Anda di halaman 1dari 7

etua dari Dr.

Fatimah Az-Zahra Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga . Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. tips dan info disumbang oleh kak zah..

Petua anak pintar!!!!! 1. Baca YA LATIF 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur. 2. Baca surah al-Fatihah 1 kali 3. Baca Alam Nasrah 1 kali 4. Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti ibunya. Contohnya memberi nasihat dan lain-lain lagi. 5. Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak anda

Bagaimana cara menghilangkan bau badan? Bau badan ini memeningkan kepala kita yang mengalaminya dan orang sekeliling kita. Apabila badan berbau busuk dan kurang menyenangkan menyebabkan kita mencari tips untuk menghilangkan bau badan. Terdapat banyak tips, petua, kaedah, teknik, panduan dan bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan atau ketiak yang busuk ini. Berikut adalah tips, petua, kaedah, teknik, panduan, bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan yang dialami oleh lelaki dan wanita. Petua Untuk Menghilangkan Bau Badan Yang Busuk Pilihan 1: Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandi dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu. Pilihan 2: Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang. Pilihan 3: Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempattempat berbau seperti ketiak. Biarkan 15 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.

Pilihan 4: Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Pilihan 5: Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir. Pilihan 6: Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 3 kali seminggu. Pilihan 7: Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak. Pilihan 8: Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 15 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin. Pilihan 9: Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Pilihan 10: Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Pilihan 11: Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya 3 kali seminggu. Berikut adalah 11 tips, panduan, teknik, kaedah, tips, petua dan bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan.

Anda mungkin juga menyukai