Anda di halaman 1dari 5

JENIS-JENIS PERENGGAN

DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

PERENGGAN PENDAHULUAN

Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan iaitu:

Ayat Rangsangan - Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan


kepada pembaca. Kemukakan 3 ayat rangsangan yang berkaitan dengan definisi
dan isu semasa tentang kata kunci @ kehendak soalan.
Ayat Arahan

Ayat yang menjawab kata kunci karangan / tentang isi yang akan

dibicarakan.

Contoh Pendahuluan Karangan

Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir pada setiap
hari.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi kes kemalangan di jalan raya.

(1)

(AR) Kemalangan atau kecelakaan di jalan raya merupakan tragedi yang

telah banyak mengorbankan nyawa dan harta benda manusia. (AR) Hampir setiap
hari media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya.

(AR)

Daripada segi statistik, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang
tertinggi di dunia yang berlaku pada setiap hari. (AA) Oleh yang demikian, pihak
yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi
masalah ini.

Pendahuluan Jenis Suasana


Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya oleh runtuhan batu.
Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya mendengar jeritan manusia dari
celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas
kedengaran dari suatu bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada
ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana
buntu untuk melakukan sebarang tindakan. Namun saya gagahkan semangat dan
cuba melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu
dapat diselamatkan.

Pengenalan Jenis Peribahasa


Tulis satu rencana yang bertajuk Perpaduan Asas Kemajuanuntuk dimuatkan
dalam majalah sekolah anda.

Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa yang meliputi semua


aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankan aspek kerjasama dan
perpaduan termasuklah Bukit sama-sama didaki, lurah sama-sama dituruni, Hati
gajah sama-sama dilapah hati kuman sama-sama dicecah dan banyak lagi. Semua
peribahasa yang dinyatakan tadi sebenarnya membawa konsep kerjasama dan
perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan
sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.

PERENGGAN ISI
Perenggan isi mengandungi empat ayat iaitu;

(AI) Ayat judul Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang
menjawab pokok persoalan karangan.

(A2) Ayat huraian Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberi kan
penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama.

Ayat bukti/contoh Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang


berkaitan isi, bertujuan memperkuat hujah.

Ayat penegas ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang
dikemukakan. Penanda wacana yang biasa digunakan seperti tegasnya,
oleh itu, sehubungan dengan hal itu, dsb.

Contoh Perenggan Isi

(1) Salah satu punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah
disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak
kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai sesuatu
kejohanan. (3) Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, enam pemain bola sepak
negara terpaksa digantung beberapa bulan kerana menghabiskan masa di disko
hingga larut malam. (4) Tegasnya, perkara seperti inilah yang menjadi penghalang
utama pasukan kita untuk mencapai kejayaan.

(A1) Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak gemar mengambil makanan


ringan adalah kerana pengaruh iklan makanan ringan di televisyen. (A2) Hal ini
demikian kerana iklan-iklan yang disiarkan memperlihatkan keenakan dan
keseronokan memakan makanan ringan keluaran syarikat tertentu. (A3) Hal yang
demikian amat mudah mempengaruhi kanak-kanak kerana sikap semula jadi
kanak-kanak yang ingin akan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. (A4)
Sebagai contohnya, digambarkan kanak-kanak yang mengambil makanan ringan
berkeadaan riang dan cergas melakukan aktiviti. (A5) Jelaslah, kebijaksanaan
pengeluar makanan ringan mengeksploitasi psikologi kanak-kanak menggunakan
kemudahan iklan menjadi punca kepada masalah ini.

Perenggan Deduktif
Generalisasi (A.Tajuk)
Fakta

- (A.Contoh)

(A. Cadangan)

(A. Huraian)

Ayat Kesimpulan (AK)

(AT) Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh


masyarakat. (AC) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh
penjual yang tidak mementingkan kebersihan. (ACD) Sehubungan dengan ini,
persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (AH)
Oleh itu, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai,
makanan dan diri. (AK) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering berlaku
dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Perenggan Induktif
Ayat Kesimpulan (AK)
Ayat fakta (AC) / (ACD)
Ayat Generalisasi (AT)
(AK)Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan
lebih berkesan apabila (AC) masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh
penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Sehubungan dengan ini,(ACD)
persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. Oleh
hal yang demikian,

(AH)penjual akan memberikan perhatian tentang aspek

kebersihan gerai,makanan dan diri. Tegasnya, (AT) tindakan memulaukan makanan


yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat.

PERENGGAN PENUTUP

Ayat kesimpulan pendirian penulis

Ayat cadangan

Ayat cadangan

Ayat harapan
Kesimpulan, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita,

terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa
mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar
peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Kempen yang
dijalankan mestilah melibatkan semua pihak. Semua pengguna jalan raya

perlulah beringat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua


pihak.

Intihanya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita,
terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa
perlulah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar
peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Pengguna jalan
raya janganlah bersikap sudah terhantuk baru hendak terngadah. Sedarilah
bahawa, keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.

RUMUSAN

Isi perenggan perlulah dikembangkan

Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara.

Setiap perenggan perlu sekata.

Ayat yang gramatis.

Penggunaan penanda wacana yang tepat.

Menyatakan peribahasa, perumpamaan,dsb

Anda mungkin juga menyukai