Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA

78300 MASJID TANAH, MELAKA

Program Motivasi :

From

Zero to

Hero
TARIKH : 7 HINGGA 10 DISEMBER 2023
TEMPAT : Dewan
1.0 PENGENALAN

Program motivasi Tahun Enam merupakan salah satu program yang telah dirangka dan
dijadikan sebagai program tahunan SK Jengka Pusat 2. Program ini dirangka bagi memberi
kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa hadapan mereka.
Program ini banyak menyumbang kearah menyuntik semangat belajar para pelajar untuk
mencapai kecemerlangan dalam UPSR. Matlamat sebenar program From Zero To Hero ini
adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan
tanggung jawab mereka sebagai pelajar untuk belajar dan bertekad untuk lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan UPSR

2.0 TEMA
"Ke Arah Kecemerlangan Bersama"

3.0 RASIONAL
Tema "Ke Arah Kecemerlangan Bersama" merupakan tema yang dipilih bagi program kali ini.
Tema ini begitu relevan dalam usaha membentuk murid – murid Tahun 6 yang bakal
menduduki UPSR tidak lama lagi. Atas kesedaran betapa pentingnya program sebegini perlu
dilaksanakan, maka program seperti ini berhasrat besar agar mampu memberi kesedaran dan
pendedahan kepada murid – murid agar mereka dapat mempersiapkan diri mereka dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial tatkala melangkah ke menara gading kelak.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi kesedaran kepada murid – murid tahun 6 agar lebih berusaha dalam mencapai
keputusan akademik yang cemerlang.
4.2 Membentuk pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi rohani dan intelektual..
4.3 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tips – tips pengurusan diri, masa dan juga
kemahiran belajar.

5.0 NAMA PROGRAM


From Zero To Hero

6.0 TARIKH & HARI


11 Mac 2016 (Jumaat)

7.0 TEMPAT
Sekolah Kebnagsaan Jengka Pusat 2

8.0 SASARAN
54 orang calon UPSR 2016
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK:

PENGERUSI
PN. ROBONAH BINTI KHALID
(Guru Besar Sk Jengka Pusat 2)

NAIB PENGERUSI 1
PN. CHE TOM BINTI SHAFIE
(GPK 1 Sk Jengka Pusat 2)

NAIB PENGERUSI 2
EN. MUHAMMAD NAZAHARUDDIN BIN MOHSIN
(GPK HEM Sk Jengka Pusat 2)

NAIB PENGERUSI 3
EN. SYED DERAMAN BIN SYED MOHAMAD
(GPK Kokurikulum Sk Jengka Pusat 2)

SETIAUSAHA
EN. MOHAMAD HANAFIAH BINTI SAKUN
(GBSM Sk Jengka Pusat 2)

BENDAHARI
EN. SHAHRIZUL BIN ABRAHIM
(S/U PKKP Sk Jengka Pusat 2)
JAWATANKUASA PELAKSANA:

PERSIAPAN TEMPAT
Pekerja SKJP2

PENDAFTARAN
Pn. Norazariah Binti Zakaria

PROTOKOL
En. Ishak Bin Abdul Aziz
PENCERAMAH

MUTIMEDIA
En. Zamzuri Bin Zainol

BUKU PROGRAM
Pn. Nor Azah Binti Abd Aziz

MAKANAN
Pn. Naznita Binti Abd Aziz

DISIPLIN DAN KAWALAN MURID


En. Anapi Bin Jusoh

CENDERAHATI DAN SIJIL


Pn. Noraliza Binti Talib
10.0 TENTATIF PROGRAM

11 MAC 2016 (SABTU)

7.30 pagi Pendaftaran peserta


8.00 pagi Taklimat
8.30 pagi Bacaan Yassin & Solat Hajat
9.00 pagi Slot Motivasi : From Zero To Hero
11.00 t/hari Majlis Penutupan
11.30 t/hari Bersurai

11.0 BELANJAWAN

Pendapatan
Perkara Jumlah (RM)
1) PIBG(Sumbangan Kecemerlangan) Rm 100
2) Unit Bimbingan Dan Kaunseling Rm 100
JUMLAH RM 200

Perbelanjaan
Perkara Jumlah (RM)
1) Alat Tulis Rm 42.00
 Marker Pen
 Kertas Mahjong
 Pita Pelekat
 Gunting
 Kertas A4
2) Cenderahati Rm 100.00
3) Lain – lain Rm 58.00
JUMLAH RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN: RM 200.00


12.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi
impak yang besar dalam kalangan murid – murid Tahun 6 dan mencapai objektif dalam usaha
melahirkan murid – murid yang bukan sahaja cemerlang akademik malahan cemerlang daripada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual juga.. Oleh yang demikian, sokongan dan bantuan daripada
pihak-pihak lain samada dari segi moral, nasihat, tenaga, kewangan, dan lain-lain amatlah diperlukan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, samada
secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………….......
MOHAMAD HANAFIAH BIN SAKUN CHEK TOM BINTI SHAFIE
Guru Bimbingan Sepenuh Masa Guru Penolong Kanan 1
SK Jengka Pusat 2 SK Jengka Pusat 2
26400 Bandar Tun Razak Jengka Pusat 2 26400 Bandar Tun Razak Jengka Pusat 2

Dilulus oleh,

……………………………….......
ROBONAH BINTI KHALID
Guru Besar
SK Jengka Pusat 2
26400 Bandar Tun Razak Jengka Pusat 2

Anda mungkin juga menyukai