Anda di halaman 1dari 11

Walaupun kami telah berpindah ke banglo Pak Cik Karim, tetapi aku sedikit pun

tidak berasa gembira seperti sewaktu berada bersama bapa di rumah kos rendah yang
kami sewa dahulu.
"Man, mari sini sekejap. Mak ada sesuatu yang hendak dibincangkan dengan
Man."
"Ya, ada apa mak?"jawabku ringkas.
"Mengapa Mah bersikap dingin terhadap Pak Cik Karim walaupun dia layan Mah
seperti anak sendiri? Mengapa Mah tidak memanggilnya ayah atau bapa?"
"Mak jangan harap Mah akan panggilnya dengan panggilan itu. Mah hanya ada
seorang bapa sahaja sepanjang hayat Mah. Kalau mak nak panggilnya begitu,
panggillah/'kataku agak kasar.
Sekali lagi tamparan emak menerkam pipiku.
"Mah, kau semakin melampaui batasF'sergah emak sambil meninggalkan aku
keseorangan.
Sejak peristiwa itu, aku sudah tidak berminat untuk belajar lagi. Aku sudah mula
'ponteng sekolah. Aku mula bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang melepak di bandar
Aman Jaya. Di rumah, Pak Cik Karim sudah menunjukan kebenciannya kepadaku. Dia
sudah mula mencari kesalahanku dan memarahiku.
Malah, dia sering memburuk-burukkan aku di hadapan emakku yang tidak
menunjukkan sebarang pembelaan terhadap tuduhan itu. Perhubungan kami semakin
renggang. Rumah itu bukan lagi syurga untuk diriku.
Keadaan sedemikian menyebabkan perasaanku tertekan. Aku semakin keliru
dengan keluargaku. Dengan itu, aku semakin kerap ponteng sekolah. Bahkan, ponteng
sekolah menjadi kegiatanku. Aku sudah mengabaikan pelajaranku. Aku melepak di pusatpusat membeli-belah bersama-sama rakan sebayaku yang sudah berhenti sekolah.
Pelajaranku semakin merosot dan prestasi aku sungguh tidak memuaskan.
Akhirnya, pihak sekolah menghubungi keluargaku. Perkara itu sudah sampai ke
pengetahuan emakku. Pak Cik Karim telah membesar-besarkan hal itu di hadapan emakku.
Tengoklah, anak kau ini membuat kes di sekolah dan sudah selalu ponteng
sekolah. Baik kau halau sahaja dia keluar dari rumah ini,"kata Pak Cik Karim dengan suara
menyindir.
Emakku tidak sedikit pun membela aku. Aku dibiarkan hanyut dalam duniaku sendiri.
"Mah engkau pindah sahaja dari rumah ini. Buat memalukan kami
sahaja,"tengking Pak Cik Karim apabila dia melihat emakku seolah-olah menyebelahiku.
Setelah meninggalkan banglo yang tidak sedikit pun membahagiakan aku, aku pun
merayau-rayau ke merata-rata tempat.
Akhirnya, aku terserempak dengan sekumpulan remaja yang kuanggap
menghadapi nasib yang sama dengan nasib yang kuhadapi.

2
1
"Hei, nak ke mana seorang diri? Sertailah kami," tegur seorang gadis yang
sebaya denganku dari kumpulan itu.

"Kami ada sesuatu yang menyeronokkan, marilah," pelawa remaja lelaki yang lain
pula.
Apa yang menyeronokkan itu tidak kuketahui, tapi aku ingin mendapat
keseronokkan yang sudah lama terhakis daripada sanubariku. Aku juga ingin berseronok
seperti mereka. Jadi, aku bersetuju untuk menganggotai kumpulan itu seperti kata
pepatah "kecil tapak tangan, nyiru kutadahkan."
Aku akhirnya mengetahui bahawa kumpulan itu ialah kumpulan penagih dadah. Jadi,
kini aku sudah menjadi salah seorang penagih dadah. Mereka banyak mengajarku cara-cara
menggunakan jarum suntikan. Kumpulan itu membekalkan dadah kepadaku dengan
percuma. Apabila disuntik, aku berasa kenikmatan dan keseronokkan yang
dikatakan oleh kumpulan itu dahulu.

