Anda di halaman 1dari 28

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

TUGASAN

JANUARI 2016 SEMESTER

KOD KURSUS EKM322

NAMA KURSUS KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR FARRAH BINTI MOHD RASHID

NO. MATRIK E 30209130226

NAMA FASILITATOR PN.MAIMUNAH BINTI AHMAD


AKADEMIK

PUSAT KKTM, SRI GADING, BATU PAHAT


PEMBELAJARAN

1
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. DEDIKASI PENGHARGAAN 3

2. BAHAGIAN A
 PENDAHULUAN 4
 TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN 5

 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 6-7

 DAPATAN KAJIAN 7-8


9-10
 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
10
 KESIMPULAN / PENUTUP

3. BAHAGIAN B
 PENDAHULUAN DAN MAKSUD SASTERA 11-12
 SASTERA RAKYAT 13

 SASTERA EPIK 14

 SASTERA HIKAYAT 14-15


15
 KESIMPULAN
16
 RUJUKAN

4. BAHAGIAN C
 RPH 17-21
 LAMPIRAN LEMBARAN 22-29

 RUJUKAN 30

2
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

DEDIKASI PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, dapatlah saya menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai pelajar di Asia e
Universiti dengan menyiapkan tugasan saya di bawah tajuk Kesusasteraan Melayu. Terima
kasih yang tidak terhingga buat pensyarah saya iaitu Puan Maimunah binti Ahmad dalam
memberi penerangan yang sangat terperinci bagi tiap-tiap soalan dalam tugasan ini.

Penerangan setiap bab dalam modul begitu mendalam dan menjadikan saya lebih
memahami tentang elemen Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa di sekolah rendah.. Setiap soalan tugasan ini telah dibincangkan tentang penulisannya
secara terperinci agar difahami oleh semua pelajar kelas kami. Sekalung tahniah buat rakan-
rakan kohort 4 kelas PBMSR, KKTM Sri Gading yang tidak jemu-jemu untuk berkongsi idea
bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai pelajar.

Tugasan ini bertujuan untuk melihat tahap kefahaman pelajar ( guru ) mempraktikkan
seni bahasa melalui kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Ini merupakan salah satu usaha untuk saya mengetahui dengan lebih baik lagi dan
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Semoga dengan terhasilnya
tugasan ini dapat memudahkan pensyarah untuk menilai hasil kerja saya.

Sekian terima kasih.

3
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN A

Baca artikel “ Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa
Kurikulum Standard Sekolah Rendah ” oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian,
Universiti Putera Malaysia serta jawab soalan berikut :
 Apakah tujuan kajian dan rasional kajian ini ?
 Huraikan kaedah pengumpulan data.
 Jelaskan dapatan kajian ini.
 Nyatakan Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu.

PENDAHULUAN

Di antara kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran
bertutur mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis, dan ditambah baru dengan
aspek bahasa yang di ajar secara berasingan dan tidak lagi berkolaborasi dengan kemahiran-
kemahiran yang lain. Aspek seni bahasa yang diperkenalkan merujuk kepada sebahagian
kesusasteraan Melayu dengan menghargai serta menjiwai bahasa melalui pendekatan didik
hibur yang menyeronokkan semasa pengajaran dijalankan. Murid juga berkeupayaan
melahirkan idea atau persembahan dari segi perlakuan seperti berlakon, mengarang, bercerita
dan mendeklamasikan sajak kerana seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan
bahasa yang dipelajari melalui penceritaan, nyanyian, lakonan dan puisi.

Murid juga di ajar untuk membentuk ayat yang lebih gramatis melalui bunga-bunga
bahasa dan kata-kata hikmah serta peribahasa yang terdapat dalam sastera Melayu. Selain
daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan
unsur ilmu. Secara tidak langsung ,aspek seni bahasa iaitu mengujar ayat , memahami dan
menggunakan bahasa yang sesuai dapat dikuasai oleh murid. Prinsip seni bahasa lebih
mementingkan kehalusan berbahasa, penglibatan secara menyeluruh, bahan yang menarik

4
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

dan guru bertindak sebagai pembimbing yang akan membentuk generasi berwawasan dan
kreatif serta mempunyai kesantunan serta jati diri kepada bangsa dan negara.

TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN

Berdasarkan artikel bertajuk “Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah ” oleh Shamsudin Othman
dan Abdul Rasid Jamian , didapati kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keyakinan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh
mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan
kemahiran pembacaan murid.

