Anda di halaman 1dari 33

TUGASAN

JANUARI 2016 SEMESTER

KOD KURSUS
EKM 322

NAMA KURSUS KESUSATERAAN MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MANSOR BIN EMBONG

NO. MATRIK E30209130076

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK DR. MUHAMMAD IRFAN NYIA BIN ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN KUALA TERENGGANU

1
Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat

01. Bahagian A 3
- Tujuan Kajian dan Rasional 3–4
- Kaedah Pengumpulan Data 4–5
- Dapatan Kajian 6–7
- Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 8
- Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan
KSSR 8–9
- Implikasi 10
- Kesimpulan 10 – 11
02. Bahagian B 12
- Pendahuluan 12 – 13
- Sastera Rakyat 13
- Kesimpulan 13 – 14
- Sastera Epik 14
- Sastera Hikayat 14 – 16
03. Bahagian C
- Rancangan Pengajaran Harian 17 - 25

TUGASAN EKM322 Kesusasteraan Melayu

2
BAHAGIAN A

Baca artikel “ Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ” oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian, Universiti Putera Malaysia
serta jawab soalan berikut :

 Apakah tujuan kajian dan rasional kajian ini ?


 Huraikan kaedah pengumpulan data.
 Jelaskan dapatan kajian ini.
 Nyatakan Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu.

PENDAHULUAN

Di antara kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid ialah kemahiran bertutur
mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis, dan ditambah baru dengan aspek bahasa yang
di ajar secara berasingan dan tidak lagi berkolaborasi dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Aspek seni
bahasa yang diperkenalkan merujuk kepada sebahagian kesusasteraan Melayu dengan menghargai serta
menjiwai bahasa melalui pendekatan didik hibur yang menyeronokkan semasa pengajaran dijalankan.
Murid juga berkeupayaan melahirkan idea atau persembahan dari segi perlakuan seperti berlakon,
mengarang, bercerita dan mendeklamasikan sajak kerana seni bahasa memberi penekanan kepada
keindahan bahasa yang dipelajari melalui penceritaan, nyanyian, lakonan dan puisi.

Murid juga di ajar untuk membentuk ayat yang lebih gramatis melalui bunga-bunga bahasa dan
kata-kata hikmah serta peribahasa yang terdapat dalam sastera Melayu. Selain daripada penggunaan
bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur ilmu. Secara tidak
langsung ,aspek seni bahasa iaitu mengujar ayat , memahami dan menggunakan bahasa yang sesuai dapat
dikuasai oleh murid. Prinsip seni bahasa lebih mementingkan kehalusan berbahasa, penglibatan secara

3
menyeluruh, bahan yang menarik dan guru bertindak sebagai pembimbing yang akan membentuk
generasi berwawasan dan kreatif serta mempunyai kesantunan serta jati diri kepada bangsa dan negara.

TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN

Berdasarkan artikel bertajuk “Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah ” oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian ,
didapati kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks
sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid.

Fokus kajian ini adalah untuk melihat bagaimana kemahiran seni bahasa dapat memberikan
penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan
oleh murid. Justeru kajian ini difokuskan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan dan keyakinan
guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran elemen sastera dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Elemen sastera menjadi salah satu aspek yang penting dalam Dokumen Standard Pembelajaran
selepas kemahiran tutur dengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kajian ini juga melihat
sudut pandang adakah guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu benar-benar bersedia menggunakan
pelbagai teknik pengajaran seperti yang disarankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan
menguasai kemahiran-kemahiran aspek seni bahasa serta dapat menerapkan elemen-elemen teks sastera
dalam bahasa.

Aspek seni bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai
bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik hibur
(pembelajaran yang menyeronokkan). Rasional kajian ini mendapati bahawa didik hibur dilihat dapat
membina keyakinan diri murid untuk berhadapan dengan rakan-rakan ketika aktiviti elemen sastera
dijalankan dalam pengajaran. Murid-murid berupaya menghayati elemen sastera dan membolehkan
bahasa yang indah itu diperoleh secara mudah daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon,
mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan secara lebih santai dan bermakna. Seni bahasa juga

4
menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang menggunakan
unsur simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa kajian yang dijalankan merupakan kajian
berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang dibina oleh pengkaji bagi
mendapatkan maklum balas daripada responden. Menurut Mohd. Majid Konting (2009), kaedah
penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha untuk mengawal sesuatu olahan kerana penyelidik tidak
menentukan terlebih dahulu faktor yang mendatangkan kesan terhadap sesuatu peristiwa. Soal selidik
yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak
dan sebagainya. Manakala menurut Sidek Mohd. Noah (2002) pula, menyatakan kajian deskriptif dapat
memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri sesuatu populasi atau bidang yang
diminati secara fakta dan tepat.

Bagi mengukuhkan lagi data hasil daripada soal selidik, pengkaji telah menemu bual dua orang
guru yang berpengalaman dalam mengajar Bahasa Melayu KSSR daripada SK Sungai Besi dan SK Jalan
Raja Muda Aziz, Kuala Lumpur. Temu bual berpandu juga diadakan bagi mendapatkan maklumat
tambahan sebagai pengukuhan fakta kepada hasil kajian ini. Seramai 75 orang guru yang mengajar subjek
Bahasa Melayu KSSR telah dipilih sebagai responden. Pemilihan sampel sebanyak 30 orang telah dipilih
secara rawak daripada Sabah, Perlis, Terengganu , Johor, Kuala Lumpur dan Kedah sebagai rintis kajian.
Data yang dikumpulkan ialah mengenai fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak dalam pelaksanaan
elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
KSSR.

