Ari-ari pedih
Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang
telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari
dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak
kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan
ini akan menghilangkan penyakit asma.
Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki
dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian
yang sakit.
Batuk lelah
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada
pesakit.
Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan
dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
Bau Mayat
Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan
kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama
baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian
sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi
mudah.
Berak Darah
Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
Deman
Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan
tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit
kepala selepas bersalin.
Demam Panas
Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang
telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas
badan berkurangan.
Gatal Vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga
mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga
sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Gegata
Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa
miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Hidung Berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk
mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan
keadaan kepala meninggi.
Kencing sakit Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang
merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Keputihan Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa
gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh
mengelakkan dari masalah keputihan.
Kutu Babi Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat
pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Lompangan (ulcer) Tempelan (pasta) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka
dengan cepat pada bibir mulut.
muntah
Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan
dadanya
Menegangkan payudara
Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak
zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan
agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua
atau tiga kali seminggu.
pedih perut
Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang
serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
Penyakit kelamin
Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada
bahagian yang sakit.
- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum
airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.
ruam peluh
Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua
kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Sakit Gigi Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan
berkurangan.
Sakit Hati Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu
urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan
selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak),
bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Sakit Jantung Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor
dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
Sakit kepala
Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram
(disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).
Sakit mata
Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika,
tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku.
Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.
Penawar Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Kini saya
paparkan pengalaman saya yang telah mengidap resdung berbelas tahun malah telah menjalani
pembedahan pada tahun 1994. Tahun lepas saya dapat nasihat agar saya mengamalkan
perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan
hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh
muka sebersih-bersihnya.Lakukan ini setiap kali sampai kesatu destinasi,baik kepejabat
,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja.Amal kesannya sungguh
menakjubkan.
Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada
batu.Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.
Lesung Pipit
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air.Ambil hampasnya
dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih dahulu )
Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama
dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan
campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau
cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan
hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga
hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
Melawaskan kencing
Untuk melawaskan kencing,ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong
bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer
itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan
memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat
penyakit batu karang.
Masalah Bau Badan
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul
tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan
tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus
ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka
kecil.
Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur
dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,
kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan
muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih....
Sejukkan kepala & menghitam Rambut
Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air
selepas itu ramas hingga belendir.Selepas itu sapu diatas kepala beberapa minit sebelum mandi
Insyallah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa
untuk hitam.
Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak.Semasa melakukan jimak ,
punggung isteri hendaklah diayun kekiri dan kekanan ,supaya air mani akan sampai ketempat
yang sebetulnya.
Dapat Anak Cerdik
Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah
delima sebelum bersalin.
Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat
hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6
titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin
Allah,selamat mencuba.
Kempis Perut
Petau yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur
dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan
insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada
mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah,
Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya
mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah...
Masalah uban?
Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum
anda mencuci dengan syampu.
Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian
saringlah setengahgelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi.
Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dandicampur dengan sedikit madu. Minumlah
berulangkali setiap pagi ramuan ini.
Atau
Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus
beberapa banyak yangboleh biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya
untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung
juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.
Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam
cawan dicampurkansedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan
harinya, minumlah air tersebut. Ulangipetua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda
akan sembuh dengan segera.
Cirit Birit
Buat bubur nasi dan campur sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam.
Amalkan dua kali
sehari sehingga cirit birit awda hilang.
Melebatkan Rambut
Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku
garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut
bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air
campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. InsyaAllah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.
Memudahkan Tidur
Ambil akar kelapa hijau sebanyak lima potong dan direbus dengan air sebanyak satu gelas. Akar
tadi mestilah dipotong sepanjang lima sm (cm). Kemudian tapis dan ambil airnya. Cubalah
minum air rebusan tersebut lebih kurang suku cawan sebelum tidur. Insya-Allah masaalah biskita
susah hendak tidur dapat diatasi.
Menghalau Nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan
piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.
