Anda di halaman 1dari 19

PETUA UNTUK ANDA AMALKAN

PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)


Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3
kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-
turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

PENAWAR RESDUNG
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan
menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian
picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali
sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.
Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,
bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya
sungguh menakjubkan.

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA


Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di
sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.
Amalkan seminggu 2/3 kali.

MENEGANGKAN KULIT MUKA


Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas
itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara
ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka
dan menjadikan kulit kita segar...

MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk
dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada
cagu. Cagu akan beransur pulih.

MENYERIKAN WAJAH
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah
mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum
mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah
anda. Selamat mencuba.

MENGHALUSKAN KULIT
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya
dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama,

1
cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk
membersihkan kulit.

MENGHILANGKAN BAU BADAN


Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit
limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

BADAN RINGAN DAN BERTENAGA MINUM


air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika
kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan
menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita,
amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

MELEMBUTKAN RAMBUT
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam
camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu
sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut
dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

MERAWAT KULIT BERKEDUT


Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan
bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan
itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

MELENTIKKAN BULU MATA


Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu
mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn
terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga
kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah
ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

MELEBATKAN RAMBUT
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil
lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu
madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn
tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga
kering. Amalkan dua kali seminggu.

AWET MUDA
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan
dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah
seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

2
MERAWAT SENGGUGUT
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam segelas air
suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat.
InsyaAllah, senggugut akan hilang.

KULIT CERAH DAN LICIN


Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka
dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

RAMBUT LEBAT
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3
kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

MENGURANGKAN DENGKUR
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu
panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

MENGHILANGKAN KETUAT
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan
getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa
kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

MENGEMPISKAN PERUT
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu
disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas
bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat
perutsahaja, amalkan setiap malam.

(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan
semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka
atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi,
jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya
minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut
buncit.

MENGEKALKAN KECANTIKAN
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di
samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat
dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.Menghasilkan
Kulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah
yg telah dihancurkan .

MENGATASI SENGGUGUT
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun
terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya
amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .

3
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantiti
sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum
haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan
kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat
menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat
senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua
tersebut tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah
lama saya tak dapat senggugut.

MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWAT


Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India)
di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam,
sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga
kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang
jerawat tiada.

MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH


Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-
ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.
Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu
dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

MENYEGARKAN MATA
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk
berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

MENAIKKAN SERI MUKA


Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.
Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

MERAWAT PANAU
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

MENGELAK RAMBUT GUGUR


Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih
dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam.
Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat,
hitam dan berkilat semulajadi.

MENGURANGKAN AIR PADA FARAJ


Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda.
Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan
tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

4
SIHAT TUBUH BADAN
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan
jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg
masih berembun .

MELANGSINGKAN TUBUH
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur
dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari.
Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT


Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan
sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu
rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT


Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit
kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah
kelemumur.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK


Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap
kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah
ketiak.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan
biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn
tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk
mengurangkan pening kepala.

RAMBUT GUGUR
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu
atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut
baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

MENGHILANG SAKIT KEPALA


Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

5
MENGHILANG KETUMBIT MATA
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi
ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

MENURUNKAN BERAT BADAN


(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan
campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2
kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya
ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan
minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

MENGATASI TUMIT PECAH


Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus
tumitkaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

AWET MUDA
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin,
Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang
dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi
selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

MUDAH BANGUN PAGI


Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w.
Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

MENGHILANGKAN JERAWAT
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di
muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

MELURUSKAN RAMBUT KERINTING


Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis.
Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai
krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut
keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn
bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan
lurus sedikit demi sedikit.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA


(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau
sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah
dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu
barulah dibilas.

6
MEMERAHKAN BIBIR
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan
selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI


Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan
gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan
insyaallah gigi anda putih berkilat.

TEGANGKAN PAYUDARA
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah
mujarab.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA


(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia
sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air
bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur
dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama
½ jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula

MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN


Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.
Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

MENGUATKAN GIGI
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk
bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa
mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.
Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah
muka.

MENGHILANGKAN BAU MULUT


Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.
Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya
tiga hari sekali.

MENGHILANGKAN LEBAM MATA


Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan
semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa
ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan
selalu.

MENGELAK SANTAU
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah
makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa

7
rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah
telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan
sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur
bertentangan dengan pintu.

MEMINIMAKAN GANGGUAN SEMASA TIDUR


Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan
seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan
senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.
Hilangkan segala masalah

dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka


dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal
kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah
ibadat.

MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA


Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis.
Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman.
Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan
beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan
mengelupas dalam sehari dua.

PETUA MENCANTIKKAN RAMBUT


1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang.
Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula
ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu
sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada
rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah
lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-
kurangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil
beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk
buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada
setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan
selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada
orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi
masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah
buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur
pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh
bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali
seminggu.

