Anda di halaman 1dari 21

EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

TUGASAN

JANUARI 2016 SEMESTER

KOD KURSUS : EKM 322

NAMA KURSUS : KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : NORLIA BINTI BUANG

NO. MATRIK : E30209130011

NAMA FASILITATOR : ENCIK AWANG RAZALI BIN AWANG KARIM


AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN : AeU KUCHING, SARAWAK.

1
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Isi Kandungan

ISI KANDUNGAN Halaman

BAHAGIAN A:
1
1.0 Tujuan dan rasional kajian

2.0 Kaedah pengumpulan data 2

3.0 Dapatan kajian


2-3
3.1 Keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
3
3.2 Keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan
murid 3-4

3.3 Fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid


4-5
3.4 Perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata
pelajaran bahasa 5

4.0 Implikasi kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu


5-6
BAHAGIAN B: SASTERA MELAYU DAN JENIS-JENISNYA.

1.0 Pengenalan kepada sastera


7
2.0 Jenis-jenis genre sastera Melayu
7-8
2.1 Sastera rakyat
8-9
2.2 Sastera hikayat
9-11
2.3 Sastera epik
11-12
3.0 Kesimpulan
12
Rujukan:
13
BAHAGIAN C:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH RENDAH
14-17
LAMPIRAN
18

i
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala kebesaran dan kasih sayang Allah
yang telah mengurniakan segala nikmat dan kekuasaannya kepada hambaNya sehingga ada
peluang, ruang dan kesempatan serta kekuatan kepada diri saya untuk menyiapkan penulisan
tugasan kursus untuk EKM 322 KESUSASTERAAN MELAYU bagi melengkapkan Kursus
Semester Januari 2016 di bawah Program PGSR (Sarjana Muda Pendidikan) ambilan Oktober
2013 KOHOT 4.

Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada:

Pensyarah saya, Encik AWANG RAZALI BIN AWANG KARIM, yang banyak mendorong,
membantu dan membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Segala jasa baik tuan
amatlah dihargai dan mudahan Allah membalas segala jasa baik serta ilmu yang telah
dikongsikan.

Juga jutaan terima kasih kepada semua pentadbir, rakan-rakan guru dan staf Sekolah
Kebaangsaan Sri Aman, Sri Aman dan juga kepada semua sahabat sekuliah yang banyak
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan pendapat, buah fikiran
dan sokongan yang tidak putus-putus.

Akhir sekali kepada suami dan anak-anak serta semua ahli keluarga yang amat menyayangi
dan memahami cita-cita dan perjuangan saya.

Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kita semua. Amin.


Terima kasih..
Norlia Buang

NORLIA BINTI BUANG


E30209130011
PGSR
KOHOT 4C

ii
BAHAGIAN A

Baca artikel “Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni
Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah” oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid
Jamian, Universiti Putra Malaysia, dan jawab soalan-soalan berikut:

a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?

Penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis artikel hasil karya Shamsudin
Othman dan Abdul Rasid Jamian yang bertajuk “Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah”. Penegasan kepada nilai-
nilai murni dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan citra insan yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bertujuan untuk menghasilkan individu yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Sehubungan itu, pengajaran
dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu diharapkan dapat memberi sokongan kepada
usaha_usaha pembangunan insan melalui karya-karya sastera yang terpilih sebagai teks wajib bagi
semua pelajar sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Pengajaran dan pembelajaran unsur sastera ditekankan untuk memberi perhatian terhadap
aspek isi dan estetika yang sesuai dengan pelajar dari segi kemampuan mereka dan juga unsur
pendidikan yang hendak disampaikan. Dengan cara itu, pelajar bukan sahaja dapat menikmati
bentuk, tetapi juga dapat menjiwai nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang terdapat
dalam sesebuah karya yang akan mempengaruhi perkembangan peribadi mereka. Tujuan kajian ini
adalah untuk memberi pengertian bahawa karya sastera yang dipilih bukanlah kerana mutunya
semata-mata, tetapi juga kerana kesesuaiannya dengan pelajar, iaitu kerana wujudnya unsur
pendidikan di sisi unsur sastera. Kesusasteraan Melayu dalam pendidikan Bahasa Melayu
bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar, serta
memperkukuhkan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis serta menaakul. Di samping itu, pengajaran Kesusasteraan Melayu diharap dapat
menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi pelajar, serta
meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000b). Justeru rasioanl kajian yang dilakukan oleh
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Shamsudin dan Abdul Rasid (t.th) ini adalah atas dasar menilai persediaan pihak guru, sekolah dan
murid dalam menerima penerapan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2.0 Kaedah pengumpulan data

