Anda di halaman 1dari 18

RAWATAN TRADISIONAL

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta


petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung
dan berpantang.
Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan
orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan
budaya seseorang.
Misalnya cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga
ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang
menjadi amalan mereka.
Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin
menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.
Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan
selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak
dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk
membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita.
Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit
seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma
dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.
Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan
menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.
Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur,
bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu
serta berpantang makan dan minum.
Bertungku
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang.
Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.
Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kirakira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai
atau anak lesung juga boleh digunakan.
Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap
kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas
api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah
dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.
Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel
atau daun lengkuas juga boleh digunakan.
Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan
merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan
pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut
(bawah buah dada).
Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu,
membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping
memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.
Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku
adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih
keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah
diteruskan hingga habis pantang.
Berurut Menyegarkan Badan
Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap
pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh
bidan atau tukang urut yang berpengalaman.
Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturutturut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada
penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100
selepas berpantang.
Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih
dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan
peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan
bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.
Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang
menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak

serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh
membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:

Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa,


dimasak hingga menjadi minyak]

3 camca besar halba

4 cm halia (Zingiber officinale)

4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)

3 ulas bawang putih (Allium sativum)

5 biji bawang merah (Allium cepa)

Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang
merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan
simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.

Mandi
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik
mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
Mandi Dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan
daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat
tersendiri.
Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya
menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita
untuk mewangikan air mandi kala berpantang.
Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun
lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas,
daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia
terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah
halba.

Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh


mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah
jiran berhampiran.
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air
rebusan untuk mandi:

1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar

10 helai daun limau purut

6 batang daun serai bersama serai

Halia muda sebesar 4 kali ibu jari

7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa

2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci

Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

Segenggam halba (dipunjutkan)

CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:

Ambil periuk tanah ukuran sederhana.

Sediakan bahan-bahan di atas.

Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.

Masukkan halba yang dipunjutkan.

Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan
pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.
Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki
kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.
Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak
apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan.
proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi
keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan
harumannya meresap ke dalam kulit.

Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat
membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam
badan.
Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam
badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
Mandi Lulur
Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum
wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala
menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk
mencantikkan kulit.
Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur
menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak
sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam
lulur bertindak sebagai scrub bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada
kulit.
Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang
berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusatpusat kecantikan yang terdapat di negara kita.
Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar
kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.
BERTANGAS
Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh.
Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang
kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).
Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan
hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan Tangas:

9 keping asam gelugur

2 camca besar garam jantan

3 helai daun sirih (Piper betel)

Segenggam inai (Lawsonia terma)

Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)

3 biji manjakani

Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan
tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga
kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya
jadikan pencuci bahagian sulit.

PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG


Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan
luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak
masuk angin dan memakai pilis.
Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa
pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.
Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut)
yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura,
kapur sirih dan perahan limau nipis.
Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin,
mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan
kondisi kulit perut.
Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk
mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.
Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:

Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya)

Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari

Isi kunyit terus sebesar ibu jari

3 ulas bawang putih (Allium sativum)

Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola pingpong

Secawan air kosong

Periuk tembikar dan sudip

Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi
kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan
jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga
mengggelegak.

Cara menyapu jadam:

Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu
sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil
dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.
Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut
sehingga bahagian bawah payu dara.
Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami
pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.
BERTASAK
Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan.
Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan.
Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan
petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan.
Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air,
ditapis dan diminum.
Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma,
garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya
Piper nigrum.
Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang
dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.
Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu
Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.
Minum air akar kayu dan jamu
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang
boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional.
Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan
kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut
membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari
campuran herba akar kayu yang digunakan.
Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang
tersendiri dan diminum sebelum makan.
Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak
kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa.
Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum
senafas agar tidak terasa mual.

Makanan berkhasiat untuk yang berpantang


Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak
bersabun.
Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan
mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan
mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan
menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.
Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan
peranakan menjadi kembang.
Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang
nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali
sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula
dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara
memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.
Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai
perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma
domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga),
mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam
makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan
semasa berpantang.
Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah
mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.
Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak
boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa
saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa
sangat kenyang.
Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain
dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada
masalah angin.

Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu
kepada individu yang lain.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------Cara-cara mengikat bengkung:
1. Sempurnakan ikatan barut.
2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di
bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi
kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.
3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian
pendek, kemudian pusing ke belakang semula.
4. Bahagian depan siap diikat.
5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.
Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut:
1. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan
kacang soya.
2. Susu dan hasil susu: Susu, aiskrim dan keju.
3. Sayur-sayuran: Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis
bunga, asparagus, timun dan brokoli.
4. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang.
5. Buah-buahan: Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
6. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk
daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
7. Makanan berlemak: Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
8. Cecair: Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
9. Seserat (fiber): Kacang, oat, bran dan kacang panggang.
Wallahu a'lam.

Amalan dan Petua Melayu Ketika Tempoh Berpantang


1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG LEMBUT & MUDAH HADAM
Untuk 2 minggu yang pertama anda digalakkan mengamalkan makanan yang
lembut, mudah hadam, berserat dan seimbang seperti nasi bubur, sup sayur, oat
mill dll kerana ia akan melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan
pembuangan air besar. Elakkan makan makanan yang sukar dihadam dan
berminyak atau pedas seperti nasi, sambal, berlemak dll kerana ia akan
menyebabkan usus pedih dan sembelit.
2. PILIHAN MAKANAN SEMASA DALAM PANTANG
Seboleh mungkin, banyakkan pilihan makanan dari kalangan sayur-sayuran yang
direbus atau makanan yang dipanggang, direbus atau dibakar berbanding makanan
yang digoreng. Pastikan makan makanan seimbang dimana setiap hidangan mesti
ada protein, kabohidrat & sayur- sayuran. Elakkan makan makanan atau buahbuahan yang masam atau berasid. Menurut petua tradisional, elakkan makan
tumbuhan@sayuran yang berlilit dan/atau untuk ulam pastikan ia dicuci bersih dan
dicelur sebentar untuk elak kembung perut atau keracunan makanan.

3. AMALKAN MINUM AIR MASAK 2 3 LITER SEHARI


Pakar-pakar pemakanan mengesahkan kekurangan air didalam badan menyebabkan
kekurangkan cecair didalam darah dan fenomena ini melemahkan badan dan
menyebabkan keletihan. Anda dinasihati minum air masak segelas setiap sejam
atau 2 3 liter air sehari kerana ia akan membuat anda cergas dan mengekalkan
tenaga. Jangan takut anda tidak akan boyak dengan minum air kerana ia akan
mengembalikan bentuk badan anda serta mengempiskan perut. Hindari minum
minuman manis ,berkafein, bergas atau berakohol kecuali susu dan koko kerana ia
akan mengurangkan cairan tubuh anda dan membuat anda sakit kepala, pening
dan/atau kembung perut.
4. AMALAN MANDIAN & KEBERSIHAN DIRI
Dinasihati untuk tujuh (7) hari pertama,lap badan dengan air suam sebersihbersihnya dan jangan mandi dahulu kerana badan sedang sakit dan urat
membengkak. Hari-hari seterusnya mandi sekali sehari sahaja sebelum pukul 9 pagi
dan lap badan pada waktu petang sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan diri dari
jadi boyak dan kembang. Anda tidak akan berbau busuk sebab anda tidak
berparam, berpilis atau bertangas.
5. HADAPI KESAKITAN PADA JAHITAN VAGINA, BEDAH DAN KEBENGKAKKAN
PAYU DARA
Anda dinasihati memakan ubatan yang diberikan oleh doktor seperti antibiotik
atau Vitamin C untuk merawat luka-luka jahitan atau bedah dengan segera serta
mendengar arahan-arahan yang diberi oleh Doktor Pakar. Kadang kala luka jahitan
amat memeritkan dan mengerikan. Nasihat kami, sentiasa jaga kebersihan dan cuci
jahitan dengan campuran air suam dan sedikit garam halus. Selepas cuci lap kering
luka jahitan tersebut untuk elakkan jangkitan. Sentiasa tukar pad bersalin walaupun
darah tidak banyak keluar untuk kesihatan dan kebersihan luka jahitan tersebut.
Untuk melegakan keperitan tersebut, kami menasihatkan anda ambil sepeket air
batu dan/ atau sebungkus kacang pea beku dibungkus dan dibalut dengan tuala
bersih dan tekap pada luka jahitan tersebut. Atau anda boleh juga menyimpan pad
bersalin anda didalam freezer untuk memberi kelegaan serta merta apabila
memakainya.Pastikan kebersihannya. Kebengkakan payu dara sering terjadi kepada
ibu-ibu yang baru bersalin. Menurut petua tradisional, untuk melegakan
kebengkakan tersebut ambil sekelopak kobis sejuk (yang telah disejukkan dalam
peti sejuk) dan diletakkan didalam coli untuk melegakkan kebengkakan payu dara
tersebut. Ini hanya petua, Apa-apa pun dapatkan nasihat pakar sekiranya keadaan
teruk.
6. ELAKKAN KEJADIAN BENTAN
Orang tua dahulu menasihati ibu-ibu bersalin agar jangan menjerit atau
mengangkat benda-benda berat dalam masa sebulan sebab TAKUT BENTAN dimana
badan akan sejuk mengigil dan darah turun dengan banyak. Rehatkan diri dan tidur
secukupnya untuk kembalikan stamina. Sentiasa pakai stoking dan berselipar

