Agung. Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung iaitu raja empayar
Parsi Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan
ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:

1. Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus dengan
mahkotanya yang mempunyai tanduk.
2. Menurut Qur’an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus merupakan
raja pertama (beberapa ratus tahun sebelum Iskandar Agung) yang menakluki sebahagian
besar Eropah dan Asia.
3. Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Iskandar Agung
mempunyai banyak dewa-dewi.
4. Di dalam al-Qur’an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur
sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang
memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian berpatah ke
timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian) sebelum ke Timur Laut menawan Eropah
berhampiran Balkan.
5. Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan mereka
menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh orang Yunani
ketika itu.
6. Menurut al-Qur’an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan dan kebetulan lagi bagi Cyrus,
beliau sempat menamatkan ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke Parsi
manakala Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.
7. Keperibadian Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila Iskandar
sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston, sebagai
kekasihnya.

Menurut Afareez Abd Razak Al Hafiz; seorang penulis buku ‘Benarkah Iskandar Bukan
Zulqarnain’ telah menceritakan bahawa Raja Kurush yang memerintah Parsi pada ketika itu
ialah Nabi Zulqarnain A.S. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau telah menunjukkan
terdapat persamaan ciri-ciri antara Raja Kurush dengan Zulqarnain.

3. Nabi Khidir A.S


Al-Khiḍr (Arab:‫الخضر‬, Khaḍr, Khaḍer, al-Khaḍir) adalah seorang nabi yang dikisahkan oleh
Allah dalam Al-Qur’an dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82. Selain kisah tentang nabi Khidir yang
mengajarkan tentang ilmu dan kebijaksanaan kepada Nabi Musa, asal usul dan kisah
lainnya tentang Nabi Khidir tidak banyak disebutkan.

Etimologi
Al-Khidir secara harfiah bererti ‘Seseorang yang Hijau’ melambangkan kesegaran jiwa,
warna hijau melambangkan kesegaran akan pengetahuan “berlarut langsung dari sumber
kehidupan.” Dalam Encyclopædia Britannica, dikatakan bahawa Khidir telah diberikan
sebuah nama, yang paling terkenal iaitu Balyā bin Malkān.

Teguran Allah kepada Musa


Kisah Musa dan Khidir dirakamkan oleh Al-Qur’an dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82. Menurut
Ibnu Abbas, Ubay bin Ka’ab menceritakan bahawa beliau mendengar nabi Muhammad
bersabda: “Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau
ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?” Jawab Nabi Musa, “Aku” Lalu Allah menegur
Nabi Musa dengan firman-Nya, “Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada
di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.”

Lantas Musa pun bertanya, “Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya?” Allah
pun berfirman, “Bawalah bersama-sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya
ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hamba-Ku itu.” Sesungguhnya
teguran Allah itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa untuk menemui
hamba yang soleh itu. Di samping itu, Nabi Musa juga ingin sekali mempelajari ilmu dari
Hamba Allah tersebut.

Musa kemudiannya menunaikan perintah Allah itu dengan membawa ikan di dalam wadah
dan berangkat bersama-sama pembantunya yang juga merupakan murid dan
pembantunya, Yusya bin Nun.

Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu dan memutuskan untuk beristirehat
sejenak kerana telah menempuh perjalanan cukup jauh. Ikan yang mereka bawa di dalam
wadah itu tiba-tiba meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air. Allah SWT
membuatkan aliran air untuk memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` terpegun
memperhatikan kebesaran Allah menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.

Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, Yusya’
tertidur dan ketika terjaga, beliau lupa untuk menceritakannya kepada Musa. Mereka
kemudiannya meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada keesokan paginya,
Nabi Musa berkata kepada Yusya` “Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah
berasa letih kerana perjalanan kita ini.” (Surah Al-Kahfi : 62)

Ibn `Abbas berkata, “Nabi Musa sebenarnya tidak berasa letih sehingga baginda melewati
tempat yang diperintahkan oleh Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu.”
Yusya’ berkata kepada Nabi Musa, “Tahukah guru bahawa ketika kita mencari tempat
berlindung di batu tadi, sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak
lain yang membuat aku lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu kembali
masuk kedalam laut itu dengan cara yang amat aneh.” (Surah Al-Kahfi : 63)
Musa segera teringat sesuatu, bahawa mereka sebenarnya sudah menemuui tempat
pertemuan dengan hamba Allah yang sedang dicarinya itu. Kini, kedua-dua mereka berbalik
arah untuk kembali ke tempat tersebut iaitu di batu yang menjadi tempat persinggahan
mereka sebelumnya, tempat bertemunya dua buah lautan. Musa berkata, “Itulah tempat
yang kita cari.” Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. (Surah Al-Kahfi : 64)

Terdapat banyak pendapat tentang tempat pertemuan Musa dengan Khidir. Ada yang
mengatakan bahawa tempat tersebut adalah pertemuan Laut Romawi dengan Parsi iaitu
tempat bertemunya Laut Merah dengan Samudra Hindia. Pendapat yang lain mengatakan
bahawa lautan tersebut terletak di tempat pertemuan antara Laut Roma dengan Lautan
Atlantik. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa lautan tersebut terletak di
sebuah tempat yang bernama Ras Muhammad iaitu antara Teluk Suez dengan Teluk
Aqabah di Laut Merah.

Persyaratan belajar
Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang
berjubah putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam kepadanya. Khidir menjawab
salamnya dan bertanya, “Dari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak
mempunyai kesejahteraan? Siapakah kamu” Jawab Musa, “Aku adalah Musa.” Khidir
bertanya lagi, “Musa dari Bani Isra’il?” Nabi Musa menjawab, “Ya. Aku datang menemui tuan
supaya tuan dapat mengajarkan sebagian ilmu dan kebijaksanaan yang telah diajarkan
kepada tuan.”

Khidir menegaskan, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-
samaku.” (Surah Al-Kahfi : 67) “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah
sebahagian daripada ilmu kurniaan dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak
diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang
tidak kuketahuinya.”

Nabi Musa berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar
dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun.” (Surah Al-Kahfi : 69)

Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu
menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya
kepadamu.” (Surah Al-Kahfi : 70)

Perjalanan Khidir dan Musa


Demikianlah seterusnya Musa mengikuti Khidir dan terjadilah beberapa peristiwa yang
menguji diri Musa yang telah berjanji bahawa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu
tindakan diambil oleh Nabi Khidir. Setiap tindakan Nabi Khidir A.S. itu dianggap aneh dan
membuat Nabi Musa terperanjat.

Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khidir menghancurkan perahu yang ditumpangi
mereka bersama. Nabi Musa tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya kepada
Nabi Khidir. Nabi Khidir memperingatkan janji Nabi Musa, dan akhirnya Nabi Musa meminta
maaf kerana kelancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap
tindakan Nabi Khidir.
Selanjutnya setelah mereka sampai di suatu daratan, Nabi Khidir membunuh seorang anak
yang sedang bermain dengan kawan-kawannnya. Peristiwa pembunuhan yang dilakukan
oleh Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa tak kuasa untuk menanyakan hal tersebut
kepada Nabi Khidir. Nabi Khidir kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi
kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap segala sesuatu yang dilakukan
oleh Nabi Khidir, jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela untuk tidak mengikuti
perjalanan bersama Nabi Khidir.

Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai disuatu wilayah perumahan.


Mereka kelelahan dan hendak meminta bantuan kepada penduduk sekitar. Namun sikap
penduduk sekitar tidak bersahabat dan tidak mahu menerima kehadiran mereka, hal ini
membuat Nabi Musa berasa kesal terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh
penduduk, Nabi Khidir malah menyuruh Nabi Musa untuk bersama-samanya memperbaiki
tembok suatu rumah yang rosak di daerah tersebut. Nabi Musa tidak kuasa kembali untuk
bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini yang membantu memperbaiki tembok rumah
setelah penduduk menzalimi mereka. Akhirnya Nabi Khidir menegaskan pada Nabi Musa
bahawa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa untuk menjadi muridnya dan Nabi Musa
tidak diperkenankan untuk terus melanjutkan perjalanannya bersama dengan Nabi Khidir.

Selanjutnya Nabi Khidir menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat
Nabi Musa bertanya. Kejadian pertama adalah Nabi Khidir menghancurkan perahu yang
mereka tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu
tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu milik rakyatnya.

Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahawa beliau membunuh seorang anak
kerana kedua-dua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi
dewasa dapat mendorong bapa dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur. Kematian
anak ini digantikan dengan anak yang soleh dan lebih mengasihi kedua ibu bapanya hingga
ke anak cucunya.

Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan bahawa rumah yang dinding
diperbaiki itu adalah milik dua orang adik-beradik yatim yang tinggal di kota tersebut.
Didalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah
kedua-dua adik-beradik ini telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang soleh. Jika
tembok rumah tersebut runtuh, maka boleh dipastikan bahawa harta yang tersimpan
tersebut akan ditemui oleh orang-orang di kota itu yang sebahagian besar masih
menyembah berhala, sedangkan kedua adik-beradik tersebut masih cukup kecil untuk
mengelola peninggalan harta ayahnya. Dipercayai tempat tersebut berada di negeri
Antakya, Turki.

Akhirnya Nabi Musa as. sedar hikmah dari setiap perbuatan yang telah dikerjakan Nabi
Khidir. Akhirya mengerti pula Nabi Musa dan berasa amat bersyukur kerana telah
dipertemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang soleh yang dapat mengajarkan
kepadanya ilmu yang tidak dapat dituntut atau dipelajari iaitu ilmu ladunni. Ilmu ini
diberikan oleh Allah SWT kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khidir yang
bertindak sebagai seorang guru banyak memberikan nasihat dan menyampaikan ilmu
seperti yang diminta oleh Nabi Musa dan Nabi Musa menerima nasihat tersebut dengan
penuh rasa gembira.
Saat mereka didalam perahu yang ditumpangi, datanglah seekor burung lalu hinggap di
hujung perahu itu. Burung itu meneguk air dengan paruhnya, lalu Nabi Khidir berkata,
“Ilmuku dan ilmumu tidak berbanding dengan ilmu Allah, Ilmu Allah tidak akan pernah
berkurang seperti air laut ini kerana diteguk sedikit airnya oleh burung ini.”

Sebelum berpisah, Khidir berpesan kepada Musa: “Jadilah kamu seorang yang tersenyum
dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa
tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan, berputus asa dengan kekhilafan
yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai
Ibnu `Imran.”

Hikmah kisah Khidir


Dari kisah Khidir ini kita dapat mengambil iktibar penting. Diantaranya adalah Ilmu
merupakan kurniaan Allah S.W.T, tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengaku
bahawa dirinya lebih berilmu dibanding yang lain. Hal ini kerana ada ilmu yang merupakan
anugrah dari Allah SWT yang diberikan kepada seseorang tanpa harus mempelajarinya
(Ilmu Ladunni, iaitu ilmu yang dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang soleh dan terpilih)

Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan
kebijaksanaan dari setiap peristiwa yang dialami. Hikmah ketiga adalah setiap murid harus
memelihara adab dengan gurunya. Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan
seorang guru dari awal hingga akhir sebelum nantinya dapat bertindak diluar perintah dari
guru. Kisah Nabi Khidir ini juga menunjukan bahawa Islam memberikan kedudukan yang
sangat istimewa kepada guru.

4. Nabi Yusha’ A.S.

Yusha‘ bin Nūn (Arab:‫ )يوشع‬adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki
kota Yareho (Jericho). Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran Musa pada pertama kali tiba di
“Tanah Yang di Janjikan”. Ia mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di
Kanaan. Yusha dikenal sebagai Joshua didalam Taurat. Namanya tidak disebutkan secara
langsung tetapi Al-Qur’an mereferensikannya bersama dengan kisah Musa didalam surah
Al-maidah, Al Kahfi dan Waqi’ah.

Sesudah Harun dan Musa wafat, kaum Bani Israil dipimpin oleh Yusha‘ bin Nūn, yang
memang telah ditunjuk oleh Musa untuk menggantikannya sebelum kewafatannya. Berkat
kepemimpinan Yusha‘ bin Nūn mereka dapat menguasai tanah Palestin dan menetap
tinggal di istana. Namun setelah Yusha‘ bin Nūn wafat, mereka berpecah-belah. Dalam
ajaran Islam dikatakan bahawa isi kitab Taurat mereka diubah dan ditambah-tambah.
Mereka sering berselisih pendapat sesama mereka sendiri hingga akhirnya hilanglah
kekuatan persatuan mereka, yang mengakibatkan tanah Palestin diserbu dan dikuasai oleh
bangsa lain. Dari segi positifnya adalah ketika dia meninggal, semua tugas untuk mengatur
dua belas suku tersebut telah selesai sesuai dengan kehendak Allah.

Matahari Terhenti seketika


Di antara mukjizat Nabi Yusha’ ialah Allah berhentikan matahari bagi menyebabkan hari
Jumaat berpanjangan bagi membolehkan perang diteruskan. Hal ini kerana waktu itu Allah
mengharamkan kaum Yahudi berperang pada hari Sabtu, dalam satu peperangan terhadap
kaum kanaan yang berlaku pada hari Jumaat, maka berlakulah mukjizat tersebut. Mengikut
syariat terdahulu, hari sabtu hanya untuk melakukan ibadat. Nabi Yusha’ telah berdoa agar
Allah memberhentikan seketika matahari bagi membolehkan Nabi Yusha’ bersama-sama
tenteranya menggempur kota Jericho yang merupakan “Tanah Yang di Janjikan”.

5. Nabi Daniel A.S.

Nabi Daniel (bahasa Ibrani: ‫דָּ נִי ֵּאל‬, Daniyyel, Dāniyyêl; bahasa Parsi: ‫دانيال‬, Dâniyal atau Danial,
juga disebut Dani, ‫ ; داني‬Arabic: ‫دانيال‬, Danyal) adalah tokoh yang dicatat dalam sejarah sebagai
salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga agama samawi (Islam, Kristian,
Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai Baginda banyak tertumpu kepada catatan
dalam Kitab Daniel dalam agama Kristian Katolik dan Yahudi.

Kisah Nabi Daniel A.S.


