Anda di halaman 1dari 6

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

----------------------------------------

Nama Pengkaji

NOORZURINA BINTI ALI (SK SELANDAR)

SUHANA BINTI MAMAT (SK FELDA BUKIT SENGGEH)

MARZIRA BINTI MASLAN (SJK (C) TABOH NANING)

NORASHIKIN BINTI AB WAHID (SK PENGKALAN BALAK)

KALIAMAH A/P SANASY (SJKT LADANG JASIN LALANG)

LEELA A/P MUNIANDY (SJKT LADANG DIAMOND JUBILEE)

YAMUNAH A/P PERUMAL (SJKT PULAU SEBANG)

Tajuk Kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 3 DALAM MEMBINA LIMA AYAT GRAMATIS

BERDASARKAN GAMBAR DENGAN TEKNIK JaBin.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu


Saya mengajar di Kelas Tahun 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Masalah utama bagi murid saya ialah

kurang mahir perbendaharaan kata. Hal ini dapat dibuktikan daripada keputusan ujian 1 di dalam kelas dan

semasa saya mengajar subjek tersebut. Analisis yang didapati daripada keputusan ujian adalah seperti berikut 10

orang murid gagal menjawab soalan kerana kurang mahir perbendaharaan kata dan penggunaan ayat gramatis.

Berdasarkan analisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan ujian, murid tidak

dapat menulis perkataan berdasarkan gambar seterusnya tidak dapat menulis ayat yang gramatis. Masalah ini

berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak mahir dalam pembendaharaan kata.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana ingin cepat menghabiskan silibus.

Fokus Kajian

Fokus kajian saya adalah ingin memperkayakan perbendaharaan kata murid Tahun 3 Merah walaupun saya

mendapati mereka sebenarnya mempunyai pelbagai jenis masalah lain di dalam subjek Bahasa Melayu.

Kebanyakan mereka dapat membaca perkataan-perkataan yang ditemui tetapi tidak mengerti akan maksud

perkataan tersebut. Antara kesilapan-kesilapan yang mereka sering lakukan ialah:

 Mereka membina ayat tanpa memahami gambar.

 Mereka kurang menguasai perbendaharaan kata.

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan dapat mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum

Meningkatkan bilangan murid yang dapat membina ayat secara gramatis.


ii. Objektif Khusus

 Meningkatkan perbendaharaan kata murid untuk membina ayat yang gramatis.

 Membantu murid membina ayat dengan teknik JaBin.

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 3 Merah yang terdiri daripada 5 orang murid Cina, 4 orang murid

India dan seorang murid Melayu.

Tindakan yang Dicadangkan

i. Teknik JABIN

Cara Pelaksanaan:

a. Satu ujian telah dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid yang tidak

dapat membina ayat berdasarkan gambar. Bilangan ayat adalah lima.

b. Jadual 2: Keputusan Ujian Pra

c. Teknik menjawab

Teknik membina lima ayat akan diajar kepada murid. Setiap murid akan menerima satu gambar untuk

membina ayat. Guru meminta murid meneliti aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.

Murid akan mengenalpasti aktiviti-aktiviti dan kata kerja serta nilai murni yang sesuai. Murid juga

akan diminta membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.

Seterusnya, murid didedahkan kepada teknik JABIN. Murid diedarkan jadual dan mereka akan menulis

ayat berdasarkan nombor dan aktiviti-aktivi yang telah bertanda. Justeru itu, murid akan mendapat idea

untuk menulis. Akhir sekali, sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada murid,

mereka diminta mewarnakan gambar tersebut. Aktiviti boleh dilaksanakan secara individu atau

berkumpulan atau berpasangan.


Langkah 1 : memahami dan meneliti gambar

 Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar

 Berdasarkan soalan di atas, bahan bergambar tentang aktiviti ______________________

 Murid diminta merangka idea seperti siapa / apa / di mana / bila / mengapa.

Langkah 2 : Baca dan cari kunci soalan

 Murid diminta membaca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan sama ada aktiviti, situasi

atau tentang

 Kunci soalan bagi soalan perbincangan ialah ’aktiviti’. Oleh itu, ayat yang dibina mestilah

mengandungi kata kerja dan watak.

 Murid diminta membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar

tersebut

Langkah 3 : Bina Ayat Menggunakan JABIN

 Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat

dalam gambar tersebut

 Murid akan membina rangka ayat berdasarkan jadual di bawah

Jadual 6: Jadual Bina Ayat (JABIN)

Bil subjek predikat peluasan predikat

(siapa / apa) (aktiviti) (penerangan, kata hubung)


Bina ayat dengan membuat peluasan predikat berdasarkan gambar yang diberi.

Langkah 4 : Bina lima ayat lengkap

 Guru akan meminta murid menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan rangka ayat

 Guru meminta murid pastikan setiap ayat mempunyai nombor

 Jawapan: contoh

Langkah 5 : Menyemak

 Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan

ejaan

 Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar dan gramatis

 Akhir sekali, sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada murid, mereka

dibenarkan mewarnakan gambar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai