Anda di halaman 1dari 2

DOA PERHIMPUNAN PAGI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR

6 OGOS 2010 (JUMAAT)


JBS SELANGOR
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...............

Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kami menzahirkan kesyukuran kami kerana
dengan limpah kurniamu Ya Allah dapat kami berkumpul pada hari jumaat yang penuh keberkatan
ini, sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor

Allahumma Yarahmanu Ya Rahim

Pada hari ini, kami memohon kepada-Mu Ya Allah supaya Engkau kurniakan kepada kami jiwa yang
mantap, iman yang teguh serta Peliharalah kami daripada terlibat dalam apa jua unsur negative
yang boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga, Jabatan, Masyarakat dan Negara.

Allahumma Ya hamidu ya majid

Jadikanlah kami golongan yang bijaksana, berwibawa dan berkemampuan untuk membantu
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, serta saling bekerjasama dalam menjalankan kerja-kerja
harian kami. Tingkatkanlah kemahiran dan penguasaan kami dalam bidang pekerjaan yang diceburi,
supaya hasil kerja kami memcapai tahap kualiti yang diterima diperingkat Negara mahupun
antarabangsa.

Kami memohon kepadamu Ya Allah, supaya perhimpunan kami ini akan dapat melahirkan rasa kasih
sayang dan bersatu hati dalam menjadikan diri kami penjawat awam yang beramanah,
bertanggungjawab dan menjuruskan masyarakat ke arah generasi yang beriman, beramal dan
bertaqwa. Sesungguhnya engkaulah Tuhan Yang Maha Agong Maha Bijaksana, pencipta sekalian
alam.

Anda mungkin juga menyukai