Artikel yang dianalisis ini menggunakan kaedah statistik deskriptif dalam metod kajiannya.
Maka pengumpulan data dilakukan dengan berdasarkan jawapan responden di borang kaji selidik
yang diedarkan kepada 75 orang guru. Kesemua responden yang terlibat ini adalah persampelan
daripada sepuluh buah sekolah daripada setiap zon negeri, iaitu Sabah, Perlis, Terengganu, Johor,
Kuala Lumpur dan Kedah. Borang kaji selidik yang merupakan salat satu instrumen kajian untuk
artikel tersebut adalah berpandukan kepada empat persoalan berikut:

i. keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

ii. keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan murid

iii. fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid

iv. perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata pelajaran bahasa.

Selain itu, prosedur pengumpulan data juga dilakukan dengan analisis hasil jawapan
temubual bersama dua orang guru. Dua orang guru ini terpilih dan mengajar Bahasa Melayu di
Sekolah Kebangsaan Sungai Besi dan Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda Aziz. Temubual yang
dijalankan selama 30 minit setiap seorang ini adalah berkisar pada tahap persediaan guru dan
keyakinan mereka dalam menerapkan elemen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
berpandukan KSSR. Data yang dikumpul seterusnya dianalisis mengunakan perisian SPSS 16.0.

Hasil analisis juga mendapati bahawa proses pengumpulan data dalam kajian tersebut tidak
sukar dilakukan memandangkan responden adalah daripada kelompok yang sama. Lazimnya,
borang kaji selidik akan dikutip sehari sehingga dua hari selepas diedarkan. Para pengkaji akan
mengumpul semua borang kaji selidik tersebut daripada pihak pentadbir sekolah.

3.0 Dapatan kajian

Hasil analisis keseluruhan kajian yang ditulis oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid
Jamian menunjukkan guru yang terlibat dalam kajian mempunyai tahap keyakinan yang tinggi
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Akan tetapi sumber bahan yang terhad menjadi
masalah kepada persediaan mengajar sastera daam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam
melakukan analisis dapatan kajian ini, saya berpandukan kepada empat persoalan kajian iaitu:

2
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

i. keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

ii. keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan murid

iii. fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid

iv. perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata pelajaran bahasa

3.1 Keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Sebelum mengenal pasti tahap keyakinan guru, pengkaji terlebih dahulu menilai
kegahaman konsep para guru akan penerapan elemen sastera dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan skor min sebanyak 3.11(sp=.387) menunjukkan guru
memahami konsep terhadap huraian sukatan pelajaran. Bagi dapatan kajian untuk item pengajaran
guru berdasarkan KSSR, nilai skor min yang didapati ialah 2.98 (sp=.257) menunjukkan skor ini
pada tahap sederhana. Ini jelas terbukti pada pernyataan guru yang merujuk bahawa mereka
menggunakan pendekatan yang tersendiri sewaktu mengajar seni bahasa dalam bilik darjah.

Pernyataan ini jelas menunjukkan kebanyakan responden amat yakin bahawa elemen
sastera sangat sesuai diterap dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sehinggakan para guru bersedia
untuk lebih kreatif dan inovasi dalam mengubah kaedah dan strategi pengajaran masing-masing.
Dalam pemboleh ubah ini juga analisis mendapati pernyataan guru berhubung sumber bahan yang
terhad mempunyai nilai min yang terendah iaitu 2.51 (sp=.530). Pernyataan ini turut membuktikan
bahawa sumber bahan yang terhad menyumbang kepada proses persediaan dan tahap keyakinan
para guru. Hal ini turut mendesak para guru agar berusaha sendiri menyediakan bahan pengajaran
sastera dalam sesi pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

3.2 Keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan murid

Bahasa dan sastera mempunyai perkaitan yang amat rapat, Simbiosisnya dalam pendidikan telah
wujud sejak penggubalan mata pelajaran Bahasa Melayu. Komponen kesusasteraan atau disebut
unsur sastera telah diserapkan dalam sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) pada tahun 1988. Sebelum Komsas dijalankan, pengajaran menggunakan unsur
sastera diaplikasikan secara tidak langsung dalam bentuk penggunaan bahan dan soalan atau
aktiviti penguasaan kefahaman dalam bilik darjah, juga termuat dalam soalan-soalan peperiksaan
utama. Bahan berbentuk teks daripada buku ulang kaji, buku teks dan lembaran kerja digunakan di
samping menjalankan aktiviti kebahasaan seperti deklamasi puisi, lakonan, nyanyian, bercerita dan
juga sesekali pertandingan menulis sebagai aktiviti kokurikulum.

