Anda di halaman 1dari 2

PUTERI BULUH BETUNG

Pada suatu hari Raja Muhammad pergi dengan sekalian rakyatnya menebas

rimba. Di tengah rimba itu terdapat serumpun betung yang amat tebal. Maka rakyat

pun menebas betung itu, tetapi bila ditebas betung itu tumbuh semula. Rakyat cuba

tebas lagi betung itu tetapi masih keadaan masih sama. Apabila Raja Muhammad

melihat kejadian itu, baginda sendiri cuba menebas betung itu sendiri, maka habis

semua betung berjaya ditebas sehinggalah tiba

ditengah betung. 

Baginda terlihat sebatang betung yang

ditengah seperti ada rebung seakan-akan

badan manusia. Maka baginda memarang rebung itu dan keluarlah seorang kanak-

kanak perempuan yang terlalu cantik paras rupa dan badannya. Didukungnya

kanak-kanak itu keluar dari rebung betung tadi lalu dibawa balik ke istana baginda.

Melihat baginda raja mendukung kana-kanak perempuan, isterinya gembira

bertanya pada baginda dapat kanak-kanak ini dari mana dan siapa ibubapanya.

Baginda pun menjelaskan pada isterinya bahawa dia menjumpai kanak-kanak

ini ketika menebas betung di rimba bersama sekalian rakyat. Kanak-kanak ini

baginda jumpa di dalam rebung betung itu jelas baginda. Oleh kerana kanak-kanak

ini berasal dari betung maka baginda pun menamainya Puteri Betung. Baginda dan

isterinya memelihara puterinya seperti anaknya sendiri lengkap dengan pengasuh

dan pakaian diraja. Semakin kasih baginda terhadap puterinya itu, makin hari makin

besar dan rupa paras makin jelita.

 
Khabar berita mengenai Raja Muhammad mendapat kanak-kanak di dalam

rebung betung mendapat perhatian kekandanya, Raja Ahmad. Maka baginda dan

isterinya berangkatlah pergi untuk melihat kanak-kanak yang diperolehi oleh

adindanya itu. Setelah seharian berjalan berangkat tiba juga baginda di rumah

adindanya itu. Kedatangan baginda berdua disambut dengan hormat oleh adindanya

Raja Muhammad serta isteri. Maka berbual-buallah baginda dua beradik perihal

semasa sambil menjamu sirih yang dipersembahkan kepada kekandanya.

Setelah itu Raja Ahmad berkata. “Hai, adinda Raja Muhammad, manakah

anak tuan itu, kekanda hendak melihat.” Maka kata Raja Muhammad, “ Hai inang

pengasuh, bawalah anakku itu ke mari.”

Anda mungkin juga menyukai