Anda di halaman 1dari 18

SINOPSIS UMUM

Novel EKSPEDISI mengisahkan pengalaman menarik dan mendebarkan yang dialami oleh
anggota ekspedisi yang diketuai oleh Cikgu Murad. Antara yang turut terlibat dalam ekspedisi
tersebut termasuklah Hadi, Pak Musa, Zarul, Salim, Nazri, Send Nam, Surindran, Ban Lee dan
Shanta.

Ekspedisi itu akan melibatkan kawasan hutan di belakang


kampung Hadi. Menurut ayah Hadi iaitu Pak Salleh, kawasan
itu amat bahaya kerana terdapat pelbagai jenis binatang buas,
hantu, jin dan jembalang. Pada mulanya, Pak Salleh tidak
membenarkan Hadi menyertai ekspedisi tersebut kerana Pak
Saleh tidak suka kepada Cikgu Murad yang dianggapnya
sebagai penjenayah. Bagaimanapun, Hadi tetap dengan
pendiriannya dan menyertai ekspedisi tersebut. Ketika Hadi
menyertai ekspedisi tersebut, ayahnya juga keluar berburu di
kawasan ekspedisi itu berlangsung.

Dalam ekspedisi itu, mereka menempuh pelbagai halangan seperti menuruni lurah, mendaki
bukit, dan meredah hutan. Mereka juga menemui pelbagai benda yang menarik seperti tasik yang
indah dan padang yang luas. Dalam perjalanan tersebut, Hadi termimpikan ayahnya. Ayahnya
amat marah dia menyertai ekspedisi tersebut.

Anggota ekspedisi akhirnya sampai di puncak Gunung Itik. Dari puncak gunung tersebut mereka
ternampak sebuah pondok. Sedang mereka mengintai ke
dalam pondok tersebut, beberapa orang lelaki datang ke
pondok tersebut. Bagaimanapun, anggota ekspedisi sempat
menyelamatkan diri mereka. Hadi pula hampir-hampir
terperangkap oleh seorang lelaki daripada anggota sindiket
tersebut tetapi apabila dia menjerit, dia sebenarnya sudah
berada di rumah iaitu dua hari selepas ekspedisi tersebut mencapai kejayaan. Ketika Hadi pulang
daripada menyertai ekspedisi tersebut, ayahnya belum pulang. Bagaimanapun, ayahnya pulang
kemudian dalam keadaan selamat.

Penduduk Kampung Dataran gempar apabila Cikgu Murad ditangkap oleh polis. Dalam
perbualan antara Pak Salleh dengan Hadi, Pak Salleh memberitahu Hadi mengenai aktiviti cikgu
Murad. Cikgu Murad sebenarnya seorang penjenayah yang terlibat dengan sindiket mencuri
jongkong emas dan tempat persembunyian kumpulan penjenayah tersebut ialah di puncak
Gunung Itik.

Pak Salleh juga membongkar rahsia kekayaannya kepada Hadi dan Mak Jamilah. Kekayaannya
dihadiahkan oleh Tauke Eddie Jar kerana dia telah membantu menyelamatkan jongkong emas
milik tauke itu yang dicuri oleh satu sindiket.

Hadi tidak mempercayai kata-kata Pak Salleh. Pak Salleh pun menceritakan pengalaman
terbarunya ketika berburu. Dia nampak Cikgu Murad mengetuai kumpulan tersebut di puncak
Gunung Itik. Bagaimanapun, Hadi tidak mempercayainya kerana ketika kejadian yang
diceritakan oleh ayahnya, Cikgu Murad ada bersama-sama mereka dalam ekspedisi tersebut.

