Anda di halaman 1dari 14

Ahad, 15 Februari 2009

Masalah resdung? apa penawarnya?


Selamat Petang.
Penat rasanya menggendalikan kursus ONE TO ONE sejak 3 minggu lalu. Cuma hari ini dan
semalam je saya boleh luangkan masa untuk melihat blog dan web kesayangan saya.Macammacam karenah dan soalan yang di ajukan oleh peserta saya.
Antaranya adalah masalah resdung. Tentu pembaca tahu apa itu resdung. Resdung ni adalah
akibat hama yang ada di dalam kulit muka kita.

Tanda2 utama resdung adalah:

Jerawat yang teruk di muka atau di badan

Kulit kepala berkelimumur

Selalu pening

Telinga gatal

Kalau di saloon. Saya galakkan mereka membuat rawatan facial resdung , dimana kami membuat
facial seperti biasa. Setelah muka di wapkan, kami akan asapkan muka pelanggan dengan rokok
resdung.
Ada juga pelanggan yang membeli di kedai dan membuat sendiri. Tetapi..... Kesan dan kualiti
kurang memuaskan kerana you all tak buat seperti kami buat di saloon.
Disini saya berikan satu tips orang melayu bagaimana untuk menggurangkan resdung di wajah.
harus diingatkan bahawa resdung tidak boleh di hapuskan sama sekali, cuma amalan kita ni
boleh menggurangkan alahan resdung ni.

Tips menggurangkan resdung


Ambil sedikit akar pokok betik hutan.Keringkan dan di cincang halus.Sebelum di
mesin,kemudian isi ke dalam kapsul.Amalkan memakannya Dua biji pagi dan dua biji
malam.Dan Insya Allah masalah resdung anda akan reda .Dalam masa yang sama juga.akar betik
hutan ini,boleh juga di asah Kemudian sapu di seluruh muka dan sedutkan ke dalam
hidung.Insya Allah berkesan.
Ohhh, Jika anda tahu anda ada resdung, kurangkan makanan yang boleh membuatkan anda
terseksa. Contoh seperti ayam, telor, udang, sotong.

Semoga bertemu kembali, Jangan lupa untuk mendaftar kan diri anda sebagai peserta bengkel
kami. Jumpa saya di sana
Posted by Sharifah Wani at 1:32 PM 1 comments
Labels: resdung

Links to this post

Selasa, 27 Januari 2009


Rambut Adalah Mahkota Wanita
Selamat pagi semua.
Lihat topik di atas. Betul ker? Sekarang ni ramai orang tak kiralah lelaki atau perempuan yang
suka mewarnakan rambut dan membuat rebonding. Lepas tu mereka menggalami masalah
rambut gugur , kering dan tidak bermaya. Kenapa yek??
Jika anda membuat rebonding atau mewarnakan rambut. Anda juga haruslah membuat rawatan
rambut. Salah satu cara untuk megembalikan kesegaran rambut adalah menggunakan
moisturizer rambut atau toner rambut. Ini akan menggelakkan rambut anda menjadi kusam dan
tidak bermaya. Satu lagi cara adalah stim atau wapkan rambut , kalau boleh setiap minggu.
Kebaikan stim rambut adalah ianya untuk melembutkan rambut dan juga membersihkan kulit
kepala kita jika kita menggalami kelimumur. Kelimumur akan hadir jika ubat rebonding atau
pewarna rambut terkena di kulit kepala. So HATI -HATI JIKA MEMBUAT REBONDING
DAN MEWARNAKAN RAMBUT.
Di sini saya akan turunkan beberapa panduan tentang penjagaan rambut. Harap ianya
dapat dimanfaatkan kepada pembaca semua.
*Panjangkan Rambut*
Ambil sekurang2nya empat batang serai. Rebus dan biarkan ia mendidih.Kemudian,biarkan
sejuk dan Basahkan rambut.Biarkan selama setengah jam.Kemudian bersihkanRambut anda
Lakukan dua kali seminggu.
*Lembutkan Rambut*
Jika anda bercadang untuk shampoo rambut pada pagi esok Malam sebelum tidur hendaklah
anda menyapukan minyak Bayi keseluruh bahagian rambut,pada pagi esoknya,syampulah
Rambut anda seperti biasa. Anda akan dapat rambut anda lembut seperti biasa.
*Menghitamkan Rambut*
Ambil putih telur dan sedikit syampu yg biasa di gunakan.Gaulkan kedua-duanya kemudian
lumurkan pada rambut anda dengan menggunakan sikat. Tunggu sehingga setengah jam,selepas
itu cuci rambut anda. Selamat mencoba.
*Elakan rambut gugur*
Gunakan santan yang di perap semalaman, Ambil patinya yang timbul di permukaan. Sapu rata
di kepala dan balut kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu basuh rambut sebersih-

bersihnya. Lakukan dua kali seminggu.Insya Allah masalah rambut gugur tiada lagi.
*Khasiat Buah mengkudu*
Ambil tiga biji buah mengkudu yg sudah tua,Campurkan dgn sedikit air kemudian ramas dan
tapis.Ambil airnya,lumurkan ke rambut yang berkelelumur.Biarkan selama 5 minit.Setelah itu
cuci dengan sabun mandi.Dan lakukan beberapa kali sehingga kelelumur hilang.
*Mengatasi Rambut Gugur*
Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda. Tumbuk hinga lumut.Gosokan pada kulit
kepala dan biarkan hingga kering, Kemudian,bilas dgn air suan dan cuci rambut menggunakan
shampu. yang sesuai dengan anda.
Posted by Sharifah Wani at 2:41 AM 3 comments
Links to this post
Labels: lebat, panduan, rambut

Ahad, 18 Januari 2009


Tips yang perlu anda baca

Selamat pagi.
Dah lama saya tak update blog kesayangan saya ni. Ada beberapa customer saya yang
menanyakan kepada saya bagaimana cara untuk memelihara kulit wajah agar sentiasa sihat dan
berseri sepanjang masa. Agak susah saya nak menjawab persoalan ini. Kerana , untuk
mendapatkan kulit yang sihat , amalan adalah sangat penting. Kekadang ada juga tumbuh jerawat
dan jeragat.
Walaubagaimanapun saya tidak akan hampakan permintaan seorang hamba allah ni. Mungkin
paparan saya ini juga dapat membantu pembaca yang menjadi penggikut saya.

*Pulut hitam putihkan wajah*


Kepada wanita yang inginkan kulit wajah yang tegang dan putih saya sarankan ambil sedikit
beras pulut hitam kemudian di goreng tanpa minyak sehingga cukup masak.Tumbuk beras pulut
hitam tersebut hingga halus.Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali
hingga menjadi pekat.Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering.Anda akan rasa seperti
mana orang menggunakan masker wajah dan kulit terasa tegang.Sekiranya diamalkan seminggu
tiga kali.Insya Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih.Pengguna tidak perlu
risau karena bahan yang digunakan tidak mengandungi kimia seperti mana penggunaan kosmetik
lain.

*Hilangkan jeragat*
Untuk menghilangkan jeragat di muka ,ambil 3 sudu beras di cuci dan di goreng sekejap dan di
kisar bersama mata kunyit,biar jadi serbuk. Ambil 1 sudu bancuh dengan air limau nipis dan
lumurkan pada muka.Bila kering cuci dengan air suam.Amalkan selalu .Insya Allah kulit kita
akan jadi lembut.Dan licin,jikalau tak ada limau nipis boleh juga diganti putih telur.