didalam rumah. PETUA Sekiranya ANDA BENTAN, ambil dua ulas bawang putih dan
dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki
sahaja selalu. Insyaallah berkurangan. Tiada perubahan jumpa dengan Doktor Pakar
dengan segera.
7. MEROYAN & CUKUP REHAT
Untuk elakkan Meroyan, PERTAMA: Rehatkan diri secara fizikal dan mental. KEDUA:
Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang berpantang dan selepas
berpantang sehingga badan kembali sihat. KETIGA: SAYANGI DIRI ANDA, jangan rasa
bersalah sekiranya anda berehat dan mengagihkan tugasan kepada suami, ahli
keluarga atau pembantu rumah kerana sesungguhnya anda dalam proses
penyembuhan daripada kesakitan yang amat. KEEMPAT: Pilih amalan berpantang
yang selesa dengan anda sebelum anda bersalin dan waktu berpantang akan
menjadi sesuatu yang disenangi. KELIMA: Hormati pilihan & diri anda dan tolak
pilihan orang lain sekiranya ia membuat anda tertekan. Tekanan patut dihindari
semasa dalam atau selepas pantang kerana ia boleh menyebabkan gangguan
emosi berpanjangan. Sebarang masalah atau ketidakselesaan beritahu kepada
orang yang disayangi atau dipercayai dan elakkan bersendirian untuk mengelak
kemurungan. SEKALI LAGI! Ingat anda sebenarnya sakit dan jangan bebankan diri
dengan tugasan yang berat. Belajar agihkan tugasan menjaga bayi atau apa-apa
sekalipun dengan suami, pembantu rumah atau ahli keluarga anda. Jangan rasa
bersalah apabila melakukan agihan tersebut kerana sebenar yang sakit ialah anda
dan bukan mereka. Lagipun ia hanya mengambil masa lebih atau kurang dua (2)
bulan sahaja sebelum anda kembali bertenaga, tenang dan normal.
ISLAM menganggap tidur sebagai ibadah dan menekankan ia adalah hak badan
yang perlu ditunaikan.
8. BERURUT, BERSENGKAK, BERTUNGKU DAN BERBENGKUNG
Anda boleh berurut badan tapi nasihat kami jangan bersengkak dahulu kerana
rahim tengah cedera dan membengkak. Kalau boleh tunggu selepas pantang
apabila rahim telah kembali kesaiz asal. Bertungku juga elok untuk mengurangkan
kebengkakkan kecederaan dalaman. Tetapi biarlah berpada-pada.

KHASIAT HERBA KAT DAPUR KETIKA DALAM PANTANG


Hari ni tentang khasiat herba kat dapur rumah kita. Berpantang kali ni aku pilih
yang asli. Tak mo makan jamu yang beli tu sama ada, kapsul,pil,serbuk atau gel
minum-minum ke hape ke..semua aku katakan tak nak ketika seawal tempoh
berpantang dan kelahiran ni. Tujuan nak elakkan bb kena kuning. Alhamdulillah. hari

ni dah 18hari Alwan tiada diserang gejala kuning langsung..


