Anda di halaman 1dari 3

Inginkan Kulit Wajah Putih, Membawa Derita….

“Assalamualaikum Mak Tijah”. Khatijah yang sedang sibuk menggantungkan


tudung tudung jualannya menoleh kearah suara tersebut lalu terus menjawab
“Waalaikumsalam….. Eh..eh.. Ani rupanya. Apa khabar Ani?” Khatijah tidak berkelip
kelip mata menatap wajah Rohani. “Apa dia, Mak Tijah?” Rohani bertanya hairan. “Ani,
bulan lepas masa Ani datang beli tudung, Mak Tijah tengok kulit muka Ani penuh dengan
jeragat tebal sampai muka Ani nampak macam Zorro! Kawasan mata aje yang nampak
jelas, yang lain penuh dengan jeragat yang lebar lebar. Tetapi sekarang ini, kulit muka
Ani bersih, cerah dan jeragat yang ada pun tinggal yang halus halus dan pudar. Apa Ani
buat? Jangan marah ya, Mak Tijah menanya ini”.

Sambil tersenyum, Rohani menjawab “Beberapa hari selepas membeli tudung dari Mak
Tijah, Ani telah hadir dalam suatu majlis perkahwinan dan terserempak dengan kawan
lama Ani dari zaman persekolahan, Dr Tunku Zaidar. Dr Tunku Zaidar adalah pencipta
produk dan teknik rawatan ZAI’S BEAUTY FORMULA. Apabila terpandang muka
Ani, Dr. Tunku pun terperanjat. Sebabnya dulu semasa remaja, muka Ani cerah, gebu dan
halus. Dr. Tunku tanya produk apa yang Ani guna. Ani pun beritahulah”.

“Lepas tu apa Dr Tunku kata?” tanya Khatijah. “Apa lagi, Ani kena dapat syarahan
daripada Dr Tunku lah. Dr Tunku kata orang perempuan sekarang asyik nak kulit putih
dan tanpa usul periksa, berani untuk terus mencuba apa-apa saja produk yang ada di
pasaran. Dr. Tunku juga beritahu bahawa dah ramai betul wanita Melayu mengalami
berbagai bagai masalah kulit dan ada juga yang mengalami gangguan kesihatan seperti
resdung, bengkak paru paru, kanser, kerosakan buah pinggang dan hati serta penyakit urat
saraf. Terdapat juga wanita Melayu yang melahirkan bayi yang cacat akal atau fizikal
serta kerosakan pada jantung dan hati. Ini semua ada kaitan dengan penggunaan produk
kecantikan yang mengandungi bahan bahan merbahaya” Rohani menceritakan lebih
lanjut tentang perjumpaannya dengan Dr Tunku Zaidar.

“Ya ke Ani?” tanya Khatijah dengan hairan. “Iya, Dr Tunku mengatakan kebanyakan
produk mengandungi dua unsur merbahaya. Pertama, bahan pengelupasan AHA seperti
asid sitrik iaitu ekstrak limau, epal serta kiwi; asid glikolik iaitu ekstrak tebu dan enzim
dari betik serta nenas. Bahan bahan pengelupasan ini akan menipiskan kulit dan
menyebabkan bertambahnya jeragat. Lebih lebih lagi di Malaysia, dengan cahaya
matahari panas dan haba, penggunaan bahan pengelupasan akan meningkatkan
kemungkinan terkena penyakit kanser kulit!”

1
Sambil memandang air muka Khatijah yang bertambah risau, Rohani meneruskan
ceritanya “Dr Tunku kata bahan merbahaya kedua adalah bahan pemutih seperti
hidroquinone, merkuri dan bahan hypochlorite seperti Clorox atau ‘bleach’. Penggunaan
bahan pemutih seperti ini mencantikkan kulit pada awal penggunaan tetapi kemudian
akan menyebabkan kulit muka rosak dan cacat dengan jeragat hitam bertempek tempek.
Keadaan ini dalam istilah perubatan disebut sebagai ‘onchrosis’. Penggunaan pemutih
seperti ini juga menjejaskan kesihatan wanita dan apabila wanita mengandung, ada
kemungkinan akan berlaku kecacatan pada janin”.

“Astrafirullah hal adzim…..” beristifar panjang Khatijah apabila mendengar penerangan


dari Rohani. “Lepas itu Ani pergilah ke salah sebuah salun Dr Tunku Zaidar untuk
mendapatkan rawatan membaik pulih kulit” Rohani menyambung ceritanya. “Nasib Ani
baik Mak Tijah, kalau tidak, malulah Ani bila berhadapan dengan suami Ani yang baru
balik dari Kanada selepas setahun berkursus. Malah apabila Abang Rustam melihat wajah
Ani, dia memuji kecantikan kulit Ani yang dikatakan lebih cantik daripada sebelum Ani
berkahwin” Rohani berkata dengan nada puas hati. “Inilah Ani datang nak belikan Dr
Tunku sehelai tudung tanda terima kasih”.

Khatijah yang sekarang sudah kelihatan cemas berkata “Ani boleh tolong tak bawa Leha
anak dara Mak Tijah berjumpa Dr. Tunku? Si Leha tu tak lama lagi nak mendirikan
rumah tangga. Muka dia sekarang lebih teruk daripada kulit Ani dulu. Mak Tijah risau
bukan sahaja sebab dia nak naik pelamin tetapi yang lebih takut kalau dia dapat macam
macam penyakit kelak dan bagaimana agaknya bila dia mengandung nanti. Minta Tuhan
simpangkanlah keluarga Mak Tijah daripada sebarang malapetaka” kata Khatijah sambil
bergenang airmata wanita separuh abad itu……

Gambar 1 (Pigment17.jpg): Dr Tunku Zaidar menggunakan alat ‘microimpulse’ serta


‘Pigment Clear Lotion’ untuk rawatan jeragat pada kulit
muka.

2
Gambar 2 (pigment20.jpg): ‘Spot Removing Parchment’ dapat mencerah serta
mencantikkan lagi kulit muka.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan rawatan di atas pada harga promosi RM65.00 sahaja. (Sila bawa rencana ini
untuk dapatkan tawaran istimewa ini). Tawaran sah sehingga 31 hb Disember 2004.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan promosi Zai’s Beauty Formula di:


1. Majalah ‘WANITA’ isu bulan Januari, Mac dan Mei 2005
2. Majalah ‘MASTIKA’ isu bulan Februari, April dan Jun 2005

Pejabat & Makmal Zaimal Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419
Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:
♥ Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-77273457 ♥Tmn Dato Razali Ampang,
Selangor Tel:03-4257 3457 ♥Taipan USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03- 5635 4835
♥ Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658
♥ Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-5121 4413
Laman Web: http://www.zaimal.com

Anda mungkin juga menyukai