3
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Penggunaan teks sastera mampu menyuburkan sikap suka membaca dalam kalangan
pelajar. Melalui pembacaan teks sastera, pelajar dapat mengembangkan dan meningkatkan daya
intelek dengan pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif. Melalui pembacaan juga dapat
menggalakan pelajar berfikir dengan lebih mendalam. Hal ini demikian kerana melalui karya,
pengarang mengutarakan pelbagai pemikiran, Selain itu, bahan sastera yang terkandung dalam teks
banyak mengemukakan persoalan tentang kehidupan manusia dan pergolakan masyarakat yang
dipenuhi unsur-unsur estetik. Hasil analisis persoalan ini mendapati kebanyakan guru telah
menyatakan bahawa teks sastera yang dijadikan bahan bantu mengajar telah sedikit sebanyak
meningkatkan potensi murid-murid dalam kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengiran dan
menaakul. Secara tidak langsung, penerapan elemen sastera yang dikaji dalam kertas kerja ini amat
membantu dalam meningkatkan pencapaian murid untuk mata pelajaran lain. Responden juga turut
menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti kad, gambar, carta dan buku bagi
membantu kefahaman murid. Nilai skor min sebanyak 3.13 (sp=.384) diperoleh daripada perakuan
guru bahawa bahan bantu mengajar seni bahasa harus bersifat kreatif dalam menarik minat murid
dalam membantu tahap pembacaan murid-murid. Dengan itu, akan membantu menghasilkan teks
sastera yang berkesan bukan sekadar isinya namun bahannya dan medium pengajaran secara
keseluruhan.

3.3 Fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid

Pemilihan teks yang tepat memberi kesan kepada pendidikan bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana pembelajaran bahasa Melayu bukan sahaja mengajarkan aspek tatabahasa dan
melahirkan pelajar yang dapat menggunakan bahasa dengan baik malah pengajaran bahasa juga
perlu menerapkan unsur-unsur nilai dan pemikiran kepada pelajar. Teks yang sesuai, memenuhi
ciri-ciri atau kriteria yang sepatutnya perlu digariskan agar teks ynag dipilih benar-benar dapat
dimanfaat dalam banyak aspek yang akan dihuraikan nanti. Secara umum, aspek seperti pemikiran
yang dibawa dalam karya, unsur bahasa yang gramatis dan indah daripada teks, pengenalan kepada
budaya dan perkaitannya dengan falsafah, pendidikan, kemanusiaan dan ketuhanan. Meminati dan
seterusnya menghayati karya sastera bermutu zahirnya dapat membentuk tradisi keilmuan dan juga
ke arah pembentukan dan pemantapan nilai.

Berpandukan artikel yang dikaji ini, kebanyakan guru berpuas hati dengan teks dan bahan
mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Responden
yang terlibat dalam kajian ini masing-masing berpuas hati dengan bahan puisi dan prosa seni
bahasa yang digunakan sebagai teks. Sementara itu, dengan nilai skor min 3.10 (sp=.426)

4
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

menunjukkan guru menggunakan bahan bantu mengajar multimedia sastera yang lain seperti
perisian komputer dan sebagainya. Selain itu, guru turut menggunakan bahan bantu mengajar
bukan elektronik seperti kad, gambar, carta dan buku (min=3.16, sp=.441) bagi membantu
kefahaman murid. Di samping itu juga, para guru mengakui bahawa bahan bantu mengajar seni
bahasa bersifat kreatif dengan nilai skor min sebanyak 3.13 (sp=.384) dan kebanyakan bahan bantu
mengajar itu dihasilkan sendiri oleh guru (min=2.93, sp=.451). Hal ini membuktikan bahawa
bahan sastera merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dianjurkan kerana sifatnya yang
bersahaja, menyeronokkan dan boleh disampaikan dalam pelbagai teknik.

3.4 Perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata pelajaran bahasa

Hasil analisis terhadap kajian ini juga mendapati kebanyakan responden amat berkeyakinan
menyatakan bahan sastera meningkatkan tahap pembacaan murid-murid.

