Anda di halaman 1dari 13

LARANGAN KETIKA BERPANTANG DAN SEBABNYA

 Kurang minum air-risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.  Ikan masin atau ikan kering- menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.  Ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parangmenyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.  Ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut-menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan.  Sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, , kacang panjang, petola, labu, rebung, , jeruk maman, petai, serta terung.  Mengelakkan minuman bergas, sejuk, mengandungi kafein serta tajam seperti kopi,air tebu, cincau, kelapa muda serta buahbuahan seperti nenas,jambu,belimbing,durian belanda,mangga, betik,ciku,langsat,tembikai,nangka,cempedak,pisang,ubi kayu, ubi keladi,sengkuang,manggis,macang,kuinin, danbinjaiMakanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi (artritis dan rheumatisme.)  Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.

KAEDAH UNTUK BANYAKKAN SUSU


 Berurut (dengan bidan).  Banyakkan minum air/jus buah-buahan.  Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.  Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.  Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.  Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.  Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.  Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.  Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

SAYUR-SAYURAN YANG DAPAT MEMBANYAKKAN AIR SUSU IBU


 Brokoli  Lobak Merah  Lobak Putih  Seleri  Kobis  Sawi Putih  Peria  Ulam Pegaga  Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

TIPS AGAR AIR SUSU IBU LANCAR


 Makan kulup daun betik setiap hari.  Ibu juga perlu ELAKKAN dari minuman berkafein dan bercokelat untuk elak bayi kembung. Perlu ELAK makan bawang besar, bawang putih dan makanan pedas kerana ini menjejaskan kualiti susu. Tingkatkan pengambilan omega-3 fatty acid (DHA) yang banyak terdapat dalam minyak ikan.

RAWATAN INTENSIF PANTANG BERSALIN NR


SELEPAS KELUAR DARI BILIK BERSALIN (DALAM WAD) MINYAK HERBANIKA  Sambil baring berehat, pembantu perlu sapukan Minyak Herbanika ke bahagian peha, lutut, belakang lulut, betis dan tapak kaki; pakaikan stokin.  Kemudian, sapu rata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ariari (kecuali bahagian pembedahan), tundun bahagian sulit, celahan peha, pinggul dan pinggang.  Kemudian, tuangkan Minyak Herbanika ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka jahitan), tuangkan ke bahagian tuala wanita anda (untuk caesarean juga). Pakai dengan selesa.

 MINYAK BERUBAT MUSTAJAB Sambil baring, pembantu menggosokkan Minyak Berubat Mustajab ke bahagian kulit kepala serta tengkuk anda. Kemudian, ikat rambut dengan rapi.

UNCANG CUCI HERBANIKA  Sediakan sebekas air suam panas, masukkan 2 genggam garam dan 2 paket Uncang Cuci Herbanika, tekankan paket agar keluar pati herba tehnya yang pekat atau gunakan Barra Gel, dititis ke dalam air dan dikocak sebati. Kacau sebati dan cebukkan ke bahagian sulit serta di luka jahitan.  Selepas bercebuk, kesat kering perlahan-lahan. Ambil beberapa kapas lebar, tuangkan dengan Minyak Herbanika, lekapkan ke bahagian luka jahitan dan tuangkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita anda. Pakai dengan selesa.

AKAR HERBANIKA  Minum Air Akar Herbanika yang sedia direbus dan dituangkan ke dalam flask atau thermos. Disyorkan campuran Madu Lebah Asli (Pure Honey) ke dalam minuman Air Akar Herbanika anda. Minum suam panas.  Rebus 2 - 5 pkt Akar Herbanika dan 2 liter air sehingga mendidih. Boleh tambahkan sebatang serai (diketuk), 2 inci halia tua (diketuk), 1 sudu besar penuh halba dan daun pandan ke dalam air Akar Herbanika (jika mahu).

RAWATAN INTENSIF DI RUMAH


MUSTAJAB PHYTONATAL Amalan pemakanan herba (tablet), bermula hari ke 4 selepas bersalin. Amalan setiap waktu pagi sebelum / selepas sarapan dan anda boleh amal 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur.