Menghalau Pijat
Jika anda makan durian, kulitnya jangan dibuang. Letakkan di bahagian bawah katil atau tempat
yang dijangka adapijat. Bagi sesiapa yang tidak tahan dengan bau durian bolehlah digantikan
dengan kulit limau manis. Insya-Allahsetelah 4-5 hari, anda akan dapat melihat banyaknya pijat
yang mati. Sebahagian lagi tentu lari dari sarangnya keranatidak tahan dengan bau durian dan
kulit limau.
Menghaluskan Kulit
Untuk mendapatkan kulit yang halus, ambil 5-6 daun petai cina. Kemudian ramas hingga keluar
airnya. Setelah itu digosokkan pada seluruh badan ketika mandi. Biarkan selama seminit dan
bersihkan badan dengan air. Lakukan 2hingga 3 kali dalam seminggu. Jika badan anda terasa
gatal, jangan teruskan kerana ia tidak sesuai dengan jenis kulitanda.
Kemudian air itu digunakanuntuk membasuh tangan atau minum sahaja air tersebut.
Menghilangkan Kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air.
Selepas itu disaring lalu
usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
Atau
Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya,
setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci
seperti biasanya. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masaalah kelemumur awda
dapat diatasi.
Menguatkan Gigi
Mungkin kita mengalami gigi yang mudah goyah dan gigi tersebut tidak akan tumbuh lagi. Jika
anda ingin mempertahankan gigi tersebut agar tetap kuat, ambillah sedikit kapur sirih
dimasukkan ke dalam segelas air panas.Selepas disaring beberapa kali hingga airnya bersih,
gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan menjelang hendak tidur. Ulangi terus hingga gigi tidak
goyah lagi.
Menjauhkan Tikus
Guntingkan daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka berkeliaran, ini akan
membantu menjauhkan tikus kerana binatang tersebut tidak suka bau daun pandan.
Menjimatkan Lilin
Sebelum lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang dicampur dengan garam
sekurang-kurangnya selamadua malam, kemudian lilin itu hendaklah dijemur hingga kering.
Setelah kering bolehlah digunakan.
Menyembuhkan Demam
Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring airnya dengan sehelai kain
(diperah dan ambilpatinya). Kemudian air pati itu diminum. Insya-Allah, dalam jangka masa 12
jam kita akan merasa perubahannya.
Penyembuh Luka
Tumbuk bawang merah dan gula pasir hingga menjadi satu. Tampalkan ramuan tersebut pada
bahagian yang luka.
Perut Mual
Ketika badan kita tidak sihat kerana masuk angin misalnya, perut terasa mual dan loya hendak
muntah. Untuk mengatasi masalah tersebut cuba ambil beberapa ulas bawang putih dan dihirishiris nipis. Kemudian dicampur dengan gula melaka atau gula kabung yang telah dihiris-hiris.
Adunkan sama rata dan campurkan pula dengan air limau nipis sama rata. Minumlah (makan)
adunan tadi dan rasa mual anda akan hilang.
Rambut Gugur
Ambil daun bunga raya yang hijau, bersihkan dulu dan ramaskanlah daun itu di dalam segayung
air, setelah itu basuhlah rambut awda dengan air tadi dan biarkan selama lima minit dan barulah
dibilas. Amalkanlah selalu sehinggamendapat hasil yang baik.
Sakit Gigi
Daun sirih yang sudah ditaruh minyak kelapa, dilayarkan atau dipanggangkan pada api,
kemudian tampalkan pada pipiyang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturutturut. Bagi yang mengalami sakit gigi yang berlubang, ambillah bunga cengkeh lalu masukkan ke
Sakit Perut
Campurkan air setengah gelas dengan satu sudu teh garam, lalu dikacau hingga sebati,
kemudian diminum. Insya Allah rasa sakit perut itu akan hilang.
Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam
keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan
sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak
anda akan sembuh seperti sediakala.