Kitab Daniel, yang ditulis dalam bahasa Ibrani dan bahasa Aramik, adalah sebuah kitab suci
Tanakh bagi agama Yahudi atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dalam kitab ini
berlaku semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa Yahudi dibuang dan diasingkan
ke Babil. Kisah ini berkisar seorang tokoh yang bernama Daniel yang berbangsa Israil dan
menjadi penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babil (Babylon) dari 605 SM – 562 SM.

Nabi Daniel A.S. bersama-sama bangsa Israil telah ditawan dan diasingkan ke Babil (Iraq)
ketika masih kecil lagi. Ketika itu pemerintah Babil yang bernama Nebuchadnezzar telah
menyerang Baitulmaqdis serta menghancurkan kota tersebut dan membawa para tawanan
dari kalangan bangsa Israil dan mereka telah dizalimi oleh raja tersebut serta tidak
dibenarkan pulang ke Baitulmaqdis.

Mimpi Raja Nebuchadnezzar


Dalam satu riwayat mengatakan bahawa ketika dalam tahanan penjara, Nabi Daniel
bersama-sama rakannya tidak menjamah sedikit pun makanan yang diberikan oleh tentera
Babylon sebaliknya hanya makan sayur dan minum air sahaja.

Kemudian pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang menakutkan
sehingga dia telah meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya namun dia
sendiri tidak tahu apa yang dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar mengancam untuk
menjatuhkan hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat
menafsirkan mimpinya sehinggalah salah seorang daripada tawanan penjara memberitahu
raja bahawa Nabi Daniel boleh menafsirkan mimpi raja itu.

Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah patung besar yang mana
setiap bentuk pada tubuh patung itu adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari
emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga sedang
pehanya dari besi dengan kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari tanah
liat. Nabi Daniel memberitahu lagi bahawa raja itu telah melihat sebuah batu tanpa
perbuatan manusia telah menimpa patung itu tepat di bahagian kakinya yang dari besi dan
tanah liat itu sehingga remuk. Akhirnya, batu itu yang menimpa patung tanpa perbuatan
tangan manusia menghancurkan semua logam yang ada dipatung tersebut. Kemudian batu
itu menjadi gunung yang besar memenuhi seluruh bumi.
Nabi Daniel secara jelas dan tegas menjelaskan bahawa logam-logam itu melambangkan
sebuah pengantian kekuasaan dari kerjaan-kerajaan besar yang berdiri dan kemudian
roboh, dimulai dengan Babylon yang dilambangkan oleh kepala dari emas. Sesudah
Babylon adalah Media-Parsi (lengan dan dada perak). Kemudian kerajaan itu digantikan
oleh Yunani (tembaga), kemudian digantikan lagi oleh Kekaisaran Rom iaitu kerajaan yang
keempat yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan
segala sesuatu dan seperti besi yang menghancur luluhkan, maka kerajaan itu akan
meremukkan dan menghancur luluhkan semuanya. Kemudian pada bahagian kaki yang
daripada campuran besi dan tanah liat pula ialah merujuk kepada kerajaan-kerajaan di
Eropah selepas keruntuhan kekaisaran Rom pada 476 masihi. Campuran besi dan tanah liat
adalah juga merujuk kepada penyatuan negara-negara Eropah namun sentiasa mengalami
kegagalan. Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh raja itu untuk menjadi orang
kanannya kerana raja itu kagum dengan kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yang
lain berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi
Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya
bersama-sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari
lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel
dalam keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun. Para menteri itu terus membuat
perancangan untuk membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja
Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah ‘buang air’ terhadap raja itu ketika sedang tidur.
Raja yang mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja
terbabit untuk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya
terdapat orang yang ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sebagai raja, pengawal
itu perlu membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu sebaliknya raja itu
yang keluar kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal yang berkawal itu tidak
percaya sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu dia adalah raja.
Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak
menyelamatkan nabi-Nya daripada kezaliman Nebuchadnezzar.

Seterusnya kerajaan Babylon telah ditawan oleh kerajaan Media-Parsi dan pemerintahnya
telah melantik Nabi Daniel sebagai penasihatnya. Nabi Daniel juga dikatakan telah
dipenjarakan ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Media-Parsi kerana tidak
mahu meninggalkan amalan ibadahnya yakni (menyembah Allah) walaupun telah
dikuatkuasakan oleh kerajaan itu yang melarang rakyat mengamalkan amalan ibadah. Nabi
Daniel telah dipenjarakan bersama-sama 3 ekor singa, namun singa-singa itu tidak
sedikitpun mencederakannya.

Menurut Abul Barakat al-Hifny, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju ke kota
Iskandariyah dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan wafat
dan terdapat makamnya di sana. Kemudian wujudnya Masjid Nabi Daniel sewaktu Mesir di
bawah pemerintahan seorang gabenor iaitu Amru Al As kerana beliau telah menjumpai
makam Nabi itu lalu membina masjid dikawasan itu dan dinamakan sempena nama Nabi
Daniel.

6. Nabi Uzair A.S.

Nabi Uzair AS adalah seorang hamba Allah yang hidup pada zaman antara Nabi Saleh A.S.
dan Nabi Ibrahim A.S. iaitu sekitar 5000 sampai 4000 tahun sebelum masa Nabi Isa AS. Nabi
Uzair A.S. adalah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah S.W.T, salah satu diantara 313 orang
Rasul utusan Allah.

Kemusnahan kota Jerusalem


Allah S.W.T. telah meranapkan kaum Yahudi sebanyak dua kali akibat sikap mereka yang
degil. Selepas mereka menyeleweng buat kali pertama, Allah S.W.T. mentakdirkan
sepasukan tentera yang tanpa gentar menghadapi serta memusnahkan mereka iaitu
tentera dari kalangan bangsa Kanaan yang dipimpin oleh Jalut namun akhirnya dikalahkan
oleh Nabi Daud A.S.

Kali keduanya pula adalah serangan Raja Bukhtanasar yang menyerang Jerusalem dan
membunuh penduduknya dan seterusnya membawa hampir semua yang selebihnya
sebagai hamba ke empayarnya. Kota terbabit musnah sama sekali termasuklah harta benda
mereka yang dirampas. Kota tersebut sunyi sepi tanpa ada seorang pun yang tinggal.

Selepas Raja Bukhtanasar pulang ke empayarnya sambil meninggalkan kemusnahan di


belakangnya, Nabi Uzair A.S. telah melalui Jerusalem bersama-sama seekor keldainya dan
menyaksikan kesan-kesan kemusnahan yang dahsyat.

Beliau kemudian, turun dari keledainya dan bersujud kepada Allah S.W.T dengan berkata
“Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?”

Maka dengan itu Allah menidurkannya (mematikannya) selama 100 tahun. Dalam tempoh
70 tahun penidurannya itu, bandar itu mula dihuni oleh penduduk-penduduk bertambah
pesat dan membangun serta kepulangan orang-orang yang dibawa pergi oleh Raja
Bukhtanasar ke tanah air asal mereka atas arahan Raja Kurush (Nabi Zulqarnain A.S.).

Nabi Uzair A.S. dihidupkan/dibangunkan semula


Setelah 100 tahun tertidur, Allah S.W.T membangunkan atau menghidupkan kembali beliau
dengan jasadnya sebagaimana sebelum beliau tertidur. Kemudian Allah bertanya kepada
beliau: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Beliau menjawab: “Saya telah tinggal di sini
sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus
tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan
lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan
kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu,
kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging”.
Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati)
beliau pun berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS 2 Al
Baqarah 259).

