Anda di halaman 1dari 3

ARTIS PUJAAN MENJADI MANGSA…

“Sudahlah tu Farah, jangan dikenang perkara yang sudah lepas,” kata ibu sambil menutup
televisyen. Aku menonton drama yang disiarkan di TV3 di mana aku memegang watak utama dalam
drama tersebut. Drama itulah yang membolehkan aku dicalonkan untuk gelaran Anugerah Pelakon
Wanita Popular. Walaupun aku gagal memenangi anugerah tersebut tetapi pencalonan aku cukup
bermakna kerana ia telah menaikkan namaku setaraf dengan artis-artis yang lebih ‘established’. Dahulu,
aku dikenali sebagai artis wanita yang cantik, berkulit kuning langsat, genit dan lincah. Kemana aku pergi
sentiasa mendapat perhatian, ramai lelaki ingin menghampiriku untuk berkenalan. Tetapi hari ini, dengan
badanku yang kurus kering, rambut yang hanya segenggam dan muka yang cengkung…. Aduhai, betapa
bezanya diriku dulu dan sekarang….
Detik hitam dalam hidupku bermula 5 tahun dahulu apabila pada kemuncak kerjayaku sebagai
artis, aku menerima tawaran untuk menjadi duta kecantikan rangkaian produk kecantikan yang agak
terkenal. Aku pun mula menggunakan produk tersebut. Walaupun pada mulanya kulit mukaku terasa
gatal-gatal, aku tidak menghiraukan sangat kerana aku taksub dengan perubahan pada wajahku. Kulit
mukaku kelihatan begitu cantik, putih gebu dan kemerahan. Ramai yang memuji kecantikan wajahku.
Aku begitu yakin akan produk yang aku gunakan dan terus mempromosikannya kepada kaum keluarga,
sahabat handai dan orang ramai.
Kulit yang pada mulanya gatal menjadi radang dan terus mengelupas. Kulit mukaku semakin tipis
tetapi aku masih tidak menghiraukan sangat kerana aku sangka itu tandanya kulit sudah menjadi lebih
halus. Mungkin kerana umurku yang masih muda, kesan buruk pada wajahku tidak ketara sehinggalah
hampir 3 tahun menggunakan produk kecantikan tersebut. Kulitku mulai kusam dengan warna kulit tidak
sekata. Apabila terkena cahaya matahari, kulit mukaku merah menyala seperti udang kena bakar. Pada
mulanya kemerahan itu akan reda sendiri tetapi lama kelamaan bahagian yang merah menjadi terbakar.
Kulit yang dahulunya licin menjadi berbintik seperti pasir dan dipenuhi tompokan berwarna coklat
kehitaman.
Puas aku bertukar produk, mendapat rawatan di salun-salun kecantikan, namun keadaan kulitku
bertambah teruk. Yang paling mengecewakan lagi apabila kontrak aku dengan syarikat produk kecantikan
tersebut dibatalkan. Aku disuruh perbaiki wajah yang sudah hodoh, walhal produknya yang menyebabkan
wajahku menjadi sedemikian rupa! Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, tiada lagi produser filem yang
mahu memberi aku peluang berlakon lagi. Aku masih teringat kata-kata mereka. “Sorry Farah, nanti bila
you dah cun macam dulu, contact I balik OK”. Begitulah hidup dunia artis; bila rupa muka dah tak ada,
tiada siapa yang nak pandang kita lagi…
Sejak setahun yang lepas, aku kerap mengalami rasa pening dan sakit kepala, sentiasa berpeluh,
rasa dahaga, sakit perut dan cirit-birit. Tanggal malam 12 Oktober 2006, setelah seminggu demam panas
yang tinggi dan sukar bernafas serta muntah-muntah, Tijah kawan serumahku membawa aku ke HUKM.
Aku tidak dibenarkan pulang dan dirawat di wad kecemasan. Keesokan harinya, setelah menjalani
pemeriksaan fizikal keatas diriku dan melihat keadaan kulit mukaku yang dipenuhi tompok hitam, sambil
mengeleng- gelengkan kepalanya, Dr Rusilah yang merawatku memberitahu kemungkinan besar aku
menghadapi masalah keracunan Hydroquinone, kesan daripada produk kecantikan yang telah aku
gunakan. Dr Rusilah juga agak risau melihat tahi lalat di pipi kiriku yang mempunyai lingkaran hitam
disekelilingnya. Memang aku perasan, tetapi pada sangkaanku ia telah bercantum dengan tumpukan
hitam yang sememangnya sedang membesar.