Selusuh Beranak
Bagi melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu-ibu yang baru saja mengandung anak
pertama, orang-orang tuakita zaman dahulu mengamalkan meminum air rambut ketika mandi
sepanjang tempoh penghamilan. Caranya ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih dan air
yang terakhir kita siramkan itu disambut sambil melurut dari rambut kita dan menyambutnya
dengan tapak tangan, minumlah air tadi sebanyak 3 kali, berulang-ulang kita lakukan cara
seperti tadi.
Terpijak Paku
Masukkan kaki yang terpijak paku karat kedalam baldi yang mengandungi air bersih sambil
membersihkan luka tersebut. Perlahan-lahan masukkan garam dan kapur sirih ke dalam air
tersebut. Biarkan kaki tersebut terendam selama lebih kurang setengah jam. Kemudian kaki itu
diangkat lalu dibalut dengan kain. Insya Allah dalam masa tigahari rasa bengkak/bisa-bisa akan
hilang.
Tersusuk Duri
Ambil bawang merah atau bawang putih yang sederhana besarnya. Setelah dikupas, dibelah
menjadi dua. Sebelah daribawang tersebut dilumuri dengan minyak kepala. Kemudian
dipanggang di atas api dan ketika masih panas, diletakkan segera ke atas bahagian yang
terkena duri itu dan dibalut. Setelah beberapa jam barulah dibuka balutantersebut. Maka akan
kelihatan dengan jelas dan sangat mudah untuk mencabut duri yang menusuk dalam daging itu.
Ubat Keputihan
Bagi wanita yang mengidap keputihan, ambil 2 biji buah delima putih yang masih muda.
Kemudian ditumbuk hinggahalus. Selepas itu campurkan dengan segenggam daun delima putih.
Bahan-bahan itu direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minumlah air rebusan
ini selama 7 hari berturut-turut. Anda dinasihatkan menjauhi makanan daging kambing, nanas,
air kelapa dan ikan laut.
Ubat Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Buang kulitnya, kemudian buah pinang itu
ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan minyak kelapa, supaya habuk buah pinang itu
melekat di kulit. Bahagian kulit yang berkudis itu terlebih dahulu dibersihkan sebelum disapu
dengan pinang tersebut.
Ubat Panau
Lengkuas yang sudah dibuang atau dibersihkan kulitnya, digosok ke badan yang berpanau
setiap kali lepas mandi tengahari atau petang.
Memudahkan Tidur
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.
Demam Biasa
Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau Makanlah bawang besar serta
keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau Minumlah air rebusan
bunga melor.
Pening Kepala
Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian
kepala yang sakit atau Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan
daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap
hari atau Makanlah daun pokok Peria atau Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
Sengal Sendi
Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya
diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau Ambil daun serai ditumbuk
lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau ambil daun kecubung dan bubuh kapur
sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi
yang sakit atau Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air
masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam
kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu
atau Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan
perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.
Selsema
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang
panas/suam lalu diminum atau Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk
bayiAmbil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuanramuan air limau nipis yan bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
Suara Serak
Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan,
kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau Ambil bawang besar 2 biji,buang
kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan
diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau Ambil sebuku asam
jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk,
embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga
serak itu hilang.
Batuk/Semput
Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan
sedikit madu dan gula untuk diminum atau ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti
tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau minumlah rebusan akar
pokok melor atau Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah
dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk
berlendir Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap
manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya
atau untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula
pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
Sakit Gigi
Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau Ambil pucuk dan daun pokok
cengkih lalu di kunyah-kunyah atau Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air
hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau Ambil sedikit
sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.
Bengkak Gusi
Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini,
setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau Ambil umbut nenas,
hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada
gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.
Gusi Berdarah
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan
beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit
asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan
biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau Kumurlah dengan air suam yang telah
dicampurkan dengan sedikit garam atau Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan
luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan
dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan
menggunakan air daun sirih itu.
Demam Campak
Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran
setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam
campak, campaknya akan keluar atau Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak.
Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari.
Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk.
Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk
kesayangan anda berkilauan.
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua
ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik.
Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara
ini dapat mengatasi demam anak.
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu.
Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk
membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan.
Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.