Anda di halaman 1dari 20

1 Kertas 2 Bahagian A ( I )- 20 markah Masa : 40 minit Panjang : 80 p.

p Meringkas petikan Panduan Menjawab Murid-murid perlu meringkas tanpa mengubah isi asal dan menggunakan ayat sendiri. Antara langkah yang perlu diambil: a. Membaca soalan dan memahami kehendak soalan. b. Membaca petikan dengan teliti dan tandakan isi c. Kenal pasti 5 isi yang dikehendaki / lebih d. Pindahkan isi yang dipilih dalam bentuk catatan ringkas sebagai rangka jawapan. e. Bina ayat sendiri tanpa mengubah maksudnya f. Tersusun ada kohesi( keserasian linguistik ) dan koheren( kesinambungan idea ) Contoh : Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang pendekatan petani untuk meningkatkan hasil pertanian. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan beberapa pendekatan atau amalan yang boleh digunakan oleh petani untuk meningkatkan hasil pertanian. Pendekatan yang paling penting ialah petani perlu berusaha lebih gigih dan bekerja lebih kuat. Pertanian moden tidak akan tercapai jika penglibatan para petani adalah sambalewa dan tidak sanggup berusaha gigih. Petani juga mestilah menggunakan segala bentuk teknologi baru dalam bidang pertanian yang dihasilkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti MARDI. Mereka mestilah mengamalkan pendekatan yang terbaik dalam bidang pertanian atau dalam erti kata lain bersedia untuk melakukan perubahan. Apa-apa yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi petani moden perlu dilaksanakan. Dalam hal ini sikap tanam dan tuai sudah tidak sesuai untuk melahirkan petani moden. Pendekatan lain yang perlu menjadi amalan ialah berusaha memasukkan nilai tambah dalam pengeluaran. Di samping itu, petani mestilah mencari pasaran yang menjamin harga terbaik kepada mereka. Pendekatan ini berkait rapat dengan penggunaan teknologi baharu dan diharapkan para petani akan mula menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi menjayakannya. Saya ingin melihat petani menggunakan ICT untuk berhubung dengan pemborong bagi mendapatkan harga yang terbaik dan tidak perlu bergantung pada orang tengah, katanya.

Akhirnya, petani diminta melihat pertanian seperti melihat konsep perniagaan. Pertanian dianggap sebagai usaha yang melibatkan keuntungan serta melibatkan modal pusingan dan hasil pulangan. Oleh itu, petani mestilah berusaha agar mereka berupaya untuk mendapat keuntungan daripada pertanian. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada 6 Amalan Tingkat Pertanian oleh Arshad Khan dalam Utusan Malaysia, 12 Ogos 2007) Rangka jawapan: Isi daripada petikan 1. petani perlu berusaha lebih gigih dan bekerja lebih kuat 2. Petani juga mestilah menggunakan segala bentuk teknologi baru dalam bidang pertanian 3. mengamalkan pendekatan yang terbaik dalam bidang pertanian 4. Apa-apa yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi petani moden 5. berusaha memasukkan nilai tambah dalam pengeluaran 6. mencari pasaran yang menjamin harga terbaik kepada mereka Isi dan ayat sendiri Para petani mestilah tekun dan bekerja keras 6 Mereka mestilah menggunakan teknologi terkini 5 Menggunakan kaedah yang terbaik dalam bidang pertanian 7 Sebarang panduan ke arah menjadi petani moden 6 Berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran 3 Mencari pasaran harga yang memuaskan 5

7. menggunakan teknologi komunikasi Menggunakan ICT ( teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi dan maklumat ) untuk mencapai hasrat menjayakannya. tersebut 6

Jawapan Para petani mestilah tekun dan berusaha keras untuk meningkatkan hasil pertanian.Sehubungan dengan itu, mereka mestilah menggunakan teknologi terkini dan menggunakan kaedah yang terbaik dalam bidang pertanian. Para petani juga perlulah mengambil sebarang panduan untuk menjadi petani moden dan berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Lantaran itu, para petani perlulah menggunakan ICT ( teknologi komunikasi dan maklumat ) untuk mencapai hasrat tersebut. ( 53 patah perkataan )