Sekolah-sekolah yang terlibat dikenal pasti sebagai sekolah rintis KSSR di mana setiap modul
yang dihasilkan diuji keberkesanannya di sekolah tersebut. Jangka masa 30 minit diperlukan untuk
menemu bual responden yang telah mendapat pendedahan pelaksanaan KSSR untuk mendapatkan
maklumat tambahan. Temu bual ini dirakam dan dianalisis dalam bentuk transkrip. Tujuan temu bual
ialah untuk mengesan pemboleh ubah yang berkaitan dengan pembaharuan tanpa mempersoalkan
mengapa pemboleh ubah itu wujud.

5
Berdasarkan kajian, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta,
kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik adalah sesuai dan berkesan digunakan bagi
populasi yang besar. Begitu juga soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas
subjek terhadap rangsangan soalan yang diberikan. Bagi mendapatkan data, satu set soal selidik telah
digubal. Maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik kemudiannya di analisis dengan
menggunakan perisian Statistical Pakage for Sosial Science (SPSS) versi window 16.0 Kajian rintis ini
juga dijalankan untuk menganalisis kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik itu sendiri. Perisian
ini digunakan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada pengguna dan penyelidik. Dapatan ini
dirumus dalam bentuk graf serta direka mengikut setiap item berpandukan objektif dan pemboleh ubah
yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk melihat kekerapan dan min responden terhadap
setiap item dalam soal selidik yang dilakukan. Markah ujian yang didapati itu dianalisis dengan
menggunakan kekerapan dan peratusan. Selain itu, guru juga memahami konsep terhadap huraian
sukatan pelajaran seni bahasa dan tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera juga berlaku
peningkatan. Dapatan ini menunjukkan bahawa seni bahasa merupakan satu pola kurikulum yang baharu
dan umumnya dapat meningkatkan mutu atau tahap kefahaman murid.

Enam soalan yang meliputi pemboleh ubah kajian pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dikemukakan kepada responden dan hasilnya akan
diperbincangkan telah dipilih. Petunjuk yang digunakan dalam kajian ini ialah min dan sisihan piawai
( sp). Item soalan yang menyentuh manfaat penting kepada guru mahupun murid berkenaan penggunaan
bahasa sastera dalam pengajaran dan pembelajaran dan seni bahasa mendapat skor min yang paling tinggi
iaitu 3.12 (sp= .630). Skor kedua tertinggi ialah item soalan yang mengemukakan pendapat guru tentang
kefahaman guru terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa iaitu 3.11(sp= .387). Skor min sebanyak
3.07 (sp .266) iaitu berlaku peningkatan terhadap pembacaan bahan yang mempunyai elemen sastera .
Item soalan yang menyentuh tentang pengajaran guru berdasarkan KSSR memperoleh nilai skor min 2.98
(sp= .257)

6
Selain itu nilai skor min 2.96 (sp= .243) diperoleh oleh item soalan penggunaan teks dan bahan
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Sementara soalan yang terakhir iaitu masalah
pelaksanaan elemen sastera mendapat skor min yang paling rendah di bawah skor min 3 iaitu 2.69
(sp= .216).Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji dapat menganalisis pemboleh ubah daripada data-
data keseluruhan yang dikumpulkan seperti dinyatakan di atas. Hasil kajian di atas mendapati bahawa dari
segi keseluruhan semua pemboleh ubah, data menunjukkan respon yang amat positif.

Tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera yang juga menunjukkan nilai skor min yang
memberangsangkan. Di antara seni bahasa yang dibawa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dijalankan dengan konsep “didik hibur” di mana kelas menjalankan aktiviti seperti nyanyian,
pantun, lakonan sketsa, syair dan lain-lain, bertemakan bahasa dan mengandungi motif serta matlamat
untuk menyampaikan ilmu secara seronok dan mudah difahami. Kaedah ini menunjukkan prestasi yang
amat tinggi dalam kalangan murid-murid di samping melahirkan murid yang mampu untuk mendeklamasi
dengan intonasi yang betul. Guru-guru bersetuju elemen sastera berjaya menjadikan murid-murid mahir
dalam pembacaan. Kemahiran mereka dalam pembacaan mekanis dan mentalis juga meningkat dengan
elemen sastera yang merupakan pelengkap pengajaran dan pembelajaran seni bahasa.

Melalui kajian dalam aspek manfaat pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran seni bahasa, didapati bahawa guru-guru telah memberikan reaksi yang positif dan bersetuju
bahawa seni bahasa telah memberi manfaat kepada murid dan murid memahami maklumat yang
disampaikan oleh guru. Murid berupaya untuk mengulangi apa yang disebut oleh guru dengan betul.
Berlaku peningkatan kemahiran murid-murid dalam 4M iaitu membaca, menulis dan lisan .Guru juga
bersetuju bahawa tahap pemahaman murid terhadap penyampaian guru adalah baik sekali gus
meningkatkan kecekapan pedagogi guru.

Dalam aspek pengajaran seni bahasa guru berdasarkan KSSR pula menunjukkan analisa data
yang positif. Guru telah menggunakan pendekatan “didik hibur” dalam pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa dengan skor min yang tertinggi. Ini diikuti dengan kepelbagaian teknik pengajaran seni bahasa
oleh guru dan guru juga telah menggunakan pendekatan tersendiri dalam melaksanakan Pengajaran dan

7
pembelajaran seni bahasa. Sumber bahan yang digunakan oleh guru bagi pengajaran seni bahasa juga
telah mencukupi. Hal ini menunjukkan bahawa seni bahasa merupakan satu kaedah penting dalam
membantu cara pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu.

Penggunaan teks sastera dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa juga telah
dikaji .Didapati guru paling selesa dengan bahan mengajar seni bahasa konvensional seperti kad, buku
cerita dan gambar berbanding dengan penggunaan bahan elektronik seperti komputer, perisian dan
perkakasan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan adalah pada
peringkat baik dan masih lagi berkembang. Guru bersetuju bahawa bahan seni bahasa haruslah bersifat
kreatif bagi menggalakkan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa.
Selain itu, guru berasa berpuas hati dengan bahan puisi seni bahasa dan juga prosa seni bahasa digunakan
dalam pengajaran.