Fokus kajian ini adalah untuk melihat bagaimana kemahiran seni bahasa dapat
memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu
diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Justeru kajian ini difokuskan untuk mengenal
pasti sejauh mana pengetahuan dan keyakinan guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran elemen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Elemen sastera menjadi
salah satu aspek yang penting dalam Dokumen Standard Pembelajaran selepas kemahiran
tutur dengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kajian ini juga melihat sudut
pandang adakah guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu benar-benar bersedia
menggunakan pelbagai teknik pengajaran seperti yang disarankan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah dan menguasai kemahiran-kemahiran aspek seni bahasa serta dapat
menerapkan elemen-elemen teks sastera dalam bahasa.

Aspek seni bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan
menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks
pendekatan didik hibur (pembelajaran yang menyeronokkan). Rasional kajian ini mendapati
bahawa didik hibur dilihat dapat membina keyakinan diri murid untuk berhadapan dengan
rakan-rakan ketika aktiviti elemen sastera dijalankan dalam pengajaran. Murid-murid
berupaya menghayati elemen sastera dan membolehkan bahasa yang indah itu diperoleh
secara mudah daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi itu
dilaksanakan secara lebih santai dan bermakna. Seni bahasa juga menampakkan keindahan

5
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

bahasa dari segi pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang menggunakan unsur simile,
peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa kajian yang dijalankan merupakan


kajian berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang dibina
oleh pengkaji bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Menurut Mohd. Majid
Konting (2009), kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha untuk mengawal
sesuatu olahan kerana penyelidik tidak menentukan terlebih dahulu faktor yang
mendatangkan kesan terhadap sesuatu peristiwa. Soal selidik yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat yang berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan
sebagainya. Manakala menurut Sidek Mohd. Noah (2002) pula, menyatakan kajian deskriptif
dapat memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri sesuatu populasi atau
bidang yang diminati secara fakta dan tepat.
Bagi mengukuhkan lagi data hasil daripada soal selidik, pengkaji telah menemu bual
dua orang guru yang berpengalaman dalam mengajar Bahasa Melayu KSSR daripada SK
Sungai Besi dan SK Jalan Raja Muda Aziz, Kuala Lumpur. Temu bual berpandu juga
diadakan bagi mendapatkan maklumat tambahan sebagai pengukuhan fakta kepada hasil
kajian ini. Seramai 75 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu KSSR telah dipilih
sebagai responden. Pemilihan sampel sebanyak 30 orang telah dipilih secara rawak daripada
Sabah, Perlis, Terengganu , Johor, Kuala Lumpur dan Kedah sebagai rintis kajian. Data yang
dikumpulkan ialah mengenai fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak dalam pelaksanaan
elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu KSSR.
Sekolah-sekolah yang terlibat dikenal pasti sebagai sekolah rintis KSSR di mana
setiap modul yang dihasilkan diuji keberkesanannya di sekolah tersebut. Jangka masa 30
minit diperlukan untuk menemu bual responden yang telah mendapat pendedahan
pelaksanaan KSSR untuk mendapatkan maklumat tambahan. Temu bual ini dirakam dan
dianalisis dalam bentuk transkrip. Tujuan temu bual ialah untuk mengesan pemboleh ubah
yang berkaitan dengan pembaharuan tanpa mempersoalkan mengapa pemboleh ubah itu
wujud.

6
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Berdasarkan kajian, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan


fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik adalah sesuai dan
berkesan digunakan bagi populasi yang besar. Begitu juga soal selidik dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberikan. Bagi
mendapatkan data, satu set soal selidik telah digubal. Maklumat yang diperolehi daripada
borang soal selidik kemudiannya di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Pakage
for Sosial Science (SPSS) versi window 16.0 Kajian rintis ini juga dijalankan untuk
menganalisis kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik itu sendiri. Perisian ini
digunakan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada pengguna dan penyelidik.
Dapatan ini dirumus dalam bentuk graf serta direka mengikut setiap item berpandukan
objektif dan pemboleh ubah yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk melihat kekerapan dan min
responden terhadap setiap item dalam soal selidik yang dilakukan. Markah ujian yang
didapati itu dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Selain itu, guru juga
memahami konsep terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa dan tahap pembacaan
murid terhadap elemen sastera juga berlaku peningkatan. Dapatan ini menunjukkan bahawa
seni bahasa merupakan satu pola kurikulum yang baharu dan umumnya dapat meningkatkan
mutu atau tahap kefahaman murid.

