Anda di halaman 1dari 4

Nie ada part2 yg sensored sket tapi utk tujuan ilmu takpe kot :))

Petua : Kecutkan Jerawat!! 


Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga
lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah
anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..Insya -Allah, jerawat
pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !! 
Pengirim : Mawaddah
Petua : Sakit Tumit Kaki 
Ambil 1 kg garam kasar.Dipanaskan mengunakan kuali dengan cara
mengoreng tanpa minyak. Panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas.Setelah
garam tersebut menjadi panas bungkus mengunakan kain. Kemudian tuamkan tumit anda
dengan garam kasar tersebut. Insyaallah ia akan sembuh 
Pengirim : Suhaizat
Petua : Melegakan Selsama Bayi dan Kanak2 
Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong diatasnya, korek dengan  paku yang sederhana
besar dan sumbatkan sedikit kapur makan didalamnya, digaulkan, biar bercampur antara kunyit
dan kapur tadi, dan bolehlah disapukan diatas hidung bayi, sebaiknya ketika bayi tidur..
lakukan selalu, insyaallah hidung bayi tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena. 
Pengirim : Hayati m.z
Petua : Gigi Kuat 
Amalkan selalu petua ini. Setiap kali anda penat kerana berlari dan 
sebagainya, anda hendaklah kacing gigi jangan biar mulut ternganga dan setiap kali anda
membuang ayer besar kancinlah gigi anda ketika
meneran begitu juga semasa anda sampai kekemuncak ketika bersetubuh jangan ternganga
,kancinlah gigi anda Insyaallah gigi anda akan kuat 
Pengirim : Ust Ballia
Petua : Menguatkan Tenaga Batin Si Wanita 
Bagi wanita yg mahukan lebih 'ummphh' ( Tenaga ) sewaktu bertarung dgn si suami amalkan
petua ini : Selama 3 pagi berturut-turut, hendaklah bangun tidur sebelum si suami terjaga
( Peringatan: petua ini tidak akan  mujarab sekiranya si suami sudah terjaga ), rendamkan 3 jenis
daun bunga yg berasingan, (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dgn sedikit madu asli
kedalam sebaldi air suam selama 30 minit .Mandi menggunakan air ini selepas itu barulah
kejutkan si suami untuk mengetahui hasilnya. 
Pengirim : Ahmad Shukri Tajuddin @ Ferilanoir
Petua : Petua Mendapatkan Anak 
Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah.
Namun usaha dan petua yang diamalkan insyallah boleh diperolehi.Jika inginkan anak lelaki, air
mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian
tidurlah mengiring ke kanan. Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah
dipancutkan atau kekemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insyaallah jika diiringi
doa. 
Pengirim : Neng Zura
Petua : Dapatkan Anak 
Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tak
dapat anak setelah berkhawin sekian lama....atau baru kahwin inginkan terus dapat cahayamata. 
1- Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli ( warna  hitam ) setiap awal pagi
si suami. 
2- Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk  semua, lelaki yang telah
berumahtangga 
3- Amalakan bersedekah setiap hari jumaat, bila pergi ke  masjid, InsyaAllah bila diamalkan
selalu ianya akan berhasil. 
 Cara Buat Senaman Batin :- 
1- Duduk bersila badan tegak 
2- Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan. 
3- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan , tangan kiri pula pegang 
lutut kiri..tarik nafas dalam-dalam (slow ) 
4- Setelah nafas penuh didada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan  hingga menyentuh lantai
sebelah kanan ( jangan lepaskan nafas tahan  selama 7 saat ) jika tidak mampu jangan paksa. 
5- Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula. 
6- Buat 3 x atau 7 x setiap lepas sembahyang Subuh. Jika betul  melakukannya peluh akan
keluar walaupun hanya 3 x buat.(maksudnya 3 x kanan dan 3 x kiri ).Selamat mencuba. 
Pengirim : Ayuniza
Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban. 
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak  berseri, lagi pun uban
tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja  lagi ada yang telah beruban. Saya pernah
dengar petua dari arwah nenek saya (dia meninggal semasa berumur 102 tahun ) rambut nya
masih hitam. dan dia bagi petua pada saya katanya,kalau nak lambat atau menahan uban
dari tumbuh caranya : 
Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak  kamudian jemur
( keringkan ), kamudian goreng dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu
tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai
menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insyaalah
menjadi. 