3 Bahagian A (ii): Pemahaman [10 markah] 1. Apakah maksud rangkai kata berkait rapat? [2 markah] Maksud rangkai kata berkait rapat ialah ada hubungan. 2. Berdasarkan petikan, nyatakan dua konsep pertanian sebagai perniagaan. [4 markah] Dua konsep pertanian sebagai perniagan ialahdan.[ 2 isi daripada petikan] 3. Pada pendapat anda, apakah manfaat anda bercucuk tanam di rumah? [4markah] Pada pendapat saya, manfaat bercucuk tanam di rumah ialah kita.[ 2 isi idea sendiri * jangan ada di dalam petikan ]

LATIHAN [ Soalan percubaan PMR negeri Perak 2010 ]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebbut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani gejala buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Gejala buli kian membarah dalam kalangan pelajar. Akhbar-akhbar harian menyiarkan kes-kes buli ini hampir setiap hari. Mangsa yang dibuli akan merobah personoliti mereka menjadi seorang yang penakut. Jika dibiarkan berterusan individu yang terbabit akan menjadi lemah dan

4 kurang keyakinan diri. Mereka juga akan menjadi orang terlalu emosional hingga menjejaskan hubungan mereka dengan keluarga dan masyarakat. Pelaksanaan program mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dilihat sebagai langkah berkesan membanteras perbuatan buli di sekolah. Penetapan tingkah laku yang tidak diterima di sekolah juga merupakan kaedah positif mengelakkan gejala ini daripada berterusan. Kadang-kadang pelajar sendiri tidak tahu mereka membuli. Oleh itu, sesuatu bentuk perjanjian dengan pelajar yang terbabit membolehkan pihak sekolah mengenakan tindakan terhadap mereka yang membuli perlu diwujudkan. Peraturan sekolah tentang dasar antibuli hendaklah ditampalkan secara hitan putih di dalam kelas. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan penting dengan mengedarkan risalah antibuli dan memberikan penjelasan tentangnya. Sementara itu, kaunselor bertanggungjawab memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan kaunseling secara berasingan atau memanggil ibu bapa pelajar terbabit. Memandangkan tidak banyak kajian tentang masalah buli maka langkah untuk menyediakan laman web khas bagi memberikan kesedaran berhubung gelaja tersebut sangat perlu. Pihak sekolah juga boleh membina laman web sendiri bagi membolehkan pelajar berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa buli. Peranan pelbagai pihak perlu dalam menangani gejala buli agar tidak menjadi virus yang sukar dibendung kemudian hari. Sikap menuding antara satu sama lain tidak banyak membantu menyelesaikan masalah ini. Perkara pokok bagi menyelesaikan masalah ini hanyalah dengan duduk semeja dan berbincang tentangnya. 1 2 3 Berikan maksud merobah personaliti dalam petikan. Berdasarkan petikan, nyatakan dua perubahan sikap mangsa yang dibuli? Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu membanteras gejala buli? Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 25 minit] [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang amalan gotong-royong. Panjang huraian anda hendaklah lebih daripada 120 patah perkataan. Amalan Gotong-royong.

AMALAN GOTONGROYONG

Panduan menjawab: 1 2 3 4 5 Membaca dan memahami kehendak soalan. Perhatikan bahan rangsangan ( dikeluarkan dalam pelbagai bentuk ) Buat catatan apakah yang dikehendaki oleh soalan ( idea utama ) Isi sokongan perlu dihuraikan Ada Kohesi dan koheren

Rangka jawapan Pendahuluan: Isi: Penutup: Amalan gotong-royong dijadikan satu budaya diterap sejak kecil atau di bangku sekolah

Amalan gotong-royong perlu dihidupkan kesan yang positif perpaduan,kerjasama dalam masyarakat dan persekitaran yang kondusif Perpaduan dalam masyarakat tali silaturahim Kerjasama dalam masyarakat mempermudahkan sesuatu yang sukar Persekitaran yang kondusif amalan di kawasan kampung atau di taman-taman perumahan

