Anda di halaman 1dari 16

PUTERI BULUH BETUNG

Disediakan oleh : Adam Harrish

Roshant Ravindran

Jasher Han

Oscar Fun

Marcus Wong
Sinopsis
Raja Muhammad pergi menebas hutan
rimba bersama rakyat baginda. Di tengah rimba
itu mereka terjumpa serumpun buluh betung
yang tebal. Mereka cuba menebas buluh betung
itu tetapi buluh-buluh itu tetap tumbuh. Raja
Muhammad akhirnya berjaya memarang buluh
betung tersebut. Tiba-tiba dari sebuah rebung
yang hampir ditetak oleh Raja Muhammad
keluar seorang kanak-kanak perempuan yang
cantik. Kanak-kanak itu dibawa pulang dan
dinamakan Puteri Betung. Raja Muhammad dan
permaisuri baginda memelihara puteri tersebut
dengan penuh kasih sayang.
Sinopsis
 Raja Ahmad mendengar khabar adindanya memperolehi
kanak-kanak di dalam rebung betung. Raja Ahmad bersama
permaisuri baginda berangkat ke istana Raja Muhammad.
Raja Ahmad ingin melihat Puteri Betung. Raja Ahmad
kemudian telah membuka sebuah negeri baharu yang
bernama Balik Rimba. Pada suatu hari ketika keluar berburu,
Raja Ahmad terjumpa sebuah surau di hutan rimba itu dan
ada seorang tua di dalam surau itu. Raja Ahmad
menceritakan peristiwa saudaranya yang beroleh puteri di
dalam rebung betung. Orang tua itu memberitahu bahawa
sekiranya baginda inginkan anak, baginda perlu tunggu di
situ sebentar. Tidak lama kemudian seekor gajah besar
datang sambil membawa seorang kanak-kanak.
Sinopsis
 Gajah besar itu memendikan kanak-kanak tersebut.
Orang tua itu memberitahu Raja Ahmad supaya
menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan
kanak-kanak tersebut. Orang tua itu dan surau pun
ghaib. Raja Ahmad mengumpulkan segala
hulubalangnya untuk mendapatkan kanak-kanak
tersebut . Ketika gajah besar mandi setelah
memandikan kanak-kanak tersebut, kesempatan ini
digunakan oleh Raja Ahmad untuk mendapatkan
kanak-kanak itu. Kanak-kanak tadi dibawa ke istana
dan dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Merah
Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.
TEMA
 Cerita dongeng ini memaparkan kisah
penemuan kanak-kanak yang luar biasa.
Seorang kanak-kanak perempuan dijumpai di
dalam rebung buluh betung dan seorang
kanak-kanak lelaki dibawa di atas kepala
gajah. Kedua-dua kanak-kanak tersebut
dijumpai oleh raja yang memerintah.
 Ayat
Ayat-ayat yang panjang.
Ayat-ayat yang pendek.
Contoh:
Maka berpalinglah gajah itu
 Diksi
Kata pangkal ayat seperti maka, syahadan dan bahasa
Melayu klasik
 Gaya bahasa
Gaya bahasa istana seperti kakanda, baginda, hamba, tuanku
kakanda, baginda, hamba, tuanku dan sebagainya
Penggunaan bahasa Arab misalnya salam, ghaib salam ghaib,
dan Jumaat
Persoalan
 Pembukaan negeri baru

Raja Ahmad bersama bala tentera baginda telah


bertungkus lumus untuk membuka sebuah negeri
yang diberi nama Balik Rimba.

Menghormati orang yang lebih tua


Sebagai anak muda, Raja Ahmad menghomati orang


tua yang dijumpainya di surau. Seterusnya dengan
bantuan orang tua itu, baginda berjaya meendapatkan
kanak-kanak lelaki yang tinggal di atas gajah.
Watak dan Perwatakan
 Watak Utama
Raja Ahmad
Adinda baginda bernama Raja Muhammad.
Baginda telah membuka sebuah negeri yang
bernama Balik Rimba. Seorang raja yang
bijaksana, berani, dan gigih berusaha
Watak dan Perwatakan
Watak Sampingan

Raja Muhammad
Kakanda baginda bernama Raja Ahmad. Raja Muhammad
telah menjumpai seorang kanak-kanak di dalam rebung
buluh betung. Sangat sayang akan puteri baginda serta
menghormati kakandanya.

