Anda di halaman 1dari 2

NOTA KOMSAS

PLOT DAN TEKNIK PLOT


Plot
Bermaksud susunan peristiwa dalam sesebuah cereka berdasarkan hukum sebab dan akibat.Peristiwa
itu mungkin disusun sama ada secara kronologi atau tidak kronologi.Plot yang disusun secara
kronologi akan mengikut urutan waktu,peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala
peristiwa yang berlaku kemudian akan dikemudiankan .Dalam plot yang disusun secara tak kronologi
pula,peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara peristiwa yang berlaku dahulu
dikemudiankan.

Teknik Plot
Dalam pada itu, penyusunan plot yang melibatkan suatu peristiwa dengan peristiwa yang lain tidak
semestinya berurutan mengikut kronologi.. Kebiasaannya, penyusunan plot yang menarik ialah plot
yang mempunyai urutan peristiwa tidak mengikut kronologi. Teknik plot merupakan kaedah yang
digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot ceritanya agar menarik. Antara teknik plot
adalah seperti yang berikut:
Teknik Plot Keterangan
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang

Imbas kembali pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau
khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman.

Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan
tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita
Imbas muka berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap
sesuatu yang akan berlaku.

Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan

Saspens tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan
berlaku selanjutnya.

Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan
plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran,
Konflik iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik
dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran.

Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga

Kejutan oleh pembaca. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang
diduga oleh pembaca.

Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui

Dialog dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang
berkaitan dengan tema.

Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot
secara langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan
sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang
Pemerian
seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa
secara langsung, contohnya pengarang menggambarkan keadaan di bandar Kuala
Terengganu pada suatu pagi.

Anda mungkin juga menyukai