Anda di halaman 1dari 4

GURINDAM BUAT IBU TERSAYANG

Sempena HARI IBU, tiada kata untuk diungkapkan daripada anak kepada ibu tersayang. Segala-galanya telah ibu berikan kepada anak-anaknya; kasih sayang, tempat berteduh, ilmu dan pendidikan, serta semangat supaya anak-anaknya berjaya. Bukanlah ibu mengharapkan balasan atas segala-gala yang diberikan dan dicurahkan sepanjang hayatnya. Kini, setelah anakanaknya berjaya menjadi manusia, fikirkanlah apa yang telah diberikan oleh seseorang dan memberikan pula segala-galanya kepada ibu. Gurindam ini khas buat insan bernama ibu. GURINDAM JASA IBU Ibu adalah pelita hati, Mencurah kasih sayang sejati. Ibu adalah segala-galanya, Cinta mendalam ibu punya. Jasa ibu mengandung anak, Tempuhi cabaran dan onak. Anak dibesar penuh belaian, Supaya anak tidak kelalaian. Anak diberi kasih sayang, Supaya anak jadi cemerlang. Anak diberi segala keperluan, Supaya anak beri tumpuan. Anak diberi ajaran agama, Supaya anak selamat selama-lama. Anak diajar kuat iman, Supaya anak tahan cabaran. Anak diasuh budi bahasa, Supaya anak jadi manusia.

Anak diasuh hormati orang, Supaya anak tidak songsang. Anak diajar jadi berani, Supaya anak tidak dibuli. Anak diajar cintakan ilmu, Supaya anak tidak jemu. Anak diajar hidup berdikari, Supaya anak lalui sendiri. Anak diajar jangan angkuh, Supaya anak imannya kukuh.

IBU adalah anugerah illahi Ibarat bulan dan matahari. Janganlah anak merasa sangsi Kasih ibu kasih sejati. Kasih ibu tiada bertepi Dari dahulu hinggalah kini. Ibu tiada berbelah bahagi Menyayangi kita sepenuh hati. Siang malam ibu berdoa Agar kita sihat sejahtera. Membelai anak sepenuh jiwa Kasih sebening air telaga.

Dibuai didodoi menidurkan kita Penat lelah tiada dikira. Meski ibu berhati sayu Kasih sayangnya tak pernah layu. Suara ibu bak buluh perindu Menenangkan hati mendamaikan kalbu. Pujukannya mesra penuh berhemah Tidaklah anak merasa resah. Mendidik anak supaya berilmu Susah senang tiada jemu. Anak dididik jadi jauhari Jadi pemimpin dikemudian hari. Anak dididik hingga dewasa Dapat membela nusa dan bangsa. Andai ibu sudah tua Jasa ibu jangan dilupa. Jika sakit jagalah dia Jangan sekali mengabaikannya. Syurga di telapak kaki ibu Melayan ibu usahlah jemu. Jasa ibu andai dilupa

Jadilah kita anak derhaka. Jika ibu tak mengampun kita Jadilah kita penghuni neraka.
Moga gurindam di atas menjadi pedoman kepada kita supaya lebih menghargai jasa seorang insan yang bergelar IBU. Tanpa IBU siapalah kita. Kasihi ibu selagi hayatnya masih ada.Sekiranya ibu telah kembali ke pangkuan Kekasihnya jangan lupa titipkan doa sebagai penerang pusaranya .

Anda mungkin juga menyukai