8
4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah
disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk
membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak
bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap
rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi
atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda
berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting,
seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk
mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

PETUA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT MUKA


1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut
tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan
pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut.
Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan
selalu untuk hasil yang memuaskan.

2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air
boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran
tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka
akan menjadi lebih licin.

3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian
sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.


Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari
hingga kesan itu hilang.

5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning
telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan.
Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam.
Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata,
melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU

Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan


sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku
tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri
dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam
perjalanan tersebut

9
Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga
batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100
tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi
generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi
memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas
persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air. Amalan menahan
kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah
pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.

Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi


dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh
mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang
tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di
laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air

Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur
sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas
tangga juga berat jodoh.

Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa
terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri

Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang
teramat sangat

Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan
sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat
kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil
mencekam gigi agak kuat

Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan


badan menjadi lemah dan luntur

Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit
yang ada dalam badan tidak dapat keluar

Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya


pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini
boleh memendekkan rezeki

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian


bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan
daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas,

10
tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan
kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan
berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang
kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh
juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata


Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya
diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum
air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin


Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah
dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan
ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang
bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah


Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian
rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak
kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan
terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan
menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu
pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak
kotor.

Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang
mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa
sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan
pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian
setiap hari.

11
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2
sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng
sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu
sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau
sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu
pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan tumbuh rambut


Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya
seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke
dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari
lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian
setiap hari.

Membuang tahi lalat hidup


Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan
dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan
caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-
pecah.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam


Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya
untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau
tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya,
mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat


Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya
1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
sejuk.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki


Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan
hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu
tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan
pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

Daun petai cina ubat seri muka


Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak
tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu
mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang
bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1
bulan.

12
Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian
dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian
dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan
ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga
rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang
mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah
dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah
dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan
pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan


Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu
terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat
ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu
sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak
tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Menghilangkan bau ketiak


Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan
biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air
sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang
terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air


Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan
sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk
dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli,
campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal-gatal pada kemaluan perempuan


Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut
setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

13
Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan
terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak
berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan
rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh
diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut
ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur
sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum
pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam
periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air
kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang
secara beransur-ansur.

Menghilangkan Bulu Ketiak


Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada
tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah
didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi
kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu
ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan
gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan
kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut
suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara
ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

Sakit bahagian buah pinggang


Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian
dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-
kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu
lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4
gelas.

Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan
diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan
memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu
menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3
jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi


Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata
tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-

14
mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam
masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus
dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning
ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu
setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal
1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,
penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan
ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh
sesudah mencubanya.

Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus,
kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit
garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air
tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis,
panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan
basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam


a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan
kain yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya


a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi
sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik
dan ucapkanlah:

"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah


rasulmu"

15
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-
turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh
7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak
bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam
perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi
halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-
gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun
kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat
cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

Ubat Kencing Batu


Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak

PETUA UNTUK MASALAH BADAN BERBAU


1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua.
Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau
lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa


kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum
airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit
kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda
selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau
lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih
dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut.
Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya
akan berhasil.

PETUA UNTUK MASALAH KEPUTIHAN & KENCING TIDAK LAWAS


1. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba cara
ini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air
itu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selain
menghilangkan gatal dam bau ia juga berupaya merapatkan kembali
bahagian sulit.

16
2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta
direbus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam.
Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali
seminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.

3. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam
barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabila
hendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakit
anda sembuh.

4. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama


beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan
minum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.

PETUA UNTUK IBU HAMIL & KANAK-KANAK


1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki.
Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam
dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat
sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu
sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap
kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung
rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika
hamil.

3. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk


menghilangkannya bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu
pada ruam. Insya-Allah ruam beransur hilang.

4. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk menghilangkannya,


anda boleh menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa.
Biarkan seketika agar daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok daki
itu. Selain hampas kelapa, minyak bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan
hasilnya pasti memuaskan.

5. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini.
Gunakan tiga jari anda (ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu). Baca selawat
tiga kali, genggam dan lepaskan beras dengan tiga jari tadi ke dalam
secawan air masak. Makan beras yang masih melekat pada jari itu. Gunakan
air yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan diberi
minum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika
perlu.

17
PETUA UNTUK MASAKAN
1. Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya
akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi
didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain
mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada
sayur.

2. Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa


bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah
beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.

3. Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah
dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut
walaupun setelah sejuk.

4. Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan


rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat
dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

5. Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian


goring asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat
lagi.

6. Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan
atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

KHASIAT DARI TUMBUHAN


1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya
ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-
uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh
menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan
bedak sejuk.

2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil


beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat.
Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya
akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk
merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka,
ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan
pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas
bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan
petang sehingga sembuh.

18
4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya,
sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata.


Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air,
kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala
lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

19