Sebagai konklusinya, seni bahasa dan konsep “didik hibur” telah memberi keyakinan kepada guru
dalam meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran seni bahasa terhadap murid. Oleh itu, guru
berupaya memperbaiki kaedah pengajaran bagi menjadikan pembelajaran seni bahasa lebih kreatif.

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mampu membawa
konsep KSSR serta menerapkan kaedah “didik hibur” melalui pengajaran seni bahasa. Semua
guru telah menggunakan pelbagai teknik yang dianggap sesuai dalam melaksanakan elemen
sastera. Rumusan terhadap kajian elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu KSSR boleh diklasifikasikan telah berjaya dan mendapat
maklum balas yang positif. Responden berpendapat bahawa elemen sastera telah menyumbang
kepada peningkatan kemahiran tutur dengar, membaca dan menulis .

Secara kesimpulannya hasil dapatan kajian mendapati bahawa “seni bahasa” KSSR
sesuai digunakan dan dilaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran murid sebagai ganti

8
kepada modul kurikulum KBSR. Semua responden bersetuju tentang pelaksanaan seni bahasa
yang diperkenalkan dalam KSSR dan yakin bahawa modul terbaharu ini akan meningkatkan
kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kemahiran murid dalam
aspek membaca, menulis, keupayaan lisan serta menaakul juga didapati bertambah baik. Dari
aspek guru pula, KSSR membawa pembaharuan dalam teknik dan kaedah mengajar yang
mencabar guru dalam melaksanakan kurikulum standard ini serta dalam masa yang sama
memberi input yang positif kepada murid. Pandangan yang dikatakan mencabar merujuk KSSR
ini kadangkala menghambat guru supaya lebih kreatif, inovasi dan sentiasa maju ke hadapan
tanpa mencicirkan perkara yang sedia ada. Namun pada masa yang sama, guru tetap tertekan
dengan beberapa aspek kesan daripada pelaksanaan kurikulum KSSR ini.

Walau bagaimanapun pembaharuan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran yang


dicadangkan sedikit sebanyak mencabar guru dalam melaksanakan KSSR ini. Sungguhpun
begitu kesan positif yang diperoleh dapat menepati Falsafah Pendidikan Negara. Kaedah
pengajaran yang baharu telah mendorong satu perubahan sikap guru agar lebih kreatif dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut arus perdana pendidikan masa kini.

KESIMPULAN

Jelaslah di sini bahawa kajian yang dijalankan dapat memberi gambaran sebenar
keberkesanan dan penerimaan guru dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah sejak
diperkenalkan.. Transformasi pendidikan negara yang digubal perlu dihayati oleh semua pihak
sama ada dari pihak yang merancang hinggalah ke peringkat pelaksana ( warga guru ).
Penghayatan kaedah pengajaran yang berfokus kepada didik hibur perlu dihayati oleh warga
pendidik demi melahirkan individu yang berketerampilan dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

BAHAGIAN B

1. PENGENALAN

9
Terdapat berbagai –bagai pendapat dan huraian yang dirumuskan oleh para
cendiakawan dan sarjana yang mengkaji tentang sastera bagi memberi definasi maksud
sastera. Para sarjana dan cendiakawan ini telah memberikan pendapat yang tidak kurang
pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan . Jika seseorang itu ingin mendalami
serta mengkaji sastera maka wajib baginya memahami makna kesusasteraan baharulah beliau
akan menguasai asas kepada pengkajian kesusasteraan. Perkataan sastera berasal daripada
bahasa Sanskrit iaitu “castra”. Susastera pula mempunyai makna kata yang membawa maksud
khusus iaitu :
Su = indah, baik, lebih berfaedah
Sastera = huruf atau buku
(ke) susastera (an) = kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa maksud kitab
suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang
dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan
pendengaran. (Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6).

Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut
sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau
daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas
asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang
disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa,
dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata
susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus
dan indah.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga
tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai
perkataan.

10
Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud
kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian
Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau
estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan
keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa
yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan
bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.
Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni
tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif.

Berdasarkan pengertian –pengertian yang telah kemukakan oleh para ilmuwan di atas
dapatlah difahami bahawa sastera adalah merupakan karya-karya yang dihasilkan sama
ada berbentuk tulisan ataupun lisan bertujuan untuk memaparkan perutusan, amanat serta
lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir
pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada
cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat pada zamannya. Pandangan yang telah diutarakan oleh para sarjana
memperlihatkan bahawa sastera ditandai dengan pelbagai ciri khusus , ia juga boleh
digolongkan dalam pelbagai kategori serta fungsinya berdasarkan khalayak yang diwakilinya.

2. KONSEP SASTERA MELAYU

Sastera dan bahasa merupakan satu eliment yang sangat rapat. Ia tidak akan dapat
berkembang tanpa fungsi bahasa. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa
adalah medium pengantarnya. Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang sangat indah dan
tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya
mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan
mengungkapkan makna yang difikirkan. Penggabung jalinan teknik-teknik yang sesuai dan
ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga. Selain daripada
penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur akaliah.
Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea
yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca.

11
Menurut M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang mendefinisikan sastera sebagai satu
seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi
semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23).
Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertian sastera sebagai
satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.

Di dalam masyarakat melayu bidang sastera telah berkembang melalui kedua –dua
medium ini iaitu lisan dan tulisan. Ada di antara hasil karya Melayu yang terkenal
sehingga ke seluruh dunia contohnya Hikayat Hang Tuah.

