Anda di halaman 1dari 8

5.

0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Penyelidikan deskriptif

merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena

yang sedang berlaku. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti corak perbelanjaan

peminjam PTPTN di kalangan pelajar UITM Seremban 3 serta masalah kewangan

yamg dihadapi oleh para pelajar dan keberkesanan dalam membantu pelajar Uitm

Seremban 3 dari segi kewangan.

3.2 Responden Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada mahasiswa pada peringkat diploma dan ijazah

sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia (Uitm) Seremban 3 yang mendapat

kemudahan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

(PTPTN) di bawah tiga fakulti, iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,

Fakulti Sains Komputer Matematik dan Fakulti Sains Rekreasi.

3.3 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan bagi mengenalpasti corak perbelanjaan peminjam PTPTN di

kalangan pelajar UITM Seremban adalah dengan mengunnakan kaedah kualitatif dan

kuantitatif. Kaedah kualitatif adalah data primer di mana melibatkan pengumpulan data

melalui penyebarkan borang selidik yang dilakukan secara atas talian secara rawak kepada

pelajar Uitm Seremban 3. Borang soal selidik atas talian mempunyai dua bahagian dimana

bahagian A adalah demografi respondan dan bahagian B adalah corak perbelanjaan yang

dilakukan oleh respondat. Soal selidik dibina berdasarkan prinsip Keep It Short and Simple

(KISS) dengan menggunakan skala likert lima aras. (Jadual 1)

1 2 3 4 5
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat tidak

setuju

Selain itu, kaedah kuantitatif juga dilakukan dimana ianya adalah data sekunder yang

melibatkan penganalisisan kandungan buku, jurnal dan carian di atas talian.


Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk

menghubungkaitkan persoalan dan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk

kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah persempelan rawak

mudah. Kajian ini adalah untuk mengkaji adat resam yang dijalankan selepas

kelahiran bayi dalam masyarakat melayu yang diamalkan di kawasan Kampung

Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Kaedah persempelan digunakan kerana

proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan

objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kaji selidik

yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden.

4.1 Persempelan
Kajian ini menggunakan persempelan bukan probaliti iaitu teknit persempelan

bertujuan untuk menjawab objektif yang diaturkan oleh pengkaji. Seramai 30 orang

responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu penduduk

Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Saiz sampel ini dikatakan

relevan menurut Bailey (1994), di mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum

bagi kajian memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah

berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.

Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka

seharusnya adalah penduduk Kampung Simpang Sepayang. Hal ini kerana mereka

memahami adat resam yang diamalkan di kawasan kampung mereka.

4.2 Pengumpulan Data

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menguunakan soal

selidik, pemerhatian dan temu bual. Borang soal selidik telah dibentuk untuk

mendapatkan maklumat tentang adakah Adat Selepas Kelahiran Bayi masih

diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

4.2.1 Data Sekunder

Data sekunder diperoleh dari perpustakaan SMK Rompin dan laman web

rasmi seperti laman web Utusan Online, Jabatan Warisan Negara. Data-data penting

termasuklah buku-buku, keratan akhbar dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta

dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Google.


4.2.2 Data Primer

Kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka dilakukan dengan penduduk

tempatan. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau kawasan

kajian iaitu Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

a) Borang soal selidik

Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul dan mengikut

pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang

diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam

suasana semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal

selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh penduduk Kampung Simpang Sepayang,

Kuala Rompin. Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Rasional

menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-

beza dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi system

pengkodan yang bersifat piawaian serta mudah dianalisis.

b) Borang temu bual

Terdapat beberapa jenis instrument digunakan untuk mengumpul maklumat dalam

kajian ini. Satu daripada instrument yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif

ini adalah menggunakan teknik temu bual. Kaedah temu bual dijalankan ke atas

penduduk Kampung Simpang Sepayang berkenaan untuk mendapatkan pendapat

mereka tentang adat Selepas Kelahiran Bayi yang diamalkan di Kampung Simpang

Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.


Terdapat 3 jenis teknik temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan

temu bual terbuka. Sebenarnya menerusi temu bual dapat membantu pengkaji

mengetahui perkara yang tidak dapat diperhati secara langsung daripada responden

(Fraenkel, J.R & Wallen, N.E, 1996)

Borang temu bual yang direka bentuk oleh pengkaji mengandungi 1 soalan. Semasa

proses temu bual, rakaman suara telah dilakukan untuk memastikan maklumat tidak

tercicir kerana pengkaji tidak mampu mencatatkan semua maklumat dengan sepantas

dalam catatan nota. Selain itu, temu bual dijalankan dengan menggunakan Bahasa

Melayu, kandungan temu bual telah dirakam dan dicatat. Kemudian, kesemua

maklumat temu bual telah ditulis semula dalam bentuk jadual dan rajah.

c) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam

pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual.

Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri di kawasan kajian. Kaedah ini

membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak

digambarkan oleh responden. Pemerhatian perlu dilakukan dalam persekitaran

semula jadi tanpa manipulasi atau campur tangan dari pemerhati.

4.3 Teknik Penganalisis Data

Teknik penganalisan data dibahagi kepada teknik penganalisan data secara

kuantitaitf dan teknik penganalisan data secara kualitatif.


4.3.1 Data Penganalisan Kuantitatif

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan dan

kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik

yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang

diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data

tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Dalam borang kaji selidik ini, jawapan ya atau tidak digunakan untuk mendapatkan

respon daripada responden dalam menilai adat selepas kelahiran bayi yang masih

diamalkan di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang.

4.3.2 Data Penganalisan Kualitatif

Kaedah kualitatif merupakan satu penerangan terperinci tentang situasi, peristiwa,

orang, interaksi, dan kelakuan orang yang diperhatikan. Kualitatif juga boleh dikatakan

sebagai penggunaan petikan daripada orang tentang pengalaman, sikap,

kepercayaan, dan pemikiran mereka sendiri. Di antara kebaikan menggunakan

kaedah ini ialah lebih fleksibel iaitu membenarkan pengkaji mengikut aturan

penyelidikan seperti apa yang dikehendaki oleh pengkaji supaya tugasan tersebut

dapat memudahkan mereka. Ia juga memberikan kefahaman bagaimana responden

memberi makna kepada sesuatu keadaan. Dalam kajian ini, analisis kualitatif adalah

berdasarkan data primer dan data sekunder yang diperolehi melalui kaedah kumpulan

fokus. Melalui data-data daripada jenis-jenis adat selepas kelahiran bayi diamalkan di

Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahng dalam bahagian B borang soal

selidik yang akan dirumuskan oleh pengkaji.

Anda mungkin juga menyukai