Enam soalan yang meliputi pemboleh ubah kajian pelaksanaan elemen sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dikemukakan kepada responden dan
hasilnya akan diperbincangkan telah dipilih. Petunjuk yang digunakan dalam kajian ini ialah
min dan sisihan piawai ( sp). Item soalan yang menyentuh manfaat penting kepada guru
mahupun murid berkenaan penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran dan pembelajaran
dan seni bahasa mendapat skor min yang paling tinggi iaitu 3.12 (sp= .630). Skor kedua
tertinggi ialah item soalan yang mengemukakan pendapat guru tentang kefahaman guru
terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa iaitu 3.11(sp= .387). Skor min sebanyak 3.07
(sp .266) iaitu berlaku peningkatan terhadap pembacaan bahan yang mempunyai elemen
sastera . Item soalan yang menyentuh tentang pengajaran guru berdasarkan KSSR
memperoleh nilai skor min 2.98 (sp= .257)

7
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Selain itu nilai skor min 2.96 (sp= .243) diperoleh oleh item soalan penggunaan teks
dan bahan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Sementara soalan yang
terakhir iaitu masalah pelaksanaan elemen sastera mendapat skor min yang paling rendah di
bawah skor min 3 iaitu 2.69 (sp= .216).Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji dapat
menganalisis pemboleh ubah daripada data-data keseluruhan yang dikumpulkan seperti
dinyatakan di atas. Hasil kajian di atas mendapati bahawa dari segi keseluruhan semua
pemboleh ubah, data menunjukkan respon yang amat positif.

Tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera yang juga menunjukkan nilai skor
min yang memberangsangkan. Di antara seni bahasa yang dibawa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan dengan konsep “didik hibur” di mana kelas
menjalankan aktiviti seperti nyanyian, pantun, lakonan sketsa, syair dan lain-lain, bertemakan
bahasa dan mengandungi motif serta matlamat untuk menyampaikan ilmu secara seronok dan
mudah difahami. Kaedah ini menunjukkan prestasi yang amat tinggi dalam kalangan murid-
murid di samping melahirkan murid yang mampu untuk mendeklamasi dengan intonasi yang
betul. Guru-guru bersetuju elemen sastera berjaya menjadikan murid-murid mahir dalam
pembacaan. Kemahiran mereka dalam pembacaan mekanis dan mentalis juga meningkat
dengan elemen sastera yang merupakan pelengkap pengajaran dan pembelajaran seni bahasa.

Melalui kajian dalam aspek manfaat pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran
dan pembelajaran seni bahasa, didapati bahawa guru-guru telah memberikan reaksi yang
positif dan bersetuju bahawa seni bahasa telah memberi manfaat kepada murid dan murid
memahami maklumat yang disampaikan oleh guru. Murid berupaya untuk mengulangi apa
yang disebut oleh guru dengan betul. Berlaku peningkatan kemahiran murid-murid dalam 4M
iaitu membaca, menulis dan lisan .Guru juga bersetuju bahawa tahap pemahaman murid
terhadap penyampaian guru adalah baik sekali gus meningkatkan kecekapan pedagogi guru.

Dalam aspek pengajaran seni bahasa guru berdasarkan KSSR pula menunjukkan
analisa data yang positif. Guru telah menggunakan pendekatan “didik hibur” dalam
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dengan skor min yang tertinggi. Ini diikuti dengan
kepelbagaian teknik pengajaran seni bahasa oleh guru dan guru juga telah menggunakan
pendekatan tersendiri dalam melaksanakan Pengajaran dan pembelajaran seni bahasa.
Sumber bahan yang digunakan oleh guru bagi pengajaran seni bahasa juga telah mencukupi.

8
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Hal ini menunjukkan bahawa seni bahasa merupakan satu kaedah penting dalam membantu
cara pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu.

Penggunaan teks sastera dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa juga
telah dikaji .Didapati guru paling selesa dengan bahan mengajar seni bahasa konvensional
seperti kad, buku cerita dan gambar berbanding dengan penggunaan bahan elektronik seperti
komputer, perisian dan perkakasan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
bidang pendidikan adalah pada peringkat baik dan masih lagi berkembang. Guru bersetuju
bahawa bahan seni bahasa haruslah bersifat kreatif bagi menggalakkan penglibatan murid-
murid dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Selain itu, guru berasa berpuas hati
dengan bahan puisi seni bahasa dan juga prosa seni bahasa digunakan dalam pengajaran.