Dalam tugasan ini saya dikehendaki membincangkan tentang tiga kategori bentuk
sastera Melayu iaitu sastera rakyat, sastera epik dan sastera hikayat . Ketiga-tiga kategori
ini amat popular di khalayak orang –orang melayu pada masa dahulu. Karya –karya ini
memainkan peranan masing-masing di dalam masyarakat Melayu.

a) SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat ialah sastera yang sepenuhnya telah dihasilkan oleh golongan rakyat jelata. Ia
juga turut dikenali sebagai sastera lisan. Menurut Hashim Awang (1985), sastera tradisional juga
dapat dikenali sebagai sastera rakyat yang lahir di kalangan masyarakat pada zaman lampau yang
mengamalkan gaya hidup tradisional. Sastera rakyat merupakan bentuk kesusasteraan yang
terawal lahir dalam semua kebudayaan manusia. Sebelum masyarakat Melayu mengenali huruf,
sastera yang berbentuk lisan telah berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu
tradisional. Gubahannya adalah gubahan yang begitu menarik sekali dan memang menjadi
kebanggaan golongan rakyat bawahan. Orang Melayu pada ketika itu banyak menitikberatkan
kelisanan dalam Sastera Rakyat. Kelisanan inilah yang akan menunjukkan kehebatan dan
keunikan Sastera Rakyat itu sendiri. Orang Melayu hebat berfikir, menghafal, mentafsir,
meluahkan dan mentafsirkan. Sastera tradisional telah menjadi warisan kepada generasi yang
seterusnya. Sastera tradisional tidak mempunyai bentuk, plot, ciri, gaya dan teknik yang tertentu
dan sastera tradisional bersifat kolektik. Sastera tradisional lahir sebagai bahan hiburan atau
bahasa pertuturan untuk kehidupan seharian masyarakat tradisi (Ismail Hussein, 1965).

12
Antara contoh sastera tradisional ialah pantun, syair, gurindam, cerita rakyat, teka-teki
dan seloka. Sastera rakyat mempunyai keunikannya yang tersendiri serta berciri. Antara
cirri-ciri sastera rakyat adalah seperti:

i) Penyebaran dilakukan secara lisan. Hasil-hasil karya ini berkembang atau disampaikan
dari seorang-seorang, dari satu genarasi ke satu genarasi dan seterusnya melalui pertuturan.
Dengan kata lain, sastera rakyat berkembang tidak melalui media tulisan. Sastera rakyat
diwariskan kepada genarasi yang seterusnya, dari satu zaman ke satu zaman berikutnya, dari satu
tempat ke satu tempat yang lain secara lisan. Dalam proses penurunan inilah berlakunya tokok
tambah, penyesuaian, perubahan pada bahagian-bahagian tertentu cerita untuk disesuaikan
dengan kehendak situasi setempat.

ii) Menjadi hak milik bersama masyarakat. Ia dianggap sebagai milik masyarakat kerana
tidak pernah diketahui siapakah pengarangnya. Karya-karya sastera rakyat telah diketahui ada
dalam masyarakat Melayu seolah-olah karya-karya itu dihasilkan bersama. Tidak diketahui
tarikh yang tepat bilakah masanya ia dikarang. Sebab itulah hasil-hasil sastera rakyat tidak
disertakan nama pengarang.

iii) Ia dihasilkan dalam masyarakat yang masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi
teknologi dan dalam suasana masyarakat yang kuat mengamalkan sistem sosial yang terikat
kepada semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih bersifat statik serta masih
“tertutup”.

iv) Bersifat Sejagat (Universal) Jenis sastera rakyat terdapat dalam masyarakat melayu
dipercayai wujud juga dalam masyarakat lain di dunia. Ia membawa mesej yang boleh diterima
oleh masyarakat sejagat. Terdapat banyak persamaan dari segi corak dan isi cerita sastera rakyat
Melayu dengan corak dan isi cerita rakyat yang dimiliki oleh masyarakat lain itu.

v) Berfungsi menghiburkan .Hasil-hasil sastera rakyat kaya dengan unsur humur/lucu.


Sebab itu fungsinya untuk menghibur dan mendatangkan kegembiraan kepada pendengar-
pendengar. Di samping itu terdapat juga unsur kritikan sosial dan unsur pengajaran terutama
kanak-kanak.

13
vi) Sebagai cerminan corak hidup masyarakat Melayu.Melalui hasil-hasil karya sastera
rakyat, terselit gambaran tentang adat-istiadat, system kepercayaan, nilai dan aspirasi masyrakat.
Misalnya cerita tentang raja, wira atau pahlwan sesuatu bangsa yang diwarisi.

Sastera rakyat berbentuk cerita adalah seperti mitos, lagenda, cerita rakyat,cerita
penglipurlara, cerita binatang, cerita jenaka , cerita hantu dan cerita asal usul. Manakala
sastera rakyat tak berbentuk cerita pula adalah seperti pantun, gurindam, teka –teki, jampi
dan mentera , peribahasa dan bahasa berirama. Antara cerita sastera rakyat yang sangat
popular seperti cerita Si Tanggang, Pak Kaduk, Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu
Bertangkup dan banyak lagi. Kesemua cerita ini mempunyai mesej yang ingin disampaikan
kepada pendengar.