Nabi Uzair A.S. bertemu semula ahli keluarga dan masyarakat


Selepas itu beliau pun menunggang keldai itu dan pergi ke rumahnya sendiri yang
ditinggalkannya 100 tahun dahulu dan menemui seorang wanita buta yang berusia 120
tahun. Beliau bertanya kepadanya, adakah rumah itu kepunyaan Uzair? Beliau (wanita itu)
mengiakan persoalan itu dan menyatakan yang Uzair sudah dilupakan orang. Akhirnya,
apabila beliau berjaya meyakinkan kepada wanita itu beliau adalah Uzair, wanita itu pun
mengumumkan kepada orang ramai yang Uzair sudah kembali dan nabi Uzair pun
didatangi oleh anaknya sendiri yang berusia 118 tahun. Sewaktu beliau ditidurkan, anaknya
hanya berusia 18 tahun. Lalu anaknya mengatakan yang ayahnya dahulu memiliki tanda
kelahiran di antara dua bahunya. Maka dengan itu, beliau pun menunjukkan tanda
kelahiran itu.

Penulisan semula kitab Taurat


Oleh sebab tidak ada sesiapa yang menghafal kitab Taurat dan kitab itu sudah dibakar
kesemuanya pada zaman penyerangan Raja Bukhtunasar, maka mereka meminta Nabi
Uzair mengeluarkan satu-satunya salinan Taurah yang disembunyikan oleh ayahnya sendiri
yang bernama Sarukha.

Namun apabila Nabi Uzair mengeluarkan salinan kitab Taurat dari tempat persembunyian
asalnya, didapati kertasnya sudah reput dan berderai. Maka Nabi Uzair pun duduk seketika
sambil dikelilingi orang ramai dan memikirkan bagaimana beliau dapat menulis semula
kitab Taurat, maka pada ketika itu di hadapan penyaksian orang-orang Yahudi, terdapat dua
tahi bintang jatuh dari langit dan menghentak dadanya yang menyebabkan galakan pada
daya pemikirannya, lalu menulis kembali kitab Taurat daripada ingatannya.

Maka dengan itu, orang-orang Yahudi mengatakan yang beliau adalah anak Allah
disebabkan dua perkara iaitu yang pertama, penyaksian mereka pada jatuhnya dua tahi
bintang dari langit yang terkena kepada Nabi Uzair. Menurut pandangan mereka, ini adalah
tanda sebagai anak Tuhan. Perkara yang kedua pula adalah walaupun Nabi Musa seorang
yang hebat daripada pelbagai aspek termasuk mukjizat-mukjizatnya, namun beliau tidak
mampu menyampaikan ajaran kitab Taurat kecuali daripada penulisan Taurat itu sendiri
sedangkan Nabi Uzair berupaya menyalin kitab Taurat hanya melalui ingatannya. Perbuatan
mereka ini amatlah tercela dan dilaknat oleh Allah kerana Maha Suci Allah daripada
mempunyai anak. Hal ini telah dirakamkan dalam Al Quran yang bermaksud : Dan orang-
orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih
ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu)
mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-Taubah 9:30)

7. Nabi Samuel A.S.

Samuel (Arab:‫ صموئيل‬Shamu`ayl)atau Samwil dalam Islam dianggap sebagai salah satu nabi
Bani Israel dan dikatakan bahawa Samuel adalah keturunan dari Yusuf. Ia pernah diminta
oleh kaumnya untuk memilih seorang pemimpin dari kalangannya. Pada akhirnya
terpilihlah Thalut yang memiliki profesion seorang petani. Namanya tidak disebutkan dalam
Al-Qur’an, tetapi telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al Baqarah, tanpa menyebutkan
namanya.

Pengganti Nabi Musa A.S.


Beliau telah diutuskan oleh Allah S.W.T. selepas kewafatan Nabi Musa A.S. Semasa zaman
Nabi Musa A.S., Bani Israel dalam berabad-abad lamanya dapat hidup bersatu di negeri
mereka sendiri, tidak dapat diusir oleh kekuatan daripada mana-mana pihak.
Selepas kewafatan Nabi Musa A.S., bangsa Israel lama kelamaan lupa akan ajaran Nabi
Musa A.S., lupa akan agama mereka dan agama itu mereka telah ubah menurut kemahuan
mereka sendiri.
Dalam keadaan yang demikian itu, akhirnya mereka dapat dikalahkan dan diusir dari
kampung halaman mereka sendiri oleh bangsa Palestin.

Nasib bangsa Israel semakin jelek dan melarat di bawah penjajahan sehingga mengalami
pengusiran itu, terpisah dari anak dan isteri mereka dalam tempoh yang lama, mereka juga
tidak sanggup tampil ke hadapan untuk memimpin bangsanya yang telah bercerai-berai itu.

Akhirnya diutus oleh Allah kepada mereka seorang Nabi, Samuel namanya. Dengan
pimpinan Samuel ini, akhirnya beberapa orang di antara bangsa Israil dapat berkumpul.
Dari kumpulan ini timbul hasrat bagi mereka, untuk berusaha mengusir bangsa Palestin
yang telah mengusir mereka dari tanah airnya. Tetapi sayang, tidak seorang juga di antara
mereka yang berani dan sanggup menjadi pemimpin.

Samuel tahu benar mengenai kelemahan kaumnya yang demikian itu, kelemahan yang
disebabkan oleh tidak adanya kemahuan untuk berjuang dan kelemahan kerana tidak
adanya rasa patuh terhadap pemimpinnya.

Dengan tegas Samuel berkata kepada mereka: “Sebab kelemahan kamu, adalah kerana
kamu sekalian tidak mahu berjuang menghadapi peperangan bila dipanggil untuk
berperang!”
Mereka menjawab: Kami sanggup berjuang dan bertempur, kerana tidak tahan lagi hidup
sengsara terpisah dengan anak, keluarga dan tanahair sendiri, asal saja ada yang
memimpin kami dalam perjuangan dan pertempuran itu. (tetapi hanya sedikit sahaja yang
bersungguh-sungguh untuk berjuang dan mengikut arahan pemimpinnya).

Samuel meminta mereka menunggu, kerana Samuel ingin menerima petunjuk dari Allah
S.W.T. terlebih dahulu, tentang maksud ini. Lalu kepada Samuel diwahyukan oleh Allah
S.W.T., agar memilih Talut menjadi raja dan pemimpin perang mereka. Samuel sendiri
rupanya belum kenal siapa Talut itu. Tetapi dengan tegas Allah S.W.T. mewahyukan kepada
Samuel, agar jangan ragu-ragu dalam menetapkan Talut sebagai pemimpin dan jeneral
dalam perang yang diperintahkan itu.

Talut adalah anak desa dalam negeri itu, bahkan anak seorang yang miskin pula. Jangankan
ia akan dikenal sebagai pemimpin dalam pergaulan, malah sehari-hari saja jarang orang
kenal kepadanya. Tetapi dia adalah seorang yang berbadan kuat dan sihat; tinggi dan gagah
perwatakannya, matanya tajam, fikirannya pun luas dan tajam pula. Dalam pada itu, dia
mempunyai hati yang suci bersih, budi yang halus dan agung. Dia tinggal di desa kecil
bersama-sama bapanya. Pekerjaannya bertani dan berternak.