6 Amalan gotong-royong merupakan salah satu amalan yang baik dan memberikan kesan yang positif diri,masyarakat dan negara. Amalan ini menjadi wahana ke arah perpaduan kaum dan persekitaran yang kondusif. Amalan gotong-royong ini telah sekian lama wujud di negara kita. Amalan ini amat ketara dilakukan di kawasan luar bandar dan di taman-taman perumahan.Impak daripadanya, komuniti dalam sesebuah kawasan tersebut dapat mengeratkan tali silaturahim dan seterusnya mewujudkan perpaduan kaum. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul; bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat. Begitulah peribahasa yang berkaitan dengan amalan gotong-royong. Amalan ini adalah hasil kesepakatan dalam masyarakat untuk melakukan sesuatu untuk faedah bersama.Oleh hal demikian, segala masalah yang sukar dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan. Persekitaran yang kondusif mempengaruhi kehidupan sekeliling. Kebersihan dan landskap yang indah di sesebuah kawasan dapat direalisasikan melalui amalan gotongroyong.Contohnya, sesebuah taman perumahan atau perkampungan akan menjadi menarik dan bersih sekiranya masyarakat di situ sentiasa mengamalkan gotong-royong.Oleh itu, masyarakat perlulah menghidupkan atau meneruskan amalan gotong-royong. Intihanya, amalan gotong-royong perlu menjadi budaya dalam masyarakat.Budaya ini hendaklah diterapkan sejak kecil atau di bangku sekolah lagi. [ 169 patah perkataan ]

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Contoh Pendahuluan dan Penutup 1. Wawancara

7 Saya sebagai editor majalah sekolah telah mewawancara seorang murid yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) tahun 2010. Murid cemerlang yang dimaksudkan itu ialah Ahmad Bin Hamzah dan telah mendapat keputusan 12A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Wawancara tersebut adalah seperti berikut:

Editor : Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana telah memperoleh 12A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun lepas. Seluruh warga sekolah ini berbangga dengan pencapaian saudara.Bolehkah saudara memberikan petua tentang cara-cara terbaik untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan? Ahmad : Pertamanya, kita perlulah mempunyai cita-cita untuk menuju kejayaan. Setiap kali kita belajar perlulah ada konsentrasi yang bersungguh-sungguh terutama semasa pembelajaran di dalam kelas. Kita perlu berpegang dengan kata-kata malu bertanya sesat jalan,malu berdayung perahu hanyut.Hal ini bererti, apabila kita tidak tahu atau kurang memahami apa yang diajarkan oleh guru, kita perlulah bertanya.Pada masa yang sama kita perlu mencatat apa yang diajar oleh guru dan membuat nota sendiri.

Penutup: Editor : Saya bagi pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Saya doakan semoga saudara berjaya dalam pelajaran dan mencapai cita-cita yang diidamkan. Segala usaha yang telah saudara lakukan diharapkan dapat menjadi pendorong semangat kepada calon-calon PMR ( Penilaian Menengah Rendah ) pada tahun ini.Assalamualaikum.

2.

Laporan

Laporan Program Keceriaan Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih,Kuantan Program keceriaan ini telah diadakan dengan jayanya oleh pihak sekolah pada 4 April 2011. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif agar dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria.Selain itu, program ini dapat membentuk sahsiah murid menghargai alam sekitar yang bersih, nyaman dan segar. Penutup: Program keceriaan ini yang berakhir pada jam 2.00 petang telah mencapai matlamatnya. Guru, murid-murid dan kakitangan sekolah memberikan kerjasama yang amat baik. Kawasan sekolah menjadi lebih ceria dan selesa daripada sebelumnya.

8 Disediakan oleh, ................................................ ( SYARIFAH ZALEHA BINTI SYED AHMAD ) Setiausaha Majalah Sekolah Menengah Cenderawasih,Kuantan ......................................................................................................................................................... . 3. Ucapan/syarahan Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Haji Fadzil Bin Haji Mohd, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bangau, Encik Abu Bin Ismail,Yang dihormati Guru penolong Kanan Pentadbiran, Encik Hamzah Bin Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Kasim Bin Selamat, Guru Penolong kanan Kokurikulum, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai wakil pelajar sekolah ini untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis sambutan hari guru peringkat sekolah. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, 8OGOS 2011.