Pada suatu malam, Pak Salleh, Mak Jamilah dan Hadi diminta ke
balai polis. Di balai polis, mereka dapati cikgu Murad telah
dilepaskan. Pak Salleh tidak begitu setuju dengan tindakan
tersebut kerana dia yakin bahawa cikgu Murad terlibat dalam
sindiket tersebut. Seorang inspektor polis menjelaskan keadaan
sebenarnya kepada Pak Salleh. Inspektor itu ialah ketua dalam
operasi membanteras sindiket tersebut. Selepas itu, inspektor
polis itu menunjukkan seorang penjenayah yang wajahnya mirip
cikgu Murad.

Pak Salleh insaf akan kesalahannya menuduh Cikgu Murad terlibat dalam kumpulan haram itu.
Pak Salleh meminta maaf daripada Cikgu Murad. Bagaimanapun, Pak Salleh berpuas hati kerana
punca kekayaanya selama ini diyakini oleh orang ramai.
Tema

Novel Ekspedisi bertemakan kegigihan dan keberanian golongan remaja mengejar impian

mereka. Hadi bersama dengan beberapa rakannya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Itik

yang diketuai oleh Cikgu Murad. Untuk sampai ke puncak gunung itu, mereka terpaksa meredah
kawasan hutan yang ada binatang buas, binatang berbisa dan mendaki/menuruni lereng gunung

yang dipenuhi batu-batu yang bercerakan. Namun begitu, hasil daripada kegigihan dan

keberanian anggota ekspedisi itu, akhirnya mereka berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung

Itik.

Persoalan

1. Semangat kerjasama tanpa mengira kaum akan melahirkan hubungan yang erat

dan harmoni. Walaupun anggota ekspedisi terdiri daripada remaja pelbagai kaum

seperti Melayu, India dan Cina, namun mereka tetap bekerjasama melaksanakan semua

tugasan agar ekspedisi itu lancar.


2. Tindakan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kesusahan. Pak

Salleh menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah apabila dia melihat seorang lelaki

yang wajahnya mirip Cikgu Murad di dalam hutan. Akibatnya, beberapa orang kampung

yang terpengaruh oleh kata-kata Pak Salleh turut menuduh Cikgu Murad sebagai

penjenayah. Keadaan lebih buruk apabila Cikgu Murad ditahan oleh polis. Namun

akhirnya, Cikgu Murad telah dibebaskan kerana dia tidak bersalah.

3. Semangat cinta akan keamanan dan benci akan kejahatan. Pak Salleh segera

melaporkan peristiwa dia ternampak akan jongkong emas di sebuah pondok di dalam

hutan kepada polis. Pasukan polis yang bertindak berdasarkan maklumat itu dapat

menemukan semua jongkong emas kepunyaan Eddie Jar yang dirompak dari gudangnya

di lapangan terbang semula.

4. Kebesaran kuasa Ilahi yang mencipta alam semesta. Semua anggota ekspedisi yang

mempercayai kewujudan Allah S.W.T mengakui keagungan Allah mencipta alam yang

indah ini apabila mereka sampai di puncak gunung. Hal ini demikian kerana dari

puncak gunung mereka dapat melihat pemandangan alam semula jadi yang sungguh

indah.

5. Ketaatan kepada Allah dengan melaksanakan suruhannya setiap masa. Para

anggota ekspedisi yang beragama Islam tetap melakukan solat walaupun mereka berada

di dalam hutan.
WATAK DAN PERWATAKAN

1. Watak utama dalam novel ini ialah Hadi

2. Watak sampingannya termasuklah Cikgu Murad, Pak Salleh, Pak Musa, dan Mak

Jamilah.
 

   HADI

1. Anak tunggal kepada pasangan Pak Salleh dan Mak Jamilah.

2. Belajar di tingkatan 5 dan akan mengambil peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi.

3. Suka duduk melamun atau berkhayal. Buktinya, ketika dia duduk di bangku berhampiran

dengan tangga, dia berkhayal tentang pengalamannya menyertai ekspedisi ke Gunung

Itik.

