Anda di halaman 1dari 5

SEK. KEB.

TANJUNG BATU, 28000 TEMERLOH, PAHANG

KERTAS KERJA

PROGRAM WAKAF BUKU KE PSS SKTB 2022/2023

ANJURAN :

PSS SERI TANJUNG BATU SKTB


1.0 Pendahuluan

Buku adalah gedung ilmu pengetahuan yang membuka gerbang penerokaan


pebagai maklumat dan kemahiran yang terkandung di dalamnya.Dengan
membaca buku maka kita akan mendapat pengetahuan yang diperlukan
dalam membina kefahaman terhadap sesuatu yang di fokuskan .

Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak sekolah ialah untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada
kecemerlangan diri itu pula bergantung pada pembelajaran yang bukan
sahaja diperolehi di dalam kelas sebaliknya di bantu dengan pembacaan
buku yang pelbagai tema.

Maka dengan adanya program wakaf buku ini, akan dapat menarik minat
murid-murid SKTB untuk cintakan buku dan secara tidak langsung
menambah kefahaman murid-murid dalam bahan bacaan yang berkaitan.

2.0 MATLAMAT

Menambah bilangan buku yang mempunyai pelbagai tema di PSS Seri


Tanjung Batu dan menarik minat para murid untuk suburkan tabiat suka
membaca.

3.0 OBJEKTIF

1. Pihak sekolah berhasrat melahirkan murid-murid yang cintakan buku


dan suka membaca
2. Murid-murid dapat membaca buku di PSS dengan lancar tanpa ada
masalah kekurangan buku
3. Menambah bilangan buku yang sedia ada di PSS
4. Memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada
buku yang dibaca dan membawa pengetahuan baru dalam kehidupan
murid-murid
5. Membudayakan mengunjungi PSS atau sekitar Kawasan sekolah yang
sesuai untuk membaca buku
4.0 ANJURAN

Pss Seri Tanjung Batu SKTB

5.0 SASARAN

Semua murid warga sekolah SKTB

6.0 CADANGAN TARIKH PERLAKSANAAN

Mac -April 2022

7.0 CADANGAN AKTIVITI GERAK KERJA PROGRAM WAKAF BUKU

BI PERKARA Sasaran GURU


L
1 Bahan Majalah(Kuntum, Dewan Tahap 1 & Puan Azrina Haminudin
Pelajar dll) Tahap 2 Puan Norazah Zakaria

2 Bahan buku( ilmiah, bukan ilmiah Tahap 1 & Puan Zaharia Taha
dll) Tahap 2 Puan Ruzaini
3 Bahan komik(Omar Hana, Didi dll) Tahap 1 & Pn. Suhana Hj Faisol
Tahap 2 Puan Sohalyatul Akma Jusoh
4 Bahan Cd(P&P, kisah Nabi , Tahap 1 & En . Shahrir Nizam Asha’ary
sejarah, sains dll) Tahap 2 En. Nasrul Muhaimin Abd
Rahman
5 Surat khabar dan buku skrap Tahap 1 & Pn. Rafhati Roslan
Tahap 2 Puan Siti Hasnah Kurman

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Bil x harga seunit Jumlah (RM) Sumber


1. Pemenang Wakaf 1 x RM30 (THP RM 60.00
paling banyak 1) PCG
1x RM 30 (THP PSS
2)
2 Semua Pewakaf 2 x RM50 RM 100.00
3 Bunting 1 x RM26.00 RM 26.00
JUMLAH RM 186.00
9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En Jamluddin bin Ab Karim ( Guru Besar )

Pengerusi : Pn Hajjah RahmiSafa binti Hamid ( GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi ll: Puan Hajjah Shajiah binti Ahmad ( GPK Hal Ehwal Murid )

: En. Ahmad Shukri bin Mohd Zain (GPK Kokurikulum)

Setiausaha Program : En. Rohizan bin Ya( GPM PSS SKTB)

AJK :

 Puan Azrina Haminudin


 Puan Norazah Zakaria
 Puan Zaharia Taha
 Puan Ruzaini Mohd Nor
 Pn. Suhana Hj Faisol
 Puan Sohalyatul Akma Jusoh
 En . Shahrir Nizam Asha’ary
 En. Nasrul Muhaimin Abd Rahman
 Pn. Rafhati Roslan
 Puan Siti Hasnah Kurman

10.0 PENUTUP

Usaha mengumpul buku dan bahan bahan lain yang berkaitan dengan
program wakaf ini di harap dapat menyedarkan dan membimbing murid-murid
untuk suka membaca dan menjadi satu tabiat yang baik dalam diri. Justeru
itu, sebagai langkah kearah membudayakan tabiat suka membaca, maka
dengan ini diharapkan sumber-sumber dari mana-mana pihak yang ingin
mewakafkan buku dapat memberikan harapan kepada murid-murid SKTB.
Disediakan oleh Disemak oleh

…………………………… ……………………..

(ROHIZAN BIN YA) (PUAN HAJJAH RAHMISAFA BINTI HAMID)


SU Program. Gpk Pentadbiran SKTB
Penyelaras PSS Sktb

Disahkan oleh

…………………….
(JAMLUDDIN BIN AB.KARIM)
GB SKTB

Anda mungkin juga menyukai