Sebagai konklusinya, seni bahasa dan konsep “didik hibur” telah memberi keyakinan
kepada guru dalam meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran seni bahasa terhadap
murid. Oleh itu, guru berupaya memperbaiki kaedah pengajaran bagi menjadikan
pembelajaran seni bahasa lebih kreatif.

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mampu


membawa konsep KSSR serta menerapkan kaedah “didik hibur” melalui pengajaran seni
bahasa. Semua guru telah menggunakan pelbagai teknik yang dianggap sesuai dalam
melaksanakan elemen sastera. Rumusan terhadap kajian elemen sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu KSSR boleh diklasifikasikan
telah berjaya dan mendapat maklum balas yang positif. Responden berpendapat bahawa
elemen sastera telah menyumbang kepada peningkatan kemahiran tutur dengar, membaca dan
menulis .

Secara kesimpulannya hasil dapatan kajian mendapati bahawa “seni bahasa” KSSR
sesuai digunakan dan dilaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran murid sebagai ganti
kepada modul kurikulum KBSR. Semua responden bersetuju tentang pelaksanaan seni bahasa
yang diperkenalkan dalam KSSR dan yakin bahawa modul terbaharu ini akan meningkatkan
kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kemahiran murid
dalam aspek membaca, menulis, keupayaan lisan serta menaakul juga didapati bertambah
9
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

baik. Dari aspek guru pula, KSSR membawa pembaharuan dalam teknik dan kaedah
mengajar yang mencabar guru dalam melaksanakan kurikulum standard ini serta dalam masa
yang sama memberi input yang positif kepada murid. Pandangan yang dikatakan mencabar
merujuk KSSR ini kadangkala menghambat guru supaya lebih kreatif, inovasi dan sentiasa
maju ke hadapan tanpa mencicirkan perkara yang sedia ada. Namun pada masa yang sama,
guru tetap tertekan dengan beberapa aspek kesan daripada pelaksanaan kurikulum KSSR ini.

Walau bagaimanapun pembaharuan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran yang


dicadangkan sedikit sebanyak mencabar guru dalam melaksanakan KSSR ini. Sungguhpun
begitu kesan positif yang diperoleh dapat menepati Falsafah Pendidikan Negara. Kaedah
pengajaran yang baharu telah mendorong satu perubahan sikap guru agar lebih kreatif dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut arus perdana pendidikan masa kini.

KESIMPULAN

Jelaslah di sini bahawa kajian yang dijalankan dapat memberi gambaran sebenar
keberkesanan dan penerimaan guru dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah sejak
diperkenalkan.. Transformasi pendidikan negara yang digubal perlu dihayati oleh semua
pihak sama ada dari pihak yang merancang hinggalah ke peringkat pelaksana ( warga guru ).
Penghayatan kaedah pengajaran yang berfokus kepada didik hibur perlu dihayati oleh warga
pendidik demi melahirkan individu yang berketerampilan dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

10
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN B

Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Sastera Melayu, bincangkan tentang
makna sastera. Ulasan perbincangan anda mesti dikemukakan dengan mengambil beberapa
pandangan tokoh dalam bidang sastera Melayu & contoh-contoh yang sesuai bagi
menggambarkan pemahaman anda tentang jenis-jenis makna dan karya sastera tersebut.
 Sastera Rakyat
 Sastera Epik
 Sastera hikayat

Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam
bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada dalam bentuk novel, cerpen,
drama, sajak, prosa , atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, di samping memaparkan nilai kemanusiaan serta citra masyarakat.
Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata ‘su’ dan ‘sastra’ dalam bahasa
Sanskrit. Kemudian diberi apitan ‘ke…an’ untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya
adalah seperti berikut:
i. Su – Baik, indah, cantik, seni, dan berfaedah.
ii. Sastra – Karya(lisan/bertulis) atau buku.
iii. Susastra – Karya yang indah dan berguna.
iv. Kesusasteraan – Semua bentuk karya bernilai seni dan berguna.
Menurut Dewan Bahasa dalam bukunya Warna Sari, hasil sastera terdiri daripada
tradisi lisan dan tradisi tulisan dan kedua-duanya tercipta dalam bentuk prosa dan puisi.
Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana memperlihatkan bahawa sastera
ditandai dengan pelbagai ciri khusus. Justeru, tugasan ini akan membincangkan dan
menjelaskan konsep kesusasteraan, ciri-ciri khusus sastera, kategori serta fungsinya dengan
contoh- contoh yang bersesuaian bagi Sastera Rakyat, Sastera Epik dan Sastera Hikayat.

