Anda di halaman 1dari 2

Laksamana Hang Tuah

Seorang yang taat kepada raja

- Hang Tuah mengetuai utusan ke Siam seperti yang telah dititahkan oleh Tuanku Syah
Alam.

Seorang yang bijaksana

- Hang Tuah bijak menolak cara menyembah raja Siam secara merangkak. Dia menggunakan
helah mengatakan bahawa dia menghidap penyakit.

Seorang yang tangkas

- Hang Tuah berjaya menangkis segala serangan daripada pendekar Jepun, iaitu Chin Cu.

Seorang yang penyayang

- Hang Tuah amat mencintai isterinya Tun Teja dan Raden Puteri Mas Ayu.

Phra Chau (Pemerintah Siam)

Seorang yang pemurah

- Phra Chau dengan senang mengatakan, “Jangankan empat ekor gajah Raja Melaka
hendakkan, jika empat puluh ekor sekalipun kita beri.”

Seorang yang bijaksana

- Phra Chau telah menggunakan Hang Tuah sebagai senjata untuk membunuh Chin Cu
bersama 7 orang pendekar Jepun yang lain.

Seorang yang menghormati adat budaya

- Phra Chau menitahkan supaya dibiarkan Hang Tuah berjalan dan berkeris seperti adat Raja
Melaka ketika menghadap, meskipun adat di negerinya adalah secara merangkak.

Seorang yang mengenang budi

- Phra Chau tidak melupakan jasa Hang Tuah. Dia telah menghadiahkan sepuluh ekor gajah,
iaitu enam ekor adalah untuk Raja Melaka dan empat ekor adalah untuk Hang Tuah.

Chin Cu (Pendekar Jepun)

Seorang yang angkuh/ sombong

- Chin Cu memperkecilkan Hang Tuah dengan berkata, “Berapa puluh orang Melayu itu?
Jika seorang dua, bukan lawan patik.”
Seorang yang berani /

- Chin Cu berani mencabar Hang Tuah yang merupakan seorang laksamana.

Seorang yang tangkas bermain pedang

- Chin Cu dengan mudah menghunus pedang ke tubuh beberapa hulubalang Phra Cau bagi
mencabar Hang Tuah.

Seorang yang panas baran /

- Chin Cu berasa tercabar dan berasa sangat marah dengan kata-kata Hang Tuah.

Anda mungkin juga menyukai