Anda di halaman 1dari 3

Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun

berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur


tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung
keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.

Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan
Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah,
masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Penggunaan

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat


pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istanaistana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau,

wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi,
perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut
bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan
pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

Desa Ukiran Kayu - Besut

Seni ukiran kayu adalah seni warisan turun temurun yang mempunyai nilai seni
yang tak ternilai harganya. Menyedari pentingnya seni ini tidak hilang ditelan
zaman, Kerajaan Negeri Terengganu telah membina sebuah institut latihan seni
ukir yang di beri nama Desa Ukiran Kayu (DUK). Desa Ukiran Kayu terletak di

daerah Besut yang telah di ilhamkan sebagai "Besut Daerah Ukiran Kayu" kerana
lahirnya pengukir-pengukir tersohor lahir di Daerah Besut. Antara pengukir
ternama yang berasal dari Besut adalah Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin
Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999), Haji Wan Su Bin Othman ( Tokoh Seni
Negara 1997), Abd Rahman Long, Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri
Terengganu 2003) dan Norhaiza Bin Nordin.

Desa Ukiran Kayu ini telah dibina di kawasan Istana Tengku Long yang terkenal
dengan seni bina yang menarik dan mengagumkan. Istana Tengku Long ini telah
dibina dengan Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam, Raja Besut Ke-4 pada tahun
1875. Istana ini dihiasi dengan ukiran kayu yang halus seni ukirannya dan
sangat menarik dan mengagumkan. Desa Ukiran Kayu yang dibina ini
berkeluasan
3,500meter persegi dan terletak di kawasan Kg Raja Besut Terengganu , kira-kira
100Km dari Bandar Kuala Terengganu. Terdapat tiga jenis rumah tradisional yang
dibina di Desa Ukiran Kayu ini ialah Rumah Potong Belanda, Rumah Limas
Bungkus dan Rumah Bujang Berserambi Selasar. Ketiga-tiga rumah ini menjadi
simbol dan contoh ukiran kayu yang diterapkan ciri-ciri ukiran melayu yang
terkenal. Gaya ukiran pada kayu adalah dipengaruhi oleh faktor dan cara
hidup masyarakat Melayu seperti adat,

agama, persekitaran, iklim dan bentuk muka bumi. Biasanya ukiran ini
berdasarkan keperluan individu dan tidak bercanggah dengan kepercayaan dan
adat Melayu.

Desa Ukiran Kayu ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu
melalui Yayasan Pembangunan Usahawan menyediakan latihan kepada pelatih
lepasan SPM yang terdiri dari anak watan Terengganu yang berminat mendalami
seni ukir ini. DUK ini juga dipantau oleh seorang Profesor Madya Sulaiman
Abd.Ghani sebagai Ketua Pengawai Eksekutif Terengganu International
Design Excellence (TIDE) yang mempunyai pengalaman yang tinggi dan luas
dalam bidang seni. Selain itu DUK juga menyediakan tenaga pengajar
berpengalaman untuk melatih pelatih di sini. Kepada sesiapa yang berminat
untuk mengikuti latihan ukiran kayu atau melawat Desa Ukiran Kayu boleh lah
berkunjung dan melihat sendiri Seni Warisan Melayu yang menjadi simbol dan
lambang kebangaan kita sebagai rakyat Malaysia.

RUJUKAN

Norhaiza Nordin, 2009. Ukiran Kayu Warisan Melayu. Kuala Lumpur: Perbadanan
Kemajuan

Kraftangan Malaysia. Hlmn.101.


http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm
http://www.geocities.ws/isaid04652/Fulltext010.html
http://naeltrg.blogspot.com/2010/09/desa-ukiran-kayu-besut.html
http://zehanzehan.blogspot.com/2010/06/pengajian-melayu-bersumberkanislam.html

Anda mungkin juga menyukai