Anda di halaman 1dari 1

Negaraku Merdeka

Negaraku tetap merdeka

Walau dalam genggam bara

Walau dalam tangis duka

Walau dalam cemas bencana

Negaraku tetap merdeka

Walau ada yang cuba menderhaka

Walau ada yang mengkhianati Negara

Walau ada sekongkol musuh durjana

Negaraku tetap merdeka

Walau bila zamannya

Walau bagaimana pemimpinnya

Walau dimana duduk rakyatnya

Negaraku tetap merdeka

Kerana ada anak Malaysia

Berbangga dengan negaranya

Berjuang hingga akhir nafasnya

Salam kemerdekaan
DR.ZAMBRY A. KADIR

Anda mungkin juga menyukai