Anda di halaman 1dari 1

NORHIDAYAH BINTI MD ZAIN

SMK ADE PUTRA


78300 MASJID TANAH
MELAKA

Pusat Latihan Peperangan Khusus


Kem Sungai Udang,
76300 SUNGAI UDANG,
Melaka
(U/P: Pengerusi BAKAT )
8 DISEMBER 2016
Yang Berbahagia Puan,
PERMOHONAN PENGECUALIAN MAJLIS PENUTUP AKTIVITI BADAN AMAL KEBAJIKAN ANGKATAN
TENTERA (BAKAT) PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS.
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, saya Nohidayah Binti Md Zain, selaku Ahli BAKAT PULPAK memohon pengecualian
dari menghadiri Majlis Penutup Aktiviti BAKAT PULPAK yang akan diadakan pada 11 Disember 2016 (Ahad).
3. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Puan, saya merupakan Pemeriksa Kertas Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) bagi kertas Sejarah 2 (1249/2) tahun 2016. Penandaan ini bermula pada 23 Novemeber 2016 dan akan
berakhir pada 30 Disember 2016 (8.00 pagi hingga 5.00 petang). Saya tidak dapat menyertakan surat salinan
pemeriksa kerana ianya adalah sulit.
4. Justeru itu saya ingin memohon maaf diatas ketidakhadiran saya pada hari berkenaan. Akhir kata, saya
berharap permohonan pengecualian saya ini mendapat pertimbangan dari pihak Yang Berbahagia Puan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(NORHIDAYAH BINTI MD ZAIN)

Salinan Kepada :
Pusat Latihan Peperangan Khusus
Kem Sungai Udang
76300 SUNGAI UDANG
Melaka
(Untuk Perhatian : Penasihat BAKAT)
Pusat Latihan Peperangan Khusus
Kem Sungai Udang
76300 SUNGAI UDANG
Melaka
(Untuk Perhatian : Pengerusi BAKAT Cawangan Komando)

Anda mungkin juga menyukai