Anda di halaman 1dari 5

KHASIAT DAUN CEKUR

1. Memecahkan angin dalam urat saraf

Di antara khasiat cekur yang paling menarik ialah membuang angin dari badan. Istimewa untuk anda, jom

kami kongsikan resepi air kencur. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf

dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih

menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan Air kencur:

 2 genggam cekur / kencur

 1 genggam halia

 1 genggam beras yang sudah dicuci dan direndam selama 3 jam

 1 ketul gula Melaka kecil

 1 sudu teh kecil bunga cengkih

 1 liter air

Cara penyediaan:

 Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.

 Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.

 Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.

 Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.

 Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.

 Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.

 Biarkan sejuk sebelum masuk botol.

 Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.

Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat

penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan

badan. Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2

jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut

memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak,

menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.
2. Anti penuaan

Kepada mereka yang mengamalkan makan kencur sebagai ulam secara berterusan, kandungan

vitaminc dan mineral lain turut membantu melambatkan kesan penuaan.

3. Menguncup dan memulihkan rahim

Bagi ibu yang baru bersalin atau mengalami keguguran, kencur membantu untuk menguncupkan rahim

dengan cepat untuk mengelakkan masalah rahim kembang. Di samping itu ia juga membantu

memulihkan rahim yang tercedera atau luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.

4. Memanaskan badan wanita yang baru bersalin

Masyarakat melayu menggunakan cekur untuk memanaskan badan wanita yang baru bersalin. Ambil

akarnya yang berisi dan direbus dan diminum sebagai tonik. Minum setiap pagi sepanjang tempoh

berpantang.

5. Membanyakkan susu ibu

Cekur juga membantu membanyakkan susu ibu. Caranya, rebus pucuk dan akar cekur kemudian jadikan

sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Atau boleh juga hancurkan daunnya dan tampal pada

payudara si ibu.

6. Memberikan tenaga

Khasiat lain cekur ialah mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan

mereka yang merasa kurang bermaya.

7. Menguatkan rahim untuk mencegah keguguran

Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah. Rebus

pokok & akarnya, dan diminum untuk menguatkan rahim.

8. Sembelit

Jika anda mengalami sembelit, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan

minum.

9. Menghilangkan gatal tekak

Anda boleh hilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbi cekur.


10. Menyembuhkan bengkak

Cekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yang bengkak. Caranya, tempelkan

beberapa helai daun cekur yang telah digiling lumat.

11. Menyembuhkan selsema

Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya.

12. Menyembuhkan demam malaria

Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk

mengubati demam malaria.

13. Menyembuhkan penyakit resdung

Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.

14. Mengurangkan penyakit asma

Kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah

menghasilkan kesan yang positif.

15. Menghilangkan sakit gigi

Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang

matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan

dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi.

16. Menghilangkan kelemumur

Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang

matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan

dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk menghilangkan kelemumur.

17. Memanaskan perut wanita lepas bersalin

Di Indonesia cekur banyak digunakan oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua

ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan

bahagian perut, bengkak dan kebas otot.


18. Membuang angin dalam perut

Masyarakat cina menggunakan rizom cekur untuk membuang angin dalam perut.

19. Mengubati sakit kepala

Masyarakat cina menggunakan rizom cekur untuk mengubati sakit kepala.

20. Menyembuhkan luka dalam perut

Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut.

21. Membunuh kutu kepala

Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang

matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan

dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk membunuh kutu kepala.

Khasiat lain cekur ialah:

 Mengubati batuk.

 Mengubati sakit tekak.

 Meredakan demam panas.

 Anti bakteria.

 Anti fungus.

 Anti keradangan.

 Mencegah sakit sengal tulang.

 Minum air rebusan pokok bagi merawat demam panas, pening, pitam dan darah tinggi.

 Hidung berdarah dan penyakit puru boleh meminum air rebusan daun dan akar.

 Melegakan muntah-muntah.

Itulah dia khasiat kencur yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!
KHASIAT
DAUN CEKUR

Anda mungkin juga menyukai