Bakti mereka kepadaku tidak lama. Kemudian, aku diminta untuk membayar harga
dadah itu jika ingin mendapatkan suntikan. Ketagihanku terhadap dadah semakin
memuncak, tetapi tiada bekalan yang diberi kepadaku. Akhirnya, aku membawa diri tanpa
tujuan.
Guruh bergema dan hujan turun dengan lebatnya. Aku kesejukan mencari
tempat perlindungan. Dalam ketagihan yang amat sangat, aku berjalan terhuyunghuyung. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya seorang anggota polis mengekoriku. Nasib tidak
menyebelahiku. Aku akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa.
Setelah dibawa ke balai polis, mereka melakukan ujian air kencing ke atasku.
Keputusannya positif. Aku akhirnya dihantar ke pusat pemulihan dadah. Beberapa hari
sahaja di situ, aku mula menyesali kesalahan yang pernah aku lakukan. Kini, aku sudah
menyesal. Namum, aku masih ada banyak masa untuk membetulkan kesalahanku.
Aku juga telah dihantar ke hospital untuk diperiksa sama ada aku pembawa
kuman HIV atau tidak.
"Ya, Allah! Tolong selamatkan hamba-Mu ini. Aku tidak berdaya untuk lalu.
"Salmah, awak bukan pembawa HIV," salah seorang kakitangan pusat pemulihan
dadah itu memberitahuku tentang laporan yang diterimanya dari pihak hospital.
"Allah, aku bersyukur," kata-kata itu terlompat dari mulutku serta-merta. Dengan
tekun, aku dibenarkan pulang. Aku telah mencari rezeki di kota sebuah metropolitan yang
sibuk itu. Berkat keizinan-Nya, aku mendapat kerja di sebuah kolej swasta dan aku
mengikuti kursus perniagaan. Atas kegigihan, usaha, serta keizinan-Nya, aku telah
berjaya menamatkan kursus itu dengan mudah. Dengan kelulusan itu, peluang aku untuk
berjaya dalam kerjaya juga terserlah.

Kini, aku dinaikkan pangkat dan mendapat pandangan yang agak lumayan
berbanding dengan gaji yang mula-mula aku terima dahulu.
"Mak!" jeritku apabila kusedari orang yang memanggilku itu emakku.
"Mah, betul engkau anakku! Mak ingat mak tidak akan dapat berjumpa dengan Mah
lagi."

22

"Mah pun berasa begitu," aku menjawab dengan perasaan gembira.


"Mak, bagaimana dengan mak sekarang? Mana Pak Cik Karim?"
"Mah, jangan sebut hal itu lagi," emak memotong pertanyaanku. Air matanya
mulai bergenang di kelopak matanya.
"Mengapa, kan Pak Cik Karim seorang suami yang baik?"
"Jangan, Mah! Jangan sebut hal itu! Dia tidak ikhlas. Dia telah mempedaya mak.
Dia sudah mempunyai beberapa isteri sebelum dia mengahwini mak.
kita."

"Mak, lupakan hal itu. Mari kita bina hidup kita semula. Masih ada masa untuk
"Mah, maafkan mak. Mak bersalah dengan Mah..."

"Sepatutnya, Mah yang meminta maaf daripada mak. Mah meninggalkan mak
dan Mah...Mah juga hanyut, hanyut mak."
Kami berpeluk-pelukan dalam penyesalan.

Tajuk 12 : Lagu Negaraku perlu dihayati oleh setiap rakyat di negara ini. Ulaskan
pernyataan ini.

"Negaraku, tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup


bersatu dan maju, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia, Tuhan
kurniakan, Raja kita selamat bertakhta."
Begitulah bunyinya lagu kebangsaan Malaysia yang bertajuk "Negaraku". Lagu
"Negaraku" telah dicipta pada tahun 1957, iaitu pada tahun negara kita mencapai
kemerdekaan. Lagu ini dipilih daripada empat buah lagu oleh Tunku Abdul Rahman dan
sekumpulan jemaah hakim. Lagu Negara Perak, lagu "Terang Bulan" telah berjaya dipilih
kerana mempunyai unsur kemelayuan. Selepas lagu "Terang Bulan" digubah liriknya
semula, lagu tersebut menjadi lagu kebangsaan kita secara rasmi sehingga hari ini.
Sesungguhnya, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghayati seni kata lagu
kebangsaan kita. Hal ini demikian kerana lagu "Negaraku" ini membawa makna yang
amat penting kepada rakyat serta negara Malaysia.
Lagu kebangsaan kita merupakan lambang kemerdekaan negara kita. Sebelum
negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, lagu kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu ialah lagu kebangsaan British, iaitu lagu "God Save The Queeen". Apabila
teriakan keramat "Merdeka" dilaungkan tujuh kali, negara kita diisytiharkan bebas
daripada genggaman kuasa asing. Dengan ini, sudah tentu lagu kebangsaan kita
ditukarkan kepada lagu yang benar-benar beridentitikan dan bersemangat Malaysia. Kita
wajar menyedari hakikat ini dan senantiasa mengingati bahawa lagu "Negarakau" simbol
kebebasan tanah tumpah darah kita daripada kuasa asing. Oleh itu, jelaslah bahawa kita
selaku penghuni negara Malaysia patut menghayati lagu kebangsaan kita supaya kita