11
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Dalam hal ini perbincangan akan ditumpukan kepada kategori sastera mengikut masa dan
bentuk seperti yang dijelaskan oleh Harun Mat Piah (2003). Untuk maksud ini, beberapa
bahan dan teks sastera akan dirujuk sebagai bahan analisis yang mewakili karya tradisional
mahupun moden. Antara sumber petikan yang akan diketengahkan bagi kategori sastera
tradisional genre prosa ialah dari Sastera Rakyat, Sastera Epik dan Sastera Hikayat.
Secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:
S – Seni bahasa yang indah
A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang
S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang
T – Tersurat & tersirat
E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa
R – Realiti kehidupan
A – Alternatif
Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang
digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan
kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna
yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah
karya itu hidup dan bertenaga. Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan
tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur akaliah ( ilmu ). Dalam erti kata lain, seorang
pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan
atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca. (Arba’ie et al,2008 hlm 1) Unsur akaliah
ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.
Dengan perutusan yang ingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan
menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka sama
ada perasaan belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena
yang dipaparkan.
Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami
oleh pembaca. Berdasarkan huraian- huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan
kepada khalayak, iaitu terdiri daripada pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton
drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya yang ditulis
dalam Bahasa Melayu.
Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden.
Karya sastera seperti Sastera Rakyat, Sastera Epik dan Sastera Hikayat adalah dikategorikan
12
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

sebagai sastera Melayu tradisional. Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang
telah diwarisi secara turun-temurun dan disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran
cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada
sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu
dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan
dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman
tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis.
Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas
dan bersifat esklusif. Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya
perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera
tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang tinggi oleh
masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan keramat.

Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah Sastera Rakyat. Sastera rakyat
berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Menurut William R.Bascom ( 1965:4-5), mitos
ialah cerita prosa rakyat yang dianggap benar-benar terjadi serta dianggap suci oleh penutur
dan pendengarnya. Watak-watak yang memainkan peranan dalam cerita mitos biasanya para
dewa atau makhluk separuh dewa. Di antara ciri-ciri sastera rakyat termasuklah dari segi
penyebaran, penyampaian dan penciptaannya. Manakala dari segi fungsi sastera rakyat
mengambil kira dari segi versi cerita itu dan peranannya.
Pada lazimnya, sastera rakyat disebarkan melalui pertuturan atau secara lisan. Ia
dituturkan secara individu kepada individu lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan
suatu cerita kepada seorang bapa, seterusnya daripada seorang bapa dituturkan kepada
seorang anak atau cucu. Dalam masyarakat Melayu, profesion ini dikenali sebagai “tok cerita”
atau “tukang cerita” yang telah menghafal cerita-cerita tertentu untuk menyampaikan cerita
kepada orang lain. Ini bermakna hasil sastera tersebut diwarisi dari satu generasi ke generasi
lain secara lisan. Sastera rakyat merupakan hasil karya yang menjadi milik bersama
masyarakat iaitu sastera hak masyarakat dan bukannya milik individu tertentu. Oleh itu,
sastera rakyat tidak dapat diketahui siapa penciptanya dan bila ia dicipta atau dihasilkan. Soal
hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat.
Sastera rakyat mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam masyarakat. Sastera
rakyat berfungsi sebagai alat hiburan, alat pengajaran, kritikan dan sebagainya . sastera rakyat
mempunyai pelbagai versi dan berlaku tokok tambah kerana penyebarannya yang dilakukan
secara lisan. Biasanya berlaku beberapa perubahan atau penyesuaian terhadap cerita asal
13
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