*Menggebukan Kulit muka*


Bagi memperolehi wajah sebegitu rupa anda hendaklah mengikuti petua ini. Bahan yang perlu di
sediakan ialah segenggam beras pulut.madu dan lima biji limau kasturi. Caranya mudah dengan
menggoreng beras pulut tanpa minyak sehingga. Kuning lalu di tumbuk atau di kisar sehingga
hancur dan halus.Kemudian barulah di campur dgn madu dan air perahan limau
dan di gaul hingga sebati.Sebelum menggunakkanya anda perlulah membasahkan muka dan
menyapunya dgn perlahan-lahan dan membiarkanya .Selama 15 minit.Kemudian anda bilas
muka anda dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.Pasti memuaskan anda.Jika perlu lakukan 3
kali seminggu.

*Kulit Cerah,Dan Berseri*


Rendam Beras semalaman.Keesokan harinya tos dan jemur,beras tersebut hingga kering,setelah
kering tumbuk atau kisar sehingga halus. Bersama-sama dua hingga tiga helai daun
sirih,sepotong ibu kunyit dan segenggamPucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.Bancuh
badak ini dgn air secukupnya sapukan pada kulit wajah,selepas 15 hingga 30 minit,Barulah cuci
wajah anda.Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba.

*Madu Haluskan Kulit*


Ambil setitik madu,Campurkan sedikit dgn air bagi memudahkan larutan,Sapukan pada kulit
wajah yang bersih.Sekiranya kulit anda terlalu kering,Gunakan madu sebagai masker,campur
dengan sedikit air dan sapukan pada seluruh wajah.Biarkan ia kering dan bilas,ulang dua kali
sebulan.

*Hilangkan Parut*
Ambil sebiji asam jawa goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit,Kemudian ambil dan goreskan
pada batu atau permukaan yang kasar.Bila keluar serbuknya,titiskan dengan air dan gosok pada
parut.Insya Allah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

*Hilangkan panau di wajah*


Ambil sepotong halia atau belerang,tumbuk lumut kemudian tempelkan di muka.Lakukan setiap
hari sebelum tidur.Insya Allah anda akan peroleh hasilnya.
Semoga dengan paparan ringkas ini dapat membantu sahabat yang lain. Saya juga akanupdate
dari masa ke semasa koleksi petua saya ni . Insyaallah.
Posted by Sharifah Wani at 4:57 AM 0 comments
Links to this post
Labels: berseri, cerah, gebu, licin, wajah

Rabu, 14 Januari 2009

Masalah Berat Badan


Masalah orang perempuan
Percaya tak saya pernah menggalami berat badan lebih dari 65Kg? Pada masa tu saya hanya lah
berpakaian T- shirt besar dan seluar getah. perut pun buncit. Dalam 15 tahun jugaklah saya
gemuk. Kenapa yer. Maybe masa tu selera makan tengah membuak -buak kut.
Apa tidak nya. Saya makan junk food ngan air coke almost every day. Lepas tu flash ( buang air
besar)tak aktif.Macam ketagih.
Macam mana saya boleh kurus dan maintain?
Heheh.. Selepas saya menjalani pembedahan sebanyak 3 kali berturut. Saya ubah caa pemakanan
saya. Air gas ker , air ais ker saya dah tak sentuh. Saya juga bertukar pada nasi cokelat .
Masa lepas operation tu saya memang pantang lah. saya juga pernah amalkan diet protein. Apa tu
diet protein? Makna nya kita cuma ambil makanan yang dari protein sahaja. termasuk daging
ayam. Air pulak saya minum air soya.
Dan tidak ketinggalan saya juga amalkan yoga. Higga sekarang saya tidak makan nasi setiap
hari. Saya cuma makan nasi 3 kali dalam seminggu jer. Yang selebihnya saya makan roti dan
kuih2 jer.So now maintain dalam 55 or 56 jer . tengok lah kalau zip dah ketat diet semula.
Mungkin tips saya ni boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan .
Anda boleh mengupas kulit daun lidah buaya dan rebus isinya. Kemudian airnya diminum
. Amalkan setiap malam, anda akan melihat hasil nya .
Posted by Sharifah Wani at 9:10 PM 0 comments
Links to this post
Labels: berat badan, gemok