So berbeza cara aku berpantang masa Aryan dan Aeman dulu,semua bergantung
pada produk instant yg aku beli kat pasaran.. Yelah..kali ni dah berpengalaman..
Apa kata kita cuba yang lain.Insya allah pilihanku kali ni paling tepat. Sebab setakat
tempoh ni aku praktiskan segala masalah yang membimbangkan dari sudut
kesihatan bayi dan ibu semasa kelahiran 2 anak yang lepas dapat dielakkan dan
tidak berulang kali ni. Herba tu kita boleh pilih mengikut kesesuaian diri kita. Kita
suka atau tidak tolak tepi. Yang penting ianya baik atau boleh mempercepatkan
proses pemulihan badan sendiri selepas bersalin itu yang perlu ditekankan di sini.
HERBA yang aku amalkan ketika dalam pantang ialah pilihanku sendiri. Semuanya
selepas aku kaji dan belajar dari bidan tradisional dan juga mereka yang
berpengalaman. Even dok kat tengah KL ni aku tetap cari dan pilih bidan berurut
tradisional. Sebab aku nak tips mereka.. Yelah mak bapak pulak dah tiada sejak
kecil. Even mertua pun tak ada pernah guide pasal pantang berpantang ni. Tapi aku
tetap ingat dan praktiskan cara arwah emakku menjaga kakak-kakakku ketika
mereka dalam pantang dulu. Even masa tu aku kecil. Arwah mak orang Jawa babbab minum akar kayu, air rebusan tu rebusan ni,herba,jamu buat sendiri, dan
macam-macamlah lagi memang la dia sangat berdisiplin, pakai bengkung lilit-lilit
satu rumah dari tiang ke tiang (memang seksa aku tengok dulu
huhuhu),bertangas,mandi wap,bertungku,makan makanan org pantang
diasingkan ..ish dan macam-macamlah sampai aku tak tau nak sebut tu semua
ape.. Kalau arwah mak ada lagi ni yang jaga aku dalm pantang mesti la aku kena
ikut itu semua.. Huhuhu..Semua tu untuk kebaikan diri kita sebagai wanita..Ingatlah
wanita sekalian bahawa berpantang bersalin boleh melanjutkan jangka hayat anda.
Jagalah kerana dirimu sungguh bermakna! Pesan bidanku.. badan nak pakai lama
bukan sekejap! Hehehe..
Tapi sedih kali ni.. bidan yang biasa urut dan banyak bagi tips masa aku berpantang
Aeman dan Aryan dulu dah meninggal. Dia mak penyayi Amir Ukay's. Aku panggil
dia Opah jer.. So kali ni aku berurut dengan bidan kampung yg lain.. Aku gelarkan
dia Wan..umur dia dah 78tahun.. lebih kurang dengan arwah opah kut.. Entah
tahun-tahun depan nanti kalau aku bersalin lagi Wan ni pun ade lagi ke tak ye...?
Susah nak cari bidan tradisional kampung dekat tengah KL ni... Yang banyak
bersepah bidan terjun...Wakakaka.. means bidan sambut bayi lahir dekat hospital
yang dah bersara tiba-tiba jadi tukang urut orang bersalin.. Yang bidan jenis ni pun
aku dah pernah try... Mengecewakan servisnya...Sangat jauh la beza dengan bidan
asli menurun tu..
Ok back to the tajuk utama.. Selalu tersasar dari topik ye aku ni... Huhuhu..harap
bersabar...

HERBA & KHASIAT PILIHANKU KETIKA BERPANTANG :

HALIA : Boleh sembuhkan luka, hilangkan kesejukan yang terdapat dalam


buah-buahan atau sayur-sayuran kalau termakan ketika dalam
pantang,keluarkan angin dlm usus kecil, elakkan masalah kembung
perut/sakit perut, bantu hpenghadaman makanan,menghilangkan bau
mulut,menghilangkan lendir dalam rahim (darah nifas) dan kahak ,tambah
tenaga berjimak,awet muda dan halang kedutan kulit.

LADA HITAM : Panaskan badan lepas bersalin, segarkan tubuh,ubat


demam,pening kepala,loya,cirit birit,melawaskan kencing,elak kembung
perut bayi dan kuarkan tenaga dalaman lelaki.

MANJAKANI : Merawat luka dalamam dan luaran lepas bersalin, penawar


keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak
selepas bersalin,kurangkan lelehan mukus,menstabilkan
hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memebri tenaga.

PEGAGA : Awet muda, sejukkan badan,tonik untuk otak,merawat sakit


badan,demam,berak berdarah,sakit sendi,mencuci luka ulser.

SERAI : Mengecutkan rahim bengkak lepas bersalin, memecahkan lendir


dalam rahim lepas bersalin (darah nifas) ,memecahkan angin dalam
badan,merawat bisa otot dan badan,kuatkan saraf yang lemah,elakkan angin
meroyan,mencegah kehamilan(family planning),awet muda, menyihat dan
menyegarkan rahim, meredakan sakit kepala,sengal sendi, melawaskan
kencing dan pencegah perut kembung.

BUAH PALA : Buang angin dari badan.

ASAM JAWA : Penyejuk badan,kurangkan berat


badan,antiseptik,menyembuhkan luka,gatal,bisul,demam,akit teakk,batuk
dan lemah badan.