Skor min sebanyak 3.08 untuk persoalan sama ada berlakunya peningkatan kemahiran lisan dalam
kalangan murid. Skor tertinggi untuk aspek ini juga dicapai dalam persoalan adakah berlakunya
peningkatan kemahiran membaca dalam kalangan murid. Skor yang dicapai adalah 3.13 dengan
sisihan piawai sebanyak .346. Selain kemahiran membaca, kemahiran menulis juga meningkat di
kalangan murid. Para guru juga bersetuju bahawa kecekapan pedagogi mereka semakin meningkat
dengan pembelajaran mata pelajaran bahasa yang diterapkan dengan sastera.

4.0 Implikasi kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu

Akhir sekali, setelah dianalisis dan difahami dengan teliti, artikel ini mendatangkan implikasi yang
berkesan untuk kebanyakan pihak. Pihak yang terlibat ialah guru, murid, pihak sekolah, penggubal
dasar pendidikan dan penulis buku sastera.

i. Guru

Kajian ini penting kepada guru khususnya guru Bahasa Melayu bagi menentukan prinsip
pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan terutamanya bahan sastera seperti cerpen dan novel
dalam pengajaran sastera. Pengajaran yang berkesan dapat dicapai apabila guru tahu dan memilih
bahan sastera sebagai bahan pengajaran dengan mempertimbangkan kriteria-kriteria tersebut.

5
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

ii. Murid

Kajian dari segi penilaian terhadap bahan-bahan sastera yang digunakan iaitu kesesuaian dengan
membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada dari segi kefahaman pelajar
atau meningkatkan kemahiran bahasa mereka.

iii. Penggubal Dasar Pendidikan

Kajian ini turut memberi panduan kepada pihak penggubal dasar pendidikan melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia agar dapat bertindak wajar dalam
menentukan teks sastera yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv. Penerbit atau penulis

Pihak yang terlibat seperti pengarang dan penerbit cerpen serta novel diharap mendapat manfaat
daripada kajian ini supaya mengkaji dan meneliti prinsip penulisan bahan yang bersesuaian dengan
remaja khususnya pelajar sekolah rendah sesuai dengan pKSSR yang terkini. Kajian ini juga
diharapkan dapat membantu golongan penerbit dan penulis agar dapat menghasilkan karya yang
berkualiti serta dapat memenuhi hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

v. Pihak sekolah

Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak sekolah agar dapat menyediakan
bahan yang sesuai dengan guru dan pelajar. Penyediaan bahan sastera tersebut bukan sahaja
membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah turut
membantu memudahkan guru menyediakan bahan tersebut.

6
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

BAHAGIAN B

SASTERA MELAYU DAN JENIS-JENISNYA

1.0 Pengenalan kepada sastera


Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu 'castra'. Susastera yang bermaksud kata
yang membawa maksud khusus di mana 'su' bermaksud indah, baik atau lebih berfaedah.
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya,
perkataan kesusasteraan bermaksud 'kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya'.
Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang
indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Manakala menurut Zalila dan Jamilah (1993),
kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu 'sas' dan 'tra'.

Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit susastera yang bermaksud huruf atau
buku yang indah. Menurut Danziger dan Johnson (dalam Zalilah, 1993), mereka berpendapat
bahawa kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan
persoalan sama ada kata-kata itu tertulis atau sekadar diucapkan. Oleh itu, sastera boleh diertikan
sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi arahan. Kesusasteraan dapat mengisi
banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap
dengan serta-merta. Ia juga tidak sama menariknya dengan suatu permainan komputer atau
program televisyen, tetapi kesusasteraan dapat memberikan suatu yang berbeza. Ciptaan
kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia menggunakan bahasa sebagai alat
penyampaian.

2.0 Jenis-jenis genre sastera Melayu


Berdasarkan kepelbagaian karya, Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
kesusasteraan lisan dan tulisan. Kesusasteraan lisan berlegar dalam kalangan rakyat isampaikan
menerusi cara pertuturan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain, dikenali sebagai sastera
rakyat. Sebaliknya, kesusasteraan tulisan disampaikan melalui tulisan yang pada peringkat
awalnya menggunakan tulisan kawi dan rencong. Selain itu, setiap jenis kesusasteraan terdiri
daripada genre-genre yang tertentu. Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan genre sastera
rakyat, sastera epik dan sastera hikayat. Ciri-ciri setiap genre juga dibincangkan dengan ringkas.