23
dapat berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negara. Kita perlu memanjatkan
kesyukuran kepada Tuhan atas kebebasan yang dinikmati.

Jikalau kita merenung sejenak dan memikirkan lirik lagu "Negaraku', sudah
tentu kita dapat menanam semangat patriotik, iaitu cinta akan negara dalam sanubari
kita. Kita wajar berbangga dengan segala pencapaian dan kemajuan negara. Pada
masa yang sama, kita wajar menghargai segala usaha yang telah dicurahkan oleh
tokoh-tokoh negara untuk memajukan Malaysia. Umum mengetahui bahawa negara
kita sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun, telah melalui pelbagai pahit
maung. Bermula daripada penjajahan Portugis, kemudian Belanda, Inggeris, Jepun
dan seterusnya Inggeris lagi, pengalaman pahit ini tidak mahu kita ulangi lagi.
Justeru, kita perlu menyedari onak dan duri yang telah dilalui oleh peluang negara
kita untuk memperoleh udara kemerdekaan yang kita hirup hari ini. Sebagai rakyat
Malaysia, langkah pertama yang boleh kita korak adalah dengan menghayati lagu
kebangsaan Malaysia.. Ringkasnya, kita perlu yakin dan cinta akan tanah air kita.
Di samping itu, dengan memahami maksud yang ingin disampaikan melalui
lagu kebangsaan kita, kita dapat memupuk semangat sanggup berkorban untuk
negara dalam diri kita. Malaysia, negaraku, merupakan tanah tumpah darah
kita. Demi menjamin keamanan dan keharmonian Malaysia, setiap rakyat perlu
sedia berputih tulang. Menerusi lagu ini, kita dapat melihat betapa gagahnya
pejuang-pejuang negara mempertahankan negara tanpa sebarang rasa gentar akan
kematian. Dol Said berani menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826, di
Naning, Rentap gagah menyerang kubu Raja Brook di Nanga Skrang pada tahun
1883, dan Dato' Maharajalela sanggup membunuh J.W.W. Birch pada tahun 1875 di
Pasir Salak serta Mat Salleh mengetuai gerakan menentang British pada tahun 1884
di Sabah. Kita kehilangan mereka kerana mereka sanggup berkorban untuk negara.
Kini, giliran kita pula untuk mempertahankan negara daripada diganggu-gugat
ancaman asing. Selaras dengan itu, kita patut sedia berkorban untuk
membangunkan negara kita.
Setiap rakyat di negara ini perlu menghayati lagu negara ini kerana lagu
kebangsaan ini menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada
raja dan negara. Lagu kebangsaan kita tuntut agar semua rakyat Malaysia
senantiasa taat setia kepada raja dan negara.. Peribahasa Melayu yang
menyatakan "Seperti anak ayam kehilangan ibu" boleh dikaitkan dengan keadaan
negara kita tidak mempunyai pemimpin, rakyat akan hidup tanpa arah. Hal ini
menyerlahkan betapa pentingnya raja selaku pemimpin negara kepada rakyat.
Justeru, lagu kebangsaan kita berupaya untuk membangkitkan semangat kepatuhan
dan kesetiaan rakyat yang berpanjangan terhadap raja dan negara. Tanpa negara,
tiadalah raja dan tanpa raja, tiadalah rakyat Malaysia. Kita perlulah mendaulatkan
raja yang merupakan simbol negara dan ketua negara. Jelaslah lagu "Negaraku"
wajar dihayati oleh rakyat Malaysia yang berteduh di bawah Jalur Gemilang sebagai
tanda penghormatan kepada raja dan negara.
Kesimpulannya, lagu "Negaraku" yang senantiasa berkumandang di majlis
dan adat istiadat rasmi, di sekolah sewaktu waktu perhimpunan dan pada hari-hari
istimewa tidak dimainkan untuk dinyanyi bersama secara ala kadar sahaja,
sebaliknya lagu ini patut dihayati secara mendalam. Rakyat bertanggungjawab
menghargai, menghormati, memuliakan dan memahami maksud yang ingin
disampaikan melalui seni kata lagu ini. Sesungguhnya, lagu "Negaraku" kita
merupakan semangat dan identiti rakyat Malaysia dan patut dihayati bersama demi
kegemilangan serta kecemerlangan negara tercinta kita, Malaysia.
Oleh: TengJoAnn 5S8