mengikut penyesuaian setempat menyebabkan lahir pelbagai versi. Sastera rakyat adalah
cerminan hidup masyarakat Melayu tradisional. Sastera rakyat mengandungi ciri-ciri budaya
asal masyarakat yang melahirkannya seperti kesenian, kepercayaan dan adat resam. Sastera
rakyat merupakan media untuk menyalurkan tradisi itu kepada generasi berikutnya.
Secara kasarnya, sastera rakyat boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang besar iaitu
sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif. Sastera rakyat naratif merujuk suatu
peristiwa termasuk mitos ( asal usul kejadian alam ), lagenda ( makam Mahsuri ) dan juga
cerita rakyat seperti cerita binatang ( Hikayat Pelanduk Jenaka ). Cerita binatang adalah cerita
rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak utama. Contohnya cerita mengapa gagak
berbulu hitam, Mengapa puyuh tidak berekor dan sebagainya. Manakala sastera rakyat bukan
naratif berupa puisi seperti pantun, gurindam, seloka dan sebagainya.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bukunya Warna Sari, Sastera Epik juga
dikenali sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat. pula adalah sebuah genre puisi. Epik
adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangan, pelbagai latar,
jumlah watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita
zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang kala sukar untuk difahami kerana ada maksud
tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan
peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting
bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang
melahirkan epik itu. Dasar penciptaan epik tertumpu pada kepahlawanan seorang wira yang
mempunyai sifat dan perlakuan fizikal berbentuk kepahlawanan.
Di antara ciri-ciri sastera epik ialah wiranya merupakan tokoh yang agung dalam
sejarah bangsanya dan dianggap sebagai lambang kemegahan di peringkat antarabangsa. Epik
mempunyai latar tempat yang luas dan melibatkan latar masa yang panjang untuk
menyediakan ruang kepada wira membuktikan kepahlawanannya. Epik juga menonjolkan
sifat kepahlawanan wiranya. Di dalam unsur ghaib terdapat kesaktian dan campur tangan
kuasa bukan manusia ( non-human). Pengarangnya memberikan gambaran yang bersifat
objektif. Semasa menggambarkan sesuatu peristiwa, pengarang tidak campur tangan dan tidak
menyebelahi mana-mana pihak. Contoh cerita epik kebangsaan adalah Hikayat hang Tuah.
Manakala epik Melayu-Islam termasuklah cerita Hikayat Amir Hamzah.

Sastera Hikayat pula merupakan salah satu bidang kesusasteraan Melayu silam.
Cerita-cerita Hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau
14
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

kejadian yang penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan
secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat
ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh
pendengar.
Hikayat berasal daripada perkataan Arab ‘ hakka’ yang bermaksud ‘bercerita’,
manakala ‘hikayah’ pula bermaksud ‘cerita’. Walau bagaimanapun, dalam kesusasteraan
Melayu lama yang bentuknya terbahagi kepada dua iaitu bentuk lisan dan tulisan, kata hikayat
ini lebih kerap ditemui pemakaiannya dalam sastera bertulis. Manakala untuk bentuk lisan,
judulnya bermula dengan ‘cerita’. Hal ini jelas dalam cerita-cerita penglipur lara misalnya
cerita Sulung Jawa, Cerita Si Suton dan Cerita Awang Semambu. Penggunaan ‘hikayat’
terhadap cerita-cerita penglipur lara hanyalah dibuat setelah ia ditulis. Ini dibuktikan melalui
cerita-cerita penglipur lara yang dikumpulkan oleh R.O. Winstedt dan R.J Wilkinson seperti
Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
Sastera hikayat dibahagikan kepada tiga kelompok yang meliputi hikayat berunsur
hindu, campuran hindu dan Islam serta hikayat berunsur Islam. Hikayat berunsur Hindu ialah
sastera yang menerima secara kuat pengaruh hindu terutama Hikayat Ramayana dan
Mahabrata. Hikayat berunsur campuran Hindu dan Islam pula seperti Hikayat Ahmad
Muhammad dan Hikayat Si Miskin. Manakala Hikayat berunsur Islam pula ialah hikayat yang
menerima kuat pengaruh Islam dalam karya. Contohnya ialah Hikayat 1001 malam dan
Hikayat Abu Nawas.

Oleh itu sebagai kesimpulan, kesusasteraan dapat dirujuk sebagai hasil karya yang
mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya adalah pancaran dari
kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat dikategorikan mengikut genre.
Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya. Setiap karya mempunyai mesej dan
fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian
daripada unsur dan fungsi di dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi
dalam kehidupan masyarakat. Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak
penyebaran secara lisan. Manakala tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan
telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis. Sungguhpun masyarakat telah
mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap hidup di dalamnya. Sastera lisan tetap
merupakan sastera lisan meskipun telah menjadi bahan tertulis. Walau bagaimana maju
sekalipun sesuatu masyarakat, ia masih memerlukan maklumat daripada hasil-hasil

15
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

kesusasteraan lamanya yang merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun masa
lampau masyarakat yang menjadi pedoman masyarakat silam.