Penutur sastera rakyat dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu satu golongan
yang terdiri daripada penutur profesional dikenali sebagai Selampit (Kelantan),Penglipur lara
(Perak), Awang Belanga (Kedah), Awang Batil (Perlis) manakala satu lagi adalah golongan
rakyat biasa .Mereka termasuklah siapa sahaja seperti ibu, bapa atau nenek yang menuturkan
sastera ini kepada anak atau cucu mereka. Biasanya yang dituturkan oleh mereka ialah cerita
bintang seperti cerita “Sang Kancil menipu buaya” , cerita tauladan seperti cerita “Si
Tanggang” dan juga cerita hantu.

b) SASTERA EPIK

Sastera epik dikenali juga sebagai sastera pahlawan. Karya-karya sastera epik mengisahkan
seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Tokoh wira tersebut diceritakan
penuh keistimewaan dan luar biasa. Tokoh wira merupakan tokoh pahlawan yang istimewa dan
menjadi kebanggaan bagi bangsa itu. Tokoh pahlawan bersifat superhuman.Beliau juga
mempunyai sifat keberanian, kesetiaan,kesaktian dan sebagainya. Biasanya melibatkan cerita-
cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada
maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu
rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Antara contoh sastera
epik yang terkenal di Malaysia seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Muhammad Hanafiah

14
.Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan
sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Sastera epik juga mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri seperti :

a. Wiranya merupakan tokoh yang agung dalam sejarah bangsanya dan dianggap sebagai
lambang kemegahan di peringkat antarabangsa.
b. Epik mempunyai latar tempat yang luas dan melibatkan latar masa yang panjang untuk
menyediakan ruang kepada wira membuktikan kepahlawanannya.
c. Epik menonjolkan sifat kepahlawanan wiranya.
d. Di dalamnya terdapat unsur-unsur ghaib (supernatural) yang melibatkan kesaktian dan
campur tangan kuasa bukan manusia (non-human).
e. Pengarangnya memberikan gambaran yang bersifat objektif. Semasa menggambarkan
sesuatu peristiwa, pengarang tidak campur tangan dan tidak menyebelahi mana-mana
pihak.

Terdapat beberapa fungsi Sastera epik di dalam masyarakat Melayu . Antara fungsinya
adalah:

a. Bertujuan untuk mengagungkan seseorang tokoh seperti Hang Tuah yang telah
diangkat sebagai pahlawan Melayu yang terbilang.
b. Ia juga berfungsi sebagai lambang keagungan sesuatu bangsa dan negara . Hang Tuah
adalah lambang kebanggaan dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Manakala tokoh
epik Amir Hamzah lambing keagungan kerajaan pemerintahan Islam yang hebat.
c. Menanamkan semangat cintakan bangsa, negara dan agama. Keperibadian yang dimiliki
oleh tokoh-tokoh epik dapat membangkitkan semangat juang yang tinggi bagi
mempertahankan maruah bangsa dan agama. Contohnya sifat yang dimiliki oleh Hang
Tuah dapat menanam semangat kepada generasi kini terhadap bangsa, tanah air dan
agama.
d. Sebagai alat pengekalan dan pemantapan nilai-nilai dan norma masyarakat . Contohnya
sifat kepahlawanan dan negarawan yang ada pada Hang Tuah boleh dijadikan contoh atau
model kepada masyarakat Melayu.

15
c) SASTERA HIKAYAT

Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa
Melayu lama dengan laras bahasa dan stuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang
berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya. Sastera Hikayat dapat
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sastera hikayat berunsurkan Hindu, sastera hikayat
berunsurkan Hindu Islam dan sastera hikayat berunsurkan Islam sepenuhnya.

Sastera hikayat berunsur Hindu ialah sastera yang menerima secara kuat pengaruh Hindu
terutama dari Hikayat Ramayana dan Mahabharata. Daripada Epik Mahabharata : Hikayat-
hikayat Melayu yang disadur atau terjemahan bahagian-bahagian tertentu dikenali sebagai
sebagai pendawa dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa
Jaya, Hikayat Panca Kelima,Hikayat Pandawa, Hikayat Sang Boma.

Sastera Hikayat berunsur campuran Hindu dan Islam terhasil kerana di dalam karya ini
mempunyai unsur-unsur Hindu dan juga unsur-unsur Islam. Namun begitu ia sebenarnya
merupakan sejenis karya sastera yang berasal daripada sastera Hindu dengan wajah baru yang
mengandungi unsur-unsur Islam pada jalan ceritanya. Dihasilkan pada zaman bermulanya
pengaruh Islam di alam Melayu. Pada zaman ini pengaruh Hindu masih tebal. Karya-karya
sastera bercorak Hindu yang diubahsuai dengan sifat-sifat keIslaman sesuai dengan prinsip dan
pemikiran Islam. Di antara sastera hikayat campuran Islam dan Hindu yang terkenal adalah:

i) Hikayat Marakarma/Hikayat Si miskin


ii) Hikayat Serangga Bayu/Hikayat Ahmad Muhammad
iii) Hikayat Inderajaya/Hikayat Shahi Mardan

Hikayat berunsur Islam pula ialah hikayat yang menerima kuat pengaruh Islam dalam
karya.Contohnya ialah Hikayat 1001 malam dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat berunsur Islam
juga disebut sebagai “cerita dalam cerita” iaitu ceritanya terjadi daripada satu cerita pokok dan di
dalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain, dikenali sebagai “cerita sisipan”, cerita
berakhir dengan kembali kepada cerita pokok. Isi cerita ini berasal dari India. Ia sampai ke dalam
kesusasteraan Melayu melalui Arab Parsi. Unsur-unsur pengaruh Islam lebih ketara dan
menonjol berbanding unsur pengaruh Hindu. Ia kaya dengan nilai-nilai moral yang tinggi

16
seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan. Dalam karya ini terdapat banyak
mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan yang tinggi. Selain daripada cerita hikayat
1001 satu malam dan Hikayat Abu Nawas terdapat juga beberapa lagi judul hikayat
yang terkenal seperti Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Kalila Wa Daminah dan Hikayat
Bakhtiar.