7
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Beberapa contoh petikan kesusasteraan tulisan ini juga ditunjukkan untuk dijadikan analisa dalam
pemahaman berkaitan sastera.

2.1 Sastera rakyat


Istilah 'rakyat' berkaitan dengan perkataan folk ayang bermaksud kelompok orang yang memiliki
ciri-ciri pengenalan fizik mahupun kebudayaan sehingga dapat dibezakan dengan kelompok-
kelompok yang lain. Takrif ini juga selalunya dikaitkan dengan masyarakat luar kota (A. Bakar,
1974). Istilah sastera rakyat juga disamakan dengan penegrtiannya dengan tradisi lisan selain
folklore. Menurut Mohd Taib (1991), sastera rakyat lebih sempit pengertian berbanding dengan
tradisi lisan. Sastera rakyat sering dilihat sebagai sesuatu yang sudah mati atau setidak-tidaknya
merupakan warisan tinggalan zaman lampau. Menurut Ismail (1990) sastera rakyat adalah
sebahagian daripada tradisi lisan yang dapat difahami sebagai ekspresi budaya yang menggunakan
bahasa dan mempunyai hubungan langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya seperti agama
dan kepercayaan, undang-undang, keperluan masa lapang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan
dan susunan nilai sosial masyarakatnya.

Maka dengan ini mitos, cerita-cerita penglipur lara, jenaka, legenda, peribahasa, pantun,
ungkapan adat, nyanyian rakyat, tarian, drama dan permaian rakyat adalah tergolong daripada
Sastera Rakyat. Saya turut memetik pendapat daripada sasterawan Indonesia Danandjaja,
menyatakan Sastera Rakyat merupakan tradisi lisan Indonesia. Menurut beliau, terdapat banyak
ciri persamaan antara Sastera Rakyat di Malaysia dan Indonesia. Dalam buku Kesusasteraan
Melayu Tradisional, pengertian Sastera Rakyat ialah hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat
Melayu, disebarkan dan diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Cerita-
cerita jenaka, pantun, peribahasa dan sebagainya bukanlah merupakan hasil tinggalan hasil zaman
lampau tetapi ia tetap mempunyai tempat dalam budaya semasa. Menurut Harun Mat Piah, Sastera
Rakyat Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk. Iaitu sastera berbentuk cerita (kisah dan
naratif) yang terdiri daripada cerita rakyat seperti cerita penglipur lara, cerita teladan, cerita
binatang, jenaka, mitos dan lagenda. Manakala sastera berbentuk bukan cerita (bukan kisah atau
bukan naratif) sebahagian besarnya terdiri daripada nyanyian rakyat, ungkapan adat, teka-teki,
pantun dan gurindam. Terdapat berbezaan ciri antara sastera rakyat berbentuk cerita, mitos, dan
legenda daripada cerita-cerita penglipur lara, teladan, binatang dan jenaka. Perbezaan ini dapat
ditinjau dari sudut kepercayaan, latar masa dan tempat, serta sifat dan pelaku utama.

8
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Annas (1975), Sastera Rakyat dikenali sebagai sastera lisan atau sastera mulut.
Terdapat perbezaan antara kedua-duasastera jenis ini. Kebanyakkan Sastera Rakyat disampaikan
oleh tukang-tukang cerita yang mahir serta berkebolehan seperti Tok Selampit (Kelantan), Awang
Batil (Kedah) dan Pawang Ana (Perak). Orang Melayu pada masa itu mempercayai unsur
anamisme dan masyarakat bersifat tertutup. Justeru itu, sastera rakyat turut menyelitkan unsur-
unsur jampi, serapah, mentera, pemujaan dan pengaruh hindu. Sebagai kesimpulannya ,terdapat
banyak persamaan pendapat dan pandangan para sarjana sastera yang menyatakan bahawa Sastera
Rakyat berkembang melalui lisan yang disampaikan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Pada pendapat saya, elemen sastera kini masih dikekalkan malah boleh dikembangkan lagi
penggunaannya sama ada sastera rakyat berbentuk cerita atau bukan cerita.