Rabu, 7 Januari 2009


Usia muda tapi......muka ...cam tak cayer jer
Pelek topik ni
Kekadang bila kita tengok wajah orang tu kita cam tak percaya. samada orang tu bercakap betul
atau tidak berkenaan dengan usia mereka. Ini kerana :1. Usia muda ,cam dewasa
2. usia banyak tapi muda lagi
Usia muda cam dewasa.
Ramai remaja sekarang yang suka sangat nak cepat jadi dewasa. mereka suka berpakaian dan
beraksi macam dewasa. Padahal duit tu masih lagi parents yang bagi. Saya juga pernah melalui
zaman gitu. Baru darjah 6 orang ingat dah tingkatan 3, ini kerana badan dah lah besar dan
berkawan ngan orang yang lebih tua. Masa tu punyer lah bangga. Bertambah lagi pakwe senior
yang ngorat. Kalau boleh nak cepat 2 kerja . Bestker ???? cam tu.
Kepada adik2 ingatlah. Enjoy your life according to your age. Jangan sia2 kan masa muda.
Nikmati zaman remaja bila anda remaja. kerana zaman itu hanya datang sebentar dan akan pergi

selamanya. Ambil kesempatan pada masa remaja untuk berkawan dengan remaja . Jangan
sesekali berkawan ngan orang dewasa. Menyesal nanti.Hayati zaman remaja anda dan gunakan
kesempatan ini untuk menimba ilmu.
Jika adik2 bercita 2 untuk menjadi dewasa dengan cepat. Adik akan jadi cam topik kat atas ni.
Kenapa ? kerana:

Adik suka berpakaian cam orang dewasa

Fesyen tak bersesuian dengan usia

Pergaulan yang tiada batasan

Akan dipenuhi dengan masalah yang tidak sepatutnya anda merasakanya.

Besar kemungkinan adik akan kantoi dalam percintaan dan pelajaran

So pilihlah.
Masa akak muda remaja dahulu , nak cantik kan muka akak buat sendiri bedak sejuk tau. Korang
mana nak pakai bedak sejuk . agaknya bedak sejuk pun tak kenal. Berat ni. Cam ner akan buat
tau
Resepi

Beras pulut direndam semalaman

Air asam jawa

Kunyit

Daun pandan

Cara2

Beras ditumbuk halus ngan kunyit

Digaul ngan air asam

Dicampur ngan daun pandan yang dah dimayang halus

Pastu kita guna kain lamping budak ,kita titiskan kat lampin tu dan biarkan dia kering.Kemudian
kita leh ambil dan simpan kat botol.Make sure kasi kering betul . nanti berkulat.

Kalau nak tegangkan kulit muka , ini dia petua dia:Ambil tepung ubi kayu dan timun. Sagat timun kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu
dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu sapukan ke muka dan biarkan
kering, kemudian basuh. Cara ini dapat menegangkan kulit serta menampakkan keputihan di
muka dan sekaligus menjadikan kulit muka segar.
Kekadang tu muka kita ni sembam, naper yer?
May be tido kuat kut. Ini adalah petua yang akak selalu amalkan:Ambil sehelai daun sirih yang kekuningan , tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan
bedak sejuk .Selawat 3 kali dan sapukan ke wajah . Amalkan seminggu berturut-turut sure 100%
leh susut bengkak tu dan wajah berseri semula.
usia banyak tapi cam muda lagi
Nowdays ramai wanita di luar sana yang impikan ayat kat atas ni. Samalah cam akak ni. Macam
akakkan , tak pernah berpakaian cam orang yang berkahwin . Pakaian akak up to date punyer .
Cam orang muda. So tak lah cam orang dah kawin.
Orang dah kawin saham lagi tinggi. Kalah orang bujang. Ini kerana orang berkawin sentiasa
berlumba2 untuk kelihatan muda selalu. Salah satu caranya kita kenalah bermake up dan
berpakaian cam orang muda selalu. Pakailah baju yang ikut badan sikit. Barulah suami dan anak
kagum dan bangga ngan kita.