Terlalu Lawas Buang Air Besar (Sensitif) ~ ambil 1 - 2 biji Lawas Buang Air Besar (Normal) ~ ambil 2 - 3 biji Tidak Lawas Buang Air Besar (Sembelit) ~ ambil 3 - 5 biji

AKAR HERBANIKA  Minum Air Akar Herbanika yang sedia direbus dan dituangkan ke dalam flask atau termos. Disyorkan campuran Madu Lebah Asli (pure honey) ke dalam minuman Air Akar Herbanika anda. Minum suam panas.  Rebus 2 - 5 paket Akar Herbanika dan 2 liter air sehingga mendidih. Boleh tambahkan sebatang serai (diketuk), 2 inci halia tua (diketuk), 1 sudu besar penuh halba dan daun pandan ke dalam air Akar Herbanika (jika mahu).  Minum 5 - 6 gelas/mug sehari untuk setiap hari.

HERBANIKA LULUR  Sebelum mandi, ambil 1- 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur (serbuk) campurkan dengan air suam dan sedikit Minyak Berubat Mustajab, jadikan pes.  Lumur seluruh badan dan lakukan lulur ke atas kulit badan anda.  Lakukan gosokkan dan urutan lembut ke bahagian-bahagian tertentu seperti berlebihan lemak, sengal atau lenguh, berpikmentasi (noda kehitaman) atau berkulit kasar.  Bilas dengan air suam atau air herba iaitu: Daun Inai, Daun Sireh Melayu, Daun Pandan, Daun Serai Wangi, Halia Tua (diketuk) dan Garam Kasar. (Semua bahan-bahan tersebut direbus sehingga air rebusan menjadi warna herba keperangan.  Kemudian, ambil 3 - 5 titis Barra Gel, gosokkan di kulit kepala dan urut lembut agar berbuih herba seperti syampu. Bilas dengan air paip. Kesat kering.  Jika tidak sempat berlulur, anda boleh gantikan dengan penggunaan Sabun Dhia (Sabun Cekur Susu Kambing) untuk digunakan pada seluruh kulit badan anda dan bilas dengan air suam atau air herba. Kesat kering.

KRIM BARUT  Picit tiub ke tapak tangan , saiz duit syiling 50 sen dan sapukan.

CARA BERBENGKUNG
 Selepas urut, bertuam atau bertuku ataupun tanpa rawatanrawatan tersebut, anda perlu berbengkung (kerana ianya adalah perkara kedua penting selepas amalan pemakanan herba).  Sapu pada seluruh ulu hati, tulang rusuk, belakang pinggang, pinggul, punggung, perut, ari-ari, tundun kemaluan, celahan peha dan peha dengan Minyak Herbanika terlebih dahulu.  Sapu rata Krim Barut / Resipi Herbanika Barut dengan ke bahagian perut, ari-ari, pinggang, pinggul dan peha. Kemudian, gunakan sehelai kain tipis untuk membaluti pinggang dan perut anda agar resipi meresapi liangan kulit.  Ikat kain barut atau Bengkung Tradisional dari bawah iaitu di peha sehingga ke atas dengan kejab dan rapi.  Jika gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden), lapikkan dengan kain terlebih dahulu dan gunakan Strap-On Binder. Balutkan dengan kejab dan rapi dan pastikan anda tidak menekan Binder tersebut di bahagian tundun kemaluan. Sila balut Binder melepasi tundun kemaluan anda.

 Biarkan dari pagi sehingga waktu lewat petang sekitar jam 7 malam. Bersihkan kulit perut dengan air suam atau sapukan semula Minyak Herbanika. Rehat seketika.  Waktu malam, gunakan bengkung atau barut semula.  Di waktu malam, ulangi pemakanan Krim Barut atau Herbanika Barut. Anda boleh buat pilihan untuk memakai Strap-On Binder, Girdle atau Bengkung Tradisional untuk keselesaan anda tidur pada waktu malam. Nota: Berbengkung atau berbarut perlu dilakukan dengan tekun sehingga keadaan perut anda kempis, pejal dan pinggang meramping serta langsing. Keadaan pinggul dan punggung anda juga tidak lagi kembang atau lebar. Teruskan rawatan ini selagi tiada perubahan pada kelangsingan tubuh badan anda. Barut atau Bengkung bagi Ceasarean pada awal 2 minggu pertama.
y

Selepas keluar dari wad, amat disyorkan amalan sapuan Minyak Herbanika sahaja di bahagian ulu hati, bahagian perut atas (upper abdomen), celahan peha dan pinggang anda.

Teruskan amalan sapuan Minyak Herbanika ini di bahagian perut kecuali di bahagian pembedahan yang masih ditutup dengan plaster atau clear bandage.