Tabut berjaya dirampas semula


Akhirnya, tentera pimpinan jeneral Talut telah berjaya mengalahkan bangsa Palestin
walaupun jumlah mereka adalah sedikit dan ketika itu juga jeneral jalut yang memimpin
bangsa Palestin telah mati akibat dilontar batu oleh Nabi Daud A.S. yang ketika itu berumur
9 tahun. Nabi Samuel A.S. turut menyertai peperangan itu yang mana Tabut milik Bani Israil
telah berjaya dirampas semula.

Kisah mengenai Nabi Samuel A.S. ada disebutkan dalam Al Quran walaupun tidak
disebutkan namanya di dalam Al Quran, iaitu surah Al Baqarah ayat 247 dan ayat 248.
8. Nabi Imran A.S.

Nabi Imran A.S. adalah salah seorang nabi dan juga merupakan bapa kepada Mariam iaitu
ibu Nabi Isa A.S. Nama sebenar Nabi Imran ialah Imran bin Hasyim bin Amun. Beliau
berkahwin dengan Hannah binti Faqud bin Qabil dan telah dikurniakan oleh Allah seorang
anak perempuan bernama Mariam. Kedua-dua mereka mempunyai darah keturunan Nabi.

Surah Ali Imran


Nabi Imran dan keluarganya telah dimuliakan oleh Allah S.W.T. seperti mana yang telah
terdapat dalam Al Quran surah Ali Imran ayat 33 yang bermaksud : “Allah telah memilih
Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam”.

Kehidupan keluarga Imran sederhana. Mereka tinggal di perkampungan Nazareth, Palestin.


Kegiatan ekonomi penduduk di perkampungan itu lebih tertumpu kepada kegiatan
pertanian yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Kebanyakan daripada
mereka menjalankan kegiatan pertukangan kayu. Mereka mengutip hasil kayu dari hutan
dan kemudiannya menjual kayu tersebut kepada pelanggan yang mahu membelinya. Ada
juga di antara mereka yang mahir membuat kasut dan mengeringkan buah tin sebagai
pekerjaan mereka. Nabi Imran A.S. menyimpan hasrat untuk tinggal di Jerusalem. Beliau
ingin berkhidmat di Baitulmuqaddis. Beliau pernah bermimpi menjadi siak di tempat suci di
Baitulmuqaddis dan bermimpi menjaga kebersihan dan membantu kerja-kerja menjaga
tempat suci itu.

Isteri Nabi Imran A.S. telah bernazar kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menerima
anaknya Mariam untuk menjadi ahli Ibadat kepadaNya seperti mana yang terdapat dalam
surah Ali Imran ayat 35 yang bermaksud : (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku!
Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai
seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata),
maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”

9. Nabi Jurjis A.S.

Kisah Nabi Jurjis Dengan Raja Bani Israil


Dalam satu riwayat mengatakan, pada zaman dahulu ada seorang raja Bani Israil yang
zalim. Kezalimannya bukan sahaja terhadap rakyatnya sendiri malahan terhadap Allah
S.W.T. Segala perintah Allah diabaikannya, dia memerintah mengikut hawa nafsu serta
undang-undang buatannya. Maka Allah mengutuskan seorang nabi bernama Jurjis. Dia
mengutuskan nabi Jurjis untuk menghapuskan kezaliman Raja Bani Israil itu yang sangat
melampaui batas.

Setiap hari Nabi Jurjis berusaha untuk menyedarkan raja serta rakyatnya agar mengikut
perintah Allah. Malangnya segala ajakan Nabi Jurjis tidak sedikitpun dipedulikan oleh raja
tersebut. Malahan Raja itu menentang ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Jurjis.

Akhirnya Allah S.W.T. pun menurunkan bala terhadap kaum Bani Israil. Bertahun-tahun
Allah tidak menurunkan hujan di tanah Bani Israil. Banyaklah tanaman serta haiwan mati
kehausan. Tanah-tanah pertanian serta kolam-kolam air akhirnya menjadi kering kontang.
Maka terjadilah kebuluran di merata tempat di negeri itu.

Raja menjadi bingung kerana dahulu rakyatnya pergi ke kuil setiap hari menyembah berhala
tetapi kini mereka tidak ke kuil, malahan sibuk menguruskan kehidupan mereka seharian.
Setiap hari raja tersebut dikunjungi rakyat jelata untuk memohon bantuan. Malangnya raja
tidak dapat berbuat satu apapun.

Pada suatu hari raja memerintahkan para menteri menyiasat keadaan seluruh negeri itu.
Setelah melakukan penyiasatan, mereka pun datang mengadap raja. Kata para menteri itu :
“Wahai paduka Tuanku. Keadaan seluruh negeri amatlah mendukacitakan sekali. Tanah-
tanah pertanian dan kolam-kolam air semuanya kering belaka. Haiwan ternakan banyak
yang mati manakala rakyat dalam keadaan kebuluran. Kami kira kalau keadaan ini
berterusan, musnahlah seluruh kerajaan Tuanku nanti”.

Setelah mendengar laporan para menterinya, raja pun bertitah : “Kalau demikian keadaan
negeri dan kerajaan, cubalah beri pendapat kamu bagaimana kita boleh mengatasi masalah
yang amat sulit lagi berbahaya ini”.

Maka jawab para menterinya : “Kami berpendapat eloklah kita cari dimana Nabi Jurjis.
Paduka Tuanku tentu ingat bahawa Nabi Jurjislah orang yang selalu berjaya menolong kita
sewaktu terjadi keadaan-keadaan seperti ini. “Apa maksud kamu semua menyebut Jurjis
itu”, tanya raja tersebut.

“Wahai Paduka Tuanku, tidakkah Tuanku ingat bahawa Jurjis selalu mengajak kita
menyembah Allah. Jika ajakannya itu benar tentu dapat meminta kepada Tuhannya itu
supaya diturunkan hujan”, balas para menteri itu.

“Tapi bagaimana kalau hujan tidak turun juga?”, tanya raja lagi. “Kita bunuh sahaja Jurjis”,
sahut menteri-menteri itu penuh yakin. Maka pada keesokannya raja bersama dengan para
menteri pergi mendapatkan Jurjis. Sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan rumah Nabi
Jurjis, mereka dapati Nabi Jurjis sedang tekun beribadat. Tiba-tiba Nabi Jurjis terdengar
suara orang dari luar rumahnya. “Hai Jurjis, keluarlah kamu!”, perintah raja itu dengan suara
yang agak kasar. Sebaik sahaja namanya diseru, maka Nabi Jurjis pun segera keluar.

“Surat apakah itu hai Tuanku”. “Aku minta Tuhanmu supaya turunkan hujan. Kalau hujan
tidak turun, katakan kepada Tuhanmu itu bahawa aku akan memeranginya”, seru raja itu
dengan angkuh.

Nabi jurjis berasa terlalu sedih mendengar perintah raja itu. Dalam masa Nabi Jurjis sedang
bersedih, tiba-tiba muncul malaikat Jibril lalu berkata kepadanya, “Wahai Jurjis, kenapa
engkau bersedih sahaja? Beritahukah apa yang diminta oleh raja itu kepada Allah”.

