Anda di halaman 1dari 3

Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang hati Shamsul tidak tenang, terbayang kali

terakhir bertemu isterinya bulan lepas. Isterinya semakin kurus dan tidak bermaya.Bulan
lepas semasa Shamsul balik bercuti, Liza merajuk kerana Shamsul tidak mahu
“bersenggama”. “Kenapa Abang semakin lama semakin menjauhkan diri? “Liza benar
benar harap Abang dapat minta bekerja semula di Semenanjung,ada orang beritahu Liza
yang Abang ada perempuan lain di Sabah, betulkah Abang telah menodai cinta kita?
Tanya Liza dengan penuh hiba. Sambil tersenyum Shamsul cuba menenangkan isteri
kesayangannya. Jangan mudah percaya fitnah orang. Dah 2 tahun Liza masih tanya abang
perkara yang sama. Dengan nama Allah Liza, tiada perempuan lain dihati Abang.
Insyaallah Abang sedang berusaha untuk pindah balik sini”. Jawab Shamsul dengan
sabar.

Pada masa itu, tak tahu Syamsul bagaimana nak menerangkan pada isterinya, bagaimana
hendak melakukan hubungan sedangkan perasaan kesihan ada, geli ada... Ya Allah...Apa
yang telah berlaku pada isteriku ini? Dia tahu isterinya berkecil hati dengan sikapnya.
Dia terlalu sayangkan Liza, Sumpah! Tiada perempuan lain dalam hidupnya.
Malam kedua kepulangan Syamsul, Liza telah mengadu pinggangnya sakit, pening dan
muntah muntah, buang air kecil terasa pedih dan sakit. Farajnya bengkak kemerahan,
Suhu badannya panas. Shamsul telah membawanya ke Klinik berhampiran. Seperti biasa,
Dr diKlinik tersebut hanya memberi krim sapu dan ubat antibiotik. Katanya perkara kecil
hanya jangkitan kuman biasa. Shamsul tidak pula risau kerana semenjak 2 tahun ini
memang kerap isterinya mengadu perkara yang sama. Kadangkala Shamsul rasa isterinya
mungkin mahukaan perhatian. Maklumlah mereka berjauhan.