3. KESIMPULAN

Sebagai pelajar kita haruslah memahami susur galur bagaimana sesebuah hasil karya
sastera itu terhasil. Dengan memahami susur galur ini maka kita akan mengetahui
kepentingan serta fungsi sesebuah karya di hasilkan. Karya -karya ini telah membentuk
satu imej yang unik terhadap kesusateraan Melayu. Ia juga boleh dianggap sebagai salah
satu bahan bagi membentuk jati diri bangsa Melayu. Bangsa Melayu masih lagi
mengagungkan kehebatan serta ketokohan Hang Tuah . Sesungguhnya tanpa kita sedari
sehingga ke hari ini kita masih mengguna pakai karya-karya sastera yang terhasil sejak
lama dahulu. Kita masih bercerita tentang kisah-kisah haiwan kepada generasi anak-anak.
Sesungguhnya karya sastera yang bermutu yang dihasilkan sejak ratusan tahun dahulu
masih releven sehingga ke hari ini.

Bahagian C : Rancangan Pelajaran Harian

RANCANGAN PELAJARAN

17
Tajuk Tajuk : Sajak sayangi ibu bapa
Tema : kesusasteraan
Peringkat Kelas: Tahun 5 Bijak
Bilangan Murid: 38 orang
Masa: 9-15 pagi -10.15 pagi (60 minit)
Tarikh : 15 Febuari 2016
Standard Kandungan 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat
yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Standard Pembelajaran 2.5.1 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam bahan puisi
dengan betul
Objektif pelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat

i. Mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul serta


sebutan yang tepat.

ii. Menerangkan maksud yang tersurat dan tersirat sajak “sayangi ibu


bapa”yang telah diklamasikan.

 iii.Memindahkan maklumat yang diperolehi daripada sajak “sayangi ibu


bapa” ke dalam bentuk carta aliran i-think peta buih dalam kumpulan

Elemen Merentasi Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental, Hemah Tinggi,Baik hati ,
Kurikulum Rasional
TMK : Seni Bahasa (Didik Hibur)
EMK : Kreativiti dan Inovasi
KBT : KB-mengecam,Menaakul,Menganalisis, Menjanakan idea
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah belajar tentang sajak dan tahu bagaimana caranya sajak
Murid dideklamasikan .
Konsep/Prinsip/Teori/Hukum Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

18
Kemahiran Berfikir
- Menghubung kait
- Menjana idea
- Mengingat
- Menghubungkaitkan
Kecerdasan Pelbagai
- Interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik
Sistem Bahasa Tatabahasa : Sajak

Pengisian Kurikulum Nilai : Hemah tinggi,Menghargai,Patriotisme,Tanggungjawab


Ilmu: Pendidikan agama Islam, TMK
Bahan Pembelajaran & a) Klip video lagu ayah ibu https://www.youtube.com/watch?
Pengajaran: v=qJAlJsT385Y
b) Kertas sebak, pen marker

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Langkah Isi Aktiviti Guru Aktiviti Murid ALATAN, BBM

19
Kandungan DAN CATATAN
Set Induksi Tayangan klip Guru menayangkan klip Murid menonton klip
5 minit video “lagu video “lagu ayah ibu .” video lagu “lagu ayah KB-Menghubung
ayah ibu . yang dimuat turun ibu” yang ditayangkan kait, mentafsir
melalui laman sesawang oleh guru di skrin
youtube . Guru meminta 2. Murid menyanyikan BCB: Mendengar 

murid menyanyikan bersama-sama dengan berkesan

lagu ini bersama-sama berdasarkan lirik lagu


berdasarkan lirik lagu “lagu ayah ibu” yang BBM:

yang terdapat di skrin . ditayangkan oleh guru di Media Youtube &

Guru menerangkan skrin Website

tentang jasa dan TMK : Penggunaan

pengorbanan ibu dan ICT

ayah yang tidak terkira


banyaknya dalam
membesarkan anak-anak.
Langkah 1 1. Guru meminta murid- 1.Murid bergerak ke
minit Menayangkan murid bergerak ke dalam kumpulan masing-
bait-bait sajak dalam kumpulan masingMurid mendengar
“sayangi ibu masing-masing. penerangan guru mengenai KB :
bapa” pada maksud perkataan Menghubungkait,

skrin. 1.Guru menerangkan peribahasa mengecam

kepada murid tentang


Aktiviti aktiviti yang perlu 2.Murid membaca bait- BCB :

kumpulan : mereka jalankan iaitu bait sajak yang mereka  i)mendengar

murid mendeklamasikan sajak lihat di pancarkan oleh    dengan berkesan

mendeklamasi- di dalam kumpulan guru dengan


kan sajak masing-masing menggunakan LCD
Nilai : Kerajinan.
mengikut 3.Murid berlatih dalam
kumpulan 3. guru menayangkan kumpulan masing-masing
BBM : tayang
masing- slaid power point sajak mengikut masa yang

20
masing yang bertajuk “sayangi telah diperuntukan oleh power point sajak.
ibu bapa” guru iaitu selama 5 minit

Hari berganti hari 4.Murid mendeklamasikan


Minggu bertukar minggu
sajak “sayangi ibu bapa”
Bulan terusmenjelma
Saat yang dinantikan di hadapan kelas dengan
makin tiba
intinasi dan gaya
Ibu resah ayah gelisah pengucapan yang betul.
menanti saat kelahiran
anak
Yang akan 5. Setiap kumpulan akan
membahagiakan mereka
mendeklamasikan sajak
Gembiranya ibu
bersyukurnya ayah sambil membuat gaya dan
Menerima tetamu yang
pergerakkan mengikut
dinanti
kreativiti kumpulan
Itulah aku yang baharu
masing-masing.
mengenal dunia
Aku dicium ibu aku
ditatang ayah
Umpama minyak yang
penuh
Aku dibesarkan dengan
penuh kasih sayang

Ibu berlari mendengar


tangisku
Ayah masih lagi
membanting tulang untuk
menyara hidupku
Aku di rumah selamat
dalam dakapan ibu
Kini aku telah dewasa
Ibu ayah masih tetap
menyayangiku

Pernah satu ketika abu


tersentuh dengan
tingkahku
Semalaman ibu
menangis berendam air
mata

21
Aku hairan kenapa ibu
begitu
Ayah datang
menasihatiku

Aku tidak sedar


tingkahlaku selama ini
begitu menyiksakan
Aku berjanji padamu
ibu aku berjanji
padamu ayah
Satu hari nanti aku
akan menjadi
Aanak yang akan
membanggakan kalian

RANCANGAN PELAJARAN
Tajuk Tajuk : Sajak sayangi ibu bapa
Tema : kesusasteraan
Peringkat Kelas: Tahun 5 Bijak
Bilangan Murid: 38 orang

22
Masa: 9-15 pagi -10.15 pagi (60 minit)
Tarikh : 15 Febuari 2016
Standard Kandungan 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat
yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.

