Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih tuan pengerusi majlis.

Assalamualaikum w.b.t
Yang Di hormati Tuan Guru Besar, En Jamalludin bin Kadir, barisan Guru Penolong Kanan,
Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Saya Che Wan Muhammad Al Hafizuddin Ramadan, dari kelab spbt akan mendeklamasikan
sebuah sajak bertajuk Merdekakah Kita? Nukilan Azmin Sahran.

Merdeka,
Merdeka itu bebas,
Tidak lagi seperti 1511,
Hidup yang sentiasa rimas,
Ke sana sini dalam cemas,
Bila-bila masa hilang nafas,
Dikekang penjajah tanpa belas.

Kini,
Merdeka memang bebas,
Untuk berkelakuan ganas,
Buat jenayah dengan jelas,
Maksiat jadi lumrah,
Gejala social jadi barah,
Nafsu diikut-ikut,
Tiada lagi rasa takut.

Dulu,
Merdeka itu berdikari,
Tokoh-tokoh berjuang untuk negeri,
Membuktikan melayu boleh bawa diri,
Tak perlu Inggeris memerintah,
Tak ingin British menjajah,
Tak sanggup Jepun mengerah-ngerah,
Kerana kita boleh berubah.

Kini,
Merdeka itu tetap berdikari,
Anak-anak tak perlu patuh ibu bapa lagi,
Hukum hukum tak payah dipeduli,
Adat budaya buang ke tepi
Mengabdi kepada penjajah semula
Hidup ikut barat punya cara
Nak tiru semua gaya
Tak kisah apa orang nak kata.
Aduh,
Merdeka di salah erti
Setahun sekali sambut
Hanya hangat hangat tahi ayam
Anak anak yang mengaku merdeka
Sedarilah fenomena reality
Usah terus diulit arus fantasi
Bukalah mata
Bersuaralah hati

Kau kata
Kau kata kau kasih Malaysia
Kau kata kau cinta Malaysia
Kau kata kau sayang Malaysia
Kau kata
Sayangi Malaysia

Namun
Adakah itu hanya kata-kata
Kata-kata yang sekadar berputik di syafatain semata-mata
Kata-kata yang keluar dek kerana getaran raksu lisan
Namun tidak menggetarkan qalbu si pengucapnya
Takhtimnya ia tidak memutikkan sebarang shuur dalam jiwa
Adapun ia hanyalah sekadar omong kosong

Pernahkah kau tertanya


Di mana tujunya Malaysia dalam negara ini
Di mana tujunya Malaysia dalam diri bangsa
Di mana tujunya Malaysia dalam diri kita
Di mana tujunya Malaysia dalam diri kau
Pernahkah kau berfikir?

Laungan demi laungan


Kibaran demi kibaran
Melaungkan kita punya merdeka
Mengibarkan kita punya Malaysia
Namun jangan pernah alpa
Kita empunya Allah yang Maha Esa.
Terima kasih tuan pengerusi majlis.
Assalamualaikum w.b.t..
Yang Di hormati Tuan Guru Besar, En Jamalludin bin Kadir, barisan Guru Penolong Kanan,
barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Saya, Wan Nur Dhya Jannah, dari kelab SPBT, akan mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk
Negaraku Merdeka nukilan Dr Zamri Abdul Kadir.

Negaraku Merdeka

Negaraku tetap merdeka


Walau dalam genggam bara
Walau dalam tangis duka
Walau dalam cemas bencana

Negaraku tetap merdeka


Walau ada yang cuba menderhaka
Walau ada yang mengkhianati negara
Walau ada sekongkol musuh durjana

Negaraku tetap merdeka


Walau bila zamannya
Walau bagaimana pemimpinnya
Walau di mana duduk rakyatnya

Negaraku tetap merdeka


Kerana ada anak Malaysia
Berbangga dengan negaranya
Berjuang hingga akhir nafasnya

Kini,
Tiada lagi tangisan insan terseksa
Terkapai-kapai lemas mencari daratan
Berkorban jiwa pertahan negara
Penjajah durjana merampas segala

61 tahun dahulu
Stadium merdeka menjadi saksi
Negaraku merdeka
Rakyatku tidak lagi sengsara
Menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka
Tiada lagi penjajahan
Tiada lagi penderitaan
Tiada lagi jeritan penyiksaan
Tanah air ditadbir insan bijak bestari
Memimpin negara mengukir nama

Kini
61 tahun sudah merdeka
Negaraku cemerlang gemilang dan terbilang
Burung berkicau bebas berterbangan
Menjadi tanda negaraku aman damai

Maju berteknologi
Ke arah mencapai wawasan 2020
Kugenggam erat amanah pejuang tanah air
Pertahankanlah kemerdekaan
Teruskanlah kemajuan
Di sebalik tirai kemerdekaan
Sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
Semoga kekal selamanya

Merdeka tetap merdeka

Anda mungkin juga menyukai