24

Tajuk 13: Statistik menunjukkan bilangan remaja yang hilang dan melarikan diri dari
rumah telah meningkat dengan mendadak. Sebagai wartawan, anda ditugaskan
mewawancara seorang pegawai dari rumah kebajikan bag! mendapatkan
pandangan beliau tentang punca-punca remaja lari dari rumah dan cara-cara
mengatasinya. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
Kebelakangan ini, isu remaja hilang dan lari dari rumah hangat dibincangkan akibat
peningkatan bilangan remaja yang hilang dan lari dari rumah secara mendadak. Sebagai
wartawan bagi majalah Remaja Kini, saya telah diamanahkan untuk mewawancara Encik
Ng Wai Soon, pegawai dari Rumah Kebajikan Yayasan bagi mendapatkan pandangan beliau
tentang punca-punca remaja lari dari rumah dan cara-cara mengatasinya. Berikut merupakan
teks wawancara tersebut.
Wartawan : Selamat pagi, Encik Ng.
Encik Ng : Selamat pagi.
Wartawan : Terima kasih, Encik Ng kerana sudi meluangkan masa untuk menerima
wawancara ini. Saya mendapat tahu daripada pembantu Encik Ng bahawa
Encik Ng amat sibuk kebelakangan ini.
Encik Ng : Ya, saya sering menyampaikan ceramah kepada pelajar di sekolah-sekolah
memandangkan bilangan remaja yang hilang dan lari dari rumah meningkat
dengan mendadak. Harap-harap ceramah saya dapat membantu mereka
mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi mereka dan
membatalkan niat mereka untuk lari dari rumah.
Wartawan : Sudah pasti pelajar-pelajar banyak mendapat manfaat daripada ceramah yang
disampaikan oleh Encik Ng. Sebenarnya, setiap masalah yang timbul pasti ada
puncanya. Pada pendapat Encik Ng, apakah faktor yang menyebabkan remaja
memilih untuk lari dari rumah?
Encik Ng : Punca perdana ialah keluarga remaja tersebut. Anak-anak pada zaman remaja
amat memerlukan kasih sayang dan keprihatinan daripada keluarga, khususnya
ibu bapa. Namun, ibu bapa pada masa ini lebih memberikan tumpuan kepada
kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.
Mereka menganggap bahawa dengan memberikan wang yang banyak kepada
anak-anak, anak-anak akan berasa gembira. Sebenarnya, tanggapan ini adalah
salah. Sebaliknya, anak-anak lebih suka menghabiskan , masa untuk bersama
dengan ibu bapa. Mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu
bapa. Apabila ibu bapa gagal untuk berbuat demikian, anak-anak akan
menganggap bahawa ibu bapa tidak menyayangi mereka lagi. Hal ini
disebabkan ibu bapa lebih mementingkan kerjaya daripada mereka. Maka,
anak-anak akan cuba mendapatkan kasih sayang daripada pihak luar dan
keadaan inilah yang menyebabkan remaja memilih untuk lari dari rumah.
Wartawan : Selain keluarga, apakah sebab lain yang menyumbang kepada masalah ini?
Encik Ng : Remaja sendiri turut bertanggungjawab dalam masalah ini.
Wartawan : Mengapakah Encik Ng berkata demikian?
Encik Ng : Kebanyakan remaja lari dari rumah disebabkan pengaruh luar seperti kawan,
teman lelaki atau perempuan ataupun semata-mata untuk menunjukkan
25bahaw

a dia sudah berdikari dan tidak perlu bergantung pada keluarga lagi. Semua ini
menunjukkan bahawa remaja tersebut kurang matang dari segi pemikiran mereka.
Mereka mudah terpengaruh dan terpedaya oleh pujukan orang lain.Terdaapt sindiket
penipuan yang menggunakan pelbagai cara untuk memujuk mangsa mereka lari dari
rumah. Apabila matlamat mereka tercapai, mereka akan mula mengeksploitasi mangsa
mereka seperti memaksa mereka menjadi pelacur. Kes ini banyak berlaku dalam
kalangan remaja perempuan. Mereka menyesal tetapi tiada apa-apa yang dapat
dilakukan mereka lagi kerana nasi sudah menjadi bubur. Seperti yang saya katakan tadi,
kenaifan remaja itu yang menyebabkan mereka terjerumus dalam jerat ini. Pengaruh luar

dan
kejahilan
remaja
yang
menyeba
bkan
mereka
lari dari
rumah.