Standard Pembelajaran 2.5.1 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam bahan puisi
dengan betul
Objektif pelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat

i. Mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul serta


sebutan yang tepat.

ii. Menerangkan maksud yang tersurat dan tersirat sajak “sayangi ibu


bapa”yang telah diklamasikan.

 iii.Memindahkan maklumat yang diperolehi daripada sajak “sayangi ibu


bapa” ke dalam bentuk carta aliran i-think peta buih dalam kumpulan

Elemen Merentasi Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental, Hemah Tinggi,Baik hati ,
Kurikulum Rasional
TMK : Seni Bahasa (Didik Hibur)
EMK : Kreativiti dan Inovasi
KBT : KB-mengecam,Menaakul,Menganalisis, Menjanakan idea
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah belajar tentang sajak dan tahu bagaimana caranya sajak
Murid dideklamasikan .
Konsep/Prinsip/Teori/Hukum Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir
- Menghubung kait
- Menjana idea
- Mengingat
- Menghubungkaitkan

23
Kecerdasan Pelbagai
- Interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik
Sistem Bahasa Tatabahasa : Sajak

Pengisian Kurikulum Nilai : Hemah tinggi,Menghargai,Patriotisme,Tanggungjawab


Ilmu: Pendidikan agama Islam, TMK
Bahan Pembelajaran & c) Klip video lagu ayah ibu https://www.youtube.com/watch?
Pengajaran: v=qJAlJsT385Y
d) Kertas sebak, pen marker

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Langkah Isi Aktiviti Guru Aktiviti Murid ALATAN, BBM
Kandungan DAN CATATAN
Set Induksi Tayangan klip Guru menayangkan klip Murid menonton klip
5 minit video “lagu video “lagu ayah ibu .” video lagu “lagu ayah KB-Menghubung
ayah ibu . yang dimuat turun ibu” yang ditayangkan kait, mentafsir

24
melalui laman sesawang oleh guru di skrin
youtube . Guru meminta 2. Murid menyanyikan BCB: Mendengar 
murid menyanyikan bersama-sama dengan berkesan
lagu ini bersama-sama berdasarkan lirik lagu
berdasarkan lirik lagu “lagu ayah ibu” yang BBM:

yang terdapat di skrin . ditayangkan oleh guru di Media Youtube &

Guru menerangkan skrin Website

tentang jasa dan TMK : Penggunaan

pengorbanan ibu dan ICT

ayah yang tidak terkira


banyaknya dalam
membesarkan anak-anak.
Langkah 1 1. Guru meminta murid- 1.Murid bergerak ke
minit Menayangkan murid bergerak ke dalam kumpulan masing-
bait-bait sajak dalam kumpulan masingMurid mendengar
“sayangi ibu masing-masing. penerangan guru mengenai KB :
bapa” pada maksud perkataan Menghubungkait,

skrin. 1.Guru menerangkan peribahasa mengecam

kepada murid tentang


Aktiviti aktiviti yang perlu 2.Murid membaca bait- BCB :

kumpulan : mereka jalankan iaitu bait sajak yang mereka  i)mendengar

murid mendeklamasikan sajak lihat di pancarkan oleh    dengan berkesan

mendeklamasi- di dalam kumpulan guru dengan


kan sajak masing-masing menggunakan LCD
Nilai : Kerajinan.
mengikut 3.Murid berlatih dalam
kumpulan 3. guru menayangkan kumpulan masing-masing
BBM : tayang
masing- slaid power point sajak mengikut masa yang
power point sajak.
masing yang bertajuk “sayangi telah diperuntukan oleh
ibu bapa” guru iaitu selama 5 minit

Hari berganti hari 4.Murid mendeklamasikan


Minggu bertukar minggu

25
Bulan terusmenjelma sajak “sayangi ibu bapa”
Saat yang dinantikan
di hadapan kelas dengan
makin tiba
intinasi dan gaya
Ibu resah ayah gelisah
menanti saat kelahiran pengucapan yang betul.
anak
Yang akan
5. Setiap kumpulan akan
membahagiakan mereka
Gembiranya ibu mendeklamasikan sajak
bersyukurnya ayah
sambil membuat gaya dan
Menerima tetamu yang
dinanti pergerakkan mengikut
kreativiti kumpulan
Itulah aku yang baharu
mengenal dunia masing-masing.
Aku dicium ibu aku
ditatang ayah
Umpama minyak yang
penuh
Aku dibesarkan dengan
penuh kasih sayang

Ibu berlari mendengar


tangisku
Ayah masih lagi
membanting tulang untuk
menyara hidupku
Aku di rumah selamat
dalam dakapan ibu
Kini aku telah dewasa
Ibu ayah masih tetap
menyayangiku

Pernah satu ketika abu


tersentuh dengan
tingkahku
Semalaman ibu
menangis berendam air
mata
Aku hairan kenapa ibu
begitu
Ayah datang
menasihatiku

Aku tidak sedar

26
tingkahlaku selama ini
begitu menyiksakan
Aku berjanji padamu
ibu aku berjanji
padamu ayah
Satu hari nanti aku
akan menjadi
Aanak yang akan
membanggakan kalian

