Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga
sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum
dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu
seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-
sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah
pagi.
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama
sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan
kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.
Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala.
bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air
bersih. lakukan dua kali seminggu.
Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi
yang sakit.
Segarkan Mata:
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke
dalam hidung.
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi
itu bersama airnya. amalkan selalu.
Mengurangkan Dengkur:
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah
beberapa minit sebelum tidur.
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas
dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.
Sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika
anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam
selalu.
Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah
dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa
minit sebelum dibilas.
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya.
laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
menggunakan tuala tadi.
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kulit kepala
seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum
beberapa kali.
Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut.
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki
dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.
Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah.
badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan
berakhir.
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan
tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu
untuk mendapat hasilnya.
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan
selalu.
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air
rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.
Menghalau Semut:
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi
gula.
Mengelakkan Lipas:
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti
almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya
dengan daun-daun baru.
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu
sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian
gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.
Meredakan Batuk:
Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman
didalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap
mungkin.
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada
waktu pagi dan malam.
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti
terhindar dari mendapat ruam lampin.
Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam.
tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah
dibilas. lakukan diwaktu petang.
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia
menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia
mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.
Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas
itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur.
Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali
sebelum mandi.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan
setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan
tumbuh seperti sediakala.
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian
letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh.
Meredakan Batuk.
Minum secamca
Mari Hapuskan Kelemumur.
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur.
Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali
sebelum mandi.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan
setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan
tumbuh seperti sediakala.
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian
letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh.
Meredakan Batuk.
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.
Pening Kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit
dengan minyak bawang putih.
Lemah Otot:
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta
setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
Demam Selsema:
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan
minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
Susah Hadam:
Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu
haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan
roti. amalkan selalu.
Serangan Angin:
Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah
cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum
campuran itu setiap hari.
Serangan Cacing:
Gigi Putih
Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun
yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat.
Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan
menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT
terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua
ini seminggu dua ke tiga kali.
( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum
tidur..ekekek )
Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi
tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat
menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek
atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini.
Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit.
Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi
cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara
berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!!
Lembut Rambut
Alamak, rambut aku macam hantu MAK LAMPIR ni... nak pergi dating pulak tu...
macamana ni ?" ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.... JANGAN RISAU.
Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak
baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi
elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan
masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu
barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering
anda akan dapat rasa kelembutannya.
Mewangikan Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala.
Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan
rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba
petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit
limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya
cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
Jemput-Jemput Menjadi Lembut
Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan
limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.
Elakkan Kelemumur
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh
pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.
Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang
perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.
Segar Taugeh
Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air
limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda
menukar airnya setiap hari.
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air
perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi &
setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.
Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong.
Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada
permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk
mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap ptg
selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan
air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian dan biarkan semalaman.
Keesokkannya cucilah seperti biasa.
Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan
tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air
mandian.
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit
beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan
sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan
sedikit air jika terlalu kering).
(Utusan Malaysia)
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam
sekiranya dahaga.
Menghilangkan Panau.
Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian
tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas.
Gosokkan pada kulit berpanau.
Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi
dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM
BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti
biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.
Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan
PLAK yang amat memalukan.