Anda di halaman 1dari 3

ABANG, IRMA MALULAH…….

Baru nak terlelap mata, tiba tiba Aziz terdengar tangisan isterinya. “Irma, kenapa Irma
menangis?” tanya Aziz dengan hairan. “Itulah Abang, Irma dah cakap, majlis jamuan tadi
sepatutnya abang pergi seorang saja. Malu Irma bila orang asyik tengok muka Irma. Ada
yang sibuk menanya kenapa sekeliling mata dan mulut Irma nampak hitam. Kak Maya
pula sampai perli kata mata Irma nampak macam mata Zorro!” Irma mengadu kepada
suaminya. Sambil mengusap rambut Irma, Aziz berkata “ Kan masa Irma beriya-iya nak
ke salon Leha, abang dah ingatkan supaya berhati-hati? Jangan suka-suka guna produk
kecantikan tanpa usul periksa. Sudah ramai wanita di pejabat abang habis rosak kulit
muka mereka. Kononnya nak putih melepak lah. Tetapi apa yang abang nampak muka
muka yang dahulunya licin, sekarang bertukar menjadi bertompok tompok hitam,
berparut, jerawat serta kulit menjadi kasar berbiji biji. Ish…. bila kulit dah rosak macam
itu, barulah mereka nak menyesal.”

“Irma pun sama juga. Dua bulan selepas pakai produk dari salon Leha, sekeliling mata
Irma dah mula hitam. Bila abang tegur, Irma beri macam-macam alasan. Irma kata sebab
kurang tidurlah kononnya. Lama lama abang tengok sekeliling mulut Irma pula yang
bertukar menjadi hitam. Itulah isteri zaman sekarang, tak nak dengar nasihat suami” leter
Aziz dengan panjang lebar.

Tangisan Irma semakin kuat. “Irma menyesal lah abang” keluh Irma. “Sudahlah, mari
kita tidur” pujuk Aziz. “Nanti esok abang tanya Johan di mana isterinya, Siti buat
rawatan muka. Dahulu muka Siti nampak lagi teruk daripada muka Irma. Tetapi bulan
lepas semasa Siti datang pejabat, abang tengok muka Siti dah semakin elok.”

Selepas balik kerja keesokan harinya, Aziz telah memberi Irma nombor telefon Siti.
“Irma telefonlah Siti dan minta Siti bawa Irma berjumpa Dr Tunku Zaidar, pencipta
sistem rawatan dan produk Zai’s Beauty Formula. Menurut Johan, dia berpuas hati
dengan perubahan kulit Siti kerana katanya kulit isterinya sekarang lebih cantik daripada
asal. Pasal bayaran tak apa, abang sanggup keluarkan asal Irma berjanji jangan lagi buat
perkara bodoh macam ini” Aziz menasihati isterinya.

Dua minggu kemudian selepas makan malam, Aziz menegur perubahan pada wajah
isterinya “Alhamdulillah, abang tengok kulit muka Irma dah semakin cantik. Apa kata
Dr. Tunku semasa Irma pergi berjumpanya?” Irma pun memulakan ceritanya “Dr. Tunku
kata produk kecantikan yang Irma gunakan dahulu mengandungi ekstrak buah buahan
limau, epal, strawberry dan kiwi iaitu golongan asid yang disebut asid sitrik. Asid sitrik

1
serta asid glikolik iaitu ekstrak tebu, semuanya dikenali sebagai AHA iaitu singkatan
untuk alpha hidroksi asid. Semua jenis ekstak inilah yang menyebabkan pengelupasan
kulit selain daripada enzim enzim seperti papain iaitu ekstrak betik dan bromelin iaitu
estrak daripada nenas. Dr Tunku kata tidak kira samada konsentrasinya banyak atau
sedikit dalam sesuatu produk, estrak dan enzim ini akan tetap menyebabkan
pengelupasan kulit.”

“Jika hari hari memakai produk yang menyebabkan pengelupasan kulit, kulit akan
menjadi nipis dan bahan yang bernama Psoralen dalam buah-buahan seperti limau akan
menyebabkan kulit lebih mudah terbakar dan radang bila kena pancaran matahari dan
panas haba. Itu sebabnya kulit jadi merah macam udang bakar, radang, bengkak dan
penuh jeragat serta pigmentasi. Keadaan ini terjadi kerana pigmen warna hitam yang
dinamakan melanin akan dikeluarkan oleh kulit dengan lebih banyak untuk cuba
melindungi kulit yang nipis daripada pancaran matahari dan panas haba. Keadaan kulit
yang menjadi nipis begini juga adalah risiko untuk terjadinya kanser kulit! Menurut Dr
Tunku, sekeliling mata dan bibir Irma jadi hitam sebab kulit di bahagian ini dah
sememangya nipis. Apabila Irma memakai produk pengelupasan maka bahagian
bahagian ini menjadi bertambah nipis serta lebih mudah terbakar dan menjadi hitam
akibat pancaran matahari serta panas haba” Irma mengulangi apa yang Dr Tunku
memberitahunya.

“Abang tau, Dr Tunku tunjukkan pada Irma bahaigan kulit Irma yang sudah nipis
sehingga menampakkan saluran darah yang mula nak pecah!” cerita Irma lagi.
“Astaghfirullah Irma, kita ingat setakat menghodohkan kulit sahaja. Rupanya jika
dibiarkan membawa risiko penyakit kanser kulit” Aziz menyampuk dengan terperanjat.
“Itulah Dr Tunku Zaidar kata, masalah dengan orang kita ni, apa saja yang dibuat oleh
orang Barat ditiru oleh kita tanpa usul periksa dahulu. Jenis kulit, cuaca dan pemakanan
orang Barat jauh berbeza daripada kita. Lagipun kulit wanita Barat tebal serta kasar
berbanding dengan kulit orang Timur seperti kita yang lebih halus serta nipis. Maka itu
sebabnya kulit kita juga lebih mudah rosak. Jadi tak semestinya produk yang mungkin
sesuai untuk mereka itu elok juga untuk kulit kita” sambung Irma lagi tentang apa yang
dipelajari daripada Dr Tunku. Aziz mengangguk anggukkan kepalanya sambil merenung
jauh memikirkan masalah besar dan bahaya yang dihadapi oleh ramai wanita Melayu hari
ini. Dia terus mendekati isteri kesayangannya lalu memeluk dengan penuh kemesraan
sambil berkata “Alhamdulillah, kita telah sedar dan terselamat daripada bahaya ini.”

2
Gambar 1 (HitamMata4.jpg):Dr Tunku Zaidar sedang melakukan Rawatan ‘White
Magic’ untuk masalah kulit akibat penggunaan produk
pengelupasan.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan ‘Rawatan White Magic’ pada harga promosi RM55.00 sahaja.
(Sila bawa rencana ini untuk dapatkan tawaran istimewa ini).
Tawaran sah sehingga 28 hb Februari 2005.
Salah satu produk kegunaan di rumah yang disyorkan ialah Biowhite SP.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan promosi Zai’s Beauty Formula di:
1. Majalah ‘WANITA’ isu bulan Januari, Mac dan Mei 2005
2. Majalah ‘MASTIKA’ isu bulan Februari, April dan Jun 2005

Pejabat & Makmal Zaimal Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419
Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:
 Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-77273457 Tmn Dato Razali Ampang,
Selangor Tel:03-4257 3457 Taipan USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03- 5635 4835
 Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658
 Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457
Laman Web: http://www.zaimal.com

Anda mungkin juga menyukai