Orang Tua
Tinggal di dalam hutan rimba. Keturunannya tidak
diketahui. Mempunyai kesakitan, suka membantu dan
simpati dengan nasib Raja Ahmad yang tidak mempunyai
cahaya mata.
Latar
 LATAR TEMPAT
Latar tempat cerita ini adalah di dalam hutan rimba, surau
dan di dalam istana raja serta di negeri Balik Rimba.

LATAR MASA
Latar masa cerita Puteri Buluh Betung tidak tidak dinyatakan
dengan begitu jelas. Namun pembaca boleh mangagak
bahawa cerita itu berlaku pada zaman dahulu berdasarkan
peristiwa-peristiwa yang berlaku. Contohnya, peristiwa Raja
Ahmad hendak mengambil kanak-kanak daripada seekor
gajah. Peristiwanya berlaku pada hari Khamis dan Jumaat.
Latar
 LATAR MASYARAKAT

Latar masyarakat yang digambarkan dalam cerita


ini masyarakat istana. Masyarakat istana diwakili oleh
Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Kedua-dua raja ini
dihormati oleh rakyat dan hidup dalam kemewahan.
Sebahagian anggota masyarakat dalam cerita ini
mempunyai ciri-ciri masyarakat penyayang. Misalnya,
Raja Muhammad yang sebaik sahaja melihat seorang
kanak-kanak perempuan yang cantik parasnya di
dalam serumpun buluh betung, baginda mengambil
kanak-kanak itu lalu didukung dan dibawa ke istana.
Plot
Permulaan
Bersama rakyat jelata, Raja Muhammad pergi menebas hutan
rimba. Terjumpa serumpun buluh betung yang terlalu
tebalnya. Ketika Raja Muhammad cuba memarang rebung
tersebut, keluar seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu
cantik parasnya. Puteri itu dinamakan Puteri Betung.

Perkembangan
Raja Ahmad pergi memburu, malangnya tidak beroleh seekor
perburuan pun. Raja Ahmad terjumpa sebuah surau di hutan
rimba itu. Raja Ahmad mengumpul segala hulubalangnya
untuk mendapatkan kanak-kanak yang tinggal di atas gajah
tersebut.
Plot

Perumitan
Gajah tersebut cuba mengambil kembali kanak-kanak
lelaki yang telah dirampas oleh Raja Ahmad.

Klimaks
Raja Ahmad berjaya mendapatkan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak tadi dibawa ke istana dan dinamakan
Merah Gajah.

Peleraian
Setelah dewasa, Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri
Betung.
Nilai
Kasih Sayang
Nilai kasih sayang terpancar ketika Raja Muhammad
membatalkan niat baginda untuk memarang rebung betung
apabila terlihat seorang kanak-kanak perempuan yang
cantik parasnya muncul dari rebung betung itu.

Hormati-menghormati
Nilai hormat-menghormati tergambar melalui watak Raja
Ahmad. Walaupun Raja Ahmad berketurunan raja, namun
sebaik sahaja baginda menemui orang tua di dalam surau,
baginda memberi salam tanpa memikirkan kedudukan
baginda sebagai seorang raja. Dengan bantuan orang tua itu
baginda berjaya mendapatkan seorang kanak-kanak lelaki
yang tinggal di atas seekor gajah besar.
Nilai
 Kesabaran

Nilai sabar juga turut diselitkan dalam cerita ini. Nilai


initerpancar melalui watak Raja Ahmad. Waluapun Raja
Ahmad tidak memperoleh seekor haiwan buruan pun, baginda
tetap sabar.

Gigih Berusaha

Nilai ini terdapat juga dalm cerita ini. Contohnya, Raja Ahmad
gigih berusaha untuk mendapatkan kanak-kanak lelaki yang
tinggal di atas kepala gajah.
Pengajaran
 PENGAJARAN
Kita mestilah menghormati ornag yang lebih
tua daripada kita.

Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih


sayang sesama manusia.

Anda mungkin juga menyukai