BAWANG MERAH : Mencegah bakteria, merawat sengal tulang dan


insomnia.

BAWANG PUTIH : Penyembuh luka,menghalang penyakit sengal dan


saraf,keluarkan angin dan parasit dalam tubuh badan.

DAUN KUCAI : Membunuh bakteria dalam usus, merangsang proses


pengecutan dan pengembanagan usus,melancarkan pengaliran darah,
elakkan pembekuan darah,merawat sakit rengat senggugut,keputihan dan
sembelit.

GINSENG/AKAR KAYU KERING HERBA : Meningkatkan stamina,mencegah


kelesuan badan,meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan awet muda.

HALBA : Menambahkan susu ibu dan menghangatkan badan.

Sebenarnya banyak lagi tau herba yang berkhasiat memang secara tak sedar
semua ni senang dapat kat dapur rumah kita.. Korang jangan ingat ni aje
semuanya.. Tapi aku cuma serasi dengan yang dekat atas ni sahaja. Yang lain
mungkin tak sesuai dengan keadaan badan aku..

CARA AKU MENGAMALKAN KHASIAT HERBA INI KETIKA BERPANTANG :


1. Rebus biji manjakani dan gula batu jadikan pati : minum 1 cawan teh.
2. Tumbuk buah pala.Taburkan serbuknya dalam air suam.minum 1 cawan teh.
3. Rebus halia,manjakani,buah pala,serai,biji halba,asam keping dan gula
batu.minum 1 cawan teh.
4. Buat salad pegaga/kucai. Tumbuk lada hitam, hiris pegaga,hiris bawng merah
dn bawang putih,sedikit garam,gula dan perahan limau nipis atau limau
kasturi. Gaul semua bahan. Kalau nak sedap boleh tumbuk ikan tenggiri atau
ikan bilis yang digoreng dengan minyak zaitun.
5. Minum air rebusan serai dan halia. 1 cawan teh at least.
6. Lada hitam aku jadikan pengganti kunyit. Aku langsung elakkan makan kunyit
ketika 20hari selepas bayi lahir untuk elakkan baby terkena kuning. Semua
menuberpantang letak lada hitam.
7. Masak menu berpantang kalau nak goreng guna minyak zaitun sahaja.
Elakkan minyak masak yang lain semasa dalam pantang untuk penyembuhan
dalaman. Ini sangat penting!
8. Masak menu berpantang dengan cara berkukus,rebus atau bakar. tanpa
minyak. kalau nak guna minyak,guna minyak zaitun sahaja okay.
9. Minum air rebusan biji halba untuk tambah susu. Aku amalkan sejak dulu
lagi.sejak bagi aeman susu badan sepenuhnya ketika bekerja. Ini usaha untuk
tambah susu paling mujarab dan berkesan.Cubalah.Kalau habis pantang pun
boleh amalkan.Susu badan mesti melimpah ruah :)
10.Mandi air rebusan daun dan herba.
11.Kalau ada luka jahitan bersalin cuci tempat luka dengan air
suam+garam+asam keping.

Petua baby jaundis@kuning


22:22 Maznah MN No comments
Pg ni layan fb..tgk page Pa&Ma...ada topik yg agak menarik utk di kongsikan...
#Karangkraf Assalam'mualaikum dan selamat pagi. Baby baru lahir selalu
kena jaundis. Jom kongsi pengalaman dan petua anda
Byk gak respon yg di terima dr para ibu....sampai beratus jugak lah...kalo korang
nak baca perkongsian tips/petua dr ibu2 tu..silakan...baca kat SINI yer...Aku pun
baca sikit jerk...setakat yg aku baca, tade lg yg amalkan petua cam aku buat...So
entry ni aku nak share apa yg aku buat utk baby aku dulu....Owh lupe...ni kisah
baby kedua aku yer! Anak sulung aritu ade jaundis...anak 2nd ni bebas
jaundis..yeay!!! (gigih gugel info pasal jaundis sblm deliver baby tempoh hari
hikhikhik)...Mungkin btol jugak dr segi pemakanan ibu semasa mengandung. So
entry ni jugak aku share apa yg aku amalkan masa mengandung yer....
Masa mengandung:
1. Aku byk makan kurma...jgn tanya sehari bape biji. Sbb aku mmg sentiasa
mengunyah heheh...baca khasiat kurma tu yer..Sehingga la masa dah turun tanda
(air ketuban pecah vs sakit2) aku sempat makan 3 biji kurma sblm g spital..And
ternyata, kurma membantu beri tenaga semasa proses kelahiran...masa dlm
pantang pun makan kurma! Susu melimpah ruah dan dpt BF jasmine secara
exclusive ngeee...
2.Minum air kelapa..yg ni bukan tiap hari..yg ni aku minum after 7 bln
kandungan...org kata kulit baby bersih dan chantek..Yess! sgt btol...kulit jasmine sgt
chantek...skrg jasmine umur 2thn n kulit dia lembut gila...jeles mama oke!
3.Membaca surah2 amalan semasa mengandung. Kalo malas sgt, sambil2 rilex tu
aku pasang mp3 surah2 ni kat perut.
4.Rajin2kan mengugel segala info ttg mengandung, berpantang dan segala apa yg
terkua kat minda. Sbb nnt dlm pantang x sempat nak gugel..sibuk dok jaga bb..So
persediaan2 ni sgt penting in case apa2 yg kita x tahu terjadi dlm pantang..<< apa
aku bebel ni? paham2 jer la sdri. baca 14x pun taper. Cth skrg...korang sibuk gugel