Dalam membincangkan makna dan menjelaskan pemahaman berkaitan sastera rakyat, saya
mengambil contoh cerita binatang iaitu 'Sang Kancil'. Dalam karya ini, Kancil sebagai lambang
dan kias rakyat supaya menggunakan otak yang menunjukkan kepintaran. Sang Kancil yang kecil
dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan buaya. Kepintaran sang kancil
dapat juga dikalahkan oleh binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini memberi kesedaran kepada
masyarakat Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Dalam cerita 'Sang Kancil dengan Sang Buaya' pula, Sang Kancil dijadikan lambang dan kiasan
kepada rakyat jelata supaya menggunakan otak, fikiran dan kepintaran apabila membuat sesuatu.
Jika dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan binatang besar. Ini
dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika dibandingkan manusia.

2.2 Sastera hikayat


Sastera hikayat dikenali juga sebagai sastera pahlawan. Karya-karya sastera hikayat mengisahkan
seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Tokoh wira tersebut diceritakan
penuh keistimewaan dan luar biasa. Tokoh wira merupakan tokoh pahlawan yang istimewa dan
menjadi kebanggaan bagi bangsa itu. Keistimewaan tokoh dari segi kepahlawanan dicampur aduk
dengan unsur-unsur mitos, lagenda, cerita rakyat dan sejarah. Tokoh pahlawan bersifat
superhuman. Beliau juga mempunyai sifat keberanian, kesetiaan dan sebagainya.

9
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Jenis-jenis sastera hikayat pula terbahagi kepada hikayat kebangsaan contohnya Hikayat
Hang Tuah dan hikayat bersumber Islam contohnya Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Hanafiah (Wan Yusoff, 1992). Antara fungsi karya sastera hikayat adalah seperti
berikut:
i. Mengagungkan seseorang tokoh
Karya sastera hikayat kebangsaan bertujuan mengagungkan pahlawan Melayu. Karya epik
berunsur Islam pula bertujuan mengagungkan pahlawan Islam yang terbilang.
Contohnya dalam Hikayat Air Hamzah, beliau digambarkan sebagai penegak agama Islam, iaitu
agama yang benar. Untuk menggambarkan matlamat perjuangan Amir Hamzah, Nabi Khidir
pernah berkata kepadanya:
“Kamu-lah yang akan membatalkan semua ugama yang salah, akan mengembangkan
keperchayaan kapada Allah dan akan memancharkan chahaya-nya d-angkasa seluroh negeri dan
kerajaan dalam dunia ini.” (Hikayat Amir Hamzah: 9)

ii. Sebagai lambang keagungan sesuatu bangsa dan negara


Tokoh epik merupakan lambang kebanggaan dan keagungan sesuatu bangsa. Tuah adalah lambang
kebanggaan dan keagungan Kesultanan melayu Melaka. Manakala tokoh epik Amir Hamzah
lambang keagungan kerajaan pemerintahan Islam ketika mencapai kemuncak kecemerlangan

iii. Menanamkan semangat cintakan bangsa, negara dan agama


Keperibadian yang dimiliki oleh tokoh-tokoh sastera hikayat dapat membangkitkan semangat
juang yang tinggi bagi mempertahankan maruah bangsa dan agama. Contohnya sifat yang dimiliki
oleh Hang Tuah dapat menanam semangat kepada generasi kini tehadap bangsa, tanah air dan
agama.

iv. Sebagai alat pengekalan dan pemantapan nilainilai dan norma masyarakat
Sifat-sifat kepahlawanan tokoh-tokoh hikayat dapat memantapkan lagi nilai-nilai dan norama
kehidupan masyarakat tersebut. Contohnya sifat kepahlawanan dan negarawan yang ada pada
Hang Tuah boleh dijadikan contoh atau model kepada masyarakat melayu.

v. Memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi akan datang.


Sifat-sifat yang ada pada tokoh hikayat ini dapat memberi gambaran kepada generasi akan datang
tentang bangsa itu sendiri.

10
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Ringkasnya, dalam menjelaskan pemahaman saya berkaitan makna dan ciri-ciri sastera
hikayat ini, gambaran perwatakan wira-wira dalam hikayat-hikayat dengan jelasnya
memperlihatkan sifat manusia sempurna. Sebagai sebuah karya epik hikayat dan didaktif,
gambaran perwatakan wira-wira itu diharap dapat menjadi ikutan kepada masyarakat Melayu
seluruhnya. Sifat-sifat wira yang ideal digambarkan dalam Hikayat Amir Hamzah sebagai
contohnya menunjukkan beliau seorang yang gagah, berani, bijaksana, suka kepada keadilan dan
kebenaran, menepati janji, suka memberi pertolongan, pemurah, pemaaf dan sangat menghormati
orang lain. Masyarakat yang menghayati karya sastera hikayat ini pastinya amat berbangga dengan
tokoh-tokoh yang diceritakan.