Nabi Jurjis pun menurut apa yang dinasihatkan oleh Jibril A.S. Kemudian Allah menyuruh
Jurjis bertanya kepada raja Bani Israil itu, bagaimana caranya dia hendak menentang Allah.
Pada keesokan harinya, Nabi Jurjis pun pergi ke istana untuk bertanyakan seperti yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Sebaik sahaja raja mendengar kata-kata Nabi Jurjis, maka raja itu pun berkata : “Hai Jurjis,
aku memang tidak dapat memerangi Tuhanmu kerana Dia sangat perkasa sedangkan aku
lemah tetapi aku akan memerangi apa jua kekasihNya di bumi ini”, tegas raja itu dengan
angkuh. Setelah itu Jurjis pun pulang ke rumahnya. Setibanya dia di rumah, didapatinya
malaikat Jibril sudah pun berada di dalam bilik tempat dia beribadat. Kata malaikat Jibril :
“Hai Jurjis, pergilah engkau bertemu raja itu dan nasihatilah dia supaya membatalkan
maksudnya itu”.

Setelah mendengar nasihat Jibril itu, keesokannya Jurjis pergi semula ke istana raja dan
menasihati raja tersebut. Dengan izin Allah, raja yang angkuh itu pun menerima nasihat
Nabi Jurjis. Setelah segalanya selesai, Nabi Jurjis pun kembali semula ke rumahnya. Sebaik
sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah, hujan pun turun dengan lebatnya selama tiga
hari tiga malam. Tanaman tumbuh dengan subur, sungai dipenuhi air, rakyat mulai turun ke
ladang mengerjakan tanaman mereka. Akhirnya negara itu kembali makmur seperti
sediakala.

Melihatkan keadaan kembali pulih seperti sediakala, raja pergi mendapatkan Nabi Jurjis A.S.
berserta dengan rakyatnya dan menyatakan keimanan kepada Allah yang Maha Kuasa.

10. Nabi Amos A.S.

Nabi Amos A.S. adalah seorang Nabi yang berasal dari Tekoa iaitu di sebelah tenggara
Baitulaham. Di dalam Alkitab, kitab Amos ditulis oleh Nabi Amos A.S. Beliau juga adalah
Nabi yang pertama dalam Alkitab yang pesannya dicatat secara terperinci. Beliau berasal
dari sebuah kota di Yehuda, tetapi ia berkhutbah kepada orang-orang Israel di kerajaan
utara sekitar pertengahan abad ke-8 SM.

Pada masa itu banyak orang hidup makmur, ibadah dipentingkan dan negeri Israel
nampaknya damai. Tapi Amos melihat bahawa yang mengecap kemakmuran hanyalah para
hartawan yang memperkayakan diri dengan hasil penindasan dan ketidakadilan terhadap
orang miskin. Orang menjalankan ibadah dengan hati yang tidak ikhlas dan keadaan damai
hanya tampak dari luar. Dengan berani dan penuh semangat, Amos menyampaikan pesan
bahawa Tuhan akan menghukum bangsa Israel. Amos menyeru agar keadilan “mengalir
seperti air”. Beliau berkata, “Mungkin Tuhan akan mengasihani orang-orang yang ditindas
dari bangsa Israel”.

Begitulah sedikit kisah mengenai Nabi Amos A.S. yang lantang menentang ketidakadilan
yang berlaku dalam masyarakat.

11. Nabi Jeremiah A.S.

Nabi Jeremiah A.S. merupakan antara salah seorang Nabi dalam kalangan Bani Israil.
Melalui pendapat Ibnu Kathir,nama nabi Jeremiah yang sebenar ialah Armia b Hilqiya. Nabi
ini diutuskan oleh Allah kepada Bani Israil di Jurusalem pada fasa dia antara Nabi Daud dan
Nabi Zakaria.

Beliau dipenjarakan oleh kerajaan Bani Israel di Jurusalem kerana beliau menyuruh
mengesakan Allah. Beliau diseksa dan dipenjarakan dengan teruk. Di dalam penjara,beliau
telah berdoa kepada Allah agar diberikan pengajaran kepada mereka. Allah memakbulkan
doa Nabi Jeremiah itu dan Allah mengutuskan Tentera daripada Babilon dan Assyria untuk
menghancurkan kerajaan Israil.

Kisah mengenai Nabi Jeremiah A.S.


Semasa masih muda, Jeremiah memulakan tugas-tugas kenabiannya kira-kira pada akhir
dari abad ke tujuh sebelum Masihi, ketika Kerajaan Judah dalam bahaya besar penyerbuan
oleh tentera dari Chaldea. Orang-orang Yahudi telah bersekutu dengan Firaun dari Mesir,
tetapi kerana Firaun ini telah mengalami kekalahan buruk dari tentera Nebukadnezar, maka
nasib buruk Jerusalem adalah hanya tinggal waktu saja. Dalam hari-hari yang sukar itu,
selama mana nasib dari tinggalan para hamba Allah akan ditentukan, Nabi Jeremiah dengan
semangatnya memberi nasihat kepada raja dan para pemimpin orang-orang Yahudi untuk
menyerah dan mengabdi pada Raja Babilon, supaya Jerusalem dapat diselamatkan daripada
dibakar habis menjadi abu serta orang-orang Yahudi diselamatkan daripada menjadi
sebagai orang tawanan. Beliau mencurahkan semua ceramahnya yang lantang dan berapi-
api ke telinga raja-raja, pendeta-pendeta, dan ketua-ketua masyarakat, tetapi semua hanya
sia-sia. Beliau menyampaikan firman demi firman Tuhan dengan mengatakan bahawa satu-
satunya jalan menyelamatkan negeri dan penduduknya dari kemusnahan yang teruk ialah
menyerah kepada orang-orang Chaldea; namun tiada seorang pun sudi mendengar
peringatan itu.

