Buatlah InsyaAllah anda akan mendapat manafaatnya dari Ilmu dan pertua yang diberi. Ingat setiap
penyakit ada ubatnya. Hendaklah diamalkan tanpa diamal penyakit pun tak nak sembuh. Istoqomahlah,
InsyaAllah datanglah keberkatannya.
Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur. Buatlah selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur
sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah
sentiasa.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan. Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu
teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu
dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan
sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itu
sampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli
dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai
merata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban,
seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah
sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak
kaki yang pecah-pecah.
Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari
segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta
itu.
Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur
sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.
Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu
hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau
yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama
3 hari berturut-turut.
Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.
Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan
minum selama 3 hari berturut-turut.
Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang
perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat
tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasi
dengan menggunakan daun sireh. Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu
direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu
untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula
digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh 2
minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan
berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat
membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan
dan bolehlah diminum segelas sehari.
Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang
baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan
satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian, angkat dan
sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan
sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap
kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.
Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak. Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air
masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan
petang.
Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua. Minum air tersebut 2 kali
sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
Demam Berdarah
• Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
• Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala
dengan air tersebut
Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat
kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut. Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk
menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi
dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali. Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan
menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat
terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali
dalam sehari.
Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh
badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat
kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala
seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit
barah otak.
Ø Punca Dari Pakaian: Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh
menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
Ø Punca Dari Cahaya: Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan
dengan sumber cahaya yang terang
Ø Punca Dari Mata: Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh
menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan
cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
Ø Punca Dari Penyakit: Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan
sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
Ø Punca Dari Kepala: Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh
menyebabkan sakit kepala
Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan
dikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang
dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian
dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering,
sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.
Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke
atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu. Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu
dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus. Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4
kali sehari. Setiap kali makan beratnya sebanyak 100gm untuk sekali makan. Amalkan selama 3-7 hari.
Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang
disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,
kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
Pelembap muka
Ramuannya; kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian
airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan
ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.
Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah, susu segar dan susu tepung. Kesemua bahan-
bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia
bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut
dan kurang berminyak.
Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-
bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata. Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia
bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah, lembut
dan kurang berminyak.
KHASIAT
BUAH PERIA
Peria adalah sayur yang sangat pahit, tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawar alami. Peria
mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin, dan beberapa
alkaloid. Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing
manis.
Sifat-sifat peria:
Peria sayuran berharga mempunyai proses metabolik dan physiologik badan manusia. Ia
mempunyai sifat-sifat berikut:-
(i) mengandungi beberapa bahan yang beraktiviti hypoglycemic, iaitu menurunkan paras gula
dalam darah
(ii) menggalakkan nafsu makan
(iii) membantu proses penghadaman, maka ia digunakan untuk pengubatan masalah
penghadaman
(iv) menganudngi sifat emetik, purgatif dan anthelmentik dan juga anti-kembong
(v) memecah lemak dalam badan, ia dikatakan mempunyai sifat anti-lopolitik
(vi) mengandungi vitamin seperti vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti
besi
(vii) anti-radangan dan astringent. mempunyai tindakan khusus pergerakan penghadaman (bowel
movement)
Peria banyak khasiat. Antara yang terpenting ialah menurunkan tekanan darah tinggi dan
kandungan gula dalam darah. Peria boleh dijadikan ulam atau diminum airnya.
Cara-caranya:
Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat. Kemudian
masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas. Tapis airnya dan diminum.
Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. InsyaAllah, ia akan
mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.
LAKSA BELUT BAIK UNTUK LELAKI
Oleh Faiza
Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh
telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami
demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah
memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu
terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.
Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang
bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke
tengok cacing kelua dari punggung manusia) pun memeriksa...
Betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling
lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat
cacing tersebut untuk mengalihkannya. ... Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni
(pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Saya
cuba nak tunjuk kepada nurse saya... tapi mereka menolak dengan penuh "sopan"... hehehe... tak
pernah-pernah sopan macam tu...
Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak. .. terutama yang selalu keluar
rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan
rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah. Cacing-cacing
yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah) :- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar
macam gelang... boleh masuk hati dan paru-paru... ......
Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat
hisap darah Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus Cacing pita -
macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..
** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa -
sekali dia menguit... dah tahu jantan betina... hehehe.. ***
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
1. Albendazole/ mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang
sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat
bergerak aktif dan mati kemudiannya.
2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-
cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.
Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala
di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan
khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua..
kua.. :)
NUTRITION UPDATES
TO PREVENT STROKE DRINK TEA!
Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my
appetite and keeps the pounds from invading.... Green tea is great for our immune system)!
Kiwi: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E &fiber. It's Vitamin C
content is twice that of an orange.
Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has
antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of
colon cancer, heart attack & stroke.
Strawberry: Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits
&protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. (Actually, any berry is good
for you..they're high in anti-oxidants and they actually keep us young....... ..blueberries are the best and
very versatile in the health field....... .they get rid of all the free-radicals that invade our bodies)
Orange : Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol,
prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer.
Watermelon: Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of
glutathione which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer
fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are Vitamin C &Potassium. (watermelon also has
natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn
suv rays)
Guava &Papaya: Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content.
Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation.
Papaya is rich in carotene, this is good for your eyes. (also good for gas and indigestion)
Tomatoes are very good as a preventative measre for men, keeps those prostrate problems from
invading their bodies.
Forward this to all your Friends, Let Everybody live a Healthy Life
(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital
-Gleanagles)
PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG
LAIN YANG ANDA KASIHI!
Kepada Semua,
Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan
bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah
daripada anda menggunakan ubat-ubat ini , (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus).
Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula
ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan
serangan mengejut kepada kanak-kanak:
Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough
Relief Yellow 3D Expectorant
Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk melawati laman web ini :