Anda di halaman 1dari 3

Kek Hitam Manis

HaSue@myresipi.com

Kek kukus Sarawak yg lembap dan menjadi juadah di hari lebaran. Keenakannya hampir sama dgn kek belacan yg juga popular di Sarawak

Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )



450g Mentega Golden Churn 200g Gula halus 10 biji telur saiz A 1 penutup botol esen vanilla 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis 1 tin sederhana serikaya 1 tin kecil nestle cream 200g horlicks 3 botol browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam) 200g tepung hong kong/tepung gandum 1 sudu teh ovalete

Cara-cara
1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung. 2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis. 3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya. 4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati. 5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.

Kek Srikaya Tebal

rahman bestari@myresipi.com

Kek Sarawak yang tidak berlapis, sesuai dijadikan sajian harian sekeluarga, untuk meraikan tetamu yang dtg ke rumah, hari jadi, anniversary, sebagai hantaran pertunangan, juga sebagai cenderahati untuk kwn2 dsbgnya

Bahan-bahan

10 biji telur ayam 3 botol kecil pandan paste 1 tin kecil susu manis ( berat lingkungan 388 / 390 g - depend dgn brand ) 1 botol kecil horlick (gunakan paket 200gm) 2 gelas gula halus 2 gelas tepung gandum 16 oz mentega golden churn 1 tin kecil srikaya

Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang.

2. Masukkan srikaya, susu manis, horlick, pandan paste dan tepung gandum. Kacaukan menjadi rata. 3. Masukkan telur satu persatu (sambil dikacau) sehingga habis. Gaulkan biar sebati. 4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 4 jam.

Kek lumut

Bahan-bahan ( TIDAK TERHAD )



10 biji telur ayam 2 gelas gula halus 16 oz mentega 1 gelas tepung almond(badam) 5 gelas tepung nestum 1 tin susu manis 1 tin/botol jem epal 1 sudu teh esen vanila sedikit pewarna hijau

Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang. 2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis. 3. Mentega dikacau terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi. 4. Sesudah itu masukkan tepung almond yang sudah digaul bersama tepung neestum. 5. Akhir sekali masukkan susu, jem, vanilla dan pewarna hijau. 6. Kukus hingga masak. 7. Kalau mahu kek lumut tahan lama, lepas kukus bakar sekejap anggaran 5~10 minit.

Anda mungkin juga menyukai