Penutup: Saya sebagai wakil pelajar sekolah ini sekali lagi ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru dan berharap kami mendapat didikan yang terbaik daripada semua guru di sekolah ini. Jasa guru tetap kami kenang sehingga akhir hayat. Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya menyampaikan ucapan ada yang terkasar bahasa dan terguris perasaan. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyampaikan serangkap pantun. Guru ibarat lilin yang menyala; Membakar diri penyebar ilmu, Membimbing murid dengan rela; Semoga Tuhan berkati dirimu. Sekian terima kasih. Assalamualaikumwaramatullahwabarakatuh. ..............................................................................................................................................

9 4. Surat Tidak Rasmi No. 45 Taman Kumbang, 23456 Kuantan, Pahang Darul Makmur. 29 Julai 2008. Menemui sahabatku Faiz yang kini berada di Parit Buntar, Perak dengan Selamatnya. Saudara, Warkah saudara yang bertarikh 2 Julai 2011 telah selamat saya terima. Terima kasih diucapkan kerana kesudian saudara mengirim berita buat saya..............................

Penutup: Saya rasa setakat inilah sahaja coretan untuk kali ini. Semoga kita akan berjumpa pada masa yang akan datang. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudara di sana. Saya sudahi dengan ucapan sekian terima kasih. Assalamualaikum. Yang benar, ........................................... ( HAMZAH BIN ABDULLAH )

............................................................................................................................................. 5. Penceritaan/cereka Suasana menjadi bening seketika. Tatkala itu kelihatan kelibat seorang lelaki tua sedang merayau-rayau........................................

Penutup: Lelaki tua itu semakin tidak berdaya lagi. Badannya semakin lemah. Nafasnya tersekatsekat. Mulutnya kumat- kamit menyatakan sesuatu yang aku sendiri pun tidak

10 memahaminya.Akhirnya nafas lelaki tua itu terhenti. Ia pergi untuk selama-lamanya bersamasama rahsia yang belum terbongkar. ............................................................................................................................................. 6. Surat Rasmi

No. 28 Lorong 22, Perkampungan Cenderawasih, 25200 KUANTAN, Pahang Darul Makmur.

Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan, 25200 KUANTAN, Pahang Darul Makmur. Tuan, Aduan Tentang Sampah Sarap di Perkampungan Cenderawasih,Kuantan

29 JULAI 2011.

Merujuk perkara di atas, saya................................................................................... Penutup: 5. Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian,terima kasih.

Yang benar, ............................................ ( ROZILAWATI BINTI OSMAN ) Wakil Penduduk Perkampungan Cenderawasih, Kuantan. ............................................................................................................................................

7.

Gambaran

11

Pada musim tengkujuh, penduduk kampung saya sentiasa berjaga-jaga. Keadaan cuaca pada ketika itu menjadi buruk dan membawa hujan yang lebat. Pada penghujung tahun yang lepas, banjir telah melanda perkampungan kami. Akibatnya, sebahagian besar perkampungan kami ditenggelami air.

Penutup:

Setelah empat hari perkampungan kami ditenggelami air, akhirnya air surut seperti sediakala. Pusat-pusat pemindahan mangsa banjir ditutup. Penduduk kampung pulang ke rumah maing-masing. Mereka sibuk membersih dan mengemaskan rumah.Nilai kerugian setiap rumah belum ditentukan lagi. Walau bagaimanapun, mereka tetap bersyukur kepada Tuhan kerana tiada yang kehilangan nyawa dan semuanya itu adalah ketentuan daripada Allah.

..................................................................................................................................

8.

Fakta

Pembangunan negara yang pesat membangun telah mengundang kemasukan pekerja asing. Kebanyakan mereka datang dari Indonesia, Bangladesh, Thailand,Vietnam, Myammar, India, dan Filipina. Kebanjiran pekerja asing ini disebabkan adanya penawaran pekerjaan dalam pelbagai sektor. Akibatnya, timbul pelbagai permasalahan dalam sosial,dan boleh mengancam keselamatan negara.

Penutup:

Kebanjiran pendatang asing ke negara ini perlulah ditangani segera. Semua pihak sama ada agensi kerajaan atau bukan kerajaan dan rakyat negara ini perlu bekerjasama membanteras masalah ini. Hal ini demikian untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

12 ..................................................................................................................................