Pengirim : Arshad Haji Omar @ syad
Petua : Menguatkan Dan Membesarkan Zakar 
Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah
antara kedua belah kaki -tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu
sebanyak 3 kali sehari ( apabila mandi pagi, tengahari dan petang ) nescaya dapat membantu
membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda. Petua ini berhasil
menolong kawan-kawan saya. Cubalah. 
Pengirim : Manja
Petua : Kurangkan Kolestrol Dalam Darah 
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau 
nipis / kesturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan
mengamalkan setiap hari, kadar kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai
masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat
mengatasinya. 
Pengirim : Angah
Petua : Kempiskan Perut 
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur
dengan kapur sirih .Lumurkan atau sapu dekat perut ,amalkan setiap 
malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik. 
Pengirim : Aizan
Petua : Menghilangkan Jerawat 
Ambil pucuk daun jambu batu kira-kira 4 atau 5 helai gosokkan pucuk  jambu dengan sedikit
garam pada tapak tangan.kemudian sapu pada muka yang berjerawat.Ulangi beberapa kali
mujarab..... 
Pengirim : Aizat
Petua : Mengelakkan Naik Bisul 
Untuk menggelakkan anda dari terkena bisul (sejenis penyakit kulit ), 
Selepas anda bersin anda hendaklah meludah air liur, jangan ditelan  sisa  - sisa air liur yang ada
didalam mulut..... Jika di amalkan Insyallah 
anda tidak akan mendapat bisul. 
Pengirim : Arro
Petua : Memutihkan Kulit Muka 
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalamnya dan campur bersama 1/2 biji asam limau nipis
bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan
jerawat pun hilang. 
Pengirim : Yan
Petua : Pembersihan Dalaman Badan 
Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil 
jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan
kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan
segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.
Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur. Insyallah.. 
Pengirim : Ana
Petua : Tambah Power 
Untuk menambahkan power semasa bersetubuh di mana sila amalkan petua berikut;- 
1.Kalau nak buang air besar jangan seiring dgn air kecil. Oleh itu kalau 
nak buang air besar maka air kecil harus ditahan dan tarik nafas, sebegitu juga sebaliknya.Yang
penting jangan buang kedua2 air sekali. 
2.Amalkan dikepalkan sebesar ibu jari nasi dan telan semasa hendak
mula makan. Sekian 
Pengirim : papa36
Petua : Menguatkan Zakar ketika bersetubuh 
Caranya amat mudah dan senang diamalkan iaitu : 
1) Sediakan segelas susu dan dicampur isi jagong 3 x sehari atau lebih 
amalkan ). 
2) Sediakan segelas susu dan buah kismis ( amalkan ) 3 x sehari atau  lebih. 
3) Sediakan segelas susu dan kacang hijau yg dah direbuh ( amalkan ) 3 x sehari atau
lebih. Tempoh masa diamalkan adalah 3x / hari setiap yg dinyatakan diatas maknanya 3 x 3 = 9
hari Insyaallah terbukti hasilnya kelakian anda.Selamat mencuba.... 
Pengirim : Putra69
Petua : Mengilat Barang Kemas ( Emas ) 
Barang kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk
mengembalikan kilauan emasnya.caranya.. Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan
dengan ubat gigi ( apa-apa jua jenama ) dan rendamkan barang kemas tersebut selama 1/2 jam
Lepas tu...keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi yang terpakai.Bilas
dengan air bersih.Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru. Selamat
mencuba.Usaha tangga kejayaan. 
Pengirim : Hanny 
Petua : Ubat Batuk dan Lelah 
1.Ambil satu biji lada masak dan satu lada putik iaitu jenis lada yang 
masak merah dan putiknya putih. 
2.Satu sudu minyak tanah 
3.Satu sudu minyak masak 
Kedua biji lada tadi dihancurkan bersama-sama dengan minyak dan
setelah hancur lumat,sila tapis dan dapatkan minyak yang bercampur dengan lada tadi.Sapukan
pada tengkok dan dada,anda akan rasa selesa selepas 10 minit mencuba dan cuba sapu 2/3 kali
sehari. Insyallah legalah ia. 
