Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN.

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi
satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu
tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada
memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah
mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

SEJARAH UKIRAN KAYU TRADISIONAL.


Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir
di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah
Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500
tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang
istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.
Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam
memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.
Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan
uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di
Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara
pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang
mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu
adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa

dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran
masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir
negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini
telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

Anda mungkin juga menyukai