RUJUKAN

1.Daripada Buku

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996, Warna Sari:Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

2.Daripada Laman Sesawang

Sastera Rakyat, diperolehi dari http://kmtppuintan.blogspot.my/2011 ( dicapai pada 2 April


2016)

Sastera Epik, diperolehi dari http://ms.m.wikipedia.org/wib ( dicapai pada 2 April 2016 )

Sastera Hikayat, diperolehi dari http://mimbarkata.blogspot.my/2013 ( dicapai pada 1 April


2016 )

16
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN C

Gubal satu kaedah mengajar membaca dan sediakan Rancangan Pelajaran Harian
( RPH) :
 Pilih salah satu aspek dalam bidang sastera ( contoh-puisi, sajak,syair, gurindam dan
seloka )
 Rancangan Pelajaran harian-masa = 60 minit
 Tentukan banyak mana aspek sastera yang boleh diajar dalam tempoh 60 minit.
 Format Rancangan KSSR

Rancangan Mengajar Bahasa Melayu Tahun 5


Mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 5 Omar
Jumlah murid 38 orang
Tarikh 31 Mac 2016 ( Khamis )
Masa 9.00-10.00 pagi
Tema 5 Warisan Bangsa
Tajuk Warisan Seni
Standard 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul
Kandungan menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard 4.4.2 Membina syair secara terkawal dan melagukannya dengan
Pembelajaran sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta
memahami syair tersebut.

Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat


1. Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan

17
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

sebutan dan intonasi yang betul.


2. Membina dan memahami syair dengan intonasi yang
betul dan jelas secara didik hibur.
3. Melagukan syair secara didik hibur.

Pengisian Ilmu: Kesenian dan Kebudayaan


kurikulum/eleme Nilai Murni : Kesyukuran, Menghargai
n merentas EMK : Kreativiti dan inovasi :
kurikulum KB : Menjana idea

Sistem Bahasa Tatabahasa : Frasa ayat

Bahan bantu Gambar, LCD, Komputer dan lampiran.


Mengajar
Penilaian Murid dapat melagukan syair dengan intonasi yang betul.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Induksi Set ( 5 minit ) Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran


Paparan Gambar Warisan 1. Guru memaparkan contoh gambar-gambar warisan
Seni seni.
2. Murid dikehendaki mengenal pasti gambar tersebut.
Catatan: Memaparkan gambar 3. Guru menyoal tentang alat tradisional yang menjadi
warisan seni seperti keris, kraf warisan dalam gambar tersebut.
tangan 4. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

Bahan : Lampiran A

Langkah 1 (10 Minit) Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran.


Teknik: Membaca dan 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
memahami 2. Guru meminta murid melihat frasa yang terdapat

18
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

dalam teks pada muka surat 99.


Catatan :Frasa yang terdapat 3. Guru memilih secara rawak daripada setiap
dalam teks. kumpulan untuk membaca frasa dalam teks dengan
intonasi dan sebutan yang betul.
Bahan : Lampiran B 4. Murid-murid yang lain dikehendaki untuk
mendengar dan memahami frasa yang disampaikan
oleh rakan mereka.

Langkah 2 ( 20 minit) Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran


Teknik : Pandang Dengar 1. Murid dikekalkan dalam kumpulan yang sama.
Bahan : Lampiran C 2. Guru memperdengarkan bacaan syair di hadapan
kelas.
3. Murid mendengar dan cuba mengikut secara
perlahan ( dalam hati ).
4. Guru menerangkan tentang cara membina syair
dengan betul.
5. Setiap kumpulan diminta membina syair dengan
betul berdasarkan frasa yang dibaca tadi.
6. Murid membina dan memahami syair yang dibina.
7. Guru meminta wakil setiap kumpulan melagukan
syair di hadapan kelas.
8. Wakil setiap kumpulan melagukan syair dengan
intonasi yang betul.
9. Guru membetulkan murid yang kurang tepat
melagukan syair.

Langkah 3 (15 minit) Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran


Teknik : Bacaan 1. Guru memaparkan syair yang lengkap di papan putih.
2. Murid diminta melagukan syair dengan intonasi yang
Bahan : Buku Teks m/s 99 jelas dan betul.
3. Guru meminta murid menyebut warisan seni yang
terdapat dalam rangkap syair.

19
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

4. Murid menyebut contoh warisan yang terdapat dalam


syair.
5. Guru meminta murid menyatakan kelebihan tentang
alat tradisional yang terdapat dalam rangkap
berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.