Pengirim : Ckbe
Petua : Menghilangkan Kutil 
Untuk menangani masalah tersebut cubalah anda mencari seekor ikan
kekek dan sila ambil 3 keping tulangnya. Lalu anda basuhkan kutil di anggota badan anda
dengan air. Selepas itu ambil 3 keping tulang tersebut dan cocokkan dalam bentuk 3 segi....yakni
satu ke arah barat, satu ke arah timur dan satu ke arah selatan....Kemudian tinggalkan 3 keping
tulang tersebut didalam.Kamu akan dapati kutil itu akan gugur dengan sendirinya selang
beberapa hari.....Insya Allah... 
Pengirim : MJ
Petua : Ikan Gulai Lebih Lembut Dan Sedap. 
Jika anda ingin sedapkan lagi masakan anda utama nya yang menggunakan ikan campurkan
sedikit halba kedalam masakan anda,Insyallah ikan itu akan lebih lembut dan sedap.Cubalah.... 
Pengirim : ROSMAYLIE 
Petua : Melambatkan Rambut Uban 
Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke  rambut. Tangan yang
dibasuh tadi tidak perlu dilap.InsyaAllah, rambut anda tidak beruban 
Pengirim : Mohd. Hazawawi 
Petua : Lelaki lambat keluar air mani 
Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh  cubalah petua ini, anda
akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa
air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar
lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh, dan lakukan hingga seterusnya.. Insyallah anda
akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang. 
Pengirim : Lelaki Brunei
Petua : Kesan hilangkan Parut Jerawat muka 
Asalammualaikum. Kepada sesiapa sahaja yang mempunyi muka berminyak meraka bernasib
baik kerana muka yang berminyak boleh menghilangkan parut jerawat walau makan masa yang
lama sedikit..Cara yang lain iaitu anda tak dibenarkan makan kicap bagi mengelakan kesan
paruh jerawat tersebut...Selamat mencuba petua  saya ini. 
Pengirim : Mushizan mohammad isa @ aniey 
Petua : Menghilangkan Penyakit Kuning 
Ramai ibu-ibu yang mengalami,semasa mengandung kurang minum air dan menyebabkan
apabila bayi mereka lahir bayi mereka akan kena sakit kuning. Untuk menyembuhkannya sila beri
bayi tersebut meminum air susu kambing,pasti penyakit kuningnya akan hilang. 
Pengirim : Jaimin L
Petua : Mengurangkan Sakit Kepala 
Asalammualaikum, Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu. Caranya biasakan diri
setiap kali bangun pagi, basuh muka dahulu sebelum memberus gigi. Insya-Allah kita tidak di
serang sakit kepala.Mencegah lebih baik dari mengubati. 
Pengirim : Azrah
Petua : Menyerikan Wajah 
Ambil embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada
pencemaran) dan sapukan ditapak tangan. Kemudian sapukan di bahagian muka
sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu
insyaallah. 
Pengirim : Syukur 
Petua : Merawat Bisul 
Asalammualaikum, Sekiranya anda terkena bisul ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan keatas
bisul tersebut. Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan. Ulang sehingga nanah bisul itu
terkeluar insyaalah mujarab 
Pengirim : Asmara 
Petua : Buang Ketuat ( Butil ) 
Ambil sebiji buah betik muda.Hiris supaya getahnya keluar.Letakkan
getah pada ketuat yang telah dikikis sedikit kulit luar yang keras.Biar 
beberapa jam sehingga getah kering.Kikis kulit ketuat yang telah diselaputi getah kering.Ulangi
proses di atas sehingga kulit ketuat menjadi nipis. 
Pengirim : Tina 
Petua : Menghaluskan Rambut 
Asalammalaikum, Cubalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-
ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh
digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus. 
Pengirim : Jasmin 
Petua : Ingin anak perempuan dan lelaki 
Kalau tuan dan puan inginkan anak perempuan lebihkan banyak makan ikan dan sayuran
hijau.Sekiranya inginkan anak lelaki banyakkan makan daging ayam dan Daging Lembu. 
Pengirim : Mama Tie 
Petua : Mencegah Jeragat 
Jika anda berhasrat untuk mencegah atau mengurangkan jeragat di  wajah, gunakanlah hampas
kelapa. Gosok-gosokkan hampas kelapa di seluruh wajah.Biarkan selama 15 minit atau lebih.
Amalkan selalu, insyaAllah jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan
gebu... 
Pengirim : Adyzza72..

Anda mungkin juga menyukai