9. Peribahasa ( bentuk huraian ) ` Peribahasa merupakan kata-kata yang mempunyai makna tersirat dan terdapat nasihat yang baik untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan. Antara peribahasa tersebut ialah sediakan payung sebelum hujan.Peribahasa ini bermaksud kita perlulah bersedia sebelum masalah mendatang.

Penutup: Sebagai seorang pelajar, perkara yang hendak disampaikan dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan perlulah dijadikan pegangan dan panduan hidup. Hal ini demikian agar kita dapat melaksanakan sesuatu secara terancang dan berjaya. Peribahasa ( bentuk cerita ) Pada tahun hadapan aku akan menduduki peperiksaan PMR ( Penilaian Menengah Rendah). Aku berazam untuk menjadi pelajar terbaik dalam keputusan PMR di Malaysia. Aku mula merancang masa belajarku. Di samping itu aku sentiasa mendampingi diriku kepada Tuhan.Aku mesti menjadi ulat buku. Penutup: Aku puas dan bersyukur. Jerih perih yang aku alami selama ini telah membuahkan hasil. Aku diisytiharkan sebagai calon terbaik PMR 2010 peringkat kebangsaan.Peribahasa sediakan payung sebelum hujan telah berjaya menyinarkan kehidupanku. ............................................................................................................................................. Bahagian D [Masa yang dicadangkan : 10 minit] [10 markah] Jawapan mestilah berdasarkan daripada novel-novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1, Tingkatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah. (i) Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah) (ii) Anak Din Biola (Maaruf Saad) (iii) Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf) (iv) Limpahan Darah di Sungai Semur (Zakaria Salleh) (v) Pahlawan Pasir Salak (Mohd Ismail Sarbini) (vi) Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)

13 (vii) Timulak Kapal Perang (Azmah Nordin) (viii) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari) (ix) Panas Salju (Talib Samat) (x) Merdeka! Merdeka! (A. Rahman Hanafiah) (xi) Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh) (xii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin) Fokus Soalan : TEMA dan PERSOALAN i. Huraian tentang tema ii. Apakah perkara yang hendak disampaikan dalam cerita PLOT : i. ii. iii. iv. v. WATAK i. ii. iii. LATAR i. Latar tempat, masa dan masyarakat NILAI dan PENGAJARAN i. Berdasarkan cerita/peristiwa ii. Berdasarkan watak GAYA BAHASA Contoh-contoh soalan 1. Huraikan tema novel yang telah anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. 2. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. 3. Huraikan tiga perwatakan yang terdapat pada watak utama yang terdapat dalam novel yang anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. 4. Jelaskan dua perwatakan sampingan yang terdapat dalam novel yang anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. Unsur imbas kembali Unsur saspens Unsur konflik Unsur klimaks Imbas muka Watak utama : Tingkahlaku, penjalanan kehidupannya Watak sampingan : Peranan, perjalanan kehidupannya Perbandingan watak/ persamaan watak

14 5. Jelaskan latar tempat, dan latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. 6. Jelaskan unsur konflik dan klimaks yang terdapat dalam novel yang anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. 7. Berikan satu contoh nilai kemanusiaan dan satu contoh nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel yang anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. 8. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. 9. Nyatakan satu peristiwa yang menarik perhatian anda dan berikan alasannya yang terdapat dalam novel yang anda baca sama ada novel Tingkatan Satu,Tingkatan Dua atau Tingkatan Tiga. 10. Buat perbandingan perwatakan utama yang terdapat dalam novel Tingkatan Dua dan novel Tingkatan Tiga. ................................................................................................................................................. . Kosa kata dan frasa menarik 1. Tatkala itu ketika itu 2. Mengalas perut makan sedikit untuk menahan lapar 3. Kelibat bayang 4. Kendatipun walaupun 5. Titik peluh daya usaha 6. Idea buah fikiran 7. Spesifik khusus 8. Destinasi tempat yang ditujui 9. Taklimat penerangan 10.Natijah /impak kesan 11. Hidupan akuatik hidupan di dalam air sungai atau laut 12. Dinihari awal pagi 13. Memori kenangan