4. Mudah berubah fikiran. Contohnya, pada mulanya Hadi mengatakan bahawa dia tidak

dapat menyertai ekspedisi kerana dilarang oleh ayahnya. Namun begitu, apabila

mendengar pengalaman Cikgu Murad berekspedisi, dia membuat keputusan untuk

menyertai ekspedisi itu.

5. Dia juga berani. Hal ini terbukti apabila Hadi sanggup meredah hutan dan terdedah

kepada bahaya apabila menyertai ekspedisi.

6. Hadi juga ringan tulang. Contohnya apabila Mak Jamilah menyuruh Hadi membasuh

cawan yang kotor, tanpa banyak dalih, Hadi mencuci cawan itu. Malahan dia juga

menyapu lantai.

7. Hadi mudah meminta maaf. Buktinya, apabila dia ditegur oleh Pak Musa kerana bercakap

celupar di dalam hutan, Hadi segera meminta maaf.

 
   CIKGU MURAD

1. Bertugas sebagai pendidik di sekolah tempat Hadi belajar. Berkelulusan Universiti Utara

Malaysia.

2. Memiliki wajah yang hampir sama dengan wajah seorang perompak emas.

3. Merupakan guru yang sentiasa rajin menjalankan tugasnya.

4. Melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan. Banyak menabur jasa kepada

masyarakat.

5. Amat menggemari aktiviti lasak. Buktinya, beliau suka mendaki gunung. Beliau

mengajak pelajarnya mendaki Gunung Itik.

6. Beliau juga seorang yang pemaaf. Hal ini terbukti apabila dia memaafkan Pak Salleh

yang telah menuduhnya sebagai perompak kerana Pak Salleh pernah terserempak dengan

perompak yang memiliki wajah seperti Cikgu Murad.

7. Cikgu Murad seorang yang tabah. Beliau tetap tabah menghadapi tuduhan bahawa

dirinya penjenayah sehingga ditahan di lokap polis.


LATAR

LATAR TEMPAT

1. Kampung Dataran - Pak Salleh dan Mak Jamilah berhijrah ke kampung ini. Mereka

membuka tanah hutan untuk dijadikan tapak rumah dan kebun. Kampung ini terletak

berhampiran dengan hutan.

2. Rumah Pak Salleh - rumah yang menggunakan kayu daripada hutan dibina oleh Pak Salleh

sendiri. Setelah mendapat hadiah wang daripada Eddie Jar, Pak Salleh memasang pagar

elektronik dan siren di rumahnya.

3. Bilik tingkatan - di bilik ini Cikgu Murad menceritakan pengalamannya mendaki Gunung Itik

dan menunjukkan gambar-gambar semasa dia menyertai ekspedisi ke Gunung Itik suatu ketika

dahulu.

4. Bilik guru - tempat Hadi bertemu dengan Cikgu Murad. Hadi yang pada mulanya menarik

diri daripada menyertai ekspedisi ke Gunung Itik telah menyatakan keinginannya untuk

menyertai ekspedisi itu semula walaupun dilarang oleh ayahnya.

5. Kawasan hutan - di sinilah Hadi dan rakan-rakannya menyertai ekspedisi ke Gunung Itik.

6. Pondok di puncak gunung - di pondok ini Pak Salleh terjumpa akan jongkong emas

kepunyaan Eddie Jar yang dirompak dari gudangnya.

7. Balai polis - di balai inilah Pak Salleh membuat laporan tentang jongkong emas yang

ditemukan di sebuah pondok. Di balai ini juga Cikgu Murad ditahan polis kerana disyaki
melakukan rompakan jongkong emas. Di balai polis ini juga kekeliruan Pak Salleh tentang

perompak yang wajahnya mirip wajah Cikgu Murad dapat diselesaikan.

LATAR MASA

1. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada zaman sekarang.

2. Petang - Pak Salleh berbual dengan Hadi dan melarang Hadi daripada menyertai ekspedisi ke

Gunung Itik yang diketuai oleh Cikgu Murad.

