Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri & Gawai

َ‫ُ يحما‬.‫َ ححمممددا يدمحوافهمي نهحعحممهد حويدحكمماَفهدئ حمهزيممحدده‬،‫َ ححممددا ححاَهممهديمحن‬،‫َ ححممددا حشاَكههريمحن‬،‫ب المحعاَلحهمميحن‬ ‫احلمححممدد لهلهه حر ب‬
َ‫ص مبل حوحس ملبمم حعلحممىَ حس ميبهدحنا‬ ‫ُ حال لده ملم ح‬.‫ك‬ ‫ك حوحعهظمي مهم دس مملحطاَنه ح‬
‫ك المححمم مدد حكحممماَ يحممنم مبحهغمي لهحجلحهل حومجه م ح‬ ‫حربَلمنحمماَ لحم ح‬
ُ.‫صححاَبَههه أحمجحمهعميحن‬ ‫ه‬ ‫د‬
‫دمححلمد حوحعحلىَ آلهه حوأح م‬
Allahumma Ya Allah, Tuhan yang selayaknya menerima segala puji-pujian,
Pada hari berbahagia ini, kami menadah tangan ke hadratMu, ya Allah, dengan penuh rasa kegembiraan dan
kesyukuran, kami mohon agar Engkau memberkati dan merahmati ‘Majlis Gawai Raya’ ini.

َ،‫اللدهلم حياَ ال د‬
Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu
untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwah Mu, mengikat janji setia untuk mendaulat dan
menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini.
tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkanlah hati-hati ni dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal
kepadaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya ALLAH, kurniakan kesejahteraan, keberkatan, kerahmatan, kenikmatan & kesihatan yang baik buat kami semua
terutama Pengerusi Eksekutif yang kami kasihi, YBhg Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang bin Mohd Nor

‫َ حياَ حذا المحجلحهل حوامهلمكحراهم‬،‫اللدهلم حياَ ال د‬


Dalam kemeriahan Syawal dan bersempena dengan majlis yang kami adakan ini, kurniakanlah kepada kami taufiq
dan hidayahMu, ya Allah, agar kami dapat terus melaksanakan segala titah perintahMu dan meninggalkan segala
laranganMu supaya kami tergolong dalam kalangan hambaMu yang bertaqwa dan bersyukur. Kukuh dan
eratkanlah lagi ikatan ukhuwwah, persefahaman, bertolong-bantu, rasa mahabbah dan kasih sayang antara
sesama kami kerana Mu ya Allah, hiasilah peribadi kami dengan akhlak yang mulia, sucikanlah hati-hati kami
daripada sifat-sifat yang keji.Ya Allah, jadikanlah majlis gawai raya ini berjalan dengan jayanya dan tercapai
matlamatnya. Semoga usaha murni ini akan dapat kami laksanakan juga pada masa-masa yang akan datang
dengan mendapat rahmat dan berkat dariMu, ya Allah.

َ‫َ حربَلمنحممأَ آتَهنحمماَ فهممي المردنممحيا‬،َ‫صممودما‬ ‫هه‬ ‫ه‬


‫َ حوتَحمحفرقُّحمنحمماَ مممن بَحممعمده تَحمحفرقُّمدماَ حممع د‬،َ‫حال لدهملم امجحعممل حجممحعنحمماَ حهمحذا حجممدعمماَ حممردحمودممما‬
‫صمححاَبَههه‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫حسنحةد وفهي املحهخره‬
‫صللىَ ال د حعحلىَ حسيبدحناَ دمححلممد حوحعلمحمىَ آلمهه حوأح م‬ ‫َ حو ح‬،‫ب اللناَهر‬ ‫سنحةد حوقُّحناَ حعحذا ح‬ ‫ح‬
‫ح ح‬‫ح‬ ‫ة‬ ‫حح ح م‬
‫َ حوالمححممدد لهلهه حر ب‬،‫أحمجحمهعميحن‬
ُ.‫ب المحعاَلحهمميحن‬

Anda mungkin juga menyukai