Langkah 2 Tayangan Guru memberi tugasan 1.Murid masih berada di Kerja kumpulan
minit power point kepada murid iaitu dalam kumpulan dan EMK : Penerokaan
bait-bait sajak meneroka isi penting diberikan bahan untuk Ilmu
“sayangi ibu yang terdapat dalam menyiapkan tugasan yang
bapa” sajak “sayangi ibu diberi oleh guru. KP: kolaboratif
bapa” 1. Murid diminta untuk
Aktiviti berbincang tentang NILAI : Berani dan
Kumpulan 1. Guru menerangkan isi-isi penting yang Berdaya Kreatif
Menerangkan tentang tugasan yang dapat mereka
maksud sajak perlu dilakukan oleh perolehi daripada BBM : tayangan

dengan kumpulan masing- sajak “saying ibu tayang power point

menggunakan masing iaitu bapa” sajak.

ayat yang meneliti setiap baris 2. Wakil kumpulan


gramatis sajak. Mereka perlu dikehendaki
Berdasarkan mengenal pasti isi-isi membentangkan hasil
cerita serta maklumat dapatan
“sayangi ibu penting yang perbincangan mereka
bapa” terdapat di dalamnya. di hadapan kelas
Mereka dikehendaki 3. Kepekaan serta
menggunakan ayat ketelitian kumpulan
yang gramatis serta akan mempengaruhi
kretiviti masing- mutu penyampaian
masing untuk

27
dipersembahkan mereka.
kepada rakan-rakan.

2. Wakil dari setiap


kumpulan akan
diminta
membentangkan
senarai isi –isi
penting yang telah
mereka perolehi
hasil dari
perbincangan di
dalam kumpulan
masing-masing.
3. Guru membuat
penilaian terhadap
tugasan kumpulan
murid.

Langkah 3 Menulis / Guru meminta murid 1. Murid secara


minit memindah mencatatkan semua isi- individu diminta BBM : buku
maklumat yang isi penting yang dapat untuk menyenaraikan latihan murid
telah mereka mereka fahami isi-isi penting dalam
perolehi berdasarkan bentuk peta buih BCB : Mendengar
berdasarkan pembentangan yang i-think bagi menguji dengan berkesan
pembentangan telah dijalankan oleh tahap pemahaman
setiap kumpulan-kumpulan mereka mempelajari
kumpulan ke dalam bentuk peta buih sajak “sayangi ayah
dalam bentuk i-think. ibu”
peta buih.
Guru 1.Guru menanyakan 1.Murid mendengar soalan

28
Penutup merumus topik beberapa soalan yang yang ditanya oleh guru KB : Menjana idea,
(5 minit) pelajaran berkaitan pengajaran dengan teliti. menghubungkaitkan
melalui sesi yang mereka perolehi 2. Murid menjawab soalan
soal jawab daripada sajak “ yang diberikan dengan Nilai : Rajin
sayangi ayah ibu” serta menggunakan ayat yang
kesannya dalam gramatis.
kehidupan seharian. 3. Murid mendengar
penerangan dan bimbingan
2.Guru merumus guru.
pembelajaran pada hari
itu.

Penilaian:

1. Kekuatan

Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan set
induksi dengan tayangan klip video yang menyentuh hati. Kelebihan dan kekuatan yang dapat
dikesan dalam menjalankan p&p ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang
akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa

29
yang disampaikan oleh guru. Klip video yang digunakan telah memberikan kesan kepada
murid. Terdapat murid yang menangis apabila menonton klip video ini. Pemilihan tajuk
klip video ini berkaitan dengan tajuk sajak yang diajar iaitu “ sayangi ibu bapa” . Murid-
murid juga sudah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang kehidupan berkeluarga. Maka
tajuk P&P ini berjaya dilaksanakan dengan mudah. Objektif P&P juga tercapai.

2.Kelemahan

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan P&P ini ialah ketepatan
mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berjalan dengan baik dan lancar. Akibat gangguan ini ada langkah yang
terpaksa dikurangkan sedikit bilangan waktunya. Namun begitu ia tidaklah menjejaskan
proses P&P yang dirancang. Penggunaan klip video yang menyentuh hati telah menyebabkan
sedikit ganguan emosi kepada murid yang mempunyai ibu bapa yang sedang sakit. Mereka
masih menangis walaupun setelah klip video itu selesai ditayangkan. Guru perlu memujuk
mereka supaya kembali normal untuk menjalankan aktiviti P&P yang telah dirancang.

Langkah Mengatasi

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam P&P ini , penambah baikan yang perlu dilakukan ialah dari segi pengurusan
masa serta pemilihan klip bahan seperti klip video yang tidak terlalu menyentuh perasaan .
Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu
diikuti bagi melancarkan proses P&P. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap
bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Sebagai guru saya juga perlu lebih peka dengan bahan yang dijadikan sebagai BBM . Jika
bahan yang dipilih terlalu sukar maka murid tidak akan dapat memahaminya dan jika ia
terlalu menyentuh perasaan maka ia akan mengganggu emosi murid tersebut.

30
Rujukan

Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chew Fong Peng, Abdul Jalin Othman (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
dalam bilik darjah di Sekolah Menengah: Punca, masalah dan kesannya di Malaysia.
UKM.

31
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar  bahasa

Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Raminah Sabran. (1991). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Roselan Baki. (2006). “Interaksi Lisan Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa
Melayu: Potensi yang Terabai”. Kertas Kerja dalam Seminar Memperkasakan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Persekolahan, anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada 19-21 Disember.
·        ·       
Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan: PTS Profesional.

Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.

Bhd

Rujukan Laman Web

http://lvwc.blogspot.com/2012/07/10-kemahiran-berbahasa.html

http://amirosyatibashah.blogspot.com/2011/12/bahasa-melayu-kemahiran-mendengar.html

32
33

Anda mungkin juga menyukai