3. Malam - ketika berkhemah di tengah hutan, Hadi mengigau dan menjerit-jerit hingga

membangunkan semua anggota ekspedisi yang lain.

4. Subuh - Hadi berbual-bual dengan Pak Musa sambil minum air panas. Kemudian, mereka

bersama-sama menunaikan solat subuh.

5. Siang - orang ramai berkunjung ke rumah Pak Salleh apabila berita tentang Pak Salleh

membantu pihak polis menangkap kumpulan pencuri jongkong emas tersiar di akhbar.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat desa, iaitu Kampung Dataran yang bekerja sebagai petani dan pemburu.

2. Masyarakat penyayang. Contohnya, Pak Salleh dan Mak Jamilah sangat sayang anak

tunggal mereka, Hadi.


3. Masyarakat yang mementingkan pelajaran. Contohnya, Pak Salleh menyuruh Hadi belajar

dengan bersungguh-sungguh kerana akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.

4. Masyarakat yang mengenang jasa. Contohnya, Eddie Jar sangat gembira kerana jongkong

emasnya yang dirompak telah ditemukan semula. Oleh itu sebagai mengenang jasa Pak Salleh

yang memberikan maklumat, dia memberikan hadiah dalam bentuk wang tunai kepada Pak

Salleh.

5. Masyarakat yang menghormati orang tua. Contohnya, Hadi dan rakan-rakannya senantiasa

menghormati Pak Musa dan Cikgu Murad.

6. Masyarakat yang mempunyai pantang larang di hutan. Contohnya, Pak Musa segera

menegur Hadi yang bercakap celupar ketika berada di hutan.

7. Masyarakat yang bekerjasama. Contohnya, semua anggota ekspedisi senantiasa

bekerjasama.

8. Masyarakat yang bertindak terburu-buru. Contohnya, Pak Salleh segera menuduh Cikgu

Murad penjenayah setelah dia terserempak dengan lelaki yang mempunyai wajah mirip Cikgu

Murad di dalam hutan. Dia tidak menyiasat hal itu terlebih dahulu.
PLOT

1. Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pengarang memperkenalkan watak utama,

Hadi yang tidak dibenarkan menyertai ekspedisi oleh ayahnya, Pak Salleh.

2. Dalam bahagian perkembangan, digambarkan beberapa konflik yang dihadapi oleh

watak-watak dalam cerita ini. Umpamanya, konflik Hadi dan ayahnya, Pak Salleh. Pak

Salleh tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi. Di bahagian ini juga digambarkan

konflik antara Pak Salleh dengan Cikgu Murad. Pak Salleh membenci Cikgu Murad dan

selalu mendakwa Cikgu Murad sebagai penjenayah. Konflik itu semakin menjadi rumit

apabila Pak Salleh membuat laporan polis dan Cikgu Murad

ditahan polis.

3. Pada bahagian klimaks atau puncak cerita, segala konflik

yang wujud menemukan penyelesaian. Pihak polis

mendapati Cikgu Murad tidak bersalah apabila penjenayah

sebenar yang mempunyai wajah seperti Cikgu Murad

ditangkap.

4. Pada bahagian peleraian, Pak Salleh yang terkeliru dengan dua orang berwajah sama

telah meminta maaf kepada Cikgu Murad. Cikgu Murad memaafkan Pak Salleh. Rumah

Pak Salleh dikunjungi orang kampung apabila kisah Pak Salleh membantu pihak polis

menangkap penjenayah disiarkan di akhbar.


GAYA BAHASA

DIKSI

1. Pemilihan kata oleh pengarang bersesuaian dengan cerita yang mengisahkan suatu ekspedisi di

dalam hutan. Antara kata yang digunakan termasuklah sungai, bukit, gunung, berkhemah, tasik,

unggun api dan kicauan burung.

2. Pengarang turut menggunakan beberapa kata bahasa Inggeris seperti steady, stop, math, zero

eight hundred dan very good.

3. Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Arab seperti Insya-Allah, assalamualaikum,

nauzubillahiminzalik  dan alhamdulillah.

AYAT

1. Ayat pendek.

Cth:

-Sepi tiba-tiba.

-Dia akur.

2. Ayat panjang.
Perihal Pak Musa, Cikgu Murad dan ahli-ahli ekspedisi ternampak seorang lelaki mendaki

lereng dan kemudiannya berpatah semula ke belukar tebal yang membaluti tebing tasik semasa

mereka dalam perjalanan hendak mendaki gunung, menggugat keunggulan pendiriannya

menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah berbahaya selama ini.  [ hal. 167 ]

3. Peribahasa

a. Bukan sekadar buah hati dan pengarang jantung mereka, dirinya juga tangkai nyawa Pak

Salleh dan Mak Jamilah.

b. Dia mati akal jadinya.

c. Hendak dikatakan ayahnya ada saham berlot-lot sebelum ini, jauh panggang dari api.

4. Penggunaan Pantun

Nyiur gading puncak mahligai,

Sayang ketupat berisi inti,

Hancur daging tulang berkecai,

Belum kudapat belum kuberhenti.      (hal. 173)

5. Personifikasi
Tanda-tanda tabir malam akan diangkat pancaran matahari yang bakal menjenguk kian

ketara kini.

6. Inversi

Sepi tiba-tiba (sepatutnya: Tiba-tiba sepi)


NILAI

1. Kasih Sayang : Pak Salleh dan Mak Jamilah sayang akan

anak tunggal mereka, Hadi. Oleh itu, mereka berusaha

memberikan sepenuh kasih sayang dan memenuhi kehendak

Hadi.

2. Sabar : Cikgu Murad senantiasa bersabar walaupun dia

difitnah atau dituduh sebagai penjenayah oleh Pak Salleh.

3. Kerjasama : Semua anggota ekspedisi senantiasa bekerjasama dalam perjalanan ke

puncak Gunung Itik.

4. Berani : Hadi dan rakan-rakannya berani kerana sanggup berhadapan dengan pelbagai

bahaya ketika menyertai ekspedisi.

5. Dedikasi : Cikgu Murad merupakan guru yang bekerja dengan penuh iltizam. Dia begitu

bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat juga.

6. Hormat kepada orang tua : Hadi sangat menghormati orang tua. Dia tidak meninggikan

suara ketika bercakap dengan orang tua.

7. Mengakui kesalahan : Pak Salleh segera meminta maaf kepada Cikgu Murad apabila

menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah.


8. Pemaaf atau tidak berdendam. Walaupun Pak Salleh menuduh Cikgu Murad sebagai

ketua penjenayah, Cikgu Murad tetap bersedia memaafkan Pak Salleh apabila Pak Salleh

meminta maaf kepadanya.

9. Gigih. Pak Salleh begitu gigih membuka kawasan hutan untuk dijadikan tapak rumah dan

kebun ketika baru sampai di Kampung Dataran

10. PENGAJARAN

11. Secara ringkasnya terdapat beberapa pengajaran yang dapat dipetik menerusi novel ini.
Antaranya ialah :

12. a. Kita mesti gigih.

13. b. Kita mesti hormat akan ketua.

14. c. Kita hendaklah bekerjasama setiap masa agar mudah


mencapai cita-cita.

15. d. Kita hendaklah mengenang jasa seseorang.

16. e. Kita jangan mudah berprasangka atau terburu-buru membuat tuduhan.

17. f. Mesti patuh akan arahan ketua.

18. g. Umat Islam hendaklah menunaikan solat walau di mana mereka berada.

19. h. Hormat dan menurut arahan orang tua.

20. i. Orang ramai hendaklah membantu polis membanteras kegiatan jenayah.

21. j. Meminta maaf atas kesalahan yang kita lakukan.

Anda mungkin juga menyukai