Anda di halaman 1dari 4

Jenis Watak dalam Karya

Dalam sesebuah novel, banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watakwatak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada
umumnya, terdapat dua jenis watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak
utama dan watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh
dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang dimainkan oleh
watak-watak tersebut dalam cerita. 1. Watak Utama Watak utama ialah watak yang
memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang
banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah
menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama
biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis.
Watak Protagonis Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak
ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa
dalam

Novel

Terminal

Tiga.

Watak

antagonis

Watak

utama

yang

sering

menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. Contohnya, watak Pak Soh
dalam Novel Mereka Yang Tertewas. Watak bulat/bundar Watak utama yang
dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa
dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya
baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh
pembaca. Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak
disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan
baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh
pembaca tindakan watak tersebut berubah. Misalnya, watak Rimpa dalam Novel
Terminal Tiga. Watak Dinamik Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah
lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang
lebih baik atau sebaliknya. Watak ini degambarkan penuh bertenaga dan biasanya
mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Contohnya, watak Rimpa
dalam Novel Terminal Tiga. Watak Pipih Watak yang tidak dibangunkan secara
keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang
melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu
diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif
sahaja di sepanjang cerita. Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindaktanduk

watak

tersebut

kerana

pembaca

telah

dapat

mengagak

sebarang

kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang dimilikinya.


Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang
cerita, iaitu: a. Watak pipih yang berpihak kepada protagonis. Contohnya, Watak
Jemilah, Pudin, Mat Yassin dan Uda Puat dalam Novel Mereka Yang Tertewas,
berpihak kepada Lebai Pa. b. Watak pipih yang berpihak kepada antagonis. Watakwatak ini cenderung berpihak kepada antagonis. Contohnya, Watak Khatijah dan
Kidam dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Pak Soh. Watak Statik
Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan
cerita. Ia digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang
ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita. Contohnya, Watak Mat Yassin dalam
Mereka Yang Tertewas.

2. Watak Sampingan Watak-watak pembantu

yang

ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-tanduk watak


utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala
bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin


http://sasterasmkj.blogspot.com/search/label/Watak

Salah satu kelemahan calon ialah menjawab soalan tentang persoalan karya. Misalnya,
persoalan dalam novel, cerpen atau drama. Salah satu kesilapan utama calon ialah
menjawab persoalan sebagai nilai murni atau nilai kemanusiaan. Bagaimanakah contoh
kesilapan yang lazim? Kita lihat contoh di bawah. Terdapat persoalan kasih sayang dalam
novel ini. (Diikuti contoh) Persoalan ketabahan dipaparkan dalam cerpen. (Diikuti contoh)
Pengarang memaparkan persoalan sikap prihatin dalam drama ini. (Diikuti contoh) Ada
juga, persoalan kebijaksanaan dalam cerita ini. (Diikuti contoh) Kesemua jawaban di atas
adalah salah. Sebabnya, nilai kasih sayang, nilai kerajinan, nilai prihatin dan nilai
kebijaksanaan yang dinyatakan. Nilai bukannya persoalan. Sepatutnya, persoalan lebih
jelas dan berbentuk frasa. Contohnya: Terdapat persoalan kasih sayang antara anak dan
ibu bapa dalam novel ini. (Diikuti contoh) Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup

dipaparkan dalam cerpen. (Diikuti contoh) Pengarang memaparkan persoalan sikap prihatin
guru terhadap muridnya. (Diikuti contoh) Ada juga, persoalan kebijaksaaan mengalahkan
musuh dalam cerita ini. (Diikuti contoh) Selain itu, contoh-contoh persoalan berikut juga
adalah salah walaupun ungkapan itu bukan nilai. Sebabnya, ungkapan itu hanya satu
perkataan sahaja. Persoalan haruslah menyatakan isu dalam karya secara tepat
sebagaimana yang ingin disampaikan melalui karya tersebut. Lihat contoh : Persoalan
fitnah terdapat dalam cerpen ini. (Diikuti contoh) Ada juga persoalan kemiskinan. (Diikuti
contoh) Terdapat persoalan geran tanah dalam novel. (Diikuti contoh) Persoalan adat turut
dipaparkan. (Diikuti contoh) Turut dipaparkan persoalan kedamaian. (Diikuti contoh)
Sewajarnya, begini yang diujarkan oleh pelajar : Persoalan fitnah terhadap janda terdapat
dalam cerpen ini. (Diikuti contoh) Ada juga persoalan kemiskinan masyarakat luar bandar.
(Diikuti contoh) Terdapat persoalan penipuan mendapatkan geran tanah dalam novel.
(Diikuti contoh) Persoalan sikap generasi tua yang mementingkan adat turut dipaparkan.
(Diikuti contoh) Turut dipaparkan persoalan inisiatif bagi mewujudkan kedamaian. (Diikuti
contoh)
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Cerpen Zaharah Nawawi ini mengundang rasa terkejut dalam kalangan pelajar apabila
didapati bahawa Suria sebenarnya ialah kucing peliharaan Amanani dan Hakim. Pada
permulaan cerpen, pembaca menyangka bahawa Suria ialah anak kandung Amanani dan
Hakim kerana cara mereka menjaga dan melayan Suria serta respons Suria yang sangat
manja. Kejutan juga apabila mendapati Ayu, pembantu rumah mereka yang sangat prihatin
dan penyayang, rupa-rupanya membunuh anak-anak Suria iaitu Manja, Bayu, Didi. Soalan
yang tidak terjawab hingga ke akhir ialah motif Ayu berbuat demikian. 1. Jelaskan tema
cerpen. 2. Huraikan persoalan-persoalan cerpen. 3. Jelaskan nilai murni dalam cerpen. 4.
Berikan teknik suspens dan teknik kejutan dalam cerpen. Perbincangan jawapan Sebelum
membincangkan jawapan, wajar dilihat isi cerpen ini yang menjurus kepada penekanan
kasih sayang yang amat tinggi kepada haiwan sejak mula ke akhir cerpen. Watak antagonis
cerpen iaitu Ayu ditonjolkan sebagai manusia yang kejam, sanggup membunuh kucingkucing jagaannya padahal di hadapan Amanani dan Hakim, dia amat penyayang terhadap
haiwan. Aspek undang-undang haiwan turut dinyatakan tentang hukuman terhadap sesiapa
yang berlaku kejam terhadap haiwan. Maka, jelas isu utama ialah kasih sayang manakala

sikap manusia yang suka berpura-pura, kekejaman manusia terhadap haiwan dan hak
haiwan di sudut undang-undang ialah isu sampingan 1.Tema cerpen ialah kasih sayang
manusia terhadap haiwan. Amanani dan Hakim amat menyayangi Suria, kucing peliharaan
mereka bagaikan anak sendiri. 2. Persoalan kekejaman manusia terhadap haiwan. Ayu
sanggup membunuh anak-anak kucing majikannya dengan cara melemaskannya dalam
plastik dan membuangnya ke tong sampah. Juga, persoalan sikap manusia yang suka
berpura-pura iaitu Ayu yang tidak jujur menjaga kucing-kucing tuannya. Ia berpura-pura
penyayang terhadap kucing di hadapan majikannya sahaja. Persoalan kekejaman manusia
terhadap haiwan. Ayu berlaku kejam dengan membunuh anak-anak kucing seperti Manja
dan Bayu. 3. Nilai kasih sayang. Nilai prihatin. Nilai kejujuran. (Contoh huraian boleh
diambil seperti dalam soalan 2) 4. Teknik suspens dapat dilihat pada peristiwa Amanani
mendengar bunyi kucing dari tong sampah. Pembaca tertanya-tanya akan perkara sebenar
yang sedang berlaku. Teknik kejutan pula pada peristiwa pengakuan Ayu bahawa ia yang
membuang anak kucing ke tong sampah. pembaca berasa terkejut kerana tidak
menyangka

bahawa

Ayu

yang

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

penyayang

sanggup

berbuat

demikian.

Anda mungkin juga menyukai