Adalah amat disyorkan jika anda gunakan 'Strap On Binder' secara moden yang dapat memberi sokongan pada bahagian perut agar tidak terasa berat atau jatuh. Ini membantu memberi sokongan pada rahim dan otot-otot perut anda. Gunakan 'Strap On Binder' yang lembut dan ringan, melepasi bahagian 'surgery' atau pembedahan tersebut. Nota: Para doktor bersalin menasihati agar menggunakan bengkung yang lembut, mudah didapati di farmasi (strap on binder) untuk kegunaan selepas 2 3 hari setelah melalui pembedahan. Nota: Apabila doktor menanggalkan plaster atau bandage, anda boleh mula sapu Minyak Herbanika ke bahagian luka pembedahan untuk mempercepatkan proses pemulihannya. Barut atau Bengkung bagi Ceasarean selepas 2 minggu (dan ke atas). Selepas 15 hari atau 30 hari, amalan berbengkung atau berbarut boleh dilakukan seperti cara-cara yang dilakukan bagi bersalin secara normal (Sila rujuk catatan sebelum ini). UNCANG CUCI HERBANIKA

~ Rawatan bercebuk , amalan bermula dari hari pertama sehingga hari ke 30.
y

Disyorkan cucian dan cebukan dengan Uncang Cuci Herbanika atau Barra Gel. Sediakan sebekas air suam panas, masukkan 2 genggam Garam dan 2 paket Uncang Cuci Herbanika, tekan paket agar keluar pati herba tehnya yang pekat atau masukkan Barra Gel. Kacau sebati dan cebukkan ke bahagian sulit serta diluka jahitan.

Selepas bercebuk, kesat kering perlahan-lahan. Ambil beberapa kapas lebar, tuangkan dengan Minyak Herbanika, lekapkan ke bahagian luka jahitan dan tuangkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita anda, pakai dengan selesa. ~ Amalan Bercebuk dan Berendam Pada Hari ke 31 sehingga 6 Bulan Sebagai Penjagaan Kebersihan dan Kesegaran Bahagian Sulit. Sediakan Resipi Uncang Cuci Berdaun: - 2 pkt Uncang Cuci Herbanika - 10 - 15 helai Daun Sireh Melayu - Segenggam Daun Inai - Segenggam Garam Kasar - 1 sudu besar penuh Jintan Hitam - 1 sudu besar penuh Halba

Rebus dalam air sukatan lebih kurang 3 liter sehingga mendidih. Tuangkan air herba ke dalam besen yang muat punggung anda. Tambahkan 1 sudu besar penuh Minyak Berubat Mustajab dan Barra Gel ke dalam air herba, kocakan sehingga berbuih.
y y

Cuci bahagian sulit bersih terlebih dahulu. Duduk ke dalam air herba dari paras pinggang (pusat) ke pinggul, kaki dikeluarkan dari besen anda. Cebukan ke bahagian sulit luaran dan gunakan jari telunjuk untuk meruang ke dalaman saluran sulit anda.

Lakukan berendam, bercebuk dan meruang sehingga bersih dan terasa segar.

Rawatan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 10 - 15 minit atau 20 minit sahaja. Bangun dan kesat kering.

Sapu ruangkan Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika (gabungkan kedua-dua minyak) ke dalaman ruangan Saluran Sulit.

Untuk merapikan dan merapatkan saluran sulit anda (pastikan tiada darah nifas), ambil - 1 sudu teh PhytoVagin Gel gaulkan cair dengan Minyak Berubat Mustajab atau tanpa minyak, sapuruangkan ke dalaman saluran sulit sehingga tersentuh pintu rahim anda. Biarkan sehingga sebelum tidur, cuci dengan air dan Barra Gel, ruangkan dalaman agar tiada kesan gel tadi.

Sapu ruangkan Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika (gabungkan kedua-dua minyak) ke dalam ruangan saluran sulit, sebelum

tidur ataupun sapuruang semula PhytoVagin Gel dan Minyak Berubat Mustajab. Nota: Untuk amalan wanita ke arah kerapian dan kesegaran sulit. Anda boleh menggunakan cucian dan meruang dengan Barra Gel dan air. Bilas dengan air dan kesat kering. Sapukan PhytoVagin Gel (sebesar 50sen) ke ruang saluran sulit. Biarkan selama 2-5 jam, kemudian bilas dan kesat hingga kering.

Anda mungkin juga menyukai