Anda di halaman 1dari 5

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

PENGENALAN
Pada bahagian ini akan menunjukkan tentang reka bentuk kajian yang dijalankan. Terdapat
elemen-elemen penting yang digunakan dalam kajian ini. Perkara-perkara yang dibincangkan
dalam bahagian ini termasuklah sampel dan kaedah persampelan, reka bentuk kajian, kaedah
pengumpulan data, ujian realibiliti dan ujian normality.

REKA BENTUK KAJIAN

Untuk menjalankan kajian, pengkaji perlu kenal pasti tentang reka bentuk kajian terlebih
dahulu. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif dalam mengukur dan
menguji hubungan dan angkubah tahap kualiti kesejahteraan hidup komuniti nelayan di
Kampung Teluk Bayu, Besut. Dalam menjalankan kajian ini pendekatan kuantitatif dapat
memberi dan menunjukkan hasil yang ‘valid’ dan ‘reliable’. Hal ini terjadi kerana data akan
diuji melalui ujian analisis untuk mendapatkan tahap kesahihannya. Pendekatan kajian ini
juga menjimatkan masa dan kos serta dapat dijalankan dengan mudah dan cepat walaupun
ramai sampel kerana data diproses menggunakan aplikasi komputer.

Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkait persoalan
dan objektif kajian dengan hasil kajian. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah untuk reka bentuk kajian ini. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk
mendapatkan maklumat adalah mudah dan tepat serta relevan dengan objektif yang telah
ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kaji selidik yang mana ianya mudah
untuk mendapatkan kerjasama daripada responden.
SAMPEL KAJIAN DAN KAEDAH PERSAMPELAN.

Dalam pemilihan subjek penyelidikan, pengkaji telah memilih komuniti nelayan di Kampung
Teluk Bayu sebagai responden. Responden yang terdiri daripada penduduk kampong Teluk
Bayu yang dipilih secara rawak.. Pengkhususan dan pengelasan yang akan dilakukan serta
difokuskan adalah dari segi perbezaan di antara latar belakang responden, faktor modal
social, kesihatan mental dan kualiti hidup.

Setelah mengetahui dan menentukan populasi kajian, penyelidik akan mengkaji pula teknik
persampelan kajian dan kaedah persampelan iaitu penetapan saiz sampel yang bersesuaian
dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Sampel kajian berkaitan dengan proses
memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden
kajian. Dalam kajian ini, penyelidik akan memilih sampel kajian yang terdiri daripada
penduduk Kampung Teluk Bayu, Besut.

Sampel akan dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah persampelan. Kaedah
persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan kaedah persampelan
rawak mudah, responden mempunyai peluang untuk dipilih secara sama rata. Penggunaan
angka dalam kaedah pemilihan seperti menggunakan urutan nombor dalam senarai nama
untuk memilih responden secara rawak.

Senarai sampel kajian adalah seperti berikut:

Jadual 1: Senarai sampel kajian

BIL JANTINA BILANGAN PENDUDUK TERLIBAT


1 LELAKI 16
2 PEREMPUAN 14
KAEDAH PENGUMPULAN DATA

PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji ialah kaji selidik dan pemerhatian.
Soalan kaji selidik telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kesejahteraan
hidup komuniti nelayan di Kampung Teluk Bayu terutamanya dari pandangan penduduk
Kampung Teluk Bayu.

BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan antara kaedah yang penting dalam pengumpulan data kerana ia
mampu untuk berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik
perlu melalui strategi mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak
berlaku bias. Kaedah ini antara kaedah yang kerap digunakan pengkaji untuk mendapatkan
data primer. Soalan dalam borang soal selidik haruslah relevan dan sesuai dengan objektif
dan kerangka konseptual yang ditetapkan agar soalan tersebut tidak menyimpang daripada
data yang kita inginkan. Laras bahasa yang digunakan dalam borang soal selidik perlulah
mudah difahami oleh responden supaya responden dapat menjawab dengan betul dan tepat.

Borang soal selidik mempunyai 2 bentuk soalan iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup.
Soalan tertutup mempunyai pilihan jawapan yang berbeza-beza yang diletakkan oleh
pengkaji dan responden hanya memilih jawapan yang dinginkannya. Jawapan soalan tertutup
mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis. Soal
selidik terbuka pula, responden perlu menulis jawapan secara bebas yang dirasakan sesuai
dengan objektif kajian.

Dalam kaedah ini, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mengandungi 4
bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Pada bahagian A
merupakan Demografi responden iaitu serba sedikit latar belakang responden iaitu Umur
Responden, Jantina Responden, Bangsa, Tahap Pendidikan, Pekerjaan, Jumlah Pendapatan,
Taraf Perkahwinan dan Isi Rumah. Pada bahagian B pula merupakan dapatan kajian iaitu
untuk mengkaji Faktor Modal Sosial melalui Jaringan dan Komunikasi, Kepercayaan,
Norma, Nilai dan Kebiasaan, Peraturan Sosial, Keupayaan atau Kemampuan Diri dan
Keperluan Beragama. Seterusnya pada bahagian C pula mengenai Kesihatan Mental
penduduk kampung. Seterusnya bahagian terakhir iaitu bahagian D menilai Kualiti Hidup
melalui Pendapatan, Perbelanjaan, Simpanan, Rumah, Aset, Kenderaan, Peralatan,
Kemudahan Asas, Kesihatan, Pendidikan dan Keselamatan. Borang soal selidik soalan
tertutup telah dijawab oleh penduduk Kampung Teluk Bayu dan menggunakan borang soal
selidik 5 skala Likert.

KAEDAH KUANTITATIF

Istilah kuantitatif adalah berasal daripada perkataan kuantiti yang merujuk kepada sesuatu
yang boleh diukur dikira dan merujuk kepada bilangan yang diskrit serta dinyatakan dengan
jelas dan konkrit. Dalam kuantitatif kaedah yang digunakan lebih kepada pengukuran dan
data kebiasaannya dipersembahkan dalam bentuk numerikal. Di antara kebaikan
menggunakan kaedah ini ialah segala data yang dikaji senang diurus kerana ia dapat
dikategorikan dalam bentuk nombor.

Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan lebih
tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan. Dalam kajian ini, analisis
kuantitatif diperolehi daripada data primer iaitu hasil daripada Borang Soal Selidik Kajian
Kesejahteraan Hidup Komuniti Nelayan di Besut. Data yang diperolehi dalam Bahagian B,
Bahgian C dan Bahagian D akan dikumpul,direkod, dianalisis dan disimpulkan. Data
dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas.

UJIAN ANALISIS MENGGUNAKAN SPSS

Metode penelitian kuantitatif menghasilkan output berupa angka statistik, baik dalam
penelitian yang menghasilkan keluaran data deskriptif atau pun inferensial. Analisis
kuantitatif digunakan jika peneliti ingin membedah topik dengan melakukan pengukuran.
Analisis kuantitatif ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi komputer SPSS yang
boleh menganalisis data. SPSS bermaksud Statistical Product and Service Solutions. SPSS
adalah program aplikasi yang mempunyai keupayaan analisis statistik yang cukup tinggi dan
sistem pengurusan data dalam persekitaran grafik dengan menggunakan menu deskriptif dan
kotak dialog mudah supaya mudah difahami bagaimana untuk beroperasi. SPSS juga
digunakan dalam penyelidikan pemasaran, kawalan kualiti, dan penyelidikan saintifik.
Aplikasi SPSS juga digunakan untuk menganalisis data terutama bagi rumpun ilmu sains
sosial disebabkan itu ia dipanggil Pakej Statistikal untuk Sains Sosial.

Anda mungkin juga menyukai