Anda di halaman 1dari 5

Kertas kerja

PROGRAM MINAT
MEMBACA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK SUNGAI JEJAWI
36000 TELUK INTAN

Tempat : kelas PPKI

Tarikh : 30-31 oktober 2018

1.1 PENGENALAN
1.1 PENGENALAN

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua


lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana
Membaca Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita
ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan
menjadi lebih bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa
yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi,
bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh
dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di
bawah tempurung". Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan
membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.
Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian
terhadap sesuatu perkara itu.

Sehubungan dengan itu, pihak guru-guru Pendidikan Khas SKSJ telah


merancang beberapa aktiviti yang dapat memupuk minat murid untuk membaca.
Antara aktiviti yang telah dirancang ialah kuiz, treasure Hunt, pertandingan
membaca cerita kanak-kanak, mewarna kulit buku cerita, tulisan cantik dan
pembaca bertuah. Diharap program ini akan berjalan lancar sepanjang aktiviti ini
diadakan.

1.2 OBJEKTIF
 Memberi peluang kepada murid melahirkan bakat mereka
 Menggalakkan murid membaca
 Menambahkan pengetahuan murid
 memupuk minat membaca di kalangan pelajar .
 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman dari
program ini.
3.0 TARIKH DAN TEMPAT

 Tempat : kelas PPKI


 Tarikh : 30-31 oktober 2018

4.0 CADANGAN AKTIVITI

 Treasure Hunt
 Pertandingan membaca cerita kanak-kanak
 puzzle
 Tulisan cantik

5.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN PELAKSANA

Pengerusi : En. Anuar Bin Kintan (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Mohd Norman B. Mohd Fuad(Pk.Koku)
Naib Pengerusi : En. Shaharudin Bin Arbain (Penyelaras P. Khas)
Setiausaha : Pn. Noor Fadzilla Bt. Mahmad Razali
AJK
Peralatan : Pn.Suriani Bt Yahya
Jurugambar : Pn. Kharidah Bahiah Bt Sarkawi
Disiplin : En. Shaharudin B. Arbain
Keselamatan : Pn. Noor Fadzilla Bt. Mahmad Razali
: Pn. Azlin Bt.Mohd Azhar
: Pn. Suriani Bt Yahya
1.0 ANGGARAN PERNBELANJAAN
a) penerimaan
No. perkara Jumlah (RM)
1. PUSAT SUMBER (PCG P.KHAS) RM 255.00

b) perbelanjaan
No. perkara perbelanjaan
1. Hadiah pertandingan membaca cerita RM150
kanak-kanak
(15 x 10 orang)
2. Buku cerita kanak-kanak RM 50
(5 buah buku x rm 10)
3 Hadiah Treasure Hunt (6 x rm5.00) Rm 30.00
4 Pensil warna Rm 25.00
Jumlah RM 255.00

2.0 PENUTUP
Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku
seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca
buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian. Sesungguhnya banyak
kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat
membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat
di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup
mereka.
Disediakan oleh disemak oleh :

…………………………………. ……………………………..
(NOOR FADZILLA BT. MAHMAD RAZALI) (SHAHARUDIN B. ARBAIN)
S/U Progam penyelaras PPKI

DISAHKAN OLEH :

……………………………………………

Anda mungkin juga menyukai