2.3 Sastera epik


Definisi Epik yang diberikan oleh J.A.Cuddon dalam kajiannya (1977) ialah '.......a long
narrative poem, on a grandscale about the deeds of warriors and heroes. It is a polygonal
“heroic” story in corporatting myth, legend, folktale and history. Epic are of ten of national
significance in the sense that they embody the history and aspirations of a nation is a lofty or
grandiose manner'. Kepahlawanan adalah ciri utama bagi cerita. Ia digabung atau dicampurkan
dengan unsur-unsur mitos, legenda, cerita rakyat dan sejarah. Hal ini kerana setiap bangsa
mempunyai tokoh wira yang dibanggakan, diceritakan dengan penuh keistimewaan dalam sebuah
sastera yang dinamakan Sastera Epik. Epik bermakna sebuah genre puisi naratif yang luas,
dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta
jangka masa yang lama. Contohnya Hikayat Hang Tuah mengambil latar masa yang lebih daripada
100 tahun. Bermula Melaka dibuka 1400M sehingga dikalahkan oleh Portugis 1511M.

Cerita-cerita epik melibatkan cerita zaman kuno ratusan lampau dan kadang kala sukar
untuk difahami kerana karya epic mempunyai maksud yang tersirat. Epik merupakan sebuah
karangan yang tebal dan panjang. Begitulah halnya dengan Hikayat Hang Tuah yang mengandungi
lebih daripada 500 halaman dengan lebih kurang 146 000 patah perkataan. Di dalamnya terdapat
lebih kurang 130 watak (Kassim, 1966). Sastera Epik menampilkan ciri kepahlawanan bagi
sesebuah cerita yang digabungkan dengan unsur -unsur mitos, legenda, cerita rakyat dan sejarah.
Pahlawan dianggap sebagi tokoh sejarah kerana sering membela nasib orang, malahan mereka
mempercayai kononnya ada orang- orang tertentu yang hidup pada masa lampau mempunyai
kekuatan luar biasa. Mereka dikenal sebagai pahlawan dan kadang kala dimitoskan, misalnya
dalam sastera epik Inggeris iaitu Achilles, Hercules, Theseau dan beberapa orang lain. (Tripp,
1970).

11
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Daripada pemahaman saya berkaitan sastera epik ini, sebahagian watak yang dihasilkan
adalah bersifat khayalan semata-mata dan dijadikan superhero dalam penulisan. Berbanding
dengan watak dalam sastera hikayat, ia benar-benar wujud pada suatu ketika dahulu. Kewujudan
sastera epik ini adalah sebagai hiburan semata-mata dalam menyampaikan nasihat dan pengajaran
kepada masyarakat ketika karya dihasilkan.

3.0 Kesimpulan
Perkembangan karya sastera Melayu sejak dahulu hingga sekarang masihlagi mengekalkan
ciri-ciri dan fungsinya. Sebagai contohnya, karya epik Boboiboy yang bersifat superhero mampu
menjadi kebanggaan masyarakat kita sekiranya dihayati. Terdapat banyak nilai-nilai murni yang
diterap dalam pelbagai jenis sastera Melayu ini. Justeru, kita berperanan untuk memperkenalkan
sastera ini kepada murid-murid dan anak-anak generasi sekarang akan kehebatan sastera lisan dan
bukan lisan ini. Amalan mempraktikkan puisi, pantun, seloka mahupun gurindam dalam ucapan
seharian juga amat digalakkan.

12
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Rujukan:
A. Bakar Hamid (1979). Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Annas Haji Ahmad (1975). Sastera Melayu Lama. Pulau Pinang: Saudara Sinaran Bros.

Ismaii Hamid (1990). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur:


Longman

Mohd, Taib Osman (1991). Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Wan Yusoff Hassan (1992). Amir Hamzah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Zalila Sharif (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Zalilah Sharif dan Jamilah Ahmad. (1993). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

13
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

BAHAGIAN C

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 5 Amra
Tarikh : 5 April 2016 (Selasa)
Masa : 8 pagi hingga 9 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 22 orang
Kesusasteraan : Pantun
Tajuk : Sayangi Alam Kehidupan

Objektif : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:


i. Membaca lancar pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang menarik
ii. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam sajak.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa mendengar pantun.