1
Biopsi dilakukan pada tahi lalat tersebut dan setelah laporan makmal diterima, alangkah
terkejutnya apabila aku diberitahu menghidap kanser kulit jenis ‘Nodular Melanoma’. Ibu yang sedang
menemankanku menangis sekuat hatinya sambil memelukku. Aku terdiam kaku dan tidak mampu
bersuara. Aku masih ingat ketika itu perasaanku sedih bercampur geram. Geram kerana terasa diri
diperalatkan oleh syarikat produk kecantikan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. “Apa
itu Hydroquinone, doktor?” tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulutku.
Dengan menarik nafas panjang, Dr Rusilah berkata, “Hydroquinone adalah sejenis bahan
penghakis kulit. Bahan kimia beracun ini juga digunakan dalam pemprosesan filem gambar.
Hydroquinone yang diletakkan pada kulit akan menyebabkan terjadi proses depigmentasi iaitu proses di
mana pigmen dibuang dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih cerah. Hydroquinone digunakan sebagai
pemutih dalam produk kecantikan kerana hydroquinone mampu mengelupaskan kulit bahagian luar dan
membenteras pembentukan pigmen melanin yang memberi warna kepada kulit. Pengelupasan ini
membuat peradangan serta iritasi kulit sehingga kulit menjadi merah dan terbakar. Hydroquinone juga
boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, kanser darah atau leukemia, kanser kulit dan kanser
sel hati iaitu hepatocellular adenoma. Walaupun produk kecantikan hanya disapu pada bahagian kulit,
namun ia boleh meresap ke dalam kulit dan dibawa ke seluruh bahagian tubuh melalui peredaran saluran
darah. Ia juga boleh meresap melalui sistem pernafasan dan mulut. Kandungan bahan ini didapati tinggi
di bahagian hati dan buah pinggang”, terang Dr Rusilah dengan panjang lebar.
Setelah enam bulan berlalu dan selesai menjalani rawatan pembedahan serta kemoterapi, laporan
CAT Scan yang dilakukan tempoh hari mengesahkan kanser tidak dikesan di bahagian lain dalam
tubuhku. Dr Rusilah berkata insyaAllah kanserku berjaya dirawat. Walau bagaimanapun aku perlu
menjalani pemeriksaan susulan selama 5 tahun untuk memastikan kanser tersebut tidak berulang.
Sekarang keadaanku kurus dan rambutku yang dahulu cantik mayang mengurai kini hanya tinggal tipis
serta jarang akibat kesan sampingan kemoterapi tetapi aku tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana
penderitaanku ini sememangnya juga suatu rahmat kerana ia membuka hatiku untuk bertaubat dan
mengingati kembali Allah SWT. Aku berterima kasih kerana ibu dan adikku, Leha telah banyak
membantuku mengharungi saat-saat genting dalam kehidupanku dan aku berniat akan menjadi seorang
insan yang lebih baik.
Esok, bakal kakak ipar Leha, Dr Suriani seorang pakar kulit dari HUKM akan membawaku ke
salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula. Sebagai seorang wanita, aku tetap mahu memperbaiki
kerosakan pada kulit mukaku dan kelihatan cantik kembali. Menurut Dr Suriani sudah lebih 10 tahun dia
menggunakan produk Zai’s Beauty Formula dan dia amat berpuas hati. “Ramai doktor wanita dan isteri
doktor kenalan Kak Ani menggunakan Zai’s Beauty Formula ciptaan Dr Tunku Zaidar,” terang Dr Suriani
padaku. “Produk kecantikan ini paling selamat kerana tiada langsung menggunakan bahan kimia,
pewangi, pengawet dan penyatu. Dr Tunku Zaidar menggunakan 100% herba dan cara pembuatan produk
ini menggunakan kaedah penapaian. Pengeluaran produk begini terhad kerana proses penapaian
mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Itulah sebabnya produk kecantikan Zai’s Beauty Formula
tidak dapat dikeluarkan dengan banyak dan tiada agen atau stokis dan ia hanya boleh didapati di Salun-
salun Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula”. Tak sabar rasanya nak ke sana…

2
Gambar: Kerosakan kulit muka akibat penggunaan produk kecantikan yang mengandungi
bahan hydroquinone.

Rujukan di laman-laman web:-


http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=64167
http://groups.yahoo.com/group/farmasi/message/15765
http://www.inchem.org/documents/ehc/ehc/ehc157.htm
http://www.ofspirit.com/judivance1.htm
http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2001/kosmik1.html
http://www.mediakonsumen.com/Artikel215.html
http://skingeek.com/node/55

Dapatkan Perawatan ‘Crystal Smooth’


pada harga promosi RM 55.00 sahaja
Sah sehingga 31 Ogos 2007. (Sila bawa keratan ini)

Dapatkan juga promosi Zai’s Beauty Formula di:-


Majalah Mastika isu bulan September, Oktober & November 2007
Majalah Wanita isu bulan Ogos, Oktober & Disember 2007

Zaimal Sdn Bhd & Makmal Kosmetik Zai’s Beauty Formula, Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5121 4413 / 5121 4419
Salon-Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula:
♥ Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Tel:03-7727 3457 ♥Tmn Dato Razali Ampang,
Selangor Tel:03-4257 3457 ♥ Seksyen 10 USJ Subang Jaya, Selangor Tel:03-5635 4835
♥ Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Tel: 03-5880 5658
♥ Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor Tel:03-8925 8457
Laman Web: http://www.zaimal.com

Anda mungkin juga menyukai