Nabi Jeremiah A.S. diseksa dalam tahanan


Nebukadnezar datang dan mengambil alih kota, membawa pergi rajanya, para pembesar
serta banyak tawanan. Demikian pula seluruh kekayaan dari kuil termasuk bejana-bejana
emas dan perak. Seorang pembesar lain, pembesar yang ketiga, diangkat oleh Kaisar
Babilon untuk memerintah sebagai budaknya di Jerusalem. Raja ini, bukannya menjadi bijak
dan setia kepada penguasa Babilon tetapi bahkan memberontak terhadapnya. Tanpa henti
Jeremiah menasihati raja untuk tetap setia dan meninggalkan kebijakan (persekutuan
dengan) Mesir. Namun nabi-nabi palsu terus saja berceramah dengan lantang di kuil
dengan berkata: “Demikianlah Tuhan Rumah Allah itu berfirman, Lihatlah, Aku telah
mematahkan simpul Raja Babilon, dan dalam waktu dua tahun semua tawanan orang
Yahudi dan bejana-bejana Rumah Tuhan akan dikembalikan ke Jerusalem.” Jeremiah
membuat simpul dari kayu dan dikalungkan di lehernya dan pergi ke kuil serta memberi
tahu orang-orang bahawa Tuhan telah berasa senang meletakkan simpul raja Babilon
seperti ini pada leher semua orang Yahudi. Beliau dipukul mukanya oleh salah satu nabi
palsu (lawannya) yang mematahkan simpul kayu itu dari leher Jeremiah serta mengulangi
lagi ceramah dengan lantang dari nabi-nabi palsu. Jeremiah dimasukkan ke dalam sel yang
penuh dengan lumpur, dan hanya diberi makan dengan sekeping roti kering yang dibuat
daripada barli setiap hari hingga terjadi kelaparan di kota itu, yang diserang oleh orang-
orang Chaldea. Nabi palsu (Hananiah) meninggal seperti diramalkan oleh Jeremiah. Dinding
kota itu diruntuhkan di suatu tempat dan tentera yang menang itu menyerbu masuk kota,
Raja Zedekiah yang melarikan diri dan orang-orang yang besertanya ditangkap dan dibawa
ke raja Babilon. Kota dan kuil itu sesudah dijarah lalu dibakar dan semua penduduk
Jerusalem dibawa pergi ke Babilon; hanya orang dari kelas miskin yang ditinggalkan untuk
mengusahakan tanah. Atas perintah Nebukadnezar, Jeremiah diizinkan tinggal di Jerusalem
dan gabernor yang baru diangkat yang bernama Gedalliah diberi tugas untuk menjaga dan
mengurus nabi itu. Tetapi Gedalliah telah dibunuh oleh orang Yahudi yang memberontak
dan mereka kemudian lari ke Mesir dengan membawa Jeremiah beserta mereka. Bahkan di
Mesir pun beliau meramal hal-hal yang bertentangan dengan kepentingan para pelarian
dan orang-orang Mesir. Beliau pastilah sudah mengakhiri hidupnya di Mesir.

12. Nabi Malakhi A.S.

Maleakhi atau Mal’akhi yang bermaksud “Utusan/Malaikatku” adalah seorang nabi dalam
Alkitab, Perjanjian Lama umat Kristian dan Tanakh bagi umat Yahudi.

Malakhi adalah nabi terakhir dalam 12 nabi-nabi kecil dan penulis Kitab Maleakhi, kitab
terakhir dalam Perjanjian Lama (Mal. 4:4-6) edisi Kristian, dan merupakan kitab terakhir
dalam kumpulan Nevi’im (nabi-nabi) dalam Tanakh Yahudi.

NABI MUHAMAD DALAM KITAB NABI MALAKHI


Di dalam kitab Nabi Malakhi ada dinyatakan mengenai Nabi akhir zaman iaitu Nabi
Muhammad S.A.W. pada fasal 3 :1: 2 yang dinyatakan seperti berikut : “Bahawasanya Aku
menyuruh utusanku yang menyediakan jalan dihadapan hadirat-Ku dan dengan segera
akan datang kepada kaabahnya, Tuhan yang kamu rindukan itu. Bahawasanya ia akan
datang, demikianlah firman Tuhan sarwa sekalian alam. Tetapi siapakah gerangan akan
menderita hari kedatangannya? Dan siapa tahan berdiri apabila kelihatanlah dia? Kerana
iapun akan seperti api pandai emas dan akan seperti sabun binara.” “Akan datang seorang
utusan,” yang seperti nyala api dan sabun binara. Kedatangannya dengan membawa anasir-
anasir yang panas, keras seperti sabun binara. Ia tidak datang seperti Yesus (Isa) yang
lembut dan “sunyi senyapnya.” Iapun tidak bersikap selemah lembut Yesus, yang mengasuh
umat seperti seekor induk ayam mengumpulkan dan menaungi anak-anaknya. Alangkah
penyabarnya Yesus ini. Tetapi akan orang yang datang sesudah Yesus itu dengan panas
seperti panasnya api pandai emas jua ia membakar bumi Arabia bahkan sampai ke hujung
Hispanola (Sepanyol) dengan seruan jihadnya yang sangat menggetarkan hati lawannya:
“Allahu Akhbar.”

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. memang
sudah diramalkan akan berlaku dan baginda akan menyebarkan agama yang cukup lengkap
dan sempurna yakni Islam keseluruh dunia bermula dari Tanah Arab hinggalah ke seluruh
dunia bahkan yang dikatakan hingga ke Sepanyol itu telah pun berlaku apabila panglima
Tariq bin Ziyad telah berjaya menawan Sepanyol ataupun Al Andalus melalui peperangan
jihad dan seterusnya menyebarkan Islam di wilayah terbabit. Dan memang benar bahawa
seruan Takbir yang dilaungkan oleh para pejuang Islam telah menggetarkan hati musuh-
musuh Islam terutamanya dalam setiap peperangan jihad.

13. Nabi Isaiah A.S.

Nabi Isaiah ataupun Nabi Yesaya adalah salah seorang 12 nabi-nabi kecil Bani Israil yang
tidak tercatat namanya dalam Al Quran namun beliau adalah seorang nabi kepada kaum
Bani Israil. Beliau juga mempunyai kitab sendiri hasil penulisannya yang dipanggil kitab
Yesaya. Beliau merupakan nabi Judea abad ke-8 SM yang mendeklarasikan bahawa seluruh
dunia berada dalam pengendalian Tuhan dan memperingatkan masyarakatnya bahawa
negeri mereka akan dimusnahkan apabila mereka berpaling dari ajaran Tuhan.
Biografi
Nabi Isaiah A.S. hidup di zaman pemerintahan kerajaan Judah dibawah pemerintahan 4
orang raja iaitu Uzziah/Azariah, Jotham, Ahaz dan Hezekiah. Raja Uzziah mentadbir kerajaan
Judah selama 52 tahun iaitu pada pertengahan abad ke 8 sebelum masihi dan kemungkinan
Nabi Isaiah memulakan tugas kenabiannya sebelum kematian Uzziah iaitu pada 740 SM.
Beliau hidup hingga 14 tahun pemerintahan Raja Hezekiah yakni 698 SM dan kemungkinan
juga hidup pada zaman pemerintahan Manasseh. Jadi Isaiah mungkin telah
bernubuat(kenabian) untuk tempoh panjang sekurang-kurangnya enam puluh empat
tahun.

Nabi Isaiah juga hidup ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Assyria iaitu ketika
pemerintahan Tiglath-Pileser III dan Shalmaneser V dari Sumeria yang telah menawan
kerajaan Judah ketika beliau masih muda, termasuklah serangan tentera oleh Sennacherib
ke atas Judah.

Isaiah menurut Islam


Menurut Ibnu Ishaq, Nabi Isaiah telah diutuskan sebelum Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dan
beliau juga telah bernubuat tentang kedatangan Nabi Isa dan juga Nabi Muhammad S.A.W.