15 14. Membasahkan tekak menghilangkan dahaga 15. Celoteh kata gurauan 16. Membahang sangat panas 17. Akur ikut 18.Dinobatkan ditabalkan 19. Keghairahan keinginan yang mendalam 20. Menggondol memenangi 21. Klimaks kemuncak 22. Terpancar kelihatan 23. Juadah makanan 24. Fungsi kegunaan 25. Fasilitator pemudah cara 26. Melemparkan pandangan menghalakan pandangan 27. Personaliti keperipadian 28. Perungus pemarah 29.Menziarahi melawat 30. Lokasi tempat 31. Sekerdip mata dengan pantas 32. Merealisasikan menjadi kenyataan 33. Sebulat suara semuanya bersetuju 34.Julung-julung kali pertama kali 35.Diuar-uarkan dihebahkan 36. Dihujani pertanyaan pertanyaan tidak putus-putus 37. Kerancakan perbincangan kehangatan berbual 38.Menuding jari menyalahkan orang lain 39. Risiko berbahaya

16 40. Kekangan masa halangan waktu 41.Waktu senggang masa terluang/lapang 42. Spesies jenis 43. Persis sama benar/ serupa 44. Peka sensitif/lekas bergerak balas 45.Fenomena keadaan 46.Kepincangan rumah tangga keretakan keluarga 47. Wahana saluran/perantaraan 48.Wajar sebagaimana sepatutnya 49. Dipaparkan ditunjukkan 50. Kes-kes imperatif kejadian yang perlu diambil perhatian segera 51. Material kebendaan 52. Sahsiah personaliti 53.Terjebak terlibat 54.Flora dan fauna tumbuh-tumbuhan dan binatang 55.Manfaat faedah 56.Kemelut masalah 57.Impak/implikasi - kesan 58. Harmoni menunjukkan persesuaian 59.Persekitaran yang kondusif alam persekitaran yang sesuai 60. Tali silaturahim hubungan persudaraan/persahabatan 61. Realiti menjadi kenyataan 62.Dikesisikan diketepikan 63. Menitikberatkan mementingkan 64. Terngiang-ngiang di telinga terdengar-dengar 65.Tersohor terkenal

17 66. Menara gading tahap yang paling tinggi [ pusat pengajian tinggi ] 67. Memberi suntikan semangat memberikan perangsang 68. Dapat diteladani dapat dicontohi 69.Hubungan yang akrab pertalian yang rapat 70. Konsentrasi tumpuan 71.Saya ingin memberi saranan memberi cadangan 72. Vandalisme kegiatan merosakkan harta benda awam 73.Mesti dikekang wajib dihalang 74.Mentelaah mengulangkaji 75. Prihatin mengambil berat 76. Omong-omong kosong percakapan yang tiada faedah 77. Prestasi pencapaian 78.Terjerumus jatuh ke dalam 79. Persepakatan persetujuan 80. Anjakan paradigma sesuatu yang lebih baik 81. Prasarana /infrastruktur keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas 82. Intiha penutup/penghabisan 83. Integriti kejujuran/kutuhan 84. Mengadudombakan memperlagakan seseorang 85. Gentayangan berjalan ke sana ke sini/berkeliaran 86. Memanifestasikan menunjukkan/menjadi nyata 87. Akhirnya ia mendapat hidayat daripada Tuhan mendapat petunjuk daripada Tuhan 88. Marcapada dunia sekarang ini 89. Maslahat berfaedah 90. Dinamis berdaya saing 91. Membendung mengatasi

18 92.Enteng mudah 93. Kepincangan kecacatan 94. Respons tindak balas 95.Iltizam semangat 96. Komitmen kesungguhan 97. Musyawarah muafakat 98. Melestarikan mengekalkan 99. Seantero dunia seluruh dunia 100. Kemelut masalah 101. Toleransi bertolak ansur 102. Wahana integrasi rakyat menjadi perantaraan penghubung rakyat 103. Bersantai bersenang-senang/ dalam keadaan rehat dan bebas 104. Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,masa akan memancung kamu. menghargai masa dengan sebaik-baiknya 105. Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya. hendak mencapai cita-cita perlu berusaha 106. Bagai mencurah air di daun keladi tidak mendengar nasihat yang diberikan 107. Sediakan payung sebelum hujan bersedia sebelum mendapat masalah 108. Bagaikan menatang minyak yang penuh menjaga dengan penuh kasih sayang 109. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul betapa susah orang memandang, berat lagi orang yang menanggungnya 110. Buang yang keruh, ambil yang jernih buang yang jahat ambil yang baik 111. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa- setiap pemberian orang perlulah dibalas dan berterima kasih 112. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran keuntungan yang diharapkan,yang sedia ada hilang pula 113. Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat kesihatan yang baik, mampu berfikiran yang bernas 114. Alah bisa tegal biasa pekerjaan yang susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan

19 115. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut kalau segan bertanya kita tidak akan mendapat kemajuan 116. Biar lambat asalkan selamat jangan terburu-buru 117. Bersatu teguh, bercerai roboh kalau kita bersatu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai kita akan lemah 118. Melentur buluh biarlah daripada rebung hendak mendidik anak-anak biarlah sejak kecil

Kesalahan tatabahasa

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22.

SALAH bandaraya tengahari jawatan kuasa Pak osman menghadiahi basikal kepada Ahmad. memperolehi - diperoleh memperbaiki - diperbaiki memperkuasai - diperkuasai memperdalami - diperdalami memperakui - diperakui mempersetujui - dipersetujui memperhalusi - diperhalusi Saya suka durian.

BETUL

bandar raya tengah hari jawatankuasa sebuah Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. memperoleh- diperoleh membaiki- dibaiki menguasai- dikuasai mendalami - didalami memperakukan- diperakukan menyetujui - disetujui menghalusi- dihalusi Saya suka akan durian. amat sungguh sekali sangat Majikan kamu itu siapakah? Siapakah majikan kamu itu? Saling bantu-membantu Saling membantu Lain-lain hal [ hukum DM ] Hal hal lain Warung goreng pisang[ hukum DM ] Warung pisang goreng Tukang jahit Ali[ hukum DM ] Ali tukang jahit Tomato sos[ hukum DM ] Sos tomato Kuih itu begitu enak sekali[kata Kuih itu begitu enak. penguat] Persisiran pantai Pulau Tioman terlalu Persisiran pantai Pulau Tioman indah indah nian.[ darjah penghabisan sifat ] nian. Para pekerja itu sedang Para pekerja itu sedang memperbesar

20

23. 24. 25.

26. 27. 28.

29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39.

memperbesarkan longkang untuk mengelak daripada berlakunya banjir.[ KA tak boleh menggunakan imbuhan memper.....kan ] Mereka selalu membincangkan tentang kejadian tersebut. .[ FK Aktif memerlukan objek ] Aminah memberitahu kepada ibunya perihal kelakuan buruk adiknya.[ FK Aktif memerlukan objek ] Mereka akan hapuskan semua bukti yang dapat digunakan untuk kes tersebut.[ FK Aktif menggugurkan imbuhan MeN...menjejaskan maksud ] Dia akan berjumpa doktor apabila sakit. .[ FKTT diperluas dengan keterangan ] Kami selalu balik kampung pada hujung minggu. .[ FKTT diperluas dengan keterangan ] Kakak saya akan pulang dari Kuala Lumpur pada bulan ini atau bulan depan.[ FKTT diperluas dengan keterangan ] ....dari masa ke semasa[ FSN ]

longkang untuk mengelak daripada berlakunya banjir Mereka selalu kejadian tersebut. membincangkan

Aminah memberitahu ibunya perihal kelakuan buruk adiknya. Mereka akan menghapuskan semua bukti yang dapat digunakan untuk kes tersebut. Dia akan berjumpa dengan doktor apabila sakit. Kami selalu balik ke kampung pada hujung minggu. Kakak saya akan pulang dari Kuala Lumpur pada bulan ini atau pada bulan depan.

.....dari semasa ke semasa/dari masa ke masa Tempat itu saya belum lawati.[ A.Pasif Tempat itu belum saya lawati. ] Sehubungan itu Sehubungan dengan itu Selain dari/daripada itu Selain itu Hal demikian kerana Hal ini demikian kerana Bagaimanapun Walau bagaimanapun Pada dewasa ini Dewasa ini pelusuk pelosok Di dalam kalangan murid Dalam kalangan murid Di antara saya dengan dia Antara saya dengan dia

Anda mungkin juga menyukai