Konsep : Penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama
Bahan : LCD, lembaran kerja
Nilai : Tanggungjawab, kebersihan, sayangi alam sekitar

Kemahiran : Fokus utama


11.2 Aras 1(ii) Mennyatakan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.
Fokus sampingan
5.2 Aras 2 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi
yang betul serta gaya yang sesuai.

14
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Rancangan Pengajaran Harian


Masa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran ABM/KBT/Nilai
dan Pembelajaran

Set induksi Murid mMendengar lagu Guru memasang lagu KB


(10 minit) “Dodoi Suriram”. menggunakan LCD. Menghubungkan dan
mencirikan.
Soalan : Guru mengajukan soalan KB : Kritis dan kreatif
Lagu apa yang kamu kepada murid.
dengar? BBM: LCD
Apakah unsur puisi yang Guru mengaitkan lagu
terdapat dalam lagu itu? dan pantun dengan tajuk Ilmu: Kajian
Jawapan: pelajaran pada hari itu Tempatan
Suriram iaitu “Sayangi Alam”
Pantun BCB: Mendengar Aktif

Langkah 1 Membaca pantun secara Guru menayangkan teks KB: bertutur dan mendengar
(10 minit) senyap kepada pelajar
menggunakan LCD. BCB: mendengar aktif
Melafazkan pantun Guru meminta murid
“Sayangi Alam” melafazkan pantun BBM: teks
(Lampiran 1) dengan suara yang
lantang dan sebutan Ilmu: Puisi
yang betul.

Guru membimbing
murid melafazkan
pantun.

Guru membetulkan
kesalahan intonasi dan
sebutan murid.

15
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Langkah 2 Membuat perbincangan Guru membahagikan Teknik :


(25 minit) dalam kumpulan. pelajar kepada 5 soal jawab
Soalan : kumpulan secara rawak. perbincangan
Apakah mesej dan sumbangsaran
pengajaran yang terdapat Guru memberi arahan
dalam pantun? kepada murid untuk Nilai :
menjalankan Kerjasama
Pembentangan kumpulan perbincangan dalam Tekun
kumpulan.
BBM :
Wakil setiap kumpulan Lembaran kerja, teks pantun
diminta membaca dan
Membentangkan hasil
perbincangan kumpulan.

Guru memberikan ulasan


dan peneguhan terhadap
jawapan murid.

Langkah 3 Menjawab soalan secara Guru mengedarkan Teknik :


(10 minit) bertulis. soalan latihan kepada Soal jawab
murid.
Nilai :
Guru mengumpulkan Tekun
kertas jawapan murid.
BBM :
Teks pantun teka-teki,
lembaran kerja dan slaid

16
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

Penutup Menyanyi lagu Suriram Guru membimbing Teknik :


(5 minit) dengan memasukkan murid menyanyi Bertutur dan mendengar
pantun-pantun yang baru bersama-sama.
dipelajari. Nilai :
Kerjasama
Tekun
BBM :
Teks pantun

Penilaian P&P:
Dalam rancangan pengajaran Kesusasteraan Melayu terhadap murid Tahun 5 ini, sesi pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar di dalam
bilik darjah. Saya dapati murid-murid lebih ceria dengan penggunaan audio dan komputer.

Refleksi:
Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 22 orang. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, 100% murid hadir dan kesemuanya boleh melafazkan pantun dengan gaya intonasi
yang sesuai pada aktiviti kedua. Ketika aktiviti pertama iaitu melafazkan pantun Dodoi Suriram,
kebanyakan murid kelihatan malu dan kekok untuk bertutur dan membaca pantun yang
ditunjukkan di slaid. Selepas aktiviti memperkenalkan sastera dan pantun, kesemua murid amat
gembira dan boleh berpantun dengan baik.

17
EKM 322 – KESUSASTERAAN MELAYU

LAMPIRAN 1:

PANTUN SAYANGI ALAM

Memancing ikan di Sungai Jugra


Enak sekali dimasak gulai,
Manusia prihatin bumi terpelihara,
Persekitaran indah tidak ternilai.

Enak sekali dimasak gulai,


Sudah makan menjilat jari,
Persekitaran indah tidak ternilai,
Dunia ini milik sendiri.

Sudah makan menjilat jari,


Enaknya gulai masih terasa,
Dunia ini milik sendiri,
Perlu dipelihara sepanjang masa.

Enaknya gulai masih terasa,


Mendapat pujian rakan dan taulan,
Perlu dipelihara sepanjang masa,
Agar keindahan terus berkekalan.

18

Anda mungkin juga menyukai