Hilang panau- pakai belerang daun geledang


Lebatkan rambut- santan

[sunting] Menghasilkan Kulit Cantik


Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan Lobak Merah yg telah dihancurkan .

[sunting] Mengatasi Senggugut


Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang
untuk mengatasi senggugut.

1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak
antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu
tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji
sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda
tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi
saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat
senggugut.
3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana
yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

[sunting] Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang


Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk
tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit
yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

[sunting] Menyegarkan Mata Gatal dan Letih


Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan
masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil
kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

[sunting] Menyegarkan Mata


Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika.
Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

[sunting] Menaikkan Seri Muka


Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air
bersih setelah sepuluh minit.

[sunting] Merawat Panau


Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.

[sunting] Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan
hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah
anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

[sunting] Mengurangkan Air Pada Faraj


Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak
minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah
malam.

[sunting] Sihat Tubuh Badan


Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai
kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

[sunting] Melangsingkan Tubuh


Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air Limau
Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan
ideal.

[sunting] Menghilangkan Parut di Kulit


Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan
bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg
mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk
menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

[sunting] Mengelak Keguguran Rambut


Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya
pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

[sunting] Menghilangkan Bau Ketiak


Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi,
sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

[sunting] Menghilangkan Kelemumur


Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam
Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu,

petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. --Mr> Raaz. 01:46, 20 September 2007
(UTC)Pn JAMILAH

[sunting] Rambut Gugur


Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala
sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu,
elakkan mengikat rambut dgn getah.

[sunting] Menghilang Sakit Kepala


Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam
sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

[sunting] Menghilang Ketumbit Mata


Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali
sehari sehingga ketumbit hilang.

[sunting] Menurunkan Berat Badan


1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan
air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan
dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
2. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas
yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan
tengahari atau selepas makan malam.

[sunting] Mengatasi Tumit Pecah


Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan
berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

[sunting] Awet Muda


1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan
Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah
anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan
setiap hari urutan ini.

[sunting] Mudah Bangun Pagi


Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk
bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

[sunting] Menghilangkan Jerawat


Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat
jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

[sunting] Meluruskan Rambut Kerinting


Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan
pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan
pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah
dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus
sedikit demi sedikit.

[sunting] Menghaluskan Kulit Muka


(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi
larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang
limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

[sunting] Memerahkan Bibir


Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah
bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

[sunting] Memutih dan Mengilatkan Gigi


Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan
abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
merah kan bibir tumbuk kunyit dan sapukan di bibir

[sunting] Tegangkan Payudara


Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

[sunting] Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan
kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki
anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

[sunting] Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin


Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu
pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika.
Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa
mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di
mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

[sunting] Menghilangkan Bau Mulut


Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan
kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga kali sehari.

[sunting] Menghilangkan Lebam Mata


Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki
Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula
timbul. Amalkan selalu.

[sunting] Mengelak Santau


Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa
lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan
makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung,
berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan
tidur bertentangan dengan pintu.

[sunting] Meminimakan Gangguan Semasa Tidur


Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa
mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih
dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca,
bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal
kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

[sunting] Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan
menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal
sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah
kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua

MELENGGANG PERUT
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan
semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim
perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh
bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang
sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin
dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk
memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau
belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah
bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak
perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah
seperti berikut:
Tujuh helai kain yang berlainan warna.
Satu gantang beras.
Sebiji buah kelapa.
Beberapa urat benang.
Satu batang damar.
Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
Beberapa batang lilin.
Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.
Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut
seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang
sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut.
Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahanlahan.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan
di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu,
kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan
oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa
itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak
lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan
dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu
diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya
panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu
tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan
dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan
bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima
suku di dalam tepak sirih itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri
oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang
akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Anda mungkin juga menyukai