Shamsul sedar, sejak akhir akhir ini, pergolakan rumahtangga mereka semakin menjadi
menjadi kerana hampir satu tahun mereka tidak melakukan hubungan suami isteri. Ini
ialah kerana Liza sering mengadu kesakitan selepas hubungan seks. Farajnya pula sering
merah kesakitan dan mengeluarkan cecair berwarna putih atau kekelabuan. Pada
mulanya tak begitu teruk tetapi lama kelamaan ia menyebabkan farajnya gatal dan berbau
hanyir dan busuk, lebih lebih lagi lepas bersetubuh. Raya tahun lepas, kami tak balik
kampung kerana Liza gugur untuk kali yang ketiga. Semenjak itu Liza sering
menghadapi tekanan perasaan mungkin sebab merasakan diri tidak dikasihi lagi.
Kadangkala suggul dan kadangkala marah tak menentu. Setiap kali bila ada peluang,
Shamsul akan menaliponnya dari Sabah untuk menenangkan perasaan isterinya. Shamsul
yang bekerja dengan syarikat pembalakan tidak mudah untuk berhubung denan Liza
kerana tiada talian telefon dikawasan pendalaman hutan. Inipun sudah 2 hari Liza dalam
hospital baru dapat tahu.
“Encik kita dah sampai di Hospital HUKM, suara pemandu teksi menyentak Shamsul
dari lamunanya. Sesampai diwad kecemasan, Samsul terus menerpa ibunya, Apa dah jadi
pada Liza Mak? Mak Lijah hanya mampu menangis dan cuba menenangkannya. Liza
menantu kesayangannya bagaikan anak sendiri, maklumlah dia anak tunggal dan sudah
tiada kedua ibubapanya. Bagaimana keadaan isteri saya Dr? tanya Shamsul dengan cemas
apabila Dr Jamilah merapatinya. Masih tak sedarkan diri dari pagi tadi, jawab Dr Siti
sambil menggelengkan kepalanya. Semalam semasa Liza dikejarkan kesini keadaanya
sudah teruk, farjajnya mengeluarkan cecair putih kekelabuan dengan banyak, kesakitan
bahagian pinggul dan pinggangnya yang amat, suhu badanya terlalu tinggi, dia dalam
keadan menggigil dan lemah. Kami telah melakukan segala yang termampu hanya Allah
sahaja yang dapat menentukan.
Apa yang terjadi pada isteri saya Dr? Tanya Shamsul dengan nada tersekat kerana cuba
menahan sebak. Menurut Liza, 2 tahun lepas, apabila En Shamsul bertukar kerja dan
berpindah ke Sabah, dia mulai curiga dengan kesetiaan En Shamsul. Orang perempuan
memang kerap rasa begini apabila terpaksa berjauhan suami. Pada masa itulah dia mula
diperkenalkan kepada jamu dan ubat ubatan tradisional yang kononya dapat mengetatkan
faraj dan memperbaiki hubungan kelamin, sambung Dr Siti. Untuk mengharumkan faraj
pula pelbagai pencuci dan penyembur faraj digunanya. Ramai orang melayu kita tidak
sedar betapa bahayanya barangan seperti ini dan telah ramai yang mengidap kanser
peranakan, kanser pangkal rahim dan jangkitan kronik pada faraj dan vagina, ini
boleh menyebabkan kemandulan, kegugguran kandungan dan juga boleh
menyebabkan kematian akibat sepsis atau keracunan darah.
Macammana ubat ubatan tradisional dan pencuci alat sulit wanita boleh begitu
memudaratkat Dr? Tanya Mak Lijah kehairanan. Kajian menunjukkan ubat ubatan
tradisional atau jamu yang dimasukkan kedalam faraj mengandungi alum, boric acid
dan kapur selain dari herba yang digunakan. Bahan bahan ini bertujuan untuk
mengeringkan dan mengesatkan faraj. Keadaan begini membahayakan kerana boleh
mencederakan faraj semasa bersetubuh. Ini menyebabkan jangkitan kuman dan kulat.
Selain dari merosakkan dinding faraj, bahan yang digunakan pula boleh menyebabkan
Kanser. Pencuci dan pewangi alat sulit wanita pula membahayakan kerana, walaupun
dikatakan mengandungi herba atau berasakan daun sireh, masaalahnya kandungan
pencuci vagina yang dijual megandungi kimia merbahaya seperti : pewangi, pewarna,
Isobutane, isopropyl myristate, mineral oil, alcohol, hydrated silica, magnesium
stearate, benzyl alcohol. Propylene Glycol dan Paraben. Kesemua bahan ini boleh
menyebabkan radang faraj, jangkitan kuman dan kulat yang boleh menyebakan
keputihan, cecair busuk kelaur dari faraj, kerosakan sistem peranakan dan kematian
akibat sepsis atau keracunan darah., Dr Siti menerangkan dengan panjang lebar.

Tak sangka saya sehingga produk kebersihan wanita pun begitu merbahaya, ingatkan
setakat produk kecantikan sahaja! sahut Shamsul dengan nada kesal. Masaalahnya Dr,
isteri saya suka mencantikkan diri, manalah nak cari produk yang selamat untuknya ?
sambung Shamsul. Iya Dr, Makcik tenguk kulit muka Dr begitu cerah, cantik berseri. Dr
guna produk apa ya? Celah Makcik Lijah. Sambil tersenyum, Dr Siti berkata, Saya dan
rakan rakan disini menggunakan Zai's Beauty Formula. Penciptanya Dr Tunku Zaidar
sahabat lama saya. Sudah lebih 20 tahun saya menggunakannya. Produk dan Perawatan
kulit di Zai’s Beauty Formula paling selamat dalam pasaran kerana langsung tidak
menggunakan bahan kimia pewangi, pewarna, pengawet dan penyatu. Produk dan
perawatan kecantikan yang ditawarkan merangkumi dari hujung rambut hingga hujung
kaki.

Dr, nanti bila Liza dah sihat, boleh tak Dr perkenalkannya pada Zai's Beauty Formula?
tanya Shamsul. Insyallah, lepas ini saya akan pastikan isteri saya tidak lagi menggunakan
produk merbahaya. Tiba tiba, seorang jururawat berlari kearah Dr Siti dan membisikkan
sesuatu. Mereka berdua bergegas masuk ke Wad Kecemasan. “Ya Allah......selamatkanlah
isteriku......” Syamsul berdoa sambil menitiskan airmatanya.
http://www.cosmeticsdatabase.com/product.php?prod_id=3075&refurl=/browse.php?mai
ncat=skincare&&nothanks=1
http://www.preventcancer.com/press/petitions/nov17_94.htm
http://www.health-report.co.uk/cancer_causing_chemicals.html
http://100777.com/node/1117
http://members.aol.com/chemxpose/perfume.html

Anda mungkin juga menyukai