Anda di halaman 1dari 1

Salah satu amalan berpantang adalah bertuam.

Bayi harus di tuam bayi bagi mengelakkan


dari mendapat kembung perut, kolik dan masuk angin. Bertuam juga akan membantu
mengeringkan tali pusat bayi.

Panaskan bunjut tuam di seterika atau di atas periuk nasi yang sedang didih ataupun di
api lilin. Rasakan pada tapak tangan anda sebelum ditekap pada badan bayi, kepanasan
haruslah suam suam kuku.

Tuam bayi adalah yang terbaik jika disediakan dari bahan asli seperti Jintan Hitam
(Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain
yang telah di proses bersih di sangai harum. Bayi tidak harus di tuam menggunakan
bahan seperti pasir atau batu kerikil kerana di kemungkinan boleh menjalur kuman yang
ada pada pasir/batu ke badan bayi ketika di tuam.

Mengikut kepercayaan orang dulu dulu, tali pusat yang jatuh setelah kering, haruslah
disimpan selama-lamanya, dikumpulkan sekali semua tali pusat anak-anak agar adik
beradik akan saling menyayangi dan tidak bertengkar lama. Boleh juga direndam dan di
minumkan airnya sekiranya anak anak demam.

Bahagian yang harus di tuam adalah perut, dada, tapak kaki, paha, punggung, belakang
badan dan bahagian kemaluan bayi.

Compressing baby’s tummy, hips, testis, palm and feet is an olden tradition. It is believed
to prevent colic and to help drying the baby’s cord. Heat the compress ball by steaming
or on hot iron for a few seconds and compress. Please check the heat on your palm before
applying to the baby.

Anda mungkin juga menyukai