Anda di halaman 1dari 2

ADIK BERJASA

SINOPSIS

 Babak I- Ahmad membuat keputusan untuk berhenti sekolah


dan bekerja sebagai pelayan pejabat di sebuah
kilang.Tindakan Ahmad adalah untuk menyara keluarganya
kerana ayahnya diserang penyakit lumpuh.Adik Ahmad, iaitu
Midah dan Murad bersedih atas keputusan abang mereka.

 Babak II- Murad bermuafakat dengan Nazim dan Hassan


untuk menyelamatkan anak seorang jutawan yang diculik
oleh sekumpulan penjahat.Murad percaya bahawa tempat
persembunyian penjahat-penjahat itu ialah di dalam hutan
sekitar kawasan perkhemahan pengakap.Mereka akan
berkhemah di situ pada keesokannya.

 Babak III- Murad,Hassan dan Nazim meninjau tempat


persembunyian penjahat-penjahat itu.Mereka mendapati ada
kesan tapak kaki manusia di situ.Mereka percaya bahawa
penjahat-penjahat itu bersembunyi di dalam gua.

 Babak IV- Pada keesokannya harinya, mereka meneruskan


siasatan.Mereka menghampiri pintu gua.Malangnya Hassan
dan Nazim dapat ditangkap oleh Penjahat I dan Penjahat
II.Murad Berjaya melarikan diri.

 Babak V- Tujuan Murad hendak menyelamatkan anak


jutawan itu ialah untuk mendapatkan hadiah wang tunia
bernilai seratus ribu ringgit.Dengan wang tersebut,dapatlah
abangnya, Ahmad meneruskan persekolahan.Ahmad akan
membantu Murad menyelamatkan anak jutawan itu.
 Babak VI- Murad masuk ke dalam gua dan membuka ikatan
Nazim,Hassan,dan anak jutawan pada pukul tiga
pagi.Pengawal sedar akan tawanan mereka.Penjahat I dan
Penjahat II berusaha mencari budak-budak yang telah
melarikan diri itu.

 Babak VII- Murad,Hassan,Nazim dan anak jutawan


bersembunyi di suatu tempat “Jutawan” (polis) datang
dengan membawa wang satu juta ringgit.Penjahat meminta
wang itu tetapi “Jutawan” mahu melihat anaknya terlebih
dahulu.Pada masa yang sama,pihak polis sampai dan
menangkap semua penjahat itu.Murad mendapat ganjaran
yang dijanjikan, iaitu sebanyak seratus ribu ringgit.Dngan
wang tersebut, abangnya,Ahmad dapat meneruskan
persekolahannya semula.

Anda mungkin juga menyukai