Pentaksiran (5 minit) Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran


Soalan Pemahaman 1. Murid membaca soalan pemahaman tersebut dan
memahami kehendak soalan.
Bahan : Lampiran D 2. Murid mencari dan menyemak semula syair warisan
seni.
3. Murid menulis jawapan di ruangan yang disediakan.

Pemulihan ( 5 minit ) Aktiviti pembelajaran dan Pengajaran


Aktiviti : Klasifikasi Puisi 1. Guru mengedarkan lampiran kepada setiap
kumpulan.
Bahan : Lampiran E 2. Guru meminta murid mengklasifikasikan jenis puisi
yang diberi.
3. Murid mengklasifikasikan dengan betul dan
menyebutnya beramai-ramai.

Pengayaan ( 5 minit ) Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran


1. Murid mendengar video melagukan syair di laman
Bahan : Video youtube Johan Deklamasi Syair Peringkat
Kebangsaan 2013 di laman sesawang
http://m.youtube.com/watch

2. Murid menulis syair yang dibina dengan kemas.

1. 35/38 orang murid boleh membaca dan

20
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Penutup melagukan syair dengan intonasi yang betul.


2. 3 orang murid perlu diberi perhatian dalam
kemahiran melafaz dan mengenali puisi kerana
agak lemah mengenal.

REFLEKSI
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tahun 5 Omar yang telah dilaksanakan
pada 31 Mac 2016 ( Khamis ) jam 9:00 hingga 10:00 pagi sebagaimana yang dirancang.
Saya memilih aspek seni bahasa syair kerana kemahiran ini mudah untuk dilagukan dengan
intonasi yang betul secara didik hibur.

Berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, saya dapati


bahawa saya boleh menambahkan aktiviti yang lebih menarik dengan menggunakan
komputer. Murid-murid boleh melayari internet untuk mengetahui pelbagai contoh syair
dengan lebih banyak lagi

Walau bagaimanapun keseronokan jelas terpapar di wajah murid kelas 5 Omar


semasa sesi melagukan syair. Ini kerana ia merupakan satu lagi aktiviti seni bahasa yang
membolehkan mereka mengenal pelbagai jenis puisi atau karangan berangkap yang juga
merupakan warisan negara Malaysia.

21
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Lampiran A

CONTOH KERIS

22
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

CONTOH BARANGAN KRAF TANGAN

Lampiran B

WARISAN SENI ( Buku Teks m/s 99 )

Jadi hiasan cantik terperi Ukiran flora memikat diri

Indah dipandang terasa tenteram Buluh diraut aneka ragam

Anugerah adat lambang berjasa Dijadikan orang tempat semayam


23

Keris senjata pusaka bangsa Seni tempat lahirnya rasa


EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Lampiran C

Syair Warisan Seni

Diukir dibentuk mahirnya tangan,


Dianyam ditempa molek pandangan,
Warisan bangsa di lupa jangan,
Jadi kebanggaan semua golongan.

24
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Awan larat ukiran berseni,


Motif pilihan sentiasa diingini,
Jadi bualan di sana sini,
Tetap kekal sehingga kini.

Tembikar tradisional nama diberi,


Tanah liat asal dicari,
________________________,
_________________________.

Tikar mengkuang molek dianyam,


_______________________________,
_______________________________,
___________________________.

Lampiran D

Soalan Pemahaman :

1. Apakah yang menjadi kebanggaan negara Malaysia?


___________________________________________________________
___________________________________________________________

2. Mengapakah keris menjadi bualan di sana sini?


___________________________________________________________
___________________________________________________________
25
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

3. Bagaimanakah tembikar dibuat?


___________________________________________________________
___________________________________________________________

4. Apakah yang menjadi tempat untuk bersemayam ?


___________________________________________________________
___________________________________________________________

5. Siapakah yang perlu berbangga dengan warisan bangsa?


___________________________________________________________
___________________________________________________________

Lampiran E

26
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

LEMBARAN KERJA UNTUK MENGKLASIFIKASIKAN


KARANGAN JENIS BERANGKAP

WAKIL MURID MEMBENTANG HASIL DAPATAN


DALAM KUMPULAN

GURU MELAGUKAN SYAIR DAN


DIPERDENGARKAN KEPADA MURID-MURID

RUJUKAN

Kamus Dewan . (2005), Dewan


Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

27
EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Kementerian Pelajaran Malaysia.2014, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran:


Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Putrajaya : Bahagian Pembangunan
Kurikulum.

28

Anda mungkin juga menyukai