Anda di halaman 1dari 3

PENDERITAANKU BUKAN KERANA AURA…

Apabila membaca “Kisah Pilu di Bulan Ramadan” di majalah Mastika baru-


baru ini, aku faham akan bagaimana perasaan seorang wanita yang sanggup melakukan
apa sahaja untuk mendapat kasih sayang, belaian dan perhatian dari insan yang bergelar
SUAMI!! Wahai lelaki… dimanakah terkuburnya janji-janji manismu? Kenapa
menganiaya kami setelah kami menjadi isterimu?
Mengimbas zaman kanak-kanakku, ibu dan kami enam beradik hidup penuh
dengan kesedihan. Ayahku bengis, kaki judi dan kaki botol! Ibu kerap dipukul bila
‘mood’ ayah tidak baik. Jika kami adik beradik kebetulan ada berdekatan, kami juga akan
menjadi sasarannya. Tatkala usiaku mencecah 19 tahun, aku berkenalan dengan Azman.
Aku bertuah, aku bersyukur kerana seorang lelaki meminati diriku. Semua yang ada pada
diri Azman ku nampak indah belaka, lebih lebih lagi jika dia dibandingkan dengan
ayahku. Malah, aku sentiasa berangan-angan dan mengimpikan mahligai bahagia
bersamanya. Ini telah menjadi kenyataan setelah lebih setahun kami berpasangan. Enam
bulan perkahwinan, hidupku bagaikan syurga dunia. Namun kemudian, entah mengapa,
perangainya makin berubah…Azman mula menunjukkan dirinya yang sebenar yang tak
pernah aku duga. Ketika aku disahkan mengandung, sangkaku, tentunya suamiku akan
berubah dengan bakal kedatangan cahaya mata, tetapi meleset sama sekali. Apa yang
kubuat semua serba tak kena. Pernah dia mencemuhku bila aku mencuba merapati
dirinya. “Mar, tengoklah rupa Mar di cermin, hitam dan selekeh. Muka macam ketupat
basi. Badan macam nangka busuk! Tak selera abang tengok!”. Astarghfirullah…, betapa
pedihnya hatiku rasa, tuhan sahajalah yang tahu!
Semakin hari Azman semakin liar dan bengis. Satu lagi episod hitam berlaku
dalam hidupku - aku keguguran! Ketika itu usia kandunganku masuk 3 bulan dan
peristiwa itu berlaku kerana suamiku telah memukul dan menendangku hanya kerana aku
telah tertidur ketika dia pulang lewat malam. Kerana sudah tidak tahan dengan hidupku,
aku mengadu dengan Sal, rakan sepejabat.
Sal memujukku berjumpa dengan Kak Maria, pemilik salon kecantikan
berhampiran pejabat kami. Kata Sal, Kak Maria sudah pasti dapat membantu aku. Atas
desakannya, akupun berjumpa dengan Kak Maria. Menurut Kak Maria, tubuhku
diselubungi aura yang tidak baik dan ini menarik gelombang-gelombang arus yang tidak
serasi denganku. Ini mengakibatkan diriku sentiasa dirundung malang. Jadi aku mesti
melalui pelbagai jenis rawatan dan mandian serta menggunakan produk kecantikan yang
dapat mengembalikan keharmonian dan keseimbangan aura.
Aku langsung tak faham apa yang dikatakan olehnya tetapi disebabkan fikiranku
sudah buntu, aku sanggup melakukan apa saja. Tanpa kusedari, disinilah bermulanya
penderitaan hidupku yang sebenarnya. Lebih setahun aku menjadi pelanggannya, kulitku
yang pada mulanya tiada bermasalah, mulai radang dan ditumbuhi jerawat dan ruam.
Jerawat yang kecut pula meningalkan parut hitam yang mencelakan. Kulit sekeliling
mataku mulai bertambah gelap. Mataku mulai berair, hidung tersumbat dan berhingus,
tekak kering, sakit, dan kerap batuk. Kadang-kala aku sukar bernafas, jantung sentiasa
berdebar, sering pening kepala dan badan selalu rasa letih. Walaupun pelbagai ubat telah
diambil, tapi sakitnya tetap berulang lagi. Ini berlarutan lebih setahun dan penyakit sesak
nafasku bertambah teruk. Lebih menyakitkan lagi, suamiku pula menghilang entah ke
mana! Ya, Allah, berat sungguh dugaan Mu… Akibat selalu bercuti sakit, tugasku sebagai
setiausaha turut terjejas.
Satu hari ketika sedang bermesyuarat, tiba-tiba aku rasa sesak nafas, seluruh
tubuh berpeluh sejuk dan lepas tu aku terus tak sedar diri. Bila aku sedar, aku berada di
wad kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur. Dr. Rahim yang merawatku memberitahu
yang aku telah mengalami serangan lelah. Aku hairan. Bila masa pula aku menghidap
lelah? Melihat keadaan kulit wajahku yang sedang radang dan rosak teruk, Dr Rahim