Yesaya berkhutbah dan mati syahid


Menurut penafsiran Islam telah dinyatakan bahawa Hezekiah adalah raja yang memerintah
Jerusalem (Baitulmuqaddis)ketika hayat Nabi Isaiah A.S. Hezekiah sentiasa patuh dan
mendengar nasihat Nabi Isaiah tetapi tetap dengan pendiriannya kerana ketika itu keadaan
di Israel/Judah sangat meruncing. Keadaan semakin meruncing apabila berlakunya
kematian raja Judah itu. Setelah kematian raja itu, Nabi Isaiah telah mengatakan kepada
Bani Israil untuk tidak melupakan Tuhan dan beliau memperingatkan mereka bahawa
mereka harus berhenti daripada terus-menerus melakukan dosa dan juga daripada
ketidaktaatan. Tradisi Muslim berpendapat bahawa tidak sepatutnya orang-orang Bani Israil
marah dan berusaha untuk membunuh Nabi Isaiah. Dalam sebuah kematian yang mirip
dalam kehidupan para nabi, penafsiran Islam menceritakan bahawa beliau menjadi syahid
setelah dibunuh dengan digergaji badannya oleh Bani Israil

14. Nabi Hagai A.S.

Hagai (bahasa Ibrani: ‫ ַחגַּי‬, Ḥaggai atau “Hag-i”) adalah salah seorang dari dua belas nabi-nabi
kecil dan penulis Kitab Hagai. Beliau adalah nabi pertama dari tiga nabi (bersama Nabi
Zakaria yang hidup sezaman dengannya dan Malakhi yang hidup sekitar seratus tahun
kemudian) yang hidup pada zaman sejarah Yahudi yang bermula setelah kepulangan
mereka dari pembuangan di Babylon.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadinya. Beliau mungkin adalah salah
seorang daripada mereka yang dibuang ke Babel oleh Nebuchadnezar. Beliau memulakan
tugas kenabiannya sekitar 16 tahun setelah kepulangan kembali orang Yahudi ke Yehuda.
Usaha pembangunan kembali Bait Suci telah dihentikan kerana gangguan-gangguan orang
Samaria. Setelah ditunda selama 15 tahun, pekerjaan itu dilanjutkan kembali melalui usaha
Hagai dan Zakaria (Ezra 6:14). Mereka mengimbau rakyat dan membangkitkan mereka
daripada kemalasan dan mendorong mereka untuk memanfaatkan perubahan dalam
kebijaksanaan yang diambil oleh pemerintah Parsi di bawah Darius I dari Parsi.
15. Nabi Hanzalah A.S.

Nabi Hanzalah A.S.


Nabi Hanzalah A.S. adalah salah seorang Nabi yang namanya tidak dicatatkan dalam Al
Quran namun kisah masyarakat atau umat yang dibimbingnya telah terdapat dalam Al
Quran. Nama penuhnya ialah Hanzalah bin Sifwan. Menurut Ibnu Katsir dalam karyanya,
Qisas al Anbiya’ telah menceritakan bahawa baginda telah diutuskan kepada satu kaum di
Yaman untuk mengajak mereka supaya beriman kepada Allah S.W.T. Kisah mengenai
masyarakat yang dibimbingnya terdapat dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 38 yang
bermaksud : ‘Dan (demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud serta Ashaabur-
Rassyi dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu’.

Dicampakkan ke dalam perigi


Menurut pendapat kebanyakan ulama’, kaum Ashaabur-Rassyi merupakan kaum yang
diajak oleh Nabi Hanzalah A.S. untuk beriman kepada Allah S.W.T. Mereka adalah penduduk
di sebuah negeri yang sekarang ini terletak di Yaman. Sesetengah pendapat mengatakan
bahawa mereka tinggal berhampiran dengan kaum Thamud. Mereka dikenali sebagai
masyarakat Ar-Rass kerana tempat tinggal mereka terkenal dengan perigi atau mata air dan
nama Ar-Rass juga bermaksud perigi atau mata air. Mereka juga digelarkan sebagai
masyarakat penjaga perigi. Terdapat juga cendekiawan muslim mengatakan Ar-Rass itu
adalah sebuah bandar. Namun seperti para nabi dan Rasul yang lain, dakwah yang dibawa
oleh nabi ini tidak disenangi oleh penduduk Ashaabur-Rassyi sehinggakan mereka telah
membunuh nabi ini dengan mencampakkannya ke dalam perigi dan seterusnya mereka
telah menerima azab daripada Allah S.W.T sepertimana kaum Aad, Thamud serta kaum nabi
Nuh yang dihilangkan mereka daripada muka bumi Allah S.W.T. seperti firman Allah S.W.T.
pada ayat 39 surah Al Furqaan yang bermaksud : ‘Dan masing-masing, telah Kami berikan
kepadanya contoh tauladan yang mendatangkan iktibar, dan masing-masing telah Kami
hancurkan sehancur-hancurnya’. Demikianlah kisah mengenai Nabi Hanzalah A.S.

16. Nabi Syam’un A.S.

Etimologi
Simson: Ibrani, ‫ شمشون‬: Arab atau Syam’un ertinya ‘yang berasal dari matahari’. Nabi Syam’un
adalah salah seorang Nabi dari kalangan Bani Israil.

Syam’un dalam Islam


Kisah Nabi Syam’un/Samson ini tidak terdapat dalam Al Quran namun kisah Syam’un ini ada
pada kitab Qisasul Al Anbiya’. Dalam kitab itu dikatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
tersenyum sendiri, lalu ditanya oleh sahabatnya, “Apa yang membuatkanmu tersenyum
wahai Rasulullah?” Muhammad menjawab, “Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika
seluruh manusia dikumpulkan di mahsyar, ada seorang Nabi dengan membawa pedang
yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam syurga. Beliau adalah Syam’un”.

Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada menceritakan bahawa
Rasulullah S.A.W. berkumpul pada bulan suci Ramadhan. Di dalam usrah itu Rasulullah
S.A.W. bercerita mengenai Nabi Allah S.W.T. bernama Syam’un A.S. Rasulullah S.A.W.
menggelarnya Sam’un Ghazi.
Syam’un A.S. telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan kekuatan luar biasa seperti
berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan
untuk mengangkat tiang istana dan merobohkannya.

Berani menentang kebatilan


Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang ingkar dengan perintah Allah
S.W.T. Pada masa itu, Raja Israil sendiri adalah seorang yang ingkar dengan perintah Allah
dan zalim pula terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut mengundang rasa benci
beliau terhadap raja tersebut sehingga menyebabkan baginda tidak henti-henti untuk
berdakwah kepadanya walau dengan apa cara sekalipun.

Sifat istiqamah Syam’un A.S. mengundang padah padanya apabila beliau berjaya ditangkap
setelah isterinya sendiri mengkhianatinya. Syam’un A.S. pernah berkata kepada isterinya
berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan
rambutnya sendiri. Akhirnya Syam’un A.S. ditangkap.

Syam’un A.S. telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia tidak menghalang dirinya
untuk terus berjuang menentang kebatilan. Syam’un A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. agar
dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya dahulu. Allah S.W.T. memakbulkan
doa baginda.

Syam’un A.S. telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya semula dengan


meruntuhkan seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.

Selepas kejadian itu, Syam’un A.S. kemudian bersumpah untuk beribadah selama 1000
bulan tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan
malam Lailatul Qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.

Hal ini adalah kerana terdapat sahabat baginda Rasulullah S.A.W. yang bertanya kepada
baginda untuk mereka ikut jejak langkah Nabi Syam’un A.S. Baginda terdiam sejenak
sebelum malaikat Jibril datang menurunkan wahyu kepada baginda Rasulullah S.A.W.
mengenai satu malam pada bulan Ramadhan yakni malam Lailatul Qadar iaitu sesiapa yang
beribadat pada malam tersebut, pahala amalannya menyamai 1000 bulan beribadat.

Sumber: http://wayang20.blogspot.com/2012/04/kisah-16-nabi-selain-25-orang-rasul.html

Anda mungkin juga menyukai