pasal nak elak bb kena jaundis kekekeke....


Lepas bersalin:
Owh, entry pasal jaundis kan?
Ok, ni citer pasal jaundis plak..sbb dah bersalin hahaha...Ok aku pun cm
korang...sibuk gugel sana sini...So bila dah bersalin, aku apply cara ni kat
bb...Sebaik saja discharge dr HKL, n sebaik saje sampai
umah...jengjengjeng....Bermulala operasi utk elak jaundis....(aku pantang sdri. so
kena gigih pgg bb yg halus tu...seram gak nak mandikan bb. tp cuba jaya jer lah
ngeee)
1.Aku guna daun kucai. Dah pesan asben beli siap2 sblm aku kuar wad hehehe...Ok,
daun kucai tu aku blend dgn air...then tapis...buang hampasnya...Amik air jer ok..Air
tu kite wat mandi bb...Jgn la mandikan air kucai tu sejuk2...korang campur la dgn air
suam...br la bb mandi dgn senyap hahahha. Cam aku...aku campurkan 1 gelas air
kucai dan 7 gelas air suam. Motif air suam 7 gelas tu sbb aku pakai besen kecik jer
hahaha...so muat 7 gelas air jer....Lagipun bb x mandi beria oke...Pastu anak korang
akan bertuko kaler ijau...jd anak incredible hulk. (gurau jer ni). Ok, kalo korang x
tanak campur cam aku buat tu pun taper. Kalo nak mandikan dgn air suam dulu pun
tade masalah. N nak sudahi dgn air kucai pun ok...lepas siram ngan air kucai tu, x
yah bilas anak..Lap jer bb terus...
Lupe nak ckp...lebihan air kucai yg x guna lg tu, simpan dlm peti yer...Nnt tiap kali
mandikan bb, x yah nak blend dah...jgn lupe campur ngan air suam...gile apa nak
mandikan bb dgn air yg br kua peti ais hahahah...
2. Susukan bb dengan susu ibu sekerap mungkin. Kalo bb tido, sila kejut bb yer
mommies...sambil2 tu aku masih lg makan kurma....
And endingnya di sini...Jasmine bebas jaundis...mungkin btol sbb amalan
pemakanan aku tu dan hasil mandian air kucai tu tadi....Lagi petua,,baca SINI.
Kawan aku amalkan n anak dia bebas jaundis!
Siaran tamat....selamat mencuba. Ikhtiar jer la mana2 cara yer....aku skdr
berkongsi...

Rawatan penyakit kuning bayi


Air rebusan untuk penyakit kuning
7 helai daun sirih
7 helain daun hujan- hujan
3 keping hirisan kunyit
3 biji buah keranda (kedai singsie ada jual)
1 jemput daun inai
1jemput jintan hitam
1 jemput jintan putih
1 liter air
Cara menyediakan
-Rebus semua bahan hingga menddidih.
-Campurkan dengan air sejuk bagi menjadiakan air suam- suam kuku.
Selepas mandi, kesat kering badan bayi kemudian lumur minyak bayi keseluruh badan.
Setiap pagi, letakkan bayi hampir dengan cahaya matahari yang terang selama 1jam. Biasanya bayi
diletakkan di tepi tingkap yang dimasuki cahaya matahari pagi antara pukul 8.00pg - 10.00pg

Anda mungkin juga menyukai