mengesyaki penyakit yang kuhadapi berkemungkinan besar akibat penggunaan produk
kecantikan. Aku disuruh berhenti dari menggunakan produk kecantikan yang sedang aku
gunakan. “Puan, balik nanti lihat isi kandungan pada label produk kecantikan puan.
Bahan kimia seperti Imadazolidinyl Urea, Imidazolidinyl Urea, Diazolidinyl Urea,
Sodium Hydroxymethyl Glycinate, Hydroxymethyl glycinate, Benzylhemiformal,
DMDM Hydantoin, 2-Bromo-2-Nitropropane-1,3-Diol, 5-Bromo-5-nitro-1,3-dioxane,
Quaternium 15 dan Methenamine boleh mengeluarkan gas beracun yang dinamakan
FORMALDEHYDE. Gas ini amat merbahaya dan boleh menyebabkan pendarahan
dalaman, koma, kerosakan sistem imuniti badan dimana badan jadi lemah dan mudah
dijangkiti kuman, lelah, sakit buah pinggang dan boleh menghidap pelbagai jenis kanser!
Bayangkan setiap hari puan sapu pada wajah puan dan setiap hari pula puan menghidu
bahan beracun. Tahukah puan kimia beracun ini semua boleh meresap masuk ke dalam
kulit dan terus ke saluran darah? Ramai wanita yang masih belum sedar bahawa kimia
beracun dalam produk kecantikan membahayakan kesihatan mereka”,ujar Dr Rahim
dengan nada kesal. “Tahu tak puan, jika puan tidak dikejarkan ke hospital dengan segera
tempoh hari, puan mungkin sudah tidak ada di muka bumi lagi hari ini,” sambung beliau
dengan ikhlas. Termenung aku memikirkan kata-kata Dr Rahim. Apa yang telah
kulakukan pada diriku? Adakah nasib malang yang ku hadapi selama ini akibat aura yang
menyelubungi diri? akibat takdir? Baruku sedar penderitaan yang menimpaku selama ini
adalah akibat kebodohan diri sendiri kerana tidak teliti dan berhati-hati dalam menilai
sesuatu sebelum membuat keputusan hidup?
Keesokan harinya, apabila berjumpa Dr Rahim, aku meminta nasihatnya
bagaimana untuk memulihkan kulit wajahku. Dr Rahim mengesyorkan Zai’s Beauty
Formula. Katanya, akibat kemalangan, isterinya mempunyai parut terbakar yang besar di
bahagian muka. Setelah menggunakan Zai’s Beauty Formula, parut pada kulit isterinya
pulih tanpa meninggalkan kesan. Menurut beliau, produk ini paling selamat kerana
langsung tidak menggunakan bahan kimia. Tiada pewangi, pengawet dan penyatu.
Lagipun, Dr Tunku Zaidar pencipta Zai’s Beauty Formula, menggunakan herba
berkualiti tinggi dan cara pembuatan produk ini menggunakan kaedah penapaian.
Pengeluaran produk begini terhad kerana proses penapaian mengambil masa berbulan-
bulan lamanya. Itulah sebabnya produk ini tidak dapat dikeluarkan dengan banyak dan
hanya boleh didapati di Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula.
InsyaAllah, apabila aku keluar dari hospital kelak, aku akan mencuba produk dan
rawatan Zai’s Beauty Formula. Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan menghadapi
masa depan yang penuh cabaran…..
Sila layari laman web berikut:
www.ghchealth.com/forum/formaldehyde-in-cosmetics
www.health-report.co.uk/formaldehyde.html
http://www.nycosh.org/workplace_hazards/formal.html
www.npi.gov.au/database/substance-info/profiles
www.ghchealth.com/forum/formaldehyde-in-cosmetics-discussion
Pesakit yang tidak sedarkan diri akibat serangan lelah (asthma)
--------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan perawatan muka “Crystal Clear” (untuk masalah pigmentasi kulit) pada harga
promosi RM58.00 sahaja. (Sila bawa rencana ini untuk mendapat tawaran istimewa ini).
Tawaran sah sehingga 31 Disember 2006.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan juga promosi Zai’s Beauty Formula di:


Majalah ‘WANITA’ isu bulan Dis 2006
Majalah ‘JELITA’ isu bulan Dis 2006

Zaimal Sdn Bhd & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419
Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:
♥ Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 ♥Tmn Dato Razali Ampang,
Selangor Tel:03-4257 3457 ♥ Seksyen 10 USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03-5635 4835
♥ Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658
♥ Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457
Laman Web: http://www.zaimal.com

Anda mungkin juga menyukai