Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONTEKSTUAL Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam

Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). 3. Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah) Ciri-ciri pembelajaran kontekstual: 1. Guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. 2. Pengalaman. 3. Aplikasi. 4. Bekerjasama (pengajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain.) 5. Pemindahan pembelajaran (pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru.)

Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi berikut:

1. MOTIVASI: - Pengenalan - Isu perbincangan - Bahan bantu belajar

2. PEMAHAMAN: - Penerangan konsep dan perbincangan - Bacaan - Contoh

3. KEMAHIRAN APLIKASI - Aktiviti Hands-On - Penyelesaian masalah

4. IMBASAN KEMBALI DAN PENILAIAN - Ingat kembali fakta utama - Penilaian kemajuan

Anda mungkin juga menyukai