Wartawan : Nampaknya, bukan mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini secara
holistik kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab. Pada pandangan
Encik Ng, apakah cara-cara yang berkesan yang dapat mengatasi masalah ini?
Encik Ng : Keluarga hendaklah memainkan peranannya. Ibu bapa hendaklah
meluangkan masa yang lebih lagi untuk bersama-sama anak. Ibu bapa
bertanggungjawab membimbing anak-anak untuk mencari penyelesaian yang
terbaik bagi masalah yang dihadapi mereka. Apabila anak-anak boleh merasai
kasih sayang daripada ibu bapa, sudah pasti mereka tidak memerlukan kasih
sayang daripada pihak luar. Jikalau ibu bapa memainkan peranan mereka
dengan baik, saya yakin bahawa kadar remaja yang lari dari rumah akan
menurun.
Wartawan : Encik Ng, bolehkah saya tahu apakah peranan yang dimainkan
oleh masyarakat dalam usaha mengatasi masalah ini?

Encik Ng : Tentulah boleh. Masyarakat dapat membantu dengan mengambil berat tentang diri
remaja. Pihak sekolah hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya berjumpa dengan
kaunselor di sekolah untuk meluahkan keperitan mereka dan membimbing mereka
menyelesaikan masalah. Masyarakat patut melaporkan kes remaja yang lari dari rumah
kepada pihak polis. Remaja yang lari dari rumah pasti akan memohon pekerjaan
seperti menjadi pekedai dan pelayan di restoran. Jadi, masyarakat perlu memberikan
perhatian jika terdapat remaja yang memohon pekerjaan. Mereka mungkin merupakan
remaja yang lari dari rumah.
Wartawan : Akhir sekali, apakah nasihat yang hendak disampaikan oleh Encik Ng kepada remaja?
Encik Ng : Muatkan diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan. Remaja hendaklah
banyak membaca surat khabar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sekeliling.

Berfikirlah dengan rasional sebelum membuat sebarang tindakan. Fikirkan kesan-kesan


perbuatan lari dari rumah. Kamu juga perlu tajamkan pemikiran supaya tidak mudah
terpedaya oleh pujukan orang lain.
Wartawan : Saya yakin jika semua pihak berganding bahu dan bekerjasama, masalah ini pasti akan
dapat diselesaikan. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada Encik Ng lagi kerana sudi menerima wawancara ini. Pembaca majalah
kami tentunya akan mendapat manfaat daripada wawancara ini. Terima kasih, Encik

Ng.
Encik Ng : Terima kasih kembali.

26

Cheong Ying Wai (5S7)

Tajuk 14: "Kehadiran Buruh Asing ke Negara Ini lebih Banyak


Mendatatangkan Keburukan daripada kebaikannya"menjadi tajuk dalam
suatu pertandingan perbahasan di peringkat negeri. Sebagai ketua
pembangkang dalam pertandingan itu, sediakan hujah-hujah anda untuk
membidas tajuk tersebut.
Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Assalamualaikum dan salam
sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang adil lagi bijaksana, penjaga
masa yang amanah dan saksama, para pengetua dan para pengetua dan para
guru yang budiman, serta barisan pencadang dan para hadirin yang kami
hormati. Berdirinya saya di pentas yang indah ini adalah untuk mendahului
rakan-rakan pembangkang saya yang lain bagi menafikan dakwaan pihak
pencadang yang berapi-api mengatakan bahawa "Kehadiran Buruh Asing Ke
Negara Ini Lebih Banyak mendatangkan Keburukan Daripada Kebaikannya".
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mematah-matahkan hujah pihak pencadang
dan mengemukakan hujah-hujah kami sebagai pihak pembangkang, saya akan
menjelaskan maksud beberapa frasa penting dalam tajuk perbahasan ini.
"Buruh asing" bermaksud tenaga kerja yang datang dari luar Negara seperti
Indonesia, Bangladesh, India, Filipina, dan sebagainya. "Kebaikan" pula
bermahna faedah atau manfaat, sementara "keburukan" pula bermakna
kepincangan. Sebagai pihak pembangkang, kami berpendapat bahawa
kemasukan buruh asing ke negara kita lebih banyak mendatangkan
manfaat kapada rakyat dan negara ini.
Hadirin dan hadirat yang saya kasihi,
Ketua pencadang sebentar tadi telah mengatakan bahawa
kemasukan buruh asing meningkatkan kadarjenayah di negara ini. Saya ingin
menyatakan bahawa jumlah pekerja asing yang terlibat dalam jenayah sangat
kecil jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang benar-benar hendak
mencari rezeki dalam keadaan aman damai. Tambahan pula, pasukan polis
negara ini mempu mengawal kejadian jenayah dalam kalangan buruh asing
daripada merebak dan menbesar menjadi ancaman kepada rakyat setempat.
Itulah bidasan petama saya. Pihak pencadang ada menyatakan bahawa
kedatangan buruh asing telah juga menutup periuk nasi rakyat negara ini.
Kami menyangkal dakwaan itu dengan sekeras-kerasnya kerana sebelum
kemasukan pekerja asing ini pun, tidak banyak rakyat negara ini yang berminat
untuk bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan. Mereka lebih
berminat untuk bekerja di kilang-kilang atau di pejabat-pejabat. Oleh itu,
pekerja-pekerja asing yang tertumpu di sektor perladangan dan pembinaan
tidak menutup periuk nasi rakyat negara ini. Itulah bidasan saya yang kedua.
Hadirin yang saya muliakan,
Hujah pencadang telah saya patah-patahkan, kini hujah
pembangkang akan saya ketengahkan. Hujah saya yang pertama ialah bahawa
kehadiran buruh asing telah melancarkan kerja-kerja di sektor perladangan.
Walaupun negara kita sadang menuju ke arah negara industri, tetapi sektor
perladangan, pada masa ini, masih menjadi penyumbang utama kepada
pendapatan negara. Oleh yang demikian, banyak pekerja yang diperlukan
untuk berkerja di lading-ladang kelapa sawit, getah, tebu, dan sebagainya.

Para
pemil
ik
ladan
g

menghadapi masalah tenaga pekerja kerana rakyat negara ini tidak berminat
untuk bekerja di ladang-ladang dengan alasan bahawa upah terlalu murah.
Kalau masalah ini dibiarkan berterusan, siapakah yang rugi? Sudah tentu
negaralah yang rugi. Jadi, untuk menangani masalah ini, kita perlu
mengambil buruh asing untuk bekerja di sini.

27Hadirin sekalian,
Hujah saya yang kedua ialah negara kita sangat memerlukan buruh asing untuk
memesatkan pembangunan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pembangunan
dikaitkan dengan pembinaan bangunan-bangunan pejabat, pusat-pusat beli-belah, taman-taman
perumahan, dan sistem jalan raya. Sebagaimana yang telah saya jelaskan tadi, kebanyakan
rakyat Negara ini tidak berminat untuk bekerja dalam sektor pembinaan, khususnya sebagai
buruh. Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan, tentulah proses pembangunan, terutama
penyediaan pelbagai prasarana, akan terbantut. Ada kemungkinan rakyat di negara ini
sanggup bekerja di sektor pembinaan jika upah atau gaji yang disediakan lebih tinggi dan
lumayan. Apabila upah atau gaji pekerja meningkat, tentu saja harga bangunan akan turut
meningkat. Sebagai akibatnya, rakyat bawahanlah yang tersepit sehingga menyukarkan
mere"ka untuk memiliki rumah. Jadi, jawapan untuk menyelesaikan masalah ini ialah
dengan mengambil buruh yang bersedia bekerja di mana-mana saja, tanpa mengira panas atau
hujan, dan lumayan atau rendahnya upah yang diterima.
Hadirin sekalian,
Hujah saya yang ketiga ialah kehadiran buruh asing akan mewujudkan suasana
persaingan dalam kalangan rakyat setempat. Rakyat negara ini, yang terasa bahawa "periuk
nasi" mereka terancam oleh kehadiran buruh asing ini, tentu akan berasa tercabar lantas
berkerja dengan lebih gigih untuk menandingi kemampuan buruh asing. Jika keadaan begini
berterusan, para pekerja setempat akan dapat meningkatkan kualiti kerja mereka. Jadi,
ternyatalah bahawa kehadiran buruh asing banyak mendatangkan kebaikan kepada negara
kita.
Nampaknya, masa semakin mencemburui saya. Sebelum penjaga masa menakan
loceng amaran, eloklah saya menyudahkan hujah-hujah saya untuk disambung pula oleh
rakan-rakan pembangkang saya yang lain. Sebelum saya mengundur diri, sebagai ketua
pembangkang, saya tetap dengan pendirian saya bahawa kehadiran buruh asing di negara
ini lebih banyak memberikan kebaikan daripada keburukan. Sekian, terima kasih.

Tajuk 15 : Kini, di negara kita gejala sosial, seperti keganasan, penipuan, rasuah,
pembunuhan, rompakan, dan Iain-lain semakin berleluasa. Gejala ini jika dibiarkan akan
memporak-perandakan masyarakat dan kita tidak akan dapat hidup aman. Sebagai
pegawai kanan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda telah dijemput untuk
memberikan ucapan dalam upacara sambutan Hari Keluarga jabatan anda. Dalam
ucapan tersebut, anda akan menyentuh persoalan tentang pentingnya pendidikan agama
dalam membendung gejala tersebut, di samping menyentuh juga beberapa faktor lain
yang perlu diambil kira untuk mengatasi masalah yang dinyatakan. Sediakan teks yang
dimaksudkan.
Saudara Pengerusi Majlis, pegawai, dan semua staf sokongan jabatan, serta ahli keluarga
masing-masing. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Saya bersyukur
kepada Allah s.w.t. kerana pada pagi ini kita dapat berhimpun di sini untuk menyambut hari
yang paling bermakna, iaitu Hari Keluarga jabatan kita. Saya juga ingin merakamkan ucapan
tahniah kepada semua ahli jawatankuasa Hari Keluarga kerana telah berusaha menjayakan
sambutan ini.
-

28Hadirin sekalian,

Dalam menghadapi zaman yang serba canggah ini, masyarakat kita mengharungi pelbagai
masalah dan satu daripada masalah tersebut ialah masalah sosial, seperti berleluasanya kes
kecurian, rogol, penipuan, keganasan, dan sebagainya. Demi mengejar harta dan kekayaan
dunia, kita seolah-olah telah menggadaikan keharmonian hidup. Ini sebenarnya merupakan suatu
gejala buruk yang perlu dibanteras sehingga ke akar umbinya.
Memberikan pendidikan agama kepada setiap individu sejak mereka kecil lagi merupakan
langkah berkesan untuk mengatasi masalah tersebut. Pendidikan agama amat penting untuk
mendidik seseorang agar menjadi manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia.
Atas sebab itu jugalah negara kita menetapkan rukun yang pertama dalam Rukun Negara kita
iaitu 'Kepercayaan kepada Tuhan'. Setiap agama mempercayai kewujudan Tuhan yang menuntut
agar penganutnya mengamalkan ajaran agama sepenuhnya, sudah tentu dunia ini akan aman. Sifat
tamak, hasad dengki, gila kuasa, dan nilai negative yang lain secara langsung akan tertolak. Sebagai
ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan pendidikan agama yang
sempurna kepada anak.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Agama juga dapat menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan yang keji. Hal ini
kerana menurut fahaman apa-apa jua agama yang wujud di dunia ini, segala perbuatan yang
kita lakukan semasa di dunia ini akan dibalas semasa di akhirat kelak. Jika baik amalan kita,
maka baiklah balasan yang akan kita terima dan begitulah sebaliknya. Kita juga percaya bahawa
jika kita melakukan sesuatu perbuantan buruk, walaupun tidak ada manusia lain mengetahuinya,
tetapi Allah yang Maha Agung menyaksikannya. Hakikat ini tidak dapat kita nafikan dan
kepercayaan tersebutlah yang mendorong kita untuk tidak melakukan perbuatan buruk. Melalui
pendidikan agama juga kita difahamkan bahawa hayat kita di dunia ini tidaklah lama dan
kehidupan kekal kita adalah di akhirat nanti. Jadi, bagi mereka yang benar-benar menghayati
ajaran agama, perbuatan keji merupakan musuh mereka. Dengan demikian, segala masalah sosial
dalam masyarakat tidak akan timbul.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Selain pendidikan agama, terdapat juga hal lain yang perlu diberikan perhatian untuk mengatasi
masalah sosia! dalam masyarakat. Pendidkan secular secara formal juga perlu diberikan kepada
anak agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi, dan intelek secara
seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Anak
harus dihantar ke sekolah sejak kecil lagi agar mereka dapat mengikuti pendidikan dan
pengajian dalam pelbagai bidang. Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang
dan membentuk sikap dan keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Hal ini penting untuk
mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Selain itu, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab tertentu untuk mengatasi masalah
tersebut. Sebagaimana yang telah dinyatakan, kesempitan ekonomi merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan timbulnya gejala sosial. Oleh itu, sebagai institusi yang dipilih oleh
rakyat untuk memerintah, kerajaan hendaklah berusaha untuk menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk. Dengan memiliki pekerjaan, taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan dan
mereka dapat hidup dengan lebih selesa. Ini dapat mengurangkan kemungkinan penglibatan
mereka dalam kegiatan

29

jenayah. Kemudahan prasarana yang lebih baik juga wajar disediakan, terutamanya tempat
tinggal dan bekalan asas yang diperlukan. Seterusnya, pihak berkuasa juga bertanggungjawab
menjamin keamanan dan keselamatan dengan mengambil langkah berkesan bagi membanteras
sesuatu gejala buruk.
Tuan-tuan dan puan-puan,
%

Sebagai-ibu bapa, kita sebenarnya mempunyai tugas berat untuk membendung masalah ini
daripada terus berlarutan di kalangan anak kita. Kita seharusnya menjadi contoh kepada anak.
Walaupun anak dihantar ke sekolah, tetapi tidak bermakna tanggungjawab kita sudah
terlaksana. Anak memerlukan perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya daripada kita.
Wang riggit tidak bererti kepada mereka jika kehidupan mereka terabai. Gejala sosial dalam
kalangan remaja, umumnya berpunca daripada pengabaian ibu bapa terhadap anak. Oleh itu,
kita haruslah dapat menyeimbangkan antara tugas mencari rezeki dengan tugas mewujudkan
keluarga bahagia. Jika keluarga yang menjadi asas perwujudan sesebuah masyarakat itu dapat
hidup dalam keadaan aman, maka masyarakat harmoni juga dapat dibentuk.
Hadirin sekalian,
Kita tidak dapat mengetepikan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk
membendung kegiatan sosial daripada terus berleluasa dalam masyarakat. Hal ini kerana
punca yang menyebabkannya juga pelbagai. Walau bagaimanapun, bagi saya, pendidikan
agama merupakan teras yang amat penting untuk membendungnya. Jika kita berpegang teguh
pada ajaran agama, bererti kita dapat membina benteng yang kukuh yang dapat menahan diri
kita daripada mengalami keruntuhan akhlak. Pemahaman dan penghayatan terhadap agama
membantu kita membina ketahanan dan disiplin diri yang sukar diganggu-gugat.
Sebagai pengakhir kata, saya ingin memohon maaf jika ada kata-kata saya tadi, tidak manis
didengar atau telah menyinggung perasaan hadirin sekalian. Saya berharap agar kita sedar akan
masalah berat yang kita hadapi kini dan sama-samalah kita berusaha mengatasinya. Sekian,
terima kasih.

Tajuk 16 : Pada masa ini, kes remaja lari dari rumah kerap berlaku dan masalah ini
bukan sahaja melibatkan remaja lelaki malah remaja perempuan daripada pelbagai
kaum. Kes seperti ini jika dibiarkan akan membawa kesan buruk kepada
masyarakat dan negara. Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan
wujudnya gejala sedemikian? Bincangkan.
Kini, gejala remaja lari dari rumah merupakan sesuatu yang lumrah dalam
masyarakat kita. Setiap hari sekiranya kita meneliti akhbar, kita akan terbaca laporan yang
menyentuh hal tersebut. Ada antara kes tersebut dapat diselesaikan melalui siasatan polis
dan ada juga yang terbiar begitu sahaja. Hal ini tentunya meninggalkan kesan negative kepada
ibu bapa. Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih remaja tentunya risau kalau-kalau
masalah itu akan menimpa mereka. Demi mengelakkan masalah ini berterusan, punca yang
menyebabkannya mestilah dikenal pasti dan cuba diatasi sedapat mungkin. Remaja kini
merupakan pewaris bangsa. Oleh itu, mereka haruslah diberikan perhatian sewajarnya agar
tidak terjebak dalam kes tersebut.
Satu daripada punca yang menyebabkan wujudnya masalah tersebut ialah
longgarnya hubungan kekeluargaan. Masyarakat kita kini lebih bersifat materialistik.
Kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa yang cukup
untuk bersama anak. Apabila pulang daripada bekerja mereka berasa